Pages

Showing posts with label kelentong. Show all posts
Showing posts with label kelentong. Show all posts

TANYALAH USTAZ 6

Tanyalah Ustaz UMNO
Mari Belajar Dan Memahami Ekonomi Malaysia


Nampaknya masih ramai warga Malaysia terutama Melayu yang belum masak dengan selokbelok putarbelit dan tepiskilas dalam susunatur dan perancangan belanjawan serta kewangan yang menggenggam kemas memeluk erat mahupun menjerut kuat setiap tubuh atau leher penduduk dalam negara ini. Ini boleh dilihat dari bilangan yang silap memberi jawapan kepada 2 soalan yang diajukan dalam posting sebelum ini, TANYALAH USTAZ 5, berkaitan harga arak milik anak bekas perdana menteri negara, eh silap, berkaitan harga arak jualan towkey judi.

Malah statistik menunjukkan hingga 48% rakyat Malaysia, iaitu majoriti penduduk, masih ketinggalan dari sudut ilmu kefahaman tinggi atau finer understanding, sedangkan hanya 51%, iaitu jumlah yang sedikit atau minoriti, yang akhirnya mampu mengangkat punggung sendiri dari kerusi setelah kematu akibat terlalu lama terduduk termangu dalam bas tua yang terhegeh2 hidup segan mati tak mahu dalam perjalanan yang tak sampai2, lalu beratur turun dari bas uzur itu untuk menunggu kedatangan bas baru yang bakal membawa mereka dengan lebih pantas ke sekolah dan pengalaman yang lebih terkehadapan.

Cuma agak malang, bas tua walaupun terhegeh2 dalam semput tetapi telah brgerak semula meninggalkan perhentian - sambil sempat melepaskan kentut pekat tebal berkepul2 yang amatsangat busuk tepat pada muka2 penumpang yang baru turun hingga meloyakan anaktekak masing2 menerima hadiah hitam yang terlalu cepat dan tak semena2 itu.

Tambah malang, rupa2nya ketika kentut hitam dilepaskan maka ketika itu juga ala2 sotong kurita, pemandu dan kelindan bas tua dengan tangan panjang telah menyeluk meragut dan merampas daripada saku setiap penumpang - samada yang telah turun mahupun yang masih setia menaruh harap bas tua dapat membawa mereka ke taman yang mereka idamkan - sejumlah dua kupang, iaitu 20 sen, dari setiap seorang.

Jadi persoalan sekarang pula ialah, dengan sekali cekup begitu, berapa banyakkah jumlah yang telah dikebas oleh pemandu bas tua dan kelindannya, jika polis ingin memulangkan semula semua duit kepunyaan penumpang?



Catatan:
Ambil jumlah kenderaan berdaftar 1malaysia sebagai 20juta sahaja
(Perangkaan sebenar 20.2juta pada 2010, 21.4juta pada 2011).
Dari jumlah ini, ambil cuma 30% purata yang dipandu setiaphari,
maka 30% x 20juta = 6juta purata atas jalanraya setiaphari.
(Peratusan kecil setelah ditolak pemilik kenderaan yang bukan keluar bekerja setiaphari termasuk hujungminggu, ditolak pemilik kenderaan yang kadangkala menumpang kenderaan lain, serta dikurangkan faktor motorsikal yang menggunakan cuma sedikit petrol berbanding kereta)
Ambil purata jumlah perjalanan sehari bagi setiap kenderaan sebagai 20Km sahaja, satu nilai yang sangat konservatif.
(Bagi bandar besar seperti KL, adalah biasa bagi seseorang memandu sejauh 20-40Km dari rumah ke pejabat menjadikan jumlah perjalanan sehari antara 40-80Km, tetapi kebanyakkannya di bandar kecil dan kampung, di mana kebiasaan jarak rumah ke tempat kerja cuma 2-5Km, memberikan jumlah perjalanan sehari cuma 4-10Km)
Jadi, purata perjalanan keseluruhan kenderaan pada setiaphari adalah 6juta x 20Km = 120juta Km.
Ambil purata penggunaan petrol setiap kenderaan sebagai 10Km/L.
Oleh itu, purata keseluruhan penggunaan petrol setiaphari ialah 120juta / 10 = 12juta Liter.
Bila pemandu bas tua kebas 2kupang dari setiap penumpang 1malaysia, maka dalam 1hari sahaja dia telah mencuri 12juta Liter x 20sen/L iaitu 2.4juta ringgit.
Sebulan pemandu bas tua berjaya kebas 2.4 x 30 = 72juta ringgit.
Setahun pemandu bas tua berjaya kebas 12 x 72 = 864juta ringgit.



Kelakar 1Malaysia: Subsidi Rakyat Tiada Dalam Islam Tapi Elaun Menteri Ada? (Funny 1Malaysia: Subsidies For The People Not In Islam But Allowances For Ministers Are?) www.klakka-la.blogspot



My Foot Note:
We Don't Want Pirates!
We Want Clean Leaders!

We Don't Want Bullshits!
We Want Clean Leaders!



Catatan Tapakkakiku:
Kami Tak Nak Lanun!
Kami Mahu Pemimpin Bersih!

Kami Tak Nak Kena Kencing!
Kami Mahu Pemimpin Bersih!


TANYALAH USTAZ 5

Tanyalah Ustaz UMNO
Mari Belajar Dan Memahami Ekonomi


Towkey Lim bergotongroyong dengan penduduk bukit lalu membina kasino tempat berjudi.

