Pages

Showing posts with label our economic fundamentals are strong. Show all posts
Showing posts with label our economic fundamentals are strong. Show all posts

TANYALAH USTAZ 6

Tanyalah Ustaz UMNO
Mari Belajar Dan Memahami Ekonomi Malaysia


Nampaknya masih ramai warga Malaysia terutama Melayu yang belum masak dengan selokbelok putarbelit dan tepiskilas dalam susunatur dan perancangan belanjawan serta kewangan yang menggenggam kemas memeluk erat mahupun menjerut kuat setiap tubuh atau leher penduduk dalam negara ini. Ini boleh dilihat dari bilangan yang silap memberi jawapan kepada 2 soalan yang diajukan dalam posting sebelum ini, TANYALAH USTAZ 5, berkaitan harga arak milik anak bekas perdana menteri negara, eh silap, berkaitan harga arak jualan towkey judi.

Malah statistik menunjukkan hingga 48% rakyat Malaysia, iaitu majoriti penduduk, masih ketinggalan dari sudut ilmu kefahaman tinggi atau finer understanding, sedangkan hanya 51%, iaitu jumlah yang sedikit atau minoriti, yang akhirnya mampu mengangkat punggung sendiri dari kerusi setelah kematu akibat terlalu lama terduduk termangu dalam bas tua yang terhegeh2 hidup segan mati tak mahu dalam perjalanan yang tak sampai2, lalu beratur turun dari bas uzur itu untuk menunggu kedatangan bas baru yang bakal membawa mereka dengan lebih pantas ke sekolah dan pengalaman yang lebih terkehadapan.

Cuma agak malang, bas tua walaupun terhegeh2 dalam semput tetapi telah brgerak semula meninggalkan perhentian - sambil sempat melepaskan kentut pekat tebal berkepul2 yang amatsangat busuk tepat pada muka2 penumpang yang baru turun hingga meloyakan anaktekak masing2 menerima hadiah hitam yang terlalu cepat dan tak semena2 itu.

Tambah malang, rupa2nya ketika kentut hitam dilepaskan maka ketika itu juga ala2 sotong kurita, pemandu dan kelindan bas tua dengan tangan panjang telah menyeluk meragut dan merampas daripada saku setiap penumpang - samada yang telah turun mahupun yang masih setia menaruh harap bas tua dapat membawa mereka ke taman yang mereka idamkan - sejumlah dua kupang, iaitu 20 sen, dari setiap seorang.

Jadi persoalan sekarang pula ialah, dengan sekali cekup begitu, berapa banyakkah jumlah yang telah dikebas oleh pemandu bas tua dan kelindannya, jika polis ingin memulangkan semula semua duit kepunyaan penumpang?



Catatan:
Ambil jumlah kenderaan berdaftar 1malaysia sebagai 20juta sahaja
(Perangkaan sebenar 20.2juta pada 2010, 21.4juta pada 2011).
Dari jumlah ini, ambil cuma 30% purata yang dipandu setiaphari,
maka 30% x 20juta = 6juta purata atas jalanraya setiaphari.
(Peratusan kecil setelah ditolak pemilik kenderaan yang bukan keluar bekerja setiaphari termasuk hujungminggu, ditolak pemilik kenderaan yang kadangkala menumpang kenderaan lain, serta dikurangkan faktor motorsikal yang menggunakan cuma sedikit petrol berbanding kereta)
Ambil purata jumlah perjalanan sehari bagi setiap kenderaan sebagai 20Km sahaja, satu nilai yang sangat konservatif.
(Bagi bandar besar seperti KL, adalah biasa bagi seseorang memandu sejauh 20-40Km dari rumah ke pejabat menjadikan jumlah perjalanan sehari antara 40-80Km, tetapi kebanyakkannya di bandar kecil dan kampung, di mana kebiasaan jarak rumah ke tempat kerja cuma 2-5Km, memberikan jumlah perjalanan sehari cuma 4-10Km)
Jadi, purata perjalanan keseluruhan kenderaan pada setiaphari adalah 6juta x 20Km = 120juta Km.
Ambil purata penggunaan petrol setiap kenderaan sebagai 10Km/L.
Oleh itu, purata keseluruhan penggunaan petrol setiaphari ialah 120juta / 10 = 12juta Liter.
Bila pemandu bas tua kebas 2kupang dari setiap penumpang 1malaysia, maka dalam 1hari sahaja dia telah mencuri 12juta Liter x 20sen/L iaitu 2.4juta ringgit.
Sebulan pemandu bas tua berjaya kebas 2.4 x 30 = 72juta ringgit.
Setahun pemandu bas tua berjaya kebas 12 x 72 = 864juta ringgit.



Kelakar 1Malaysia: Subsidi Rakyat Tiada Dalam Islam Tapi Elaun Menteri Ada? (Funny 1Malaysia: Subsidies For The People Not In Islam But Allowances For Ministers Are?) www.klakka-la.blogspot



My Foot Note:
We Don't Want Pirates!
We Want Clean Leaders!

We Don't Want Bullshits!
We Want Clean Leaders!



Catatan Tapakkakiku:
Kami Tak Nak Lanun!
Kami Mahu Pemimpin Bersih!

Kami Tak Nak Kena Kencing!
Kami Mahu Pemimpin Bersih!


TANYALAH USTAZ 5

Tanyalah Ustaz UMNO
Mari Belajar Dan Memahami Ekonomi


Towkey Lim bergotongroyong dengan penduduk bukit lalu membina kasino tempat berjudi.

Setelah siap dan dibuka kepada ribuan kakijudi yang tidak sabar2 menunggu, Towkey Lim teringat hendak menyediakan minuman keras pula untuk para penjudi, berasaskan faktor2 ekonomi berikut:
1)para taikjudi yang menziarah kasino beliau semata2 ingin berada dalam kasino dan berjudi siangmalam selama 1-2hari dan tiada masa keluar untuk makanminum tidur mandi tukarbaju dan sebagainya, maka taikjudi tidak akan berfikirpanjang membeli makanan dan minuman yang tersedia dalam kasino sendiri walau apapun harganya;
2)para taikjudi tersebut sememangnya datang menziarah dengan poket masing2 tersembul akibat banyaknya jumlah duit yang dibawa hingga ke ratusan ribu ringgit, kerana berprinsip lebih banyak duit dijudikan lebih banyak peluang menang duit judi, maka dengan duit yang banyak itu, mereka pasti tidak lokek berbelanja besar untuk hobi kegemaran kedua mereka iaitu makanminum;
3)towkey Lim tidak mahu oranglain pula kayaraya dengan mengambil kesempatan berjaja nasilemak atau air kelapamuda di luar kasino miliknya sedangkan pelanggan adalah orang2 yang sebenarnya datang untuk menziarah kasino beliau.

