HOW TO LIE 101
(BAGAIMANA MENGELENTONG 101)
Surely many of us have been intrigued by the sheer number of ordinary people who have fallen victims to all sorts of lies, day after day. We may wonder how could people on the street be so gullible and be taken in hook, line and sinker, not that many of these suckers are not educated? Well, the people who believe all the lies may be educated with college degrees and all, but take note that so are the liars! To know how good these liars are, we proudly invite our readers to have a peek at a class that specially teach the art of lying through one's teeth. Come, now. (Note: Names have been omitted/altered to protect privacy of the individuals) EXCLUSIVE! HOW TO LIE 101 Prof: Welcome to my class teaching the basics of “How To Lie”! To start our lesson, I want you to partner the student sitting next to you, so you will do this first assignment in pairs. Do you know why I ask you to do it in pairs? Ajip: Because you want us to know our classmates better? Prof: Not quite. One of the basics of lying convincingly is for you to tell one lie, and for another person to corroborate with you and tell the exact same lie. Two persons telling the same thing is much more believable, whether the story told is a lie or the truth. This is called reinforcement Ajip: Then, why only in two's? Wouldn't 3 or more people telling the same thing be even more reinforcing, more believable, prof? Prof: Good question. It may be more reinforcing, but you have to know that another basic of a solid lie is that everything that is told in the lie must be the same when told by each person. The problem is, more persons involved means more persons to deal with. And different persons have different qualities, different outlooks, different motives ultimately. A solid lie has several very detailed elements to make it fall in place nicely without any gap that can be penetrated arising from what is initially a slight suspicion. At the same time, a good lie intentionally omits some details, keeping those particulars either totally silent, or just skimmed at the surface, avoiding any invitation to probe those areas further. Now, one person may be able to remember every particular that is supposed to be presented to make up the entire lie. Another person may only be able to memorize 95% of the same details. That 5% mismatch could spell danger for your bluff to be exposed. Keeping it to only 2 people means you have greater control. You can find the right partner with the right qualities to corroborate with you. Too many persons in a corroboration can backfire; as they say, “too many cooks spoils the broth.” In a lie, this possibility is magnified many times over, because what you are going to say is something that is intangibly made up. It is not real facts of things that you really see, which are fortified further in our brain as visual memories. Once the other person say it slightly differently, and this gets discovered, and he gets pressed on this detail - which is one of the basic operating procedure in an interrogation - he may start to get confused himself and start to say out things even more differently, or he may simply crack and admit he has been lying! Do you understand now? Ajip: Yes, prof. I shall pair with Miss Imah then (grinning wide) Imah: Very well. I'll partner Ajip, prof Prof: So everyone has a partner now, good. Now, I want each pair to work together to come up with a write-up of a speech, any speech, that will be, well, honestly speaking, full of lies Ajip: Ha ha. Good pun, prof! Prof: However, I want you to strategize carefully, to make your speech a structured pack of lies with the aim to deceive the majority, if not all, of your audience Imah: That'll be a cinch, prof! Prof: Excellent! Let's get started and see your conniving creativity then Ajip: So, Imah, you sounded very confident; what do you propose we write? ....... to be cont'd....... what deceit and lies will Imah and Ajip write about? wait for Part 2 of this class coming soon... | Sudah tentu ramai antara kita rasa takjub mendengar betapa ramai orang2 kebanyakan yang ditipu dan tertipu dengan pelbagai ragam pembohongan dari hari ke hari. Kita tertanya2 bagaimanakah orang2 ini terlalu mudah mempercayai kata2 