Setelah siap dan dibuka kepada ribuan kakijudi yang tidak sabar2 menunggu, Towkey Lim teringat hendak menyediakan minuman keras pula untuk para penjudi, berasaskan faktor2 ekonomi berikut:
1)para taikjudi yang menziarah kasino beliau semata2 ingin berada dalam kasino dan berjudi siangmalam selama 1-2hari dan tiada masa keluar untuk makanminum tidur mandi tukarbaju dan sebagainya, maka taikjudi tidak akan berfikirpanjang membeli makanan dan minuman yang tersedia dalam kasino sendiri walau apapun harganya;
2)para taikjudi tersebut sememangnya datang menziarah dengan poket masing2 tersembul akibat banyaknya jumlah duit yang dibawa hingga ke ratusan ribu ringgit, kerana berprinsip lebih banyak duit dijudikan lebih banyak peluang menang duit judi, maka dengan duit yang banyak itu, mereka pasti tidak lokek berbelanja besar untuk hobi kegemaran kedua mereka iaitu makanminum;
3)towkey Lim tidak mahu oranglain pula kayaraya dengan mengambil kesempatan berjaja nasilemak atau air kelapamuda di luar kasino miliknya sedangkan pelanggan adalah orang2 yang sebenarnya datang untuk menziarah kasino beliau.

Persoalan sekarang ialah:
1)berapakah harga jualan hendak ditetapkan untuk minuman keras itu?
a-percuma kepada kakijudi dengan menunjukkan resit dari mejajudi;
b-harga pasaran yang sama dengan kedai2 biasa;
c-harga yang 10X ganda lebih tinggi dari kedai2 biasa;
d-harga bidaan tertinggi dari kalangan kakijudi
2)siapakah yang sepatutnya menetapkan harga minuman keras itu?
a-orang2 bukit kerana mereka peneroka asal bukit;
b-penjaja nasilemak kerana itu saja peluang untuk turutserta dalam perniagaan;
c-para kakijudi kerana mereka yang akan membelinya;
d-menteri judi dan gengster


Kelakar 1Malaysia: Tuhan Yang Tetapkan Harga Telor Dan Arak? (Funny 1Malaysia: God The One Fixing Prices Of Eggs And Liquor?) www.klakka-la.blogspot



My Foot Note:
We Don't Want Pirates!
We Want Clean Leaders!

We Don't Want Bullshits!
We Want Clean Leaders!



Catatan tapakkakiku:
Kami Tak Nak Lanun!
Kami Mahu Pemimpin Bersih!

Kami Tak Nak Kena Kencing!
Kami Mahu Pemimpin Bersih!


TANYALAH USTAZ, EH P RAMLEE

Tanyalah Ustaz, eh, P Ramlee


P Ramlee Laksamana DoReMi Undi PAS



1.p ramlee video clip extracted from ahmed fahmie at:
http://www.youtube.com/watch?v=ERPGqj... 
2.rc plane with pas flag photo from:
ttp://klikkhas.bharian.com.my/manek_urai­/Gambar_Pilihan/029.jpg/zoom 3.chinese girls with pas flag from:
http://terengganutoday.com/politik/sa... 

happy n safe voting for pakatan rakyat
reformasi! ini kalilah! ubah!



My Foot Note:

X Leaders Who Are Unfit!
X Leaders Who Bullshit!
Make Digital Honest Not Fabricated Tale!
X Old Newspaper X Old Scale!

ABU!
X Nak Pemimpin Kaki Kencing! (X Leaders Who Bullshit!) ABU! www.klakka-la.blogspot


Catatan tapakkakiku:

Kami Tak Nak Pemimpin Gatal!
Kami Tak Nak Pemimpin Kuat Kencing!
Ini Zaman Digital!
X Nak Suratkhabar Lama X Nak Dacing!

ABU!
X Nak Barang Lama X Nak Dacing! (X Old Stuff X Old Scale!) ABU! www.klakka-la.blogspot

TANYALAH USTAZ, EH HAKIM 2

Tanyalah Ustaz eh, Hakim 2



Kelakar Kehakiman 1Malaysia: Melucutkan Seluar Sendiri Lebih Teruk Dari Melucutkan Dara Anak Gadis? (Funny 1Malaysia's Judiciary: Stripping Own Pants Is Worse Than Stripping Young Girl's Virginity?) www.klakka-la.blogspot

Lihat karya2 berkaitan yang terdahulu:
TANYALAH USTAZ
TANYALAH USTAZ, EH HAKIM
TANYALAH USTAZ 2

Kartun dan karikatur dalam kartun ini bukan bertujuan menghakimi siapa2 bergelar ustaz/ustad, atau mengustazkan siapa2 yang pernah menghakimi sesuatu peraduan dan sebagainya. :-) Jadi jangan nak saman pulak okey?




My Foot Note:

X Leaders Who Are Unfit!
X Leaders Who Bullshit!
Make Digital Honest Not Fabricated Tale!
X Old Newspaper X Old Scale!

ABU!
X Nak Pemimpin Kaki Kencing! (X Leaders Who Bullshit!) ABU! www.klakka-la.blogspot


Catatan tapakkakiku:

Kami Tak Nak Pemimpin Gatal!
Kami Tak Nak Pemimpin Kuat Kencing!
Ini Zaman Digital!
X Nak Suratkhabar Lama X Nak Dacing!