Persoalan sekarang ialah:
1)berapakah harga jualan hendak ditetapkan untuk minuman keras itu?
a-percuma kepada kakijudi dengan menunjukkan resit dari mejajudi;
b-harga pasaran yang sama dengan kedai2 biasa;
c-harga yang 10X ganda lebih tinggi dari kedai2 biasa;
d-harga bidaan tertinggi dari kalangan kakijudi
2)siapakah yang sepatutnya menetapkan harga minuman keras itu?
a-orang2 bukit kerana mereka peneroka asal bukit;
b-penjaja nasilemak kerana itu saja peluang untuk turutserta dalam perniagaan;
c-para kakijudi kerana mereka yang akan membelinya;
d-menteri judi dan gengster


Kelakar 1Malaysia: Tuhan Yang Tetapkan Harga Telor Dan Arak? (Funny 1Malaysia: God The One Fixing Prices Of Eggs And Liquor?) www.klakka-la.blogspot



My Foot Note:
We Don't Want Pirates!
We Want Clean Leaders!

We Don't Want Bullshits!
We Want Clean Leaders!



Catatan tapakkakiku:
Kami Tak Nak Lanun!
Kami Mahu Pemimpin Bersih!

Kami Tak Nak Kena Kencing!
Kami Mahu Pemimpin Bersih!


BINATANG PELIHARAAN SAYA 4

Projek Kesayangan Istimewa: (Special Pet Project:)

Projek Ujian DayaIngat Rakyat, PUDAR  (People's Memory Test Project)

Mahathir bentangkan 1Hukum hasil kajian saintifik beliau (dalam bahasa inggeris) selama 22tahun memegang kuasa negara: Melayu mudah lupa
Mahathir announced 1Law resulting from his scientific studies (in English language) while 22years in power: Malays easily forget

Siapa ingat:
Berapakah elaun keraian untuk Menteri?
Berapa pula jenis kesemua elaun2 yang layak untuk Menteri?
Bilakah yang terkini kenaikan nilai elaun2 Yang Dipertua Dewan?
Bilakah yang terkini penurunan subsidi barangan keperluan rakyat?
Berapakah jumlah terkumpul belanja penyelenggaraan rumah rasmi haji Najib?
Berapa kali haji Najib sudah mengucapkan kalimah "rakyat didulukan" depan orangramai semenjak dia mula mencanang konsep "1malaysia"?
Berapa jumlah harga keseluruhan membuat, mencetak, menyiar dan memasang segala kainrentang, papantanda dan segala apa sahaja iklan2 lain yang mengandungi logo "1malaysia" dan kalimah "rakyat didulukan" sehingga hari ini?

Who remembers:
How much is the entertainment allowance for a Minister?
How many different types of allowances are there for a Minister?
When was the latest increase in allowances for the Speaker of Dewan?
When was the latest decrease in subsidies of essential goods for the people?
How much is the cumulative total spending for maintenance of Najib's official home?
How many times have Najib uttered the phrase "people first" in front of the public ever since he began trumpeting the "1malaysia" concept?
How much is the total cost of producing, printing, airing and installing all banners, billboards, and all sorts of advertisements that contain the "1malaysia" logo and the phrase "people first" up till today?

Kelakar 1Malaysia: Bankrap Tahun 2019 Akibat 40 Penyamun? (1Malaysia Joke: Bankrupt In Year 2019 Due To 40 Thieves?) www.klakka-la.blogspot

Kalau betul bak kata Mahathir anda sudah lupa,
rajin2lah mengulangkaji jawapan2 berkaitan, yang mudah diperolehi dari En. Google.
Anda juga dijemput membaca kembali paparan2 saya terdahulu:
If what Mahathir said is true and you have forgotten,
take initiatives to revisit related answers, which you easily get from Mr. Google.
You are also invited to read again my earlier postings:

1MALAYSIA: RAKYAT DIDULUKAN...
KOS HIDUP DI NEGARA INI ADALAH RENDAH
KELUH LAGI 1MALAYSIA

Selamat berkerutdahi!
Happy frowning!

********************************************************************


Side Ad: CIFU. Ask. And you'll get it. Coming soon. www.klakka-la.blogspot
Coming Soon:

CIFU?
U.S.!
Washed Clean
2008
8 - 9 x
Ask. And you'll get it.


Also Coming Soon:
1Malaysia Keliru: Dijajah ke tak? Merdeka ke tak? (1Malaysia Confused: Colonised or not? Freed or not?) www.klakka-la.blogspot

BINATANG PELIHARAAN SAYA 3

Projek Kesayangan Istimewa: (Special Pet Project:)

Syllogism 402 (Advance Syllogism Studies)

Lembu = Binatang Peliharaan
Binatang Peliharaan = Your Pet
Your Pet Project = Projek Kesayangan

Your Pet -> Special Treatment
therefore
Projek Kesayangan -> Layanan Istimewa

VIP -> Layanan Istimewa
oleh itu
VIP = Pet Project = Your Pet = Binatang Peliharaan = .....


********************************************************************


Side Ad: CIFU. Ask. And you'll get it. Coming soon. www.klakka-la.blogspot
Coming Soon:

CIFU?
U.S.!
Washed Clean
2008
8 - 9 x
Ask. And you'll get it.


Also Coming Soon:
1Malaysia Keliru: Dijajah ke tak? Merdeka ke tak? (1Malaysia Confused: Colonised or not? Freed or not?) www.klakka-la.blogspot

BINATANG PELIHARAAN SAYA 2

Projek Kesayangan: (Pet Project:)


Binatang Peliharaan...
atau
Binatang Beliharaman...
atau
Baka Brahman bersulam blingbling bertatah berlian dari lombong Afrika Selatan?

Kelakar 1Malaysia: 
Kedai 1Malaysia, Lembu 1Kondo (1Malaysia Joke: 1Malaysia Shops, 1Condo Cows) www.klakka-la.blogspot


********************************************************************

Side Ad: CIFU. Ask. And you'll get it. Coming soon. www.klakka-la.blogspot
Coming Soon:

CIFU?
U.S.!
Washed Clean
2008
8 - 9 x
Ask. And you'll get it.


Also Coming Soon:
1Malaysia Keliru: Dijajah ke tak? Merdeka ke tak? (1Malaysia Confused: Colonised or not? Freed or not?) www.klakka-la.blogspot

BINATANG PELIHARAAN SAYA

Projek Kesayangan: (Pet Project:)


Binatang Peliharaan...
atau
Binatang Beliharaman...?