manis atau omong2 kosong, sedangkan ramai antaranya bukanlah tidak berpelajaran? Sebenarnya, walaupun yang tertipu itu dari kalangan berpengetahuan hingga ke tahap sarjana kolej dan sebagainya, tetapi mesti diingat, para penipu juga tidak kurang hebat! Untuk mengetahui bagaimana bijak kaki2 tipu ini, kami berbesar hati mengajak para pembaca mengintai sejenak sebuah kelas yang khas mendidik bagaimana untuk menipu dengan sangat berkesan hingga tidak boleh dikesan! Jom. (Catatan: Nama2 telah dipadam/ubah demi mengelak gangguan peribadi terhadap individu2 terbabit) EKSKLUSIF! BAGAIMANA MENGELENTONG 101 Prof: Selamat menghadiri Kelas Asas “Bagaimana Mengelentong.” Sebagai memulakan pelajaran, saya mahu kamu berpasangan dengan pelajar yang duduk bersebelahan; oleh itu, tugasan pertama ini akan dilakukan secara berdua. Kamu tahu mengapa perlu berpasangan? Ajip: Sebab prof mahu kami lebih mengenali rakan sekelas? Prof: Tidak tepat. Satu dari asas menipu dengan meyakinkan ialah, kamu menipu tentang sesuatu, dan seorang lain bersekongkol dengan kamu dan menyatakan penipuan yang benar2 sama. Dua orang bercerita perkara yang sama adalah lebih mudah dipercayai, samada cerita itu bohong mahupun benar. Ini dikenali sebagai penambahkuatan Ajip: Jika begitu, kenapa berdua saja? Bukankah 3 orang atau lebih bercerita perkara sama ia akan lebih bertambah kuat, lebih dipercayai, prof? Prof: Soalan yang bagus. Itu mungkin lebih, tapi kamu juga perlu tahu, satu lagi asas penipuan yang jitu ialah, setiap sesuatu yang diceritakan dalam tipudaya itu mesti serupa dan sama bila diceritakan oleh setiap yang terlibat. Masalahnya, lebih ramai terlibat, lebih ramai pula yang perlu diuruskan. Sedangkan lain orang maka lain pula mutu, lain pemikiran, lain matlamat akhir. Satu penipuan yang jitu mesti ada beberapa intipati yang sangat terperinci supaya keseluruhan cerita itu bertaup rapat tanpa ada ruang2 jarang yang boleh ditembusi dengan apa yang awalnya cumalah sedikit keraguan. Walhal, penipuan yang kemas juga sengaja meninggalkan beberapa perincian, samada langsung tidak menyebut perkara terbabit, ataupun sekadar menyebutnya secara sepintas lalu sahaja, dan mengelak dari mengundang sebarang perbincangan lanjut berkaitan aspek tersebut. Orang pertama mungkin mampu mengingati setiap perincian yang perlu disembahkan untuk membentuk keseluruhan pembohongan itu. Seorang lain mungkin hanya dapat mengingati 95% perincian sama. Perbezaan 5% itu mungkin cukup untuk membongkar penipuan kamu. Menghadkan ahli komplot kepada 2 orang bermakna kamu lebih berupaya mengawal keadaan. Lebih mudah mencari pasangan sesuai dengan kualiti yang sepadan. Terlalu ramai yang bersekongkol mungkin membawa padah akibat terlalu banyak kerenah. Dalam penipuan, kemungkinan ini berlipat-ganda, kerana apa yang hendak diperkatakan cumalah suatu rekaan yang ghaib. Ia bukan fakta sebenar berkenaan sesuatu yang kamu lihat dengan sebenarnya, yang boleh diperkuatkan dalam otak kita sebagai ingatan penglihatan. Sebaik sahaja seorang lain bercakap sesuatu yang hanya sedikit berbeza, dan ianya disedari, seterusnya dia ditekan lebih lanjut berkaitan perincian ini – yang merupakan salahsatu kaedah asas dalam sebarang soal-siasat – dia sendiri akan mula keliru lalu semakin berkata2 yang lebih berbeza, ataupun dia gagal bertahan dan terus mengaku penipuannya! Kamu faham sekarang? Ajip: Ya, prof. Kalau begitu, saya berpasang dengan Cik Imah, lah (tersengih lebar) Imah: Baiklah. Saya akan berpasangan dengan Ajip, prof Prof: Bagus, semua sudah ada pasangan masing2. Sekarang saya mahu setiap pasangan bekerjasama menghasilkan satu penulisan ucapan, sebarang ucapan, yang akan, secara jujur saya katakan, penuh dengan pembohongan Ajip: Ha ha, klakka-la prof! Prof: Tetapi, saya mahu kamu mengolah strategi dengan rapi untuk membentuk ucapan yang mengandungi pembohongan tersusun, dengan tujuan mengelentong kebanyakan pendengar kamu, jika bukan kesemua mereka Imah: Itu senang saja, prof! Prof: Bagus! Mulalah dan serlahkan bakat seni kelentong kamu Ajip: Jadi, Imah, awak yakin sungguh; apa yang awak cadang kita tulis? ....... akan bersambung....... apakah penipuan dan putarbelit bakal ditulis mereka? sila nantikan Bahagian 2 kelas ini tidak lama lagi |
No comments:
Post a Comment