Pages

HOW ADVANCED! Part 2 (MAJU LAH SANGAT! Bhg 2)

What Invasion? We Were Never Invaded!
Penaklukan? Kita Mana Pernah DiTakluk!



Yup. Just like what was stated by the national historian professor, when was our country ever colonized or invaded! Whomever says we were colonized by the British or were invaded by a group of Indonesians wielding sharpened bamboos as weapons, that's simply rubbish!

After all, that was an old story! This is 2012. That talk about a group of Indonesians feeling dissatisfied and highly upset, even madly angry at our country, was back in 2009.

Er, but wait... what's this report here...?

*******
From in.reuters.com (28-06-2012):

Malaysia steps on Indonesia's toes in dance dispute
(Reuters) - Malaysia is separated from Indonesia's Sumatra island by just 40 miles of water, but an ocean has opened up between them over who owns a traditional dance, the latest in a series of disputes between the Southeast Asian neighbors.


The feud, one of many over issues as diverse as culture, pollution and borders in the region of 600 million people, adds to the difficulties leaders face in trying to turn Southeast Asia into a unified economic community by 2015.



Malaysian efforts to promote the Tor-tor folk dance and Gordang Sambilan drum performance - both with origins in Sumatra - as its own cultural heritage sparked protests this month in Jakarta, where a group torched Malaysia's flag and threw stones at its embassy. The violence was a sharp contrast to the Tor-tor itself - a gentle, traditional dance featuring a mix of subtle hand and leg movements.

.....

The case has touched a raw nerve in Indonesia, which has previously argued with Malaysia over who claims the rights to folk music, batik textiles and spicy beef Rendang curry.
.....

"Malaysia is a small country. It would only take us five days or a week to burn it," said an executive in Jakarta originally from Sumatra, who declined to be identified because of the sensitivity of the issue.
.....
While anger will soon dissipate, a common sentiment heard in Indonesia is simply disappointment that Malaysia feels the need to "steal" its culture. From the Malaysian perspective, it is simply about preserving culture that is in danger of dying out.

"Recognizing these two cultures under the act doesn't mean that it is being 'claimed' and owned by Malaysia. What we hope is, through the registration of the cultures, they can be preserved and widely promoted," said Ramli Abdul Karim Hasibuan, president of the Mandailing association in Malaysia.

Scholars say the Mandailing people in Malaysia did not resist colonial British attempts last century to label them as Malay, which led to their culture evaporating, whereas traditions have been preserved better in Sumatra, Indonesia's largest island and full of different ethnicities.

The younger generation, more likely to dance to hip-hop than the Tor-tor, is more concerned about who wins between Malaysia and Indonesia on the soccer pitch, though haze pollution in Kuala Lumpur from Indonesian land-clearing fires is a real irritant.



"Keep your dances and your culture. While you're at it, keep your haze to yourself too," said Twitter user @mediha_m, responding to Indonesians on the social media site lambasting Malaysia's cultural poverty.



Iye. Macam yang dinyatakan oleh profesor sejarahwan negara, mana pulak negara kita pernah dijajah atau ditakluk! Sesiapa kata kita ada kena jajah oleh orang British atau ditakluk dengan sekumpulan rakyat Indonesia yang mengacukan lembing buluh sebagai senjata, itu mengarut je!

Apa pun, itu cerita lama! Ini dah 2012. Cakap2 pasal sekumpulan rakyat Indonesia tak puashati dan amatsangat terusik malah gilababi marah pada kita, itu 2009 dulu.

Eh, tunggu kejap... berita apa pulak ni...?

*******
Dari in.reuters.com (28-06-2012):

Malaysia menyinggung perasaan Indonesia dalam sengketa tarian
(Reuters) - Malaysia terpisah dari pulau Sumatera, Indonesia, hanya dengan air sejauh 40 batu, tetapi jurang seluas lautan telah terbentuk antara keduanya tentang siapakah pemilik sebuah tarian tradisi, isu terbaru dalam siri sengketa antara dua jiran di Asia Tenggara ini.

Perbalahan ini, satu dari banyak isu-isu pelbagai seperti kebudayaan, pencemaran dan sempadan, di rantau yang dihuni 600 juta, makin menyukarkan para pemimpin yang ingin menjadikan Asia Tenggara suatu kelompok berekonomi seragam menjelang 2015.