Kelakar 1Malaysia: Lebuhraya untuk Gajah, Kondo untuk Lembu? (1Malaysia Joke: Highway for Elephants, Condo for Cows?) www.klakka-la.blogspot


********************************************************************

Side Ad: CIFU. Ask. And you'll get it. Coming soon. www.klakka-la.blogspot
Coming Soon:

CIFU?
U.S.!
Washed Clean
2008
8 - 9 x
Ask. And you'll get it.


Also Coming Soon:
1Malaysia Keliru: Dijajah ke tak? Merdeka ke tak? (1Malaysia Confused: Colonised or not? Freed or not?) www.klakka-la.blogspot

1MALAYSIA: RAKYAT DIDULUKAN...

SapuMALAYSIA: RAKYAT DIDULUKAN UNTUK BERJIMAT


Kerajaan membelanjakan sebanyak RM17 juta bagi membiayai lawatan rasmi perdana menteri dan isteri antara tahun 2008 dan pertengahan 2011.

Jawapan bertulis kepada ahli parlimen Batu, Tian Chua turut menyatakan bahawa RM8 juta telah dibelanjakan untuk lawatan rasmi timbalan perdana menteri dan isteri dalam tempoh yang sama.

Dalam jawapannya, Najib dan Rosmah membelanjakan RM1,739,332.85 pada tahun 2008, RM4,811,837.48 (2009), RM5,140,307.99 (2010) dan RM5,427,172.26 untuk tempoh sehingga Jun 2011.

***************************


KUALA LUMPUR 31 Dis. – Orang ramai kini menyambut tahun baru dengan penuh waspada berikutan laporan mengenai kesuraman ekonomi pada tahun 2009.

Para pemimpin menasihatkan supaya mereka berjimat cermat bagi menghadapi krisis ekonomi global...

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam yang juga Setiausaha Agung MIC, dalam perutusannya menggesa pekerja Malaysia supaya ‘berjimat cermat’ bagi menghadapi krisis ekonomi global.

***************************

Kerajaan Persekutuan pimpinan BN telah “memperdayakan” rakyat apabila Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) menyatakan bahawa kerajaan menanggung bil subsidi berjumlah RM74 bilion pada 2010, kata seorang pakar ekonomi hari ini.

Bercakpa pada dialog belanjawan Selangor 2012 di Subang Jaya, profesor pelawat Universiti Nottingham, Subramaniam Pillay berkata 54 peratus daripada bil itu adalah untuk pendidikan dan kesihatan yang sebenarnya adalah tanggungjawab kerajaan.

Jika dua barangan itu dikeluarkan, bil subsidi hanya berjumlah RM31.1 bilion dan daripada jumlah berkenaan, subsidi makanan yang secara langsung sampai kepada rakyat hanya bernilai RM3 bilion atau lebih kurang 2 peratus daripada bajet kerajaan persekutuan.

Katanya, sebahagian besar subsidi RM23.7 bilion untuk bahan api dan tenaga yang dibayar pada 2010 disalurkan kepada subsidi gas yang kemudiannya diberikan kepada pengeluar tenaga bebas.

"Bagi infrastruktur, semua subsidi disalurkan kepada (konsensi lebuhraya) bukan kerana mereka memerlukannya tetapi kerana mereka menandatangani perjanjian (dengan kerajaan) yang bodoh. Ini bukan subsidi untuk rakyat,” katanya.

***************************


KUANTAN 20 April — Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menyeru rakyat supaya berjimat cermat dan berhemat dalam perbelanjaan harian serta berbelanja mengikut kemampuan ketika harga barangan naik mendadak ekoran kesan kemelesetan ekonomi global masa kini.

“Harga barangan yang mendadak naik dan pendapatan rakyat yang mengecil mendatangkan beban kepada rakyat, justeru beta menyeru semua rakyat supaya berjimat cermat,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang ke-12 di Wisma Sri Pahang...

***************************

Kerajaan diminta menjelaskan kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat ekoran pengurangan subsidi barangan keperluan.

"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya.

Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.

"Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa,” kata Siti Zailah, yang hadir bersama.

Menurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.

RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

"Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” kata ketua pemuda DAP Anthony Loke, yang turut hadir pada sidang media itu.

Menurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.

"Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya.

***************************


KUALA LUMPUR 31 Dis. - Pelbagai pihak mahukan rakyat mengamalkan sikap berjimat-cermat dalam kehidupan seharian di samping memberikan sokongan kepada program pemulihan ekonomi negara seperti yang dirancangkan oleh kerajaan.

Jawatankuasa Bertindak NGO Mempertahankan Kedaulatan Ekonomi Negara (Tindakan), menyarankan agar tahun 1998 diisytiharkan sebagai ''Tahun Belanja Berhemat''.

Jurucakapnya Saifuddin Abdullah berkata ia bertujuan meningkatkan kefahaman rakyat terhadap masalah ekonomi negara yang diramalkan akan berterusan sepanjang tahun hadapan.

Tindakan akan melancarkan beberapa kempen pada tahun depan seperti ''Simpan Duit Raya-Angpow'', dan ''Belanja Berhemat, Kita Selamat'' bagi menanam sikap berjimat-cermat di kalangan rakyat, katanya dalam perutusan tahun baru.

''Tindakan juga akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan dalam menjayakan program Briged Taninya serta dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam kempen membeli barangan buatan Malaysia,'' katanya.

Aktivis masyarakat Datuk Lee Lam Thye pula berkata rakyat hendaklah menunjukkan semangat patriotik dengan membeli barangan tempatan dan mengelakkan pembelian barangan yang tidak penting.

Beliau berkata sudah tiba masanya bagi rakyat menunjukkan semangat patriotik kerana ia sangat penting bagi memulihkan ekonomi negara.

''Amalan menabung dan berjimat harus dijadikan landasan hidup kita,'' katanya.

***************************

Kementerian Pelancungan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya.

Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.

“Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?” soalnya semasa sesi soalan.

Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga.

Katanya, kerajaan dengan mudah boleh mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk BN dan juga ahli parlimen Pakatan yang sebahagian besar mereka pengguna rangkaian laman sosial yang aktif.

“Tak perlu tanya ahli sebelah sini (pembangkang). Terdapat ramai di kalangan penyokong kerajaan seperti Kota Belud dan Rembau... mereka boleh dibawa sebagai perunding,” katanya merujuk kepada ahli parlimen Umno Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin, yang kedua-dua mereka kerap menggunakan Twitter.

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.

Khairy, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata kurangnya minat laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan.