ABU!
X Nak Barang Lama X Nak Dacing! (X Old Stuff X Old Scale!) ABU! www.klakka-la.blogspot

TANYALAH USTAZ, EH HAKIM

Tanyalah Ustaz eh, Hakim


Sesi Soaljawab Dengan Hakim Malaysia (Question And Answer Session With Malaysian Judiciary) www.klakka-la.blogspot

Mari Belajar Melakar Kartun

Ah hah! Kali ini saya nak berkongsi satu rahsia perihal kartun yang saya hasilkan di atas. Suatu pengakuan ikhlas heh heh, tapi bukanlah sesuatu yg panasss, cuma ia sesuatu yang sepatutnya dielak bila berkartun.

Kartun di atas bersandarkan isu perundangan negara, lebih spesifiknya ia adalah jenaka yang berkisar tentang keputusan hakim mahkamah dalam negara untuk kes tertentu. Sebenarnya ia merujuk 2 kes berlainan yang melibatkan 2, atau 2 set, hakim2 berlainan, dalam mahkamah berlainan.

Jadi apakah 'kesilapan' yang sepatutnya tidak dilakukan dalam kartun ini?
Lihat karikatur si-hakim. Ada 3 bingkai dan setiapnya dimuatkan dengan karikatur yang sama, sedangkan keseluruhan kartun ini melibatkan 2 orang atau 2 set hakim yang berbeza. Tapi itu bukanlah kesilapan dimaksudkan. Satu karikatur yang sama diulang2 untuk ketiga2 bingkai boleh diguna dalam karya ini kerana satu karikatur itu menggambarkan keseluruhan hakim atau sistem kehakiman sebagai satu subjek.

Adakah kesilapannya pada tukul si-hakim, yang 'hilang' dalam 2 bingkai pertama tetapi tiba2 muncul dalam bingkai akhir?
Bukan juga. Tukul itu hanya di bingkai akhir sebagai penguat, yakni untuk menambah 'feel' atau sentimen yang hendak disampaikan dalam bingkai itu bila digabung bersama latar merah terang, untuk menggambarkan tegangnya suasana ketika persoalan dijawab oleh si-hakim. Berbeza dengan bingkai pertama di mana cuma latar merah terang diguna menunjukkan suasana hanyalah sederhana tegang, dan di bingkai kedua latar merahjambu menggambarkan suasana yang santai atau langsung tidak tegang.

Sebenarnya kesilapan ialah pada wajah karikatur si-hakim. Kerana wajah yang dilakar bukan mewakili mana2 hakim sebenar, samada hakim dalam kes pertama atau hakim dalam kes kedua, malah mana2 individu yang pernah memegang jawatan hakim mahupun majistret dalam negara ini!

Hakim dan Ustaz (Judge and Religious Teacher) www.klakka-la.blogspot
Sebaliknya jika diamati rajah sebelah, karikatur si-hakim (atas) sebenarnya adalah satu ubahsuai dari karikatur si-ustaz (bawah) dalam karya terdahulu (di sini: TANYALAH USTAZSebenar2nya, tidak ada gambar mana hakim2 dari kedua2 kes itu dapat diperolehi ketika penghasilan kartun ini, haha.

Bagaimanapun, kesilapan tidak meletakkan karikatur satu individu yang memang seorang berjawatan hakim ini bukanlah suatu kesalahan yang besar dalam karya ini.

Ini kerana kartun ini merupakan satu lanjutan dalam siri yang juga melibatkan kartun si-ustaz, dan tajuk kartun ini juga diubah sedikit, yakni merupakan satu mainan perkataan (play of words), dari tajuk kartun pertama (kartun si-ustaz tajuknya "Tanyalah Ustaz", sedangkan kartun ini bertajuk "Tanyalah Ustaz, eh Hakim"), oleh itu masih selari jika karikatur si-ustaz juga diibah sedikit dan diguna pula sebagai karikatur si-hakim.
:-) Jadi jangan nak saman pulak okey?

Sekian pelajaran (pengakuan) kali ini, hehe, terimakasih.

*Catatan: Nak baca TANYALAH USTAZ sila skrol ke bawah...


My Foot Note:

X Leaders Who Are Unfit!
X Leaders Who Bullshit!
Make Digital Honest Not Fabricated Tale!
X Old Newspaper X Old Scale!

ABU!
X Nak Pemimpin Kaki Kencing! (X Leaders Who Bullshit!) ABU! www.klakka-la.blogspot


Catatan tapakkakiku:

Kami Tak Nak Pemimpin Gatal!
Kami Tak Nak Pemimpin Kuat Kencing!
Ini Zaman Digital!
X Nak Suratkhabar Lama X Nak Dacing!

ABU!
X Nak Barang Lama X Nak Dacing! (X Old Stuff X Old Scale!) ABU! www.klakka-la.blogspot

LET'S LEARN AND UNDERSTAND: Edit YOUR Photo (MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI: Edit Foto ANDA)

Edit YOUR Photo!
Ubahsuai Gambar ANDA!


Huh! In this digital era, it is rather easy to edit, transform and upgrade any image, from a still photo or a video, even more so if the original image itself is already in digital format.

But there are producers still groping around in doing editing that looks attractive or appears natural. And of course there are still too many among viewers of an image who become confused, is the image staring back into their own eyes an original image, or is it a result of a somewhat clever manipulation by its producer?

In order to sharpen readers' knowledge about image editing (this is quite explosive nowadays, don't get easily hoodwinked), a quick quiz has been prepared to test your thought process capacity.

