Pages

TANYALAH USTAZ 6

Tanyalah Ustaz UMNO
Mari Belajar Dan Memahami Ekonomi Malaysia


Nampaknya masih ramai warga Malaysia terutama Melayu yang belum masak dengan selokbelok putarbelit dan tepiskilas dalam susunatur dan perancangan belanjawan serta kewangan yang menggenggam kemas memeluk erat mahupun menjerut kuat setiap tubuh atau leher penduduk dalam negara ini. Ini boleh dilihat dari bilangan yang silap memberi jawapan kepada 2 soalan yang diajukan dalam posting sebelum ini, TANYALAH USTAZ 5, berkaitan harga arak milik anak bekas perdana menteri negara, eh silap, berkaitan harga arak jualan towkey judi.

Malah statistik menunjukkan hingga 48% rakyat Malaysia, iaitu majoriti penduduk, masih ketinggalan dari sudut ilmu kefahaman tinggi atau finer understanding, sedangkan hanya 51%, iaitu jumlah yang sedikit atau minoriti, yang akhirnya mampu mengangkat punggung sendiri dari kerusi setelah kematu akibat terlalu lama terduduk termangu dalam bas tua yang terhegeh2 hidup segan mati tak mahu dalam perjalanan yang tak sampai2, lalu beratur turun dari bas uzur itu untuk menunggu kedatangan bas baru yang bakal membawa mereka dengan lebih pantas ke sekolah dan pengalaman yang lebih terkehadapan.

Cuma agak malang, bas tua walaupun terhegeh2 dalam semput tetapi telah brgerak semula meninggalkan perhentian - sambil sempat melepaskan kentut pekat tebal berkepul2 yang amatsangat busuk tepat pada muka2 penumpang yang baru turun hingga meloyakan anaktekak masing2 menerima hadiah hitam yang terlalu cepat dan tak semena2 itu.

Tambah malang, rupa2nya ketika kentut hitam dilepaskan maka ketika itu juga ala2 sotong kurita, pemandu dan kelindan bas tua dengan tangan panjang telah menyeluk meragut dan merampas daripada saku setiap penumpang - samada yang telah turun mahupun yang masih setia menaruh harap bas tua dapat membawa mereka ke taman yang mereka idamkan - sejumlah dua kupang, iaitu 20 sen, dari setiap seorang.

Jadi persoalan sekarang pula ialah, dengan sekali cekup begitu, berapa banyakkah jumlah yang telah dikebas oleh pemandu bas tua dan kelindannya, jika polis ingin memulangkan semula semua duit kepunyaan penumpang?



Catatan:
Ambil jumlah kenderaan berdaftar 1malaysia sebagai 20juta sahaja
(Perangkaan sebenar 20.2juta pada 2010, 21.4juta pada 2011).
Dari jumlah ini, ambil cuma 30% purata yang dipandu setiaphari,
maka 30% x 20juta = 6juta purata atas jalanraya setiaphari.
(Peratusan kecil setelah ditolak pemilik kenderaan yang bukan keluar bekerja setiaphari termasuk hujungminggu, ditolak pemilik kenderaan yang kadangkala menumpang kenderaan lain, serta dikurangkan faktor motorsikal yang menggunakan cuma sedikit petrol berbanding kereta)
Ambil purata jumlah perjalanan sehari bagi setiap kenderaan sebagai 20Km sahaja, satu nilai yang sangat konservatif.
(Bagi bandar besar seperti KL, adalah biasa bagi seseorang memandu sejauh 20-40Km dari rumah ke pejabat menjadikan jumlah perjalanan sehari antara 40-80Km, tetapi kebanyakkannya di bandar kecil dan kampung, di mana kebiasaan jarak rumah ke tempat kerja cuma 2-5Km, memberikan jumlah perjalanan sehari cuma 4-10Km)
Jadi, purata perjalanan keseluruhan kenderaan pada setiaphari adalah 6juta x 20Km = 120juta Km.
Ambil purata penggunaan petrol setiap kenderaan sebagai 10Km/L.
Oleh itu, purata keseluruhan penggunaan petrol setiaphari ialah 120juta / 10 = 12juta Liter.
Bila pemandu bas tua kebas 2kupang dari setiap penumpang 1malaysia, maka dalam 1hari sahaja dia telah mencuri 12juta Liter x 20sen/L iaitu 2.4juta ringgit.
Sebulan pemandu bas tua berjaya kebas 2.4 x 30 = 72juta ringgit.
Setahun pemandu bas tua berjaya kebas 12 x 72 = 864juta ringgit.