***************************


RAKYAT sudah pasti berasa lega dengan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam bahawa kerajaan sedang mengkaji pelbagai opsyen untuk tidak menaikkan harga petrol RON95 dalam waktu terdekat.

Langkah itu dilakukan walaupun kerajaan terpaksa menanggung subsidi cukup tinggi berikutan harga minyak mentah dunia terus meningkat sehingga melepasi AS$108 (RM327) setong semalam.

Peningkatan itu ekoran kebimbangan berlaku pengurangan pengeluaran minyak akibat pergolakan politik di negara-negara yang menganggotai Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) di Asia Barat dan Afrika Utara.

Kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia itu jika berterusan akan menyebabkan tanggungan subsidi petrol dan diesel kerajaan mencecah RM14 bilion tahun ini berbanding RM6.3 bilion tahun lalu.

Sekiranya berlaku kenaikan harga petrol RON95, harga barangan lain sudah pasti akan turut naik berikutan peningkatan kos pengangkutan dan lain-lain perbelanjaan berkaitan.

Menurut Pensyarah Kanan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Prof. Madya Dr. Rusinah Siron, rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan meskipun kerajaan memberi jaminan tidak akan sewenang-wenang menaikkan harganya.

''Kita bercakap soal globalisasi yang mana Malaysia juga tidak boleh mengelak daripada kesan negatif daripada kenaikan harga minyak di pasaran dunia.

''Kerana itu, orang ramai perlu rasional dalam menerima kenaikan harga minyak dunia ini serta kesannya kepada ekonomi negara," kata beliau.

Dalam pada itu, penganalisis ekonomi dan Pensyarah Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah turut mengakui kenaikan harga petrol tidak dapat dielakkan berikutan trend peningkatan harga bahan api itu di pasaran dunia sejak akhir-akhir ini.

Katanya, rakyat harus bersedia berdepan dengan kemungkinan kenaikan itu walaupun kerajaan memberi jaminan tidak akan meningkatkan harga petrol dalam waktu terdekat.

''Kenaikan harga ini perlu dilihat dari sudut positif kerana ia sebenarnya memberi manfaat kepada industri dan seluruh rakyat negara ini,'' ujarnya.

Seperti yang diungkap oleh Haim Hilman, rakyat seharusnya bersikap positif dengan kenaikan harga petrol yang kemudiannya sudah tentu akan diikuti dengan peningkatan harga barangan.

Kenaikan harga berkenaan sudah pasti tidak akan memberikan kesan ketara sekiranya pengguna membuat persediaan secukupnya termasuk mengamalkan sikap berjimat cermat.

Tabiat gemar makan di kedai mungkin boleh ditukar dengan memasak sendiri dan membawa bekal ke pejabat. Rakyat juga boleh mengurangkan lagi penggunaan gula dalam makanan dan minuman seharian, sekali gus mengurangkan risiko dijangkiti penyakit yang memerlukan kos rawatan tinggi.

Penjimatan penggunaan elektrik juga boleh dibuat dengan memastikan lampu dan kipas dipadamkan apabila tiada orang di dalam bilik. Televisyen juga tidak boleh dibiarkan terpasang tanpa sesiapa menonton. Rakyat juga boleh berjimat cermat dengan menggunakan perkhidmatan awam.


***************************


1Malaysia: Rakyat Didulukan Untuk Berjimat Cermat Perut Pun Ikat Sedangkan Pemimpin Berbelanja Tak Hengat! (1Malaysia: Peoples First to be Thrifty And to be Penny-Wise Whilst The Leaders Go Wild with Extravagant Expenditures!) www.klakka-la.blogspot

********************************************************************

Side Ad: CIFU. Ask. And you'll get it. Coming soon. www.klakka-la.blogspot
Coming Soon:

CIFU?
U.S.!
Washed Clean
2008
8 - 9 x
Ask. And you'll get it.
note: don't forget to visit my other blog,
klickdefella (klakka-la)
and 'klick' your answers to the quizzes, polls or censuses prepared
(in the future you may get lucky and win some consolation prize)
___________________________________________________________

HIGHWAY STAR

Rock Will Never Die!


Do you know the veteran rock group Deep Purple?
If you do, you must surely know one of their many hit songs titled Highway Star.
It is one fast, rocking song but still melodious and not overly hard on the eardrums, whilst relying heavily on the keyboard even more than the lead guitar to belt out the melodic riffs.
Highway Star remains one of the great classic rock songs still being played over and over, just as Deep Purple is still being revered with cult-like following, by fans of this genre until today.
This is one classic example that epitomizes the phrase Rock Will Never Die.

In Malaysia, we have one Highway Star who still remains revered by many until today.

Or, from the standpoint of many others, one Highway Star who still remains despised until today.

Now, despite all the excitements or rather controversies surrounding this Malaysian Highway Star, he seems to many that he too, will never die, or at least, will never step down! God!

1Malaysia's new animal highways: Samy returns to collect toll fees thus avoiding much-hyped 2019 bankruptcy? www.klakka-la.blogspot

********************************************************************

Side Ad: CIFU. Ask. And you'll get it. Coming soon. www.klakka-la.blogspot

CIFU?
U.S.!
Washed Clean
2008
8 - 9 x
Ask. And you'll get it.
note: don't forget to visit my other blog,
klickdefella (klakka-la)
and 'klick' your answers to the quizzes, polls or censuses prepared
(in the future you may get lucky and win some consolation prize)
___________________________________________________________

SEBUTIR KESAH

Sebutir Peluh, Sebutir Harapan Luluh



Datok Pesara Lombong Pasir Sebutir membersihkan bukti2 kekotoran yang bersepah sekitar Mahligai miliknya ditinggalkan oleh Toyol. www.klakka-la.blogspot


Warkah Untuk Datok Pesara Lombong Pasir Sebutir


Datok

Saya seorang penuntut yang ingin melanjutkan pelajaran ke Menara Gading Gajah Di Hutan.

Sayang seribu kali sayang keluarga saya dari kalangan orang kebanyakan maka tidak mampu lagi bergolok bergadai bagi menampung pertambahan belanja untuk pelajaran saya pula kerana jumlah perbelanjaan sekeluarga terkini pun sudah selaras semenjak menteri memutuskan secara bersendirian untuk memotong subsidi rakyat dan menyelaraskan harga barang2 perlu.

Walaupun menteri buat kenyataan cuma harga petrol dan gula saja yang selaras sedangkan harga barang lain seperti makanan dan minuman tidak akan selaras, kononnya diberi jaminan lebih 500,000 peniaga, tetapi jelas menteri itu tidak duduk di kawasan kami, yang hanya selang sehari kemudian saja sudah menyelaraskan harga, contohnya minuman sejuk di restoran telah diselaras sebanyak 30sen untuk segelas walaupun gula selaras 25sen untuk sekilo!

