Pages

Showing posts with label hariraya. Show all posts
Showing posts with label hariraya. Show all posts

SELAMAT BERAYA AIDILFITRI 1433H

Sudah terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Kerana Hari Raya Aidilfitri untuk Malaysia ialah pada Ahad 19hb Ogos.
Tetapi untuk Malaysia Aidilfitri disambut selama sebulan sepanjang Syawal,
maka belum lambat saya ucapkan Selamat Beraya Aidilfitri 1433 Hijrah.

Jangan lupa, Hari Raya Aidilfitri ialah hari kemenangan.
Hari merayakan kemenangan orang2 yang berpuasa sepanjang Ramadhan.
Merayakan kejayaan memperkuat iman menempuh dugaan dan memenuhi syarat2 berpuasa, yakni berjaya menentang nafsu.
Merayakan kejayaan mempertingkat amal dengan tarawikh, khatam quran, sedekah dll, yakni berjaya merebut pahala berganda.
Bila merayakan kemenangan, mestilah penuh bersemangat dan ceria.
Takkan sambut kemenangan dengan muram lembik dan melentok melayu.
Yang sambut kedatangan Syawal dengan muram dan airmata cumalah mereka2 yang baru kehilangan orang tersayang, budak2 degilnakal yang baru kehilangan jari atau bulukening akibat mercun, atau orang2 waraq yang terasa masih gagal mengisi sebaiknya Ramadhan yang telah berlalu.

Maka kita yang selebihnya mesti senyum ceria dan tegak bersemangat.
Jangan melentok melayu macam pokokbunga yang tak mandi sebulan!
Bila bersemangat barulah kita cergas merebut peluang yang melintas depan mata.
Kalau melentok melayu je, bijimata dah nak cecah tanah, kelibat peluang yang lalu pun tak nampak, macamana nak sambar?
Kalau bersemangat, maka bila takbir raya pun mestilah bersemangat juga.
Nada, rentak, melodi dan kelantangan bertakbir dan bertahmid mestilah mencerminkan semangat yang melangit.
Janganlah bertakbir dengan gaya dah serupa nak masuk kubur, kepala makin melentok makin senget makin hampir cium tanah, melayu mendayu!
Biarlah orang2 yang baru kehilangan insan tersayang sahaja yang bertakbir sedih mendayu.
Kita yang lain yang lebih ramai ni jangan ikut takbir melentok sampai nak cecah sejadah.
Begitu juga ketika setiap takbir dalam solat sunat Hari Raya, dari takbiratul-ihram hinggalah takbir qiam dan lain2 malah hingga salam kiri dan kanan, ikutlah imam dengan bersemangat dan dengan suara lantang sedikit.
Jangan lembik je atau memalu langsung tak keluar suara - takde tanda2 bersemangat pun, macamana katakan menyambut kemenangan?!!

Bila kita mula melatih diri mempamer semangat keras dalam bertakbir raya dan bersolat aidilfitri, maka bolehlah kita turut menampakkan semangat tinggi dalam solat2 berjemaah seterusnya, maka barulah kita boleh menonjolkan semangat jitu dalam tindaktanduk lain, maka akhirnya kita mampu mempertonton semangat kental dalam menghadapi sebarang musuh atau dugaan.

Bila kita berjiwa kental dan bersemangat waja, maka sukarlah bagi puak perosak untuk mencucuk jarum mereka, untuk memperkudakan kita, untuk memperkotakkatek usaha kita, untuk mengelentong pemikiran kita.

Jika kita lemahlembik, sikit2 menangis, sepanjangmasa merintihmendayu, naluri kita lazimnya tundukmelayu, maka mudah sahaja golongan perosak menabur propaganda dan menjual kelentong sabanhari, lantaran menguasai dan menjajah gayafikir kita sehingga tahap menindas.

Oleh itu, bila bertakbir raya dan bersolat jemaah, latih diri masing2 supaya tidak malu2 sebaliknya bersama2 bersuara lebih lantang dan penuh semangat ketika menyahut takbir, menjawab azan, mengaminkan fatihah dan setiap bahagian secara chorus yang banyak kedapatan di situ. Amalkannya, dan insyaAllah secara semulajadi jiwa kita lebih bertenaga, diri lebih berkeyakinan dan semangat lebih waja dalam kehidupan harian.