Kelakar 1Malaysia: Subsidi Rakyat Tiada Dalam Islam Tapi Elaun Menteri Ada? (Funny 1Malaysia: Subsidies For The People Not In Islam But Allowances For Ministers Are?) www.klakka-la.blogspot



My Foot Note:
We Don't Want Pirates!
We Want Clean Leaders!

We Don't Want Bullshits!
We Want Clean Leaders!



Catatan Tapakkakiku:
Kami Tak Nak Lanun!
Kami Mahu Pemimpin Bersih!

Kami Tak Nak Kena Kencing!
Kami Mahu Pemimpin Bersih!


TANYALAH USTAZ 5

Tanyalah Ustaz UMNO
Mari Belajar Dan Memahami Ekonomi


Towkey Lim bergotongroyong dengan penduduk bukit lalu membina kasino tempat berjudi.

Setelah siap dan dibuka kepada ribuan kakijudi yang tidak sabar2 menunggu, Towkey Lim teringat hendak menyediakan minuman keras pula untuk para penjudi, berasaskan faktor2 ekonomi berikut:
1)para taikjudi yang menziarah kasino beliau semata2 ingin berada dalam kasino dan berjudi siangmalam selama 1-2hari dan tiada masa keluar untuk makanminum tidur mandi tukarbaju dan sebagainya, maka taikjudi tidak akan berfikirpanjang membeli makanan dan minuman yang tersedia dalam kasino sendiri walau apapun harganya;
2)para taikjudi tersebut sememangnya datang menziarah dengan poket masing2 tersembul akibat banyaknya jumlah duit yang dibawa hingga ke ratusan ribu ringgit, kerana berprinsip lebih banyak duit dijudikan lebih banyak peluang menang duit judi, maka dengan duit yang banyak itu, mereka pasti tidak lokek berbelanja besar untuk hobi kegemaran kedua mereka iaitu makanminum;
3)towkey Lim tidak mahu oranglain pula kayaraya dengan mengambil kesempatan berjaja nasilemak atau air kelapamuda di luar kasino miliknya sedangkan pelanggan adalah orang2 yang sebenarnya datang untuk menziarah kasino beliau.

Persoalan sekarang ialah:
1)berapakah harga jualan hendak ditetapkan untuk minuman keras itu?
a-percuma kepada kakijudi dengan menunjukkan resit dari mejajudi;
b-harga pasaran yang sama dengan kedai2 biasa;
c-harga yang 10X ganda lebih tinggi dari kedai2 biasa;
d-harga bidaan tertinggi dari kalangan kakijudi
2)siapakah yang sepatutnya menetapkan harga minuman keras itu?
a-orang2 bukit kerana mereka peneroka asal bukit;
b-penjaja nasilemak kerana itu saja peluang untuk turutserta dalam perniagaan;
c-para kakijudi kerana mereka yang akan membelinya;
d-menteri judi dan gengster


Kelakar 1Malaysia: Tuhan Yang Tetapkan Harga Telor Dan Arak? (Funny 1Malaysia: God The One Fixing Prices Of Eggs And Liquor?) www.klakka-la.blogspot



My Foot Note:
We Don't Want Pirates!
We Want Clean Leaders!

We Don't Want Bullshits!
We Want Clean Leaders!



Catatan tapakkakiku:
Kami Tak Nak Lanun!
Kami Mahu Pemimpin Bersih!

Kami Tak Nak Kena Kencing!
Kami Mahu Pemimpin Bersih!


TANYALAH USTAZ, EH P RAMLEE

Tanyalah Ustaz, eh, P Ramlee


P Ramlee Laksamana DoReMi Undi PAS



1.p ramlee video clip extracted from ahmed fahmie at:
http://www.youtube.com/watch?v=ERPGqj... 
2.rc plane with pas flag photo from:
ttp://klikkhas.bharian.com.my/manek_urai­/Gambar_Pilihan/029.jpg/zoom 3.chinese girls with pas flag from:
http://terengganutoday.com/politik/sa... 

happy n safe voting for pakatan rakyat
reformasi! ini kalilah! ubah!



My Foot Note:

X Leaders Who Are Unfit!
X Leaders Who Bullshit!
Make Digital Honest Not Fabricated Tale!
X Old Newspaper X Old Scale!

ABU!
X Nak Pemimpin Kaki Kencing! (X Leaders Who Bullshit!) ABU! www.klakka-la.blogspot


Catatan tapakkakiku:

Kami Tak Nak Pemimpin Gatal!
Kami Tak Nak Pemimpin Kuat Kencing!
Ini Zaman Digital!
X Nak Suratkhabar Lama X Nak Dacing!

ABU!
X Nak Barang Lama X Nak Dacing! (X Old Stuff X Old Scale!) ABU! www.klakka-la.blogspot