Oleh yang demikian saya berhajat berjumpa memanda menteri perdana untuk bertanya nasihat seterusnya mendapatkan surat sokongan menteri perdana supaya saya mendapat biasiswa sepanjang masa saya di sebalik semak belukar tebal kelak.

Saya amat memerlukan surat sokongan ini kerana baru2 ini juga menteri memutuskan, secara bersendiri juga, untuk mengurangkan bilangan biasiswa. Dengan adanya surat sokongan menteri perdana nanti, nescaya saya dapat biasiswa secara automatik. Tanpa surat sokongan menteri perdana, saya tidak akan dapat biasiswa. Tanpa biasiswa, saya sekeluarga akan makan pasir.

Perjumpaan dengan memanda menteri perdana juga akan memberi kesempatan bagi saya berbincang suatu hal lain yang amat digemari menteri perdana (tapi saya tidak boleh beritahu apa dia di sini kerana tertakluk pada akta rahsia rasmi).

Tapi sayang seribu kali kurang kasih sayang, saya diberitahu dengan agak mengejut bahawa menteri perdana pergi bercuti bersama suami, malah saya diberitahu pesawat mereka cuma berlepas (atau lebih tepat lagi bertolak kerana saya pasti pesawat mereka terpaksa ditolak beramai2 oleh para balaci, special branch dan kaki2 bodek akibat kehilangan 2 enjin jet pesawat menteri perdana) awal pagi tadi.

Saya juga diberitahu pegawai khas menteri perdana bahawa pasangan menteri perdana itu pergi bercuti panjang, selama 2 minggu.

Justeru itu, saya harap sementara menunggu kepulangan menteri perdana, dapatlah datok sebagai pesara penuh berpengalaman, memberi nasihat mana satu kursus yang lebih baik saya ikuti di dalam hutan kelak, seterusnya menjadi kerjaya pilihan terbaik buat saya, antara 2 ini:
a) mengorek lombong pasir sebutir - satu bidang kepakaran datok yang saya minati;
atau
b) mengorek lobang pansai sendiri - satu bidang kepakaran saya yang saya minati

Saya amatlah berbesar hati dan berbesar lobang pansai sekiranya datok sudi memberi nasihat dan pandangan bak kata pepatah:
kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan;
kecil kelamin awak, lobang pansai saya tadahkan
Side Ad: CIFU. Ask. And you'll get it. Coming soon. www.klakka-la.blogspot

Pengakhir kata, saya jual pantun khas untuk datok:
Buah nangka luar pagar ,
jika salah tolong tunjukkan ;
Saya budak baru belajar ,
ambil galah tolong jolokkan ;-)

Terima kasih sayang saya (saya sedia jadi anak angkat atau adik angkat datok)

Yang sebutir harapan,
Seburit Shy Fool.

 
catatan: jangan lupa jenguk satu lagi blog saya,
klickdefella (klakka-la)
dan 'klick' jawapan2 anda untuk kuiz, undian atau bancian tersedia
(di masa hadapan anda mungkin bertuah memenangi sesuatu hadiah)
___________________________________________________________

KELUH LAGI 1MALAYSIA

1Malaysia, 1Liter, 1Kilo


Dipetik seluruh isinya (dari utusan online)
Ditelan pahit rasanya (bagi semua rakyat masing2 agama/bangsa lain2)

ARKIB : 07/07/2010
Elaun pelantikan dan tamat perkhidmatan speaker RM10,000

07/07/2010 7:49pm

KUALA LUMPUR 7 Julai – Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat kini layak menerima pemberian pelantikan yang sama jumlahnya dengan pemberian tamat perkhidmatan sebanyak RM10,000 berkuat kuasa 1 Mei lepas.

Manakala Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara pula layak menerima RM7,500 bagi elaun yang sama.

Pemberian pelantikan dan pemberian tamat perkhidmatan itu merupakan elaun baru yang terkandung dalam Kertas Statut 49 dan 50 Tahun 2010 bagi elaun dan keistimewaan speaker dan timbalannya yang diedar kepada Ahli-Ahli Parlimen pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Selain itu, Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat layak menuntut bayaran perpindahan rumah sebanyak RM5,000 jika berpindah ke rumah yang dibeli melalui Skim Pinjaman Perumahan atau berpindah ke rumah kerajaan atau rumah yang sewanya dibayar oleh kerajaan atau sebaliknya.

Elaun baru yang lain bagi yang dipertua dan timbalan yang dipertua ialah mereka layak dibekal dengan personal data assistant (PDA) bernilai tidak lebih RM3,500 seunit setiap tiga tahun.

Mereka serta isteri atau suami layak diberi kemudahan tambang kapal terbang kelas satu dan kelas ekonomi untuk tiga anak yang masih dalam tanggungan mereka.

Elaun-elaun yang dinaikkan pula ialah Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat menerima kenaikan elaun keraian daripada RM7,000 kepada RM9,860 sebulan.

Mereka turut menerima kenaikan elaun pembantu rumah dari RM2,000 kepada RM2,500 sebulan atau dibekalkan dengan empat orang pembantu rumah, termasuk seorang tukang kebun, manakala timbalan yang dipertua pula menerima kenaikan daripada RM1,000 kepada RM1,500 sebulan.

Kenaikan lain membabitkan elaun pakaian panas daripada RM2,000 sekali dalam tempoh tiga tahun kepada RM6,000 untuk speaker dan daripada RM1,500 kepada RM3,000 bagi timbalan speaker.

Mereka turut menerima kenaikan elaun pakaian rasmi daripada RM1,000 sekali dalam tempoh tiga tahun kepada RM1,500. – Bernama


rakyat didulukan - untuk berebut2 yang ciput2
rakyat didulukan - untuk dipotong dari ditolong

LAWAN TETAP LAWAN! UNTUK MENGHAPUSKAN PENIPUAN & PENCABULAN. UNTUK KEBAIKAN & KEADILAN SEMUA.
 