Usaha Malaysia menggalakkan tarian trdisi Tor-tor dan gendang Gordang Sambilan - dua-duanya berasal dari Sumatera - sebagai warisan budaya sendiri telah meledakkan beberapa protes di Jakarta bulan ini, dengan satu kumpulan membakar bendera Malaysia dan melontar batu pada kedutaannya. Keganasan ini jauh bertentangan dari Tor-tor sendiri - suatu tarian tradisi yang gemalai memaparkan campuran pergerakan lembut kaki dan juga tangan.

.....
Kes ini menyentuh sensitiviti rakyat Indonesia. yang sebelum ini bertekak dengan Malaysia pasal hakmilik muzik tradisi, kain batik dan rendang daging.
.....

"Malaysia kecil sahaja. Kami cuma perlu 5 hari atau seminggu untuk membakarnya," kata seorang eksekutif di Jakarta tapi berasal dari Sumatera, yang tidak mahu dikenali akibat sensitifnya isu ini.

.....
Sedangkan kemarahan akan reda segera, satu perasaan yang biasa di Indonesia ialah kekecewaan ke atas Malaysia yang berfikir perlu untuk "mencuri" budaya mereka. Dari pandangan Malaysia, ia hanyalah demi memelihara budaya yang dikhuatiri lenyap.

"Mengiktiraf dua budaya ini di bawah akta itu tidaklah bermakna ianya dituntut dan dimiliki oleh Malaysia. Apa yang kami harap ialah, menerusi pendaftaran budaya ini, ianya boleh dipelihara dan dipromosi dengan meluas," kata Ramli Abdul Karim Hasibuan, presiden persatuan Mandailing di Malaysia.

Pakar berkata kaum Mandailing di Malaysia tidak menentang usaha penjajah British di abad lepas yang melabel mereka sebagai Melayu, ini membawa kepada kehilangan budaya mereka, walhal tradisi lebih terpelihara di Sumatera, pulau terbesar di Indonesia dan penuh dengan pelbagai kaum.

Anak muda, lebih berkemungkinan menari hip-hop berbanding Tor-tor, lebih risaukan siapa yang menang antara Malaysia dan Indonesia di atas padang bola, namun pencemaran jerebu di Kuala Lumpur akibat pembakaran terbuka di Indonesia memanglah merimaskan.

"Simpanlah tarian dan budaya kamu. Sambil tu, simpan jugak jerebu kamu untuk diri sendiri." kata pengguna Twitter @mediha_m, menjawab rakyat Indonesia dalam laman media sosial itu, yang menghentam kemiskinan budaya Malaysia.



Kelakar Malaysia Lawan Indonesia: Kapalselam, Buluhruncing Dan Dukunpower (Funny Malaysia Vs. Indonesia: Submarine, Sharpened Bamboos And Super Shamans) www.klakka-la.blogspot

Get your ABU T-Shirt now, and automatically donate for a good and popular cause! Click on the "T-Shirts" tab at the top of the page
Dapatkan Kemeja-T ABU sekarang, dan dengan otomatik menderma untuk perjuangan murni yang menyemarak! Klik pautan "T-Shirt" di bahagian atas laman


My Foot Note:
No Spitting!
We Don't Want Dirty!
We Want Clean Elections!

We Want Freedom of Assembly!
X Water Cannons!
X Tear Gases!

Serius 1Malaysia: ABU Kata Jangan Meludah! Kami Tak Nak Kotor! Kami Mahu Bersih! (Serious 1Malaysia: ABU Says Don't Spit! We Don't Want Dirty! We Want Clean!) www.klakka-la.blogspot


Catatan tapakkakiku:
Dilarang Meludah!
Kami Tak Nak Kotor!
Kami Mahu Pilihanraya Bersih!

Kami Nak Kebebasan Berhimpun!
X Meriam Air!
X Gas Pemedihmata!

Serius 1Malaysia: ABU Kata Kami Mahu Bersih! Kami Tak Nak Kotor! Kami Tak Nak Meriam Air Dan Gas Pemedihmata! (Serious 1Malaysia: ABU Says We Want Clean! We Don't Want Dirty! We Don't Want Water Cannons And Tear Gases!) www.klakka-la.blogspot



No comments:

Post a Comment