Walaupun untuk takbir aidilfitri telah terlambat, tetapi boleh mulakan pembaharuan ini dalam sembahyang berjemaah termasuk solat jumaat - lantangkan suara ketika menjawab azan bilal, ketika mengaminkan doa khatib dalam khutbah kedua, ketika takbiratulihram untuk solat, ketika mengaminkan fatihah imam, ketika takbir untuk rukuk sujud dan tahiyyat, serta ketika memberi salam. Dan untuk takbir raya pula, masih ada Raya AidilAdha kelak untuk kita semua cuba pembaharuan semangat ini, malah ketika itu nanti lebih banyak hari bertakbir maka lebih banyak peluang untuk mempraktikkan semangat baru ini.

Bila bersemangat waja dan sukar dikelentong, mudahlah kita menetapkan pendirian dan meneruskan usaha menentang kezaliman dan kepincangan oleh mana2 individu atau kumpulan yang asalnya kita amanahkan untuk mentadbir sosio-ekonomi dan memegang tampuk pemerintahan.


Aidilfitri ialah sambutan kemenangan jadi mesti ceria, bersemangat.
Sambutan kemenangan yang penuh ceria boleh diterjemah sebagai majlis rumah terbuka yang meriah dengan tetamu.
Lebih ramai tetamu hadir dan diraikan di rumah terbuka tanpa mengira darjat, lebih ceria lebih meriah dan lebih afdal.

Jadi nampaknya rumah terbuka Pakatan iaitu anjuran Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru ini kurang meriah dan kurang afdal sambutannya berbanding majlis BN, berdasar foto2 berikut:

Bahagian atas kosong kosong tanpa ada sesiapa, lantaran jelas kelihatan langit biru terbentang dan pepohon hijau berbaris

Bahagian atas sekali lagi kosong kosong tanpa ada sesiapa, lantaran jelas kelihatan bumbung khemah yang luas siap dengan kipas2 angin berbaris



Lihat pula foto untuk majlis anjuran UMNO-BN:

Setiap penjuru foto ada tetamu, bahagian atas bawah kiri dan kanan tiada kosong, tak nampak langsung langit atau pokok atau bumbung - makan percuma!

Bukan saja bahagian atas foto ada orang2 yang berkerumun ingin mendekati pemimpin, malah sudah pasti ramai kalangan VIP dari kawanan Kera U-BN yang bergayut hampir demi "mengeratkan lagi silaturrahim" dengan pemimpin2 teratas



Rumah terbuka Pakatan anjuran Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang kurang meriah sambutannya, berdasar foto berikut:

Cuma ada satu barisan, itupun agak pendek



Lihat foto untuk majlis anjuran UMNO-BN:

Bukan saja ada 3 barisan, malah setiap barisan dari arah berlainan, menunjukkan ramainya tetamu, dan meriahnya sambutan majlis U-BN - makan percuma!


Malah bukan hanya ada banyak barisan untuk bersalam, barisan untuk ambil makanan percuma, dan barisan untuk dapat angpow Raya, tetapi ada juga 3-4 barisan untuk menari poco2! Hebat punya meriah sambutan Raya U-BN!



Rumah terbuka Pakatan anjuran Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang kurang meriah sambutannya, berdasar foto berikut:

Cuma seorang yang diberi angpow, itupun budak (kalau budak sikit je isi sampul tu)



Lihat foto majlis anjuran UMNO-BN:

Sudah tentu ramai dapat angpow (termasuk dewasa yang dapat balik sebahagian duit cukai yang mereka bayar, tolak dari elaun keraian dan elaun hiburan menteri)




Rumah terbuka Pakatan anjuran Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang kurang meriah sambutannya, berdasar foto berikut:

Bila VIP beredar, cuma 3-4orang yang ikut hantar selain pak supir dan pengawal peribadi, lain2 buat hal memasing je. Yang ada perhati pun dari jauh je (4-5orang budak2 rempit kat seberang jalan). Langsung tak meriah!