Ketawalah anda sebelum BN sendawa dengan subsidi anda. www.klakka-la.blogspot

catatan: jangan lupa jenguk satu lagi blog saya,
klickdefella (klakka-la)
dan 'klick' jawapan2 anda untuk kuiz, undian atau bancian tersedia
(di masa hadapan anda mungkin bertuah memenangi sesuatu hadiah)
___________________________________________________________

AL-KESAH 1MALAYSIA (THE TALE OF 1MALAYSIA)

Kabinet 1Malaysia, Selepas Mesyuarat...
Cabinet of 1Malaysia, After Meeting...
 
catatan: Jangan lupa jenguk satu lagi blog saya,
klickdefella (klakka-la)
dan 'klick' jawapan2 anda untuk kuiz, undian atau bancian tersedia
(di masa hadapan anda mungkin bertuah memenangi sesuatu hadiah)
note: Don't forget to visit another blog of mine,
klickdefella (klakka-la)
and 'klick' your answers to the quizzes, polls or censuses prepared
(in future you may even be lucky enough to win some prizes)

Kuiz Penamaan:
Naming Quiz:

Jika gergasi2 Perancis, Itali, dan England telah lama muktamad tersingkir dari Bolasepak Piala Dunia 2010, apakah nama paling sesuai anda rasa patut dimuktamadkan untuk anak kucing Najib? (catatan: ianya adalah jenis Kucing Parsi)
If giants France, Italy, and England have all long been conclusively eliminated from the World Cup 2010, what do you think should Najib's kitten be conclusively named? (note: it is a Persian Cat)

1Malaysia sibuk fikirkan nama kucing Najib yang ambil masa lama nak muktamad - Alih dari fikirkan isu utama negara? (1Malaysia busy thinking of a name for Najib's pussycat which takes a long time to be concluded - Divert from thinking of the country's main issues?) www.klakka-la.blogspot


Catatan:
1. Untuk menjawap "Kuiz Penamaan" di atas, sila klick butang kanan tetikus pada alamat pautan di bawah dan klick pada 'Open in New Tab':
klickdefella (klakka-la)
2. Untuk melihat kartun lain berkaitan dengan yang di atas, sila klick pada pautan ini:
AL-KESAH-1MALAYSIA

Notes:
1. To answer "Naming Quiz" above, right klick your mouse on the link below then klick 'Open in New Tab':
klickdefella (klakka-la)
2. To view another cartoon related to the one above, please klick on this link:
AL-KESAH-1MALAYSIA


___________________________________________________________

A TALE OF 1MALAYSIA

The Tails of 2Mates: BigFoot vs. BigMonkey

catatan: Jangan lupa jenguk satu lagi blog saya,
klickdefella (klakka-la)
dan 'klick' jawapan2 anda untuk kuiz, undian atau bancian tersedia
(di masa hadapan anda mungkin bertuah memenangi sesuatu hadiah)
note: Don't forget to visit another blog of mine,
klickdefella (klakka-la)
and 'klick' your answers to the quizzes, polls or censuses prepared
(in future you may even be lucky enough to win some prizes)

The Parliament of 1Malaysia...

...is the special building inside which a handful select people congregate after being elected for their brains
...is where you can find a handful of people who have lost large chunks of their brains outside the building

...is where a handful select people congregate to create laws and rules for the entire country
...is where you can find a handful of people who break and flout some laws and rules of the country

...is where a handful select people stand up to speak out as loud intelligent voices of the masses
...is where you can find a handful of people who jump up and down and speak with loud voices, saying not-so-intelligent things ("tidak berapa pandai"), and creating embarassing mess

...is where a handful of select brainy people identify leaks in all aspects of life for the nation and its people, and prescribe solutions how to effectively plug these leaks
...is where you can find recurring bocor (leaks) in the ceilings

...is where a handful select brainy people decide on effective measures to keep down all costs and expenses to be incurred by the nation especially during a bad or uncertain time (like NOW, duh!)
...is where a handful of people decide that in order to drop costs of repair to the recurring problems of bocor, a totally new building will have to be constructed for them to shift to

...is a special vintage building with very high sentimental value, aesthetic value, historical value, and functional value
...is going to be an overvalued overindulgent brand new building costing up to 800 million ringgit or more!


Note: Whomever excel in PPSMI (learning of Sciences and Mathematics using the English Language) please step forward and provide simple arithmetic justification on why building a new parliament house costing 800++ million ringgit right now IS the best solution?

Further Note: As at the time of this publication, the chief of parliament had, indirectly through one of his several 'loyal' brown-nose-sergeant-cum-kambing-hitam(scapegoat)-messenger, issued a statement to clear the air on the 'proposal' to build a new parliament: "It is not muktamad (finalized) yet."
Crystal clear now, eh, everybody (especially you PPSMI kids)?

Parliamentary Prime-Mates: Bigfoot vs BigMonkey. klakka-la.blogspot

lawat satu lagi blog saya - sila klick butang kanan tetikus pada alamat pautan di bawah dan klick pada 'Open in New Tab':
klickdefella (klakka-la)
visit another blog of mine - right click your mouse on the link below then click 'Open in New Tab':
klickdefella (klakka-la)




Oh Datokku! Klakka-la Sangat2! Cucu Tumpang Borak Ye?!

Karangan: Apa Aktiviti Saya Semasa Cuti Sekolah Yang Lepas

catatan: Jangan lupa jenguk satu lagi blog saya,
klickdefella (klakka-la)
dan 'klick' jawapan2 anda untuk kuiz, undian atau bancian tersedia
(di masa hadapan anda mungkin bertuah memenangi sesuatu hadiah)
note: Don't forget to visit another blog of mine,
klickdefella (klakka-la)
and 'klick' your answers to the quizzes, polls or censuses prepared
(in future you may even be lucky enough to win some prizes)

Karangan: Apa Aktiviti Saya Semasa Cuti Sekolah Yang Lepas

Semasa cuti sekolah yang lepas, saya ikut ayah dan ibu balik kampung. Kami dah lama tak jumpa Atok. Ayah drive dengan sangat laju walaupun banyak selekoh tajam, sampai ibu marah2 sebab pening dan sakit perut sampai ibu banyak kali sendawa. Ayah jawap, "Biar cepat asal selamat sampai rumah Atok dapat makan tengahari sampai 3-4 pinggan sebab nenek tengah masak lauk ikan patin masak lemak tempoyak untuk kita, siap dengan sayur pucuk ubi muda rebus dan sambal bacang." Ibu terliur lalu terdiam.

Kami sampai rumah Atok awal, nenek belum siap masak lagi. Tapi ayah dah mengendeng di dapur, tak bergerak2 ke tempat lain, ayah dah tak sabar hendak makanlah tu. Ibu pun sentiasa di dapur, tolong nenek sikit-sikit, macam sediakan pinggan dan gelas atas meja makan, kadang2 tolong kacau lauk ikan yang terjerang, buat syarat. Memang selalu macam tu lah.

