Mari Belajar Dan Memahami Ekonomi Malaysia
Nampaknya masih ramai warga Malaysia terutama Melayu yang belum masak dengan selokbelok putarbelit dan tepiskilas dalam susunatur dan perancangan belanjawan serta kewangan yang menggenggam kemas memeluk erat mahupun menjerut kuat setiap tubuh atau leher penduduk dalam negara ini. Ini boleh dilihat dari bilangan yang silap memberi jawapan kepada 2 soalan yang diajukan dalam posting sebelum ini, TANYALAH USTAZ 5, berkaitan harga arak milik anak bekas perdana menteri negara, eh silap, berkaitan harga arak jualan towkey judi.
Malah statistik menunjukkan hingga 48% rakyat Malaysia, iaitu majoriti penduduk, masih ketinggalan dari sudut ilmu kefahaman tinggi atau finer understanding, sedangkan hanya 51%, iaitu jumlah yang sedikit atau minoriti, yang akhirnya mampu mengangkat punggung sendiri dari kerusi setelah kematu akibat terlalu lama terduduk termangu dalam bas tua yang terhegeh2 hidup segan mati tak mahu dalam perjalanan yang tak sampai2, lalu beratur turun dari bas uzur itu untuk menunggu kedatangan bas baru yang bakal membawa mereka dengan lebih pantas ke sekolah dan pengalaman yang lebih terkehadapan. Cuma agak malang, bas tua walaupun terhegeh2 dalam semput tetapi telah brgerak semula meninggalkan perhentian - sambil sempat melepaskan kentut pekat tebal berkepul2 yang amatsangat busuk tepat pada muka2 penumpang yang baru turun hingga meloyakan anaktekak masing2 menerima hadiah hitam yang terlalu cepat dan tak semena2 itu. Tambah malang, rupa2nya ketika kentut hitam dilepaskan maka ketika itu juga ala2 sotong kurita, pemandu dan kelindan bas tua dengan tangan panjang telah menyeluk meragut dan merampas daripada saku setiap penumpang - samada yang telah turun mahupun yang masih setia menaruh harap bas tua dapat membawa mereka ke taman yang mereka idamkan - sejumlah dua kupang, iaitu 20 sen, dari setiap seorang. Jadi persoalan sekarang pula ialah, dengan sekali cekup begitu, berapa banyakkah jumlah yang telah dikebas oleh pemandu bas tua dan kelindannya, jika polis ingin memulangkan semula semua duit kepunyaan penumpang?
|
My Foot Note:
We Don't Want Pirates!
We Want Clean Leaders!
We Don't Want Bullshits!
We Want Clean Leaders!
|
Catatan Tapakkakiku:
Kami Tak Nak Lanun!
Kami Mahu Pemimpin Bersih!
Kami Tak Nak Kena Kencing!
Kami Mahu Pemimpin Bersih!
|