Lihat foto majlis anjuran UMNO-BN:

Bila VIP bergerak, berduyun2 orang lain ikut sama; tak kira la yang nak bodek ke, nak projek ke, nak korek ke



*gambar2 dari internet
**gambar2 rumah terbuka pakatan dari OMAK KAU!!!! dan Anak Sungai Derhaka

SELAMAT AIDILFITRI 1432H

Maaf Zahir dan Batin


Belum terlambat untuk mengucapkan pada semua pembaca muslim:
Selamat Merai Memeriah dan Memuliakan Aidilfitri sepanjang Syawal

Maaf kerana tahun ini jelas lebih kerap tidak dapat muncul - kali ini beban peribadi pula agak tidak berperasaan kesian pada tuan badan!
Akibatnya juga, tahun inilah kali pertama balik kampung hanya pada awal pagi hari raya itu sendiri - ah, ada pula hikmahnya: lebuh2 dan jalan2 raya kesemuanya lengang! Brek untuk perlahan hanya perlu bila setiapkali melalui kawasan2 surau/masjid sahaja. Selamat sampai betul2 tepat masa untuk bersembahyang sunat aidilfitri bersama2 dengan ahli keluarga dan para jemaah di kampung. Alhamdulillah.
Apapun, maaf jika terkasar bahasa dan gaya - tetapi sekali lagi ditekankan, maaf ini samasekali tidak pada pihak2 yang memang sesuatu kekasaran itu ditujukan pada mereka yang rata2 dikategorikan sebagai terlalu melampau dan terlalu lama melampau!
Tetapi maaf jika seloroh tersasar - silalah ambil yang baik sahaja sebagai panduan dan yang buruk pula ingatlah sebagai kelemahan yang mesti bersungguh2 dan ikhlas dielak daripada diulangi...


Hari Raya adalah hari gembira menyambut kemenangan
Tambahan lagi, Hari Raya Aidilfitri dan Syawal tahun ini sekaligus dengan perayaan Hari Kemerdekaan ke-54 pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September
Persoalannya: Adakah kita sudah benar2 merdeka?
Adakah setelah menjejak tahun 2011 ini, zahir dan batin kita sudah benar2 merdeka di tanahair sendiri:
1. bila kita tidak bebas bersuara atau berhimpun?
2. bila kita takut atau was2 dengan polis dan kehakiman sendiri?
3. bila kita masih meniru dan memuliakan peninggalan penjajah?
4. bila kita masih dibelenggu dengan pemikiran dan gaya penjajah?
5. bila kita masih gagal menghargai dan berbangga dengan milik sendiri?

Dalam kita bergembira meraikan Aidilfitri dengan jemputan rumah2terbuka, dalam kekenyangan menjamah seribusatu juadah enak2 sehingga hari terakhir Syawal, sama2lah kita dalami persoalan ini, dan berilah jawapan2 yang ikhlas untuk kita bersama2 berganding akal, tenaga dan sokongan padu demi kita semua menobatkan ertikata kemerdekaan yang sebenar2nya di tanahair sendiri yang tercinta... merdeka!





Ini gaya perusuh ke? Atau gaya pesta raya? Ini gaya muka perusuh, muka kakigaduh ke? Kelakar lah! (Does this look like a riot? Or like a raya festival? Do these faces look like rioters, trouble-makers? What a joke!) www.klakka-la.blogspot

********************************************************************

Side Ad: CIFU. Ask. And you'll get it. Coming soon. www.klakka-la.blogspot
Coming Soon:

CIFU?
U.S.!
Washed Clean
2008
8 - 9 x
Ask. And you'll get it.
note: don't forget to visit my other blog,
klickdefella (klakka-la)
and 'klick' your answers to the quizzes, polls or censuses prepared
(in the future you may get lucky and win some consolation prize)
___________________________________________________________

MINTA MAAF ZAHIR&BATIN


SELAMAT HARIRAYA AIDIL-ADHA 1430H


SELAMAT HARIRAYA AIDIL-ADHA
buat semua pembaca yang beragama Islam.

Bagi semua yang memandu tak kiralah pandu kereta ke, bot mewah ke, kapalterbang ke, bas ke, jengkaut ke, 18-wheeler ke, atau apa2 jua, silalah memandu dengan sopan, tertib & bijaksana, bukannya dengan melulu, menyombong, atau hentam keromo sahaja.

Semoga semua girang meraikan cuti ini dan selepas itu kembali cergas tangkas & cerdas semula dalam bidang masing2 dengan selamat - dan dengan lebih keinsafan supaya bersama2 berlaku benar & adil, serta bersama2 juga menolak penipuan, kemungkaran & kezaliman.

Semoga Allah sentiasa melindungi kita & berterusan mengurniakan rahmatNya untuk kita masing2.

Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Walillahil-Hamd...!

___________________________________________________________