Saya pergi bilik Atok. Atok tanya khabar. Saya pun borak panjang dengan Atok. Pasal subsidi buku sekolah saya. Pasal subsidi baja Atok.

Itulah aktiviti saya semasa cuti sekolah. Selalu memang macam tu lah.


Kalau menteri pakat hapus subsidi rakyat, jom rakyat ramai2 pakat semua jadi menteri, banyak dapat subsidi! (If the ministers decide to abolish people's subsidies, come on people, let's all decide to become ministers too, lots of subsidies there!) www.klakka-la.blogspot


lawat satu lagi blog saya - sila klick butang kanan tetikus pada alamat pautan di bawah dan klick pada 'Open in New Tab':
klickdefella (klakka-la)
visit another blog of mine - right click your mouse on the link below then click 'Open in New Tab':
klickdefella (klakka-la)

___________________________________________________________

AL-KESAH 1MALAYSIA

Kabinet 1Malaysia Bermesyuarat...

catatan: Jangan lupa jenguk satu lagi blog saya,
klickdefella (klakka-la)
dan 'klick' jawapan2 anda untuk kuiz, undian atau bancian tersedia
(di masa hadapan anda mungkin bertuah memenangi sesuatu hadiah)
note: Don't forget to visit another blog of mine,
klickdefella (klakka-la)
and 'klick' your answers to the quizzes, polls or censuses prepared
(in future you may even be lucky enough to win some prizes)


Najib mahu 1Malaysia cadangkan nama kucing - Alih perhatian lagi? (Najib wants 1Malaysia propose name for pussycat - Diversion tactic again?) www.klakka-la.blogspot


lawat satu lagi blog saya - sila klick butang kanan tetikus pada alamat pautan di bawah dan klick pada 'Open in New Tab':
klickdefella (klakka-la)
visit another blog of mine - right click your mouse on the link below then click 'Open in New Tab':
klickdefella (klakka-la)

___________________________________________________________

KELUH-KESAH 1MALAYSIA

Bola Lagi...

catatan: jangan lupa jenguk satu lagi blog saya,
klickdefella (klakka-la)
dan 'klick' jawapan2 anda untuk kuiz, undian atau bancian tersedia
(di masa hadapan anda mungkin bertuah memenangi sesuatu hadiah)

Kuiz Pembukaan:

1. Jika atas kertas, vincent tan dinyatakan sebagai pemilik individu terbesar syarikat ascot sports sdn bhd iaitu sebanyak 70%, siapakah sebenarnya pemilik atau pemilik2 lain ascot dan/atau berjaya group bhd yang selama ini tidak dinyatakan dan meraih pendapatan dari pelbagai jenis perjudian sambil menyorok belakang b*nt*t shy-fool?

A. ahmad sebi abu bakar, bekas ketua tv3, daim zainuddin, bekas menteri kewangan, mahathir mohamad, bekas menteri perdana dan mungkin beberapa kerat lagi perseorangan lain yang berpakat meletakkan tan chee yioun sebagai penama
- catatan: baca tulisan raja petra (rpk) "how vincent tan became the gaming king of malaysia" dalam malaysia-today.net

B. united malays national organization (umno) keseluruhannya termasuk setiap ahli berdaftar

C. ...


2. Jika "datok seri datok" chua jui meng ditarik gelaran panjangnya, berapa banyakkah jumlah duit yang telah dijengkaut oleh "tan sri datok seri" tan chee yioun daripada kesemua kaki judi bertahun2 selama ini apabila beliau dengan mudah boleh 'menderma' 525juta atau setengah billion ringgit tanpa diserang sakit jantung atau sawan khinzir?

A. 1 euro (lebihkurang 4-5 ringgit sahaja) iaitu sama dengan harga jualan syarikat MV agusta motors oleh proton

B. 1,000 ringgit iaitu sama dengan denda atas bung mokhtar akibat kesalahan bersubahat dengan zizie izette yang berkahwin tanpa kebenaran pendaftar nikah cerai dan rujuk (iaitu sama juga dengan nilai denda atas zizie izette sendiri kerana kesalahan bernikah tanpa kebenaran pendaftar)

C. ...


3. jika malaysia 'menghalalkan' judi bola diniagakan oleh tan seorang, siapakah yang akan menang perlawanan pembukaan bolasepak piala dunia 2010 malam ini?

...

Baca seterusnya kuiz di sini:
klickdefella (klakka-la)

Mana dulu? Malaysia lulus ke pusingan akhir Pertandingan Bolasepak Piala Dunia atau Malaysia luluskan Judi Bolasepak Piala Dunia? www.klakka-la.blogspot


catatan: untuk menjawap "kuiz permulaan" di atas, sila klick butang kanan tetikus pada alamat pautan di bawah dan klick pada 'Open in New Tab':
klickdefella (klakka-la)


___________________________________________________________

KESAH 1MALAYSIA

Dulu, Kini dan Bila La...
Malaysia Nak Dapat Layak Piala Dunia?

catatan:jangan lupa jenguk satu lagi blog saya,
klickdefella (klakka-la)
dan 'klick' jawapan2 anda untuk kuiz, undian atau bancian tersedia
(di masa hadapan anda mungkin bertuah memenangi sesuatu hadiah)

Kuiz Pertaruhan:

1. Bilakah Malaysia akan berjaya layak pertama kalinya ke pusingan akhir Pertandingan Bolasepak Piala Dunia?

A. Bila judi bola halal mula beroperasi dan mengumpulkan duit berbillion ringgit lalu menarik perhatian ramai untuk melibatkan diri dalam bolasepak seterusnya mencungkil puluhan Ronaldo, Messi dan Mokhtar Dahari semuanya terbaru keluaran Malaysia

Baca seterusnya kuiz di sini:
klickdefella (klakka-la)

Bola dua2 merajuk, eh, bila bini dah gemok sebab merajuk suami asyik gila bola dan gila judi bola www.klakka-la.blogspot

catatan: untuk menjawap kuiz pertaruhan di atas, sila klick butang kanan tetikus pada alamat pautan di bawah dan klick pada 'Open in New Tab':
klickdefella (klakka-la)
(penting: 'pertaruhan' tidak sama dengan 'judi' dan adalah halal, contohnya 'wang pertaruhan' yang wajib untuk menjadi calon pilihanraya)


___________________________________________________________

1Malaysia? BUKANNN!!! (1Malaysia? NOOO!!!)


Bola 1Malaysia - Bhg 4
(1Malaysia's Football - Part 4)

Bolasepak: Malaysia 1, bukan 1Malaysia! (football: Malaysia 1, not 1Malaysia!). klakka-la.blogspot

1Malaysia, 1Malaysia...
Adakah benar2 berubah...
1Malaysia, 1Malaysia.......
Adakah benar2 maju termasuk dalam jiwa dan pemikiran kita.......