Look at the photo and answer the question below it:
*For tips, refer to an earlier post:
klakka-la.blogspot: SELAMAT BERAYA AIDILFITRI 1433H



Hesh! Di zaman digital ini memang agak mudah untuk ubahsuai tukar dan tambahbaik sesuatu gambar biasa mahupun video apatah lagi jika gambar asal sendiri pun dalam bentuk digital.

Tapi ada penerbit masih terkapai2 hendak melakukan ubahsuai yang nampak molek atau seperti semulajadi. Dan amatsangat ramai kalangan yang melihat sesuatu gambar rasa keliru, apakah gambar yang dipapar depan bijimata memasing itu gambar asal atau sudah digubah mengikut selera penerbit?

Untuk menajamkan pengetahuan pembaca tentang ubahsuai gambar (isu ini agak meletop sekarang, jadi jangan mudah terkelentong), maka di sini disediakan satu kuiz pantas sebagai ujian dayafikir anda.


Lihat gambar ini dan jawab soalan di bawahnya:
*Untuk panduan, rujuk di sini:
klakka-la.blogspot: SELAMAT BERAYA AIDILFITRI 1433H



Kenapa Foto Anda Perlu Edit (Why Your Photo Requires Edit) www.klakka-la.blogspot


What is actually in the photo above?

A.circled at right is copy&paste, originally it was only an image of tables and dark blue chairs which were empty.
B.circled at left is copy&paste, originally it was only an image of open light blue sky with birds flying freely.
C.one of the circled is copy&paste, originally it was an image of a few monkeys jumping and swinging, which have been from the past few days, often seen straying around pekan, making rosmah feel embarrassed.
D.both circled are copy&paste, originally they were images of a light apparition, which at one point was flying, at another point was jumping and yet at another was swinging, which has been from the past few years, often seen straying around najib's house, making rosmah feel angry.
E.both circled are copy&paste, originally they were images of a group of adults who were all wearing yellow clothes, even though najib's open house invitation clearly stated that the attires for guests shall bear none of the color yellow, making rosmah feel embarrassed and angry.
F.both circled are copy&paste, originally they were images of a group of adult monkeys carrying banners criticising najib whilst supporting muhyiddin to be the new president of u-bn.


Apa sebenarnya ada pada gambar di atas?

A.dibulatkan sebelah kanan adalah copy&paste, asalnya cumalah gambar meja dan kerusi2 birutua yg kosong.
B.dibulatkan sebelah kiri adalah copy&paste, asalnya cumalah gambar langit birumuda terbentang dgn burung2 terbang bebas.
C.salahsatu dibulatkan adalah copy&paste, asalnya adalah gambar beberapa ekor kera terlompat2 dan bergayutan yg sejak beberapa hari ini selalu berkeliaran sekitar kawasan pekan, membuatkan rosmah rasa malu.
D.kedua2 dibulatkan adalah copy&paste, asalnya adalah gambar sekilas lembaga putih yang sekejap terbang, sekejap lagi terlompat2, dan sekejap lagi pula bergayutan, yg sejak beberapa tahun ini selalu berkeliaran sekitar kawasan rumah najib, membuatkan rosmah rasa marah.
E.kedua2 dibulatkan adalah copy&paste, asalnya adalah gambar sekumpulan dewasa yg kesemuanya memakai baju kuning, walaupun jemputan rumahterbuka najib sudah jelas menetapkan tatagaya pemakaian mestilah tiada warna kuning, membuatkan rosmah rasa malu dan marah.
F.kedua2 dibulatkan adalah copy&paste, asalnya adalah gambar sebilangan kera dewasa membawa kainrentang mengutuk najib dgn menyokong muhyiddin sebagai presiden u-bn baru.


My Foot Note:

X Leaders Who Are Unfit!
X Leaders Who Bullshit!
Make Digital Honest Not Fabricated Tale!
X Old Newspaper X Old Scale!

ABU!
X Nak Pemimpin Kaki Kencing! (X Leaders Who Bullshit!) ABU! www.klakka-la.blogspot


Catatan tapakkakiku:

Kami Tak Nak Pemimpin Gatal!
Kami Tak Nak Pemimpin Kuat Kencing!
Ini Zaman Digital!
X Nak Suratkhabar Lama X Nak Dacing!

ABU!
X Nak Barang Lama X Nak Dacing! (X Old Stuff X Old Scale!) ABU! www.klakka-la.blogspot

TANYALAH USTAZ

Tanyalah Ustaz UMNO
(Edisi Khas - raikan kebebasan sempena Ulangtahun Merdeka 55)


Damaikanlah jiwa ini
Dalam kesangsian ku terus kembara
Aku hanya manusia
Pasti ada yang dapat ku perlakukan
Sebelum ku pergi...oh oh oh ho ho ho oh...

Tiada apa yang ku pinta
Dalam dunia yang banyak meminta
Aku hanya manusia
Sekadar kebebasan sangat berharga
Maka itu aku
Terpesona x3
Pada keindahan warna pelangi

Rupa tanpa wajah
Bermain di mata
Berjalan tanpa ikut haluan
Wajah pura-pura
Bertopengkan wira
Menari tanpa ikut irama

Rupa Tanpa Wajah - Kembara






My Foot Note:
We Don't Want Pirates!
We Want Clean Leaders!

We Don't Want Bullshits!
We Want Clean Leaders!



Catatan tapakkakiku:
Kami Tak Nak Lanun!
Kami Mahu Pemimpin Bersih!

