Pages

KOS HIDUP DI NEGARA INI ADALAH RENDAH

Kos Mati Lebih Tinggi??? (cuba tanya keluarga arwah Beng Hock)


“Kos hidup di negara ini adalah rendah,” kata Mahathir

tidak puashati dgn hanya mendengar & mengiyakan sahaja apa2 ayat yang bersembur keluar dari mulut mamak-shit-theer bersama2 airliurnya, bingkaslah segolongan jurutera, peguam dan dermawan serta seorang peminta sedekah (yg mengetahui perihal autar si-mamak dari si-dermawan) untuk mengkaji dan menyiasat tahap kebenaran ayat itu, iaitu bahwasanya:

Kos hidup di negara ini adalah rendah

setelah puas ke huluhilir melaksana tugas yang diagih2 mencatat harga sejuta jenis barangan/perkhidmatan - yg perlu, separa perlu, tak perlu, langsung sampah, yg kegunaan harian, bulanan, tahunan, sekali seumur hidup dsbnya - maka kumpulan penyelidik glokal ini (glokal kerana walaupun ahli2nya dari peminta sedekah hinggalah peguam, adalah rakyat tempatan, tetapi kajiselidik mereka merangkumi negara2 antarabangsa seperti singapura, myanmar, nepal, malah sweden) berkumpul bersama untuk menganalisa lanjut lalu merumuskan hasil kajian mereka.

jurutera: pusat peluang kerja ialah di ibunegara. purata gaji pemegang ijazah yang bekerja 1-2 tahun di ibunegara boleh diambil sebagai 2ribu. epf, tolak 200. cukai pendapatan, tolak 150. sewa bilik, tolak 300. makan, tolak 500. ansuran kereta, tolak 500. petrol, tolak 300. pakaian, penjagaan kesihatan dan lain2, tolak 50. jadi tiada apa yang tinggal lagi, untuk simpanan peribadi, atau untuk beri pada orangtua, atau untuk belanja kekasih. ternyata kos hidup dalam negara bukan rendah!

peguam: katakunci ayat itu ialah "kos hidup", iaitu jumlah wang yang diperlukan untuk hidup. hidup bukan terhad kepada kebolehan bernafas semata2, tetapi termasuk kebolehan melakukan aktiviti2 normal yang biasa dibuat oleh orang2 kebanyakan, termasuk beriadah, bersukan dan bersosial secara regular, dan termasuk juga bercuti dan melancung secara kadangkala. bersosial bukan hanya bermaksud karaoke atau kelab2 malam, tetapi boleh sekadar minum petang atau mengeteh sesama teman sepejabat atau ahli keluarga. nampaknya dengan perincian perbelanjaan yang dihuraikan tuan jurutera tadi, memang tidak cukup baki gaji bulanan untuk pelbagai aktiviti2 dalam kehidupan normal. jadi saya juga tidak setuju! kos hidup di negara ini bukannya rendah!

dermawan: saya tidak mahu bercakap mewakili pekerja berijazah atau lain2. cukuplah saya menyatakan apa yang dari dalam diri saya sendiri. sekarang ini, saya masih tiada masalah menghulur derma bila ada orang kurang daya penglihatan datang menjaja kertas tisu, bila terserempak orang di kakilima menadah tin dan sebagainya. tapi terusterang saya katakan, saya sudah tidak mampu lagi jika ada persatuan mengirim surat minta derma beli satu meja makan malam berharga 5ribu atau beli selonggok tiket f1 berharga 10ribu! sedangkan sebelum ini, itulah sebahagian gaya hidup saya sebagai ahli dermawan! jadi saya pun tak setuju; saya juga katakan kos hidup di negara ini tidak lagi rendah!

peminta sedekah: saya tak setuju dengan kamu bertiga!

jurutera+peguam+dermawan: hah?! kenapa?? sedangkan kamu hanya mampu minta sedekah!

peminta sedekah: katakunci.. macam encik peguam katakan, katakunci... katakuncinya bukan sahaja "kos", bukan sahaja "hidup"...

peguam: habis, apa lagi katakuncinya?! "di negara ini"?? kami buat rumusan kami setelah buat bandingan dengan pelbagai negara asing termasuk sweden!

peminta sedekah: bukan, bukan... katakunci yang kamu semua tak nampak terletak di luar daripada simbol bukakata dan tutupkata... iaitu orang yang mengucapkan kata2 itu sendiri!

jurutera: mamak-shit-theer??

peminta sedekah: er, apa2lah nama yang kamu labelkan padanya, tetapi, ya, itulah katakuncinya!

dermawan: maksud kamu?

peminta sedekah: seperti yang kamu sendiri katakan wahai tuan yang dermawan, ayat2 yang keluar itu sepatutnya mewakili keadaan bagi orang yang mengucapkannya sahaja, bukan mewakili keadaan orang lain. dalam isu ini, memanglah kos kehidupan bagi mahatheer dalam negara ini adalah rendah, kerana seperti juga menteri2 dalam negara ini, mereka menikmati pelbagai bentuk subsidi yang tinggi2 nilai setiap satu yang mereka sendiri labelkan sebagai "elaun"! bila mereka berbelanja untuk pengangkutan udara, dapat subsidi iaitu elaun tambang kapalterbang. bila mereka berkomunikasi guna handphone, malah bila beli handphone itu sendiri, ada subsidi iaitu elaun bil telefon dan elaun beli telefon. kita kalau berpindah rumah, kena keluar duit sendiri bayar lori pindah barang. mereka dapat subsidi dipanggil elaun perpindahan rumah. kita kalau nak jemput orang datang kenduri di rumah, kena congak betul2 berapa belanja kena keluar. mereka ada subsidi kalau nak buat parti, dipanggil elauan keraian. banyaklah lagi subsidi yang mereka dapat, contohnya subsidi yang dipanggil elaun pakaian panas... hishhh! dahlah, malas saya nak cakap lagi, dah panas dah ni!

jurutera+peguam+dermawan: betullah kamu, tuan yang mulia! kami pun dah panassssssssssssssssssssss...!!!!!


Side Ad: CIFU. Ask. And you'll get it. Coming soon. www.klakka-la.blogspot



catatan: sila lihat semula posting dalam blog saya terdahulu, sila klik:
KELUH LAGI 1MALAYSIA

dan selamat mandi airbatu untuk mengelak berpanashati!


___________________________________________________________