1Malaysia, 1Malaysia...
Are there really changes...
1Malaysia, 1Malaysia.......
Are there really advancements including in thinking and in our souls.......

1Malaysia? TAK NAK! (1Malaysia? NO WAY!)


Bola 1Malaysia - Bhg 3
(1Malaysia's Football - Part 3)

Bolasepak: 3Malaysia! klakka-la.blogspot

1Malaysia, 1Malaysia...
Adakah akan benar2 berubah...
1Malaysia, 1Malaysia.......
Adakah akan benar2 maju termasuk dalam jiwa dan pemikiran kita.......


1Malaysia, 1Malaysia...
Are there really gonna be changes...
1Malaysia, 1Malaysia.......
Are there really gonna be advancements including in thinking and in our souls.......


Nota Tapak Kaki
Pada masa kartun ini disiarkan:
pasukan bolasepak 1Malaysia yang sama (yang kejap kecundang kejap menang bila berlawan dengan pasukan yang dianggap setakat jari kelinking dalam arena bolasepak antarabangsa mahupun serantau) sedang berpeluh2 pada jam dan saat ini, bergumpal atas padang menentang sebuah negara yang tiada kekayaan kewangan yang boleh dibanggakan.

Persoalannya: Adakah keputusan petang ini menjadi kebanggaan rakyat negara setelah berpuluh tahun kontang? Atau adakah keputusannya menggambarkan berkuburnya 1Malaysia?


Footnote:
At the time this cartoon is posted:
the same 1Malaysia's football team (who at times had lost, while at other times had won, when playing against teams considered minnows in the international or even regional football scenes), is sweating at this very hour and second, battling it out on field against a nation that has no financial wealth to boast about.



The question is: Is the result this evening going to make the nation proud after being eluded for years? Or is the result going to reflect the eventual demise of 1Malaysia?


1Malaysia? YA! (1Malaysia? YES!)


Bola 1Malaysia - Bhg 2
(1Malaysia's Football - Part 2)


Bolasepak: 1Malaysia kalah lagi! (Football: 1Malaysia lost again!)klakka-la.blogspot

1Malaysia, 1Malaysia...
Bilalah nak berubah...
1Malaysia, 1Malaysia.......
Bilalah nak maju.......


1Malaysia, 1Malaysia...
When are you gonna change...
1Malaysia, 1Malaysia.......
When are you gonna advance forward.......


Nota Tapak Kaki
Pada masa kartun ini disiarkan:
pasukan bolasepak 1Malaysia yang sama (yang mulanya kecundang kepada pasukan pulau kecil yang hanya lebih dikenali dengan industri percutian dan langsung tidak dikenali dalam apa2 acara sukan, tetapi yang kemudiannya telah menebus maruah dengan begitu bergaya apabila membelasah 11-0 sebuah lagi pasukan negara kecil lain, hanya untuk tewas pula berikutnya di kaki pasukan negara yang masih jauh lebih miskin yang tiada memiliki kenyataan2 bergaya seperti “our economic fundamentals are strong" - seperti dilakarkan dalam kartun di atas), telah sekali lagi dengan penuh bergaya, tanpa 2 orang "tonggak utama" - penjaga gol utama dan penyerang utama - menumbangkan 4-0 sebuah lagi pasukan dari negara kecil. Wah! Tahniah!


Footnote:
By the time this cartoon is posted:
the same 1Malaysia's football team (who at first went down unceremoniously to a team from a tiny island more known with its tourism industry and nothing at all regarding any sports, but who had subsequently regained its integrity with style by whacking 11-0 a team from another tiny nation, but only to lose again in the next game at the feet of the team from a country which is still way much poorer who do not possess stylish statements such as “our economic fundamentals are strong” - as sketched in the above cartton), had once again, full of style, without 2 of their main backbones - the first-choice goalkeeper and the main striker - brought down 4-0 another team from a small nation. Wow! Congratulations!


1Malaysia? TAK! (1Malaysia? NO!)


Bola 1Malaysia (1Malaysia's Football)


1Malaysia? No, 1Maldives! klakka-la.blogspot

1Malaysia, 1Malaysia...
Bilalah nak berubah...
1Malaysia, 1Malaysia.......
Bilalah nak maju.......


1Malaysia, 1Malaysia...
When are you gonna change...
1Malaysia, 1Malaysia.......
When are you gonna advance forward.......


Nota Tapak Kaki
Pada masa kartun ini disiarkan:
1. Pasukan bolasepak 1Malaysia yang sama, yang kecundang kepada pasukan pulau kecil itu (yang sebelum 'kejadian' ini hanya saya kenali dengan industri percutian dan langsung tidak dikenali dalam apa2 acara sukan), telah 'dengan bangga dan bergaya' membelasah 11-0 sebuah pasukan negara kecil lain
2. Pasukan bolasepak 1Malaysia yang sama juga, kemudiannya kecundang sekali lagi, kali ini kepada pasukan sebuah negara yang walaupun masih jauh lebih miskin dan tidak boleh dengan bangga dan bergaya memberi kenyataan seperti “our economic fundamentals are strong”, tetapi nyata masih jauh lebih handal dalam arena bolasepak serantau semenjak bertahun2 sebelum ini
3. Pasukan wanita 1Malaysia pula mendapat malu di atas padang, bukan kerana setiap pemainnya terlondeh seluar atau terbarai kencing depan penonton ketika terkinja2 dan terlompat2, tetapi setelah dibelasah 8-0 pula oleh lawan mereka. Tidaklah saya tahu apa yang mereka fikirkan – orang lain turun padang main bolasepak, mereka main “footsie”! Pondan!


Footnote:
By the time this cartoon is posted:
1. The same 1Malaysia's football team who went down unceremoniously to a team from the tiny island (which, before this 'incident', is only known to me with its tourism industry and nothing at all regarding any sports), had, with 'pride and style', whacked 11-0 a team from another tiny nation

2. The same 1Malaysia's football team too, had then gone down again, this time to a team from a country who, although still way much poorer and cannot proudly and with style give out a statement such as “our economic fundamentals are strong”, is obviously still way much stronger in the regional football arena for several years now

3. The women's 1Malaysia team, on the other hand, got embarrassed on field, not because each of its players had her trousers pulled down or peed in their trousers in front of spectators while running and jumping about, but after they themselves got whacked 8-0 by the opponent. I really don't know what were they thinking – others get on the field to play football, they played “footsie”! Sissy!