Pages

Showing posts with label istana 800M. Show all posts
Showing posts with label istana 800M. Show all posts

TANYALAH USTAZ 6

Tanyalah Ustaz UMNO
Mari Belajar Dan Memahami Ekonomi Malaysia


Nampaknya masih ramai warga Malaysia terutama Melayu yang belum masak dengan selokbelok putarbelit dan tepiskilas dalam susunatur dan perancangan belanjawan serta kewangan yang menggenggam kemas memeluk erat mahupun menjerut kuat setiap tubuh atau leher penduduk dalam negara ini. Ini boleh dilihat dari bilangan yang silap memberi jawapan kepada 2 soalan yang diajukan dalam posting sebelum ini, TANYALAH USTAZ 5, berkaitan harga arak milik anak bekas perdana menteri negara, eh silap, berkaitan harga arak jualan towkey judi.

Malah statistik menunjukkan hingga 48% rakyat Malaysia, iaitu majoriti penduduk, masih ketinggalan dari sudut ilmu kefahaman tinggi atau finer understanding, sedangkan hanya 51%, iaitu jumlah yang sedikit atau minoriti, yang akhirnya mampu mengangkat punggung sendiri dari kerusi setelah kematu akibat terlalu lama terduduk termangu dalam bas tua yang terhegeh2 hidup segan mati tak mahu dalam perjalanan yang tak sampai2, lalu beratur turun dari bas uzur itu untuk menunggu kedatangan bas baru yang bakal membawa mereka dengan lebih pantas ke sekolah dan pengalaman yang lebih terkehadapan.

Cuma agak malang, bas tua walaupun terhegeh2 dalam semput tetapi telah brgerak semula meninggalkan perhentian - sambil sempat melepaskan kentut pekat tebal berkepul2 yang amatsangat busuk tepat pada muka2 penumpang yang baru turun hingga meloyakan anaktekak masing2 menerima hadiah hitam yang terlalu cepat dan tak semena2 itu.

Tambah malang, rupa2nya ketika kentut hitam dilepaskan maka ketika itu juga ala2 sotong kurita, pemandu dan kelindan bas tua dengan tangan panjang telah menyeluk meragut dan merampas daripada saku setiap penumpang - samada yang telah turun mahupun yang masih setia menaruh harap bas tua dapat membawa mereka ke taman yang mereka idamkan - sejumlah dua kupang, iaitu 20 sen, dari setiap seorang.

Jadi persoalan sekarang pula ialah, dengan sekali cekup begitu, berapa banyakkah jumlah yang telah dikebas oleh pemandu bas tua dan kelindannya, jika polis ingin memulangkan semula semua duit kepunyaan penumpang?



Catatan:
Ambil jumlah kenderaan berdaftar 1malaysia sebagai 20juta sahaja
(Perangkaan sebenar 20.2juta pada 2010, 21.4juta pada 2011).
Dari jumlah ini, ambil cuma 30% purata yang dipandu setiaphari,
maka 30% x 20juta = 6juta purata atas jalanraya setiaphari.
(Peratusan kecil setelah ditolak pemilik kenderaan yang bukan keluar bekerja setiaphari termasuk hujungminggu, ditolak pemilik kenderaan yang kadangkala menumpang kenderaan lain, serta dikurangkan faktor motorsikal yang menggunakan cuma sedikit petrol berbanding kereta)
Ambil purata jumlah perjalanan sehari bagi setiap kenderaan sebagai 20Km sahaja, satu nilai yang sangat konservatif.
(Bagi bandar besar seperti KL, adalah biasa bagi seseorang memandu sejauh 20-40Km dari rumah ke pejabat menjadikan jumlah perjalanan sehari antara 40-80Km, tetapi kebanyakkannya di bandar kecil dan kampung, di mana kebiasaan jarak rumah ke tempat kerja cuma 2-5Km, memberikan jumlah perjalanan sehari cuma 4-10Km)
Jadi, purata perjalanan keseluruhan kenderaan pada setiaphari adalah 6juta x 20Km = 120juta Km.
Ambil purata penggunaan petrol setiap kenderaan sebagai 10Km/L.
Oleh itu, purata keseluruhan penggunaan petrol setiaphari ialah 120juta / 10 = 12juta Liter.
Bila pemandu bas tua kebas 2kupang dari setiap penumpang 1malaysia, maka dalam 1hari sahaja dia telah mencuri 12juta Liter x 20sen/L iaitu 2.4juta ringgit.
Sebulan pemandu bas tua berjaya kebas 2.4 x 30 = 72juta ringgit.
Setahun pemandu bas tua berjaya kebas 12 x 72 = 864juta ringgit.



Kelakar 1Malaysia: Subsidi Rakyat Tiada Dalam Islam Tapi Elaun Menteri Ada? (Funny 1Malaysia: Subsidies For The People Not In Islam But Allowances For Ministers Are?) www.klakka-la.blogspot



My Foot Note:
We Don't Want Pirates!
We Want Clean Leaders!

We Don't Want Bullshits!
We Want Clean Leaders!



Catatan Tapakkakiku:
Kami Tak Nak Lanun!
Kami Mahu Pemimpin Bersih!

Kami Tak Nak Kena Kencing!
Kami Mahu Pemimpin Bersih!


TANYALAH USTAZ 5

Tanyalah Ustaz UMNO
Mari Belajar Dan Memahami Ekonomi


Towkey Lim bergotongroyong dengan penduduk bukit lalu membina kasino tempat berjudi.

Setelah siap dan dibuka kepada ribuan kakijudi yang tidak sabar2 menunggu, Towkey Lim teringat hendak menyediakan minuman keras pula untuk para penjudi, berasaskan faktor2 ekonomi berikut:
1)para taikjudi yang menziarah kasino beliau semata2 ingin berada dalam kasino dan berjudi siangmalam selama 1-2hari dan tiada masa keluar untuk makanminum tidur mandi tukarbaju dan sebagainya, maka taikjudi tidak akan berfikirpanjang membeli makanan dan minuman yang tersedia dalam kasino sendiri walau apapun harganya;
2)para taikjudi tersebut sememangnya datang menziarah dengan poket masing2 tersembul akibat banyaknya jumlah duit yang dibawa hingga ke ratusan ribu ringgit, kerana berprinsip lebih banyak duit dijudikan lebih banyak peluang menang duit judi, maka dengan duit yang banyak itu, mereka pasti tidak lokek berbelanja besar untuk hobi kegemaran kedua mereka iaitu makanminum;
3)towkey Lim tidak mahu oranglain pula kayaraya dengan mengambil kesempatan berjaja nasilemak atau air kelapamuda di luar kasino miliknya sedangkan pelanggan adalah orang2 yang sebenarnya datang untuk menziarah kasino beliau.

Persoalan sekarang ialah:
1)berapakah harga jualan hendak ditetapkan untuk minuman keras itu?
a-percuma kepada kakijudi dengan menunjukkan resit dari mejajudi;
b-harga pasaran yang sama dengan kedai2 biasa;
c-harga yang 10X ganda lebih tinggi dari kedai2 biasa;
d-harga