Pages

KELUH LAGI 1MALAYSIA

1Malaysia, 1Liter, 1Kilo


Dipetik seluruh isinya (dari utusan online)
Ditelan pahit rasanya (bagi semua rakyat masing2 agama/bangsa lain2)

ARKIB : 07/07/2010
Elaun pelantikan dan tamat perkhidmatan speaker RM10,000

07/07/2010 7:49pm

KUALA LUMPUR 7 Julai – Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat kini layak menerima pemberian pelantikan yang sama jumlahnya dengan pemberian tamat perkhidmatan sebanyak RM10,000 berkuat kuasa 1 Mei lepas.

Manakala Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara pula layak menerima RM7,500 bagi elaun yang sama.

Pemberian pelantikan dan pemberian tamat perkhidmatan itu merupakan elaun baru yang terkandung dalam Kertas Statut 49 dan 50 Tahun 2010 bagi elaun dan keistimewaan speaker dan timbalannya yang diedar kepada Ahli-Ahli Parlimen pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Selain itu, Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat layak menuntut bayaran perpindahan rumah sebanyak RM5,000 jika berpindah ke rumah yang dibeli melalui Skim Pinjaman Perumahan atau berpindah ke rumah kerajaan atau rumah yang sewanya dibayar oleh kerajaan atau sebaliknya.

Elaun baru yang lain bagi yang dipertua dan timbalan yang dipertua ialah mereka layak dibekal dengan personal data assistant (PDA) bernilai tidak lebih RM3,500 seunit setiap tiga tahun.

Mereka serta isteri atau suami layak diberi kemudahan tambang kapal terbang kelas satu dan kelas ekonomi untuk tiga anak yang masih dalam tanggungan mereka.

Elaun-elaun yang dinaikkan pula ialah Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat menerima kenaikan elaun keraian daripada RM7,000 kepada RM9,860 sebulan.

Mereka turut menerima kenaikan elaun pembantu rumah dari RM2,000 kepada RM2,500 sebulan atau dibekalkan dengan empat orang pembantu rumah, termasuk seorang tukang kebun, manakala timbalan yang dipertua pula menerima kenaikan daripada RM1,000 kepada RM1,500 sebulan.

Kenaikan lain membabitkan elaun pakaian panas daripada RM2,000 sekali dalam tempoh tiga tahun kepada RM6,000 untuk speaker dan daripada RM1,500 kepada RM3,000 bagi timbalan speaker.

Mereka turut menerima kenaikan elaun pakaian rasmi daripada RM1,000 sekali dalam tempoh tiga tahun kepada RM1,500. – Bernama


rakyat didulukan - untuk berebut2 yang ciput2
rakyat didulukan - untuk dipotong dari ditolong

LAWAN TETAP LAWAN! UNTUK MENGHAPUSKAN PENIPUAN & PENCABULAN. UNTUK KEBAIKAN & KEADILAN SEMUA.
 
Ketawalah anda sebelum BN sendawa dengan subsidi anda. www.klakka-la.blogspot

catatan: jangan lupa jenguk satu lagi blog saya,
klickdefella (klakka-la)
dan 'klick' jawapan2 anda untuk kuiz, undian atau bancian tersedia
(di masa hadapan anda mungkin bertuah memenangi sesuatu hadiah)
___________________________________________________________

No comments:

Post a Comment