Kami Tak Nak Kena Kencing!
Kami Mahu Pemimpin Bersih!


SELAMAT BERAYA AIDILFITRI 1433H

Sudah terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Kerana Hari Raya Aidilfitri untuk Malaysia ialah pada Ahad 19hb Ogos.
Tetapi untuk Malaysia Aidilfitri disambut selama sebulan sepanjang Syawal,
maka belum lambat saya ucapkan Selamat Beraya Aidilfitri 1433 Hijrah.

Jangan lupa, Hari Raya Aidilfitri ialah hari kemenangan.
Hari merayakan kemenangan orang2 yang berpuasa sepanjang Ramadhan.
Merayakan kejayaan memperkuat iman menempuh dugaan dan memenuhi syarat2 berpuasa, yakni berjaya menentang nafsu.
Merayakan kejayaan mempertingkat amal dengan tarawikh, khatam quran, sedekah dll, yakni berjaya merebut pahala berganda.
Bila merayakan kemenangan, mestilah penuh bersemangat dan ceria.
Takkan sambut kemenangan dengan muram lembik dan melentok melayu.
Yang sambut kedatangan Syawal dengan muram dan airmata cumalah mereka2 yang baru kehilangan orang tersayang, budak2 degilnakal yang baru kehilangan jari atau bulukening akibat mercun, atau orang2 waraq yang terasa masih gagal mengisi sebaiknya Ramadhan yang telah berlalu.

Maka kita yang selebihnya mesti senyum ceria dan tegak bersemangat.
Jangan melentok melayu macam pokokbunga yang tak mandi sebulan!
Bila bersemangat barulah kita cergas merebut peluang yang melintas depan mata.
Kalau melentok melayu je, bijimata dah nak cecah tanah, kelibat peluang yang lalu pun tak nampak, macamana nak sambar?
Kalau bersemangat, maka bila takbir raya pun mestilah bersemangat juga.
Nada, rentak, melodi dan kelantangan bertakbir dan bertahmid mestilah mencerminkan semangat yang melangit.
Janganlah bertakbir dengan gaya dah serupa nak masuk kubur, kepala makin melentok makin senget makin hampir cium tanah, melayu mendayu!
Biarlah orang2 yang baru kehilangan insan tersayang sahaja yang bertakbir sedih mendayu.
Kita yang lain yang lebih ramai ni jangan ikut takbir melentok sampai nak cecah sejadah.
Begitu juga ketika setiap takbir dalam solat sunat Hari Raya, dari takbiratul-ihram hinggalah takbir qiam dan lain2 malah hingga salam kiri dan kanan, ikutlah imam dengan bersemangat dan dengan suara lantang sedikit.
Jangan lembik je atau memalu langsung tak keluar suara - takde tanda2 bersemangat pun, macamana katakan menyambut kemenangan?!!

Bila kita mula melatih diri mempamer semangat keras dalam bertakbir raya dan bersolat aidilfitri, maka bolehlah kita turut menampakkan semangat tinggi dalam solat2 berjemaah seterusnya, maka barulah kita boleh menonjolkan semangat jitu dalam tindaktanduk lain, maka akhirnya kita mampu mempertonton semangat kental dalam menghadapi sebarang musuh atau dugaan.

Bila kita berjiwa kental dan bersemangat waja, maka sukarlah bagi puak perosak untuk mencucuk jarum mereka, untuk memperkudakan kita, untuk memperkotakkatek usaha kita, untuk mengelentong pemikiran kita.

Jika kita lemahlembik, sikit2 menangis, sepanjangmasa merintihmendayu, naluri kita lazimnya tundukmelayu, maka mudah sahaja golongan perosak menabur propaganda dan menjual kelentong sabanhari, lantaran menguasai dan menjajah gayafikir kita sehingga tahap menindas.

Oleh itu, bila bertakbir raya dan bersolat jemaah, latih diri masing2 supaya tidak malu2 sebaliknya bersama2 bersuara lebih lantang dan penuh semangat ketika menyahut takbir, menjawab azan, mengaminkan fatihah dan setiap bahagian secara chorus yang banyak kedapatan di situ. Amalkannya, dan insyaAllah secara semulajadi jiwa kita lebih bertenaga, diri lebih berkeyakinan dan semangat lebih waja dalam kehidupan harian.

Walaupun untuk takbir aidilfitri telah terlambat, tetapi boleh mulakan pembaharuan ini dalam sembahyang berjemaah termasuk solat jumaat - lantangkan suara ketika menjawab azan bilal, ketika mengaminkan doa khatib dalam khutbah kedua, ketika takbiratulihram untuk solat, ketika mengaminkan fatihah imam, ketika takbir untuk rukuk sujud dan tahiyyat, serta ketika memberi salam. Dan untuk takbir raya pula, masih ada Raya AidilAdha kelak untuk kita semua cuba pembaharuan semangat ini, malah ketika itu nanti lebih banyak hari bertakbir maka lebih banyak peluang untuk mempraktikkan semangat baru ini.

Bila bersemangat waja dan sukar dikelentong, mudahlah kita menetapkan pendirian dan meneruskan usaha menentang kezaliman dan kepincangan oleh mana2 individu atau kumpulan yang asalnya kita amanahkan untuk mentadbir sosio-ekonomi dan memegang tampuk pemerintahan.


Aidilfitri ialah sambutan kemenangan jadi mesti ceria, bersemangat.
Sambutan kemenangan yang penuh ceria boleh diterjemah sebagai majlis rumah terbuka yang meriah dengan tetamu.
Lebih ramai tetamu hadir dan diraikan di rumah terbuka tanpa mengira darjat, lebih ceria lebih meriah dan lebih afdal.

Jadi nampaknya rumah terbuka Pakatan iaitu anjuran Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru ini kurang meriah dan kurang afdal sambutannya berbanding majlis BN, berdasar foto2 berikut:

Bahagian atas kosong kosong tanpa ada sesiapa, lantaran jelas kelihatan langit biru terbentang dan pepohon hijau berbaris

Bahagian atas sekali lagi kosong kosong tanpa ada sesiapa, lantaran jelas kelihatan bumbung khemah yang luas siap dengan kipas2 angin berbaris



Lihat pula foto untuk majlis anjuran UMNO-BN:

Setiap penjuru foto ada tetamu, bahagian atas bawah kiri dan kanan tiada kosong, tak nampak langsung langit atau pokok atau bumbung - makan percuma!

Bukan saja bahagian atas foto ada orang2 yang berkerumun ingin mendekati pemimpin, malah sudah pasti ramai kalangan VIP dari kawanan Kera U-BN yang bergayut hampir demi "mengeratkan lagi silaturrahim" dengan pemimpin2 teratas



Rumah terbuka Pakatan anjuran Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang kurang meriah sambutannya, berdasar foto berikut:

Cuma ada satu barisan, itupun agak pendek



Lihat foto untuk majlis anjuran UMNO-BN:

Bukan saja ada 3 barisan, malah setiap barisan dari arah berlainan, menunjukkan ramainya tetamu, dan meriahnya sambutan majlis U-BN - makan percuma!


Malah bukan hanya ada banyak barisan untuk bersalam, barisan untuk ambil makanan percuma, dan barisan untuk dapat angpow Raya, tetapi ada juga 3-4 barisan untuk menari poco2! Hebat punya meriah sambutan Raya U-BN!



Rumah terbuka Pakatan anjuran Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang kurang meriah sambutannya, berdasar foto berikut:

Cuma seorang yang diberi angpow, itupun budak (kalau budak sikit je isi sampul tu)



Lihat foto majlis anjuran UMNO-BN:

Sudah tentu ramai dapat angpow (termasuk dewasa yang dapat balik sebahagian duit cukai yang mereka bayar, tolak dari elaun keraian dan elaun hiburan menteri)




Rumah terbuka Pakatan anjuran Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang kurang meriah sambutannya, berdasar foto berikut:

Bila VIP beredar, cuma 3-4orang yang ikut hantar selain pak supir dan pengawal peribadi, lain2 buat hal memasing je. Yang ada perhati pun dari jauh je (4-5orang budak2 rempit kat seberang jalan). Langsung tak meriah!



Lihat foto majlis anjuran UMNO-BN:

Bila VIP bergerak, berduyun2 orang lain ikut sama; tak kira la yang nak bodek ke, nak projek ke, nak korek ke



*gambar2 dari internet
**gambar2 rumah terbuka pakatan dari OMAK KAU!!!! dan Anak Sungai Derhaka

WE ARE RIGHT! WE HAVE RIGHTS! STOP 114A!

To learn more, click here: stop114a.wordpress.com



MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI: Simpulan Bahasa (LET'S LEARN AND UNDERSTAND: Malay Idioms)

Misteri Kapalselam Takboleh Menyelam - Mungkin Salahfaham Terjemahan Bila Buat Pesanan
Mystery of The Submarine That Can't Submerge - Maybe A Misunderstanding In Translation When Placing Order



petikan daripada asiasentinel.com seperti laporan John Berthelsen, Isnin 30hb April 2012:

Ia cuma suatu tanda pada pintu pejabat di Hong Kong?

Untuk sebuah syarikat yang dikatakan menerima sekurang2nya 36juta euro (144juta ringgit) daripada satu anak syarikat kepada firma pertahanan Perancis DCN, Terasasi (HK) Ltd rupa2nya penuh misteri. Ia salah satu dari 142 nama yang tersenarai pada tingkat 19 sebuah pencakar langit di 3 Jalan Lockhart dalam daerah Wan Chai di Hong Kong.

Penyewa utama di tingkat 19 itu ialah Union Alpha, cabang di Hong Kong bagi sebuah firma perakaunan yang memberikan "khidmat profesional untuk memenuhi kehendak harian perniagaan para pelanggan di Hong Kong, Cina dan antarabangsa," termasuk khidmat audit dan jaminan, rundingan pengurusan, perakaunan dan lain-lain, seperti apa yang tertera pada laman sesawangnya.


Tidak ada sebarang petunjuk tentang apakah perniagaan Terasasi. Ia cuma disenaraikan dalam Pendaftaran Syarikat Hong Kong sebagai sebuah "syarikat tempatan". Bila ditanya tentang jenis urusan Terasasi, seorang pegawai kanan Union Alpha, Monique K.L. Chan, hanya berkata "Kami tidak boleh membincangkan hal2 sulit para pelanggan kami." Dia menujukan Asia Sentinel pada seorang ketua, yang dikatakannya sedang bermesyuarat. Ketuanya itu tidak menjawap permintaan untuk suatu panggilan telefon.

Bagaimanapun, Terasasi terletak di tengah2 tuduhan yang sekurang2nya 36juta euro telah disalurkan menerusi akaunnya kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak sebagai komisen atas jualan 2 buah kapalselam Scorpene yang dibeli dari firma pertahanan Perancis Thales International, atau dikenali juga sebagai Thint Asia.

2 orang pengarah syarikat Terasasi HK, yang pada mulanya ditubuhkan di Malaysia, tersenarai dalam Pendaftaran Syarikat Hong Kong sebagai Abdul Razak Baginda, dulunya seorang sahabat rapat Najib, dan Abdul Malim Baginda, bapa Abdul Razak. Tiada sebarang maklumat, contohnya, bank2 mana yang berurusan dengan Terasasi, tetapi bank2 ini mungkin mula menumpukan perhatian.

Ini adalah kerana akta pengubahan wang Hong Kong meletakkan kesalahan pada bank, peguam atau juruakaun jika mengendalikan harta yang mereka tahu atau mereka syaki merupakan hasil urusan jenayah berat. Pesalah boleh dipenjarakan sehingga 14tahun. Rekod mesti disimpan untuk mana2 urusan yang melebihi HK$8ribu, atau anggaran kasarnya USD1ribu (3ribu ringgit).


extracted from asiasentinel.com as reported by John Berthelsen, Monday 30th April 2012:

Is it just a sign on a Hong Kong door?

For a company that allegedly received at least €36 million from an offshoot of the French defense company DCN, Terasasi (Hong Kong) Ltd is a mysterious company indeed. It is one of at least 142 names listed on the directory on the 19th floor of a skyscraper at 3 Lockhart Road in Hong Kong’s Wan Chai district.


The 19th floor’s main tenant is a company called Union Alpha, the Hong Kong arm of an accounting firm that provides “professional services to meet clients’ daily business needs, both in Hong Kong, Greater China and globally,” including auditing and assurance services, management consulting, accountancy and other services, according to the firm’s website.



There is no indication of what Terasasi’s business is. It is only listed in the Hong Kong Companies Registry as a “local company.” Asked about the nature of Terasasi’s operations, Monique K.L. Chan, a senior officer at Union Alpha, told Asia Sentinel that “We cannot discuss confidential matters of our clients.” She referred Asia Sentinel to her boss, whom she said was in a meeting. He did not immediately answer a request for a phone call.



Terasasi, however, is at the center of allegations that at least some of the €36 million was funneled through its accounts to Malaysian Prime Minister Najib Tun Razak as a commission on the sale of two Scorpene submarines purchased from the French defense company Thales International, also known as Thint Asia.

The two directors of Terasasi Hong Kong, which was first incorporated in Malaysia, are listed in the Hong Kong Companies Registry as Abdul Razak Baginda, formerly one of Najib’s closest friends, and Razak Baginda’s father, Abdul Malim Baginda. There is no indication, for instance, who Terasasi’s bankers might be, but they might be beginning to take notice.


That is because Hong Kong’s money-laundering law makes it an offense for bankers, lawyers or accountants to deal with property they know or have reasonable grounds to believe represents the proceeds serious crimes. Offenders are subject to a maximum of 14 years in prison. Records must be kept on any transaction over HK$8,000, the rough equivalent of US$1,000.


UPDATED!!!

A report leaks the conversation that took place on the day asia sentinel went to find out more about terasasi, at the office's main lobby...

asia sentinel: miss, excuse me miss, what exactly is the nature of business conducted by this firm?
terasasi staff: hah? apa orangputeh ni cakap kat aku nih??? aku bukannya belajar ppsmi... eh, apa dia tanya tu? (berpaling pada seorang staf lain yang baru melangkah masuk dari luar)
*huh? what is this white man saying??? i didnt study (in) ppsmi (the learning of sciences and maths in english language)... eh, what is he asking? (turning to another staff who just walked through the front door)
staff no.2: ala, dia tanya kau, kompeni ni buat bisnes apa... (sambil beredar terus masuk pejabat di dalam)
*ah, he asks you, what business is this company doing... (immediately walking away to the office inside)
terasasi staff: ooh... bisnes... kompeni ni...
*ooh... business... this company...
asia sentinel: ah, yes. what business does the company engage in, please?
terasasi staff: ok, ok, i know that... ok, aaah... bisnes.... aaaah... camne nak cakap  ek....
*ok, ok, i know that... ok, aaah... business.... aaaah... how am i gonna say it eh...
asia sentinel: excuse me, what's that? i dont understand the words you just said... dont sound mandarin, i dont think...
terasasi staff: aah... alamak... yes... i mean no, not  mandarin... aa... bisnes... aa... up... aah... bisnes up...
*aah... oh shucks... yes... i mean no, not  mandarin... aah... business... aa... up... aah... business up...
asia sentinel: up? up, as in above, up? (pointing index finger up)
terasasi staff: yes yes! (nodding vigorously) up, above... aaah... air...!
asia sentinel: up air?
terasasi staff: yes, up air! (nodding and grinning wide)
asia sentinel: ooooh, you mean aircraft business? this firm deals with aeroplanes, because aeroplanes, they go up in the air, yes?
terasasi staff: no no no! (look of dismay) not aeroplane! up air, up air! (voice becoming frantic) you know... air... aaah... not air...
asia sentinel: whaaat??! now it's not air anymore?? then what is it??? (voice becoming impatient)
terasasi staff: aah... wind! business up wind! (grinning with relief)
asia sentinel: wind?? as in, today it's very windy, the wind blows strongly, that kind of wind?
terasasi staff: yes yes! (look of joy)
asia sentinel: so, the firm produces alternative power using wind?
terasasi staff: no! (look of dismay again)
asia sentinel: then, the firm manufactures windmills? (rotating entire arm in a frantic effort to imitate windmill blades)
terasasi staff: no!
asia sentinel: the firm provides aerodynamic testing in wind tunnels?
terasasi staff: no no no! (look of dismay)
asia sentinel: still not right? oh god! so what is it then??!
terasasi staff: business, up... wind!
asia sentinel: up-wind??? that is such a mysterious term, i cant tell what mysterious business your company ventures in; gosh, i dont get you at all! you keep saying wind, and all i'm getting is gas... i better leave now before i break wind in front of you! (leaves hurriedly in disappointment)
terasasi staff: ceh! orang puteh pengotor! (wajah meloya)
*yuck! unhygienic white man! (look of disgust)
staff no.2: kenapa kau ni? (melangkah masuk lobi semula)
*what's with you? (steps into the lobby again)
terasasi staff: tu, orang puteh tu, tanya aku banyak2, lepas tu nak kentut depan aku pulak!
*that white man, he asked me lots of questions, then he wanted to break wind in front of me!
staff no.2: heh! apa yang dia tanya? apa kau jawab?
*heh! what did he ask? what did you answer?
terasasi staff: kan tadi dia tanya, apa bisnes kompeni ni... aku pun jawab la, up wind, aku kata... tapi dia tak paham2... dia cakap misteri la, apa la... dia bengang sampai nak terkeluar kentut!
*that question he asked earlier, what business does the company do... so i answered, up wind, i said... but he still didnt understand...he said it's a mystery bla bla bla... and he got upset until he felt like farting!
staff no.2: up wind?? apa tu??
*up wind?? what's that??
terasasi staff: laaa... (wajah terkejut) kau pun tak paham ke??? simple english je tu, aku ni pun paham! kan kompeni ni buat bisnes up wind, bisnes atas angin!
*oh no... (look of disbelief) you dont understand either??? it's simple english, even i understand it! dont you remember, this company does the up wind business (brokering business)
staff no.2: hahah! patutlah orang puteh tu nak terkeluar kentut nak fahamkan apa kau cakap, kau pergi terjemah literal sebijik2, atas angin bukan up wind la, broker la! haha! klakka-la kau ni!
*hahah! no wonder the white man developed gas problem to the point of farting in trying to chew over your words, you did a literal translation; it's not up wind, it's brokering! haha! you're funny!



My Foot Note:
We Don't Want Pirate Leaders!
We Want Clean Leaders!

We Don't Want Bullshitting Leaders!
We Want Clean Leaders!



Catatan tapakkakiku:
Kami Tak Nak Pemimpin Lanun!
Kami Mahu Pemimpin Bersih!

Kami Tak Nak Pemimpin Kencing!
Kami Mahu Pemimpin Bersih!





Sama2 kita rai dan bantu menyemarak kebangkitan perjuangan gerakan ABU. Dapatkan T-Shirt Siri ABU penghasilan penulis, sekarang:
Let us together celebrate and support the uprising of the ABU movement. Get the ABU Series T-Shirt designed by the writer, now:


T-shirt Siri ABU: Jatuhkan mereka! (ABU Series T-shirt: Bowl 'em over!) www.klakka-la.blogspot


T-shirt Siri ABU: Jatuhkan mereka! Gambaran hadapan & belakang (ABU Series T-shirt: Bowl 'em over! Front & back illustration) www.klakka-la.blogspot


HARGA: RM35 sehelai
PRICE: RM35 (USD12) per piece (please read Notes below)

Catatan:
Sila buat pembelian dan bayaran di bawah ini supaya kami dapat proses permintaan anda.
Penghantaran dalam Malaysia sudah termasuk yuran pos dan Paypal.
Untuk penghantaran luar Malaysia, sila e-mel butiran anda termasuk lokasi penghantaran (peringatan: pihak pos tidak membuat hantaran ke peti pos) untuk menentukan dahulu tambahan harga pos, ke alamat berikut:

klakka.lablog@yahoo.com
Notes:
Please make your selection and payment below, so we can proceed to process your order.
Delivery within Malaysia has already included the fees for postage and Paypal.
For deliveries outside of Malaysia, please e-mail your particulars including location (reminder: postal service does not deliver to postal boxes) to determine beforehand the extra amount required for postage, to the following address:

klakka.lablog@yahoo.com






CHOOSE YOUR ORDER FROM 1 OF THESE SIZES:

Jika membeli lebih dari 1 saiz, pilih satu saiz dahulu untuk dimasukkan
ke dalam troli, tetapkan bilangan yang diinginkan untuk saiz itu,
kemudian klik pada "Continue Shopping"
dan tokok lagi saiz lain yang diingini ke dalam troli anda.
To order for more than 1 size, please choose one size to add to
your shopping cart first, enter the quantity you require for that size,
then click on "Continue Shopping"
and add the next size you require to the cart.

********************************************************************

Side Ad: CIFU. Ask. And you'll get it. Coming soon. www.klakka-la.blogspot
Coming Soon:

CIFU?
U.S.!
Washed Clean
2008
8 - 9 x
Ask. And you'll get it.


Also Coming Soon:
1Malaysia Keliru: Dijajah ke tak? Merdeka ke tak? (1Malaysia Confused: Colonised or not? Freed or not?) www.klakka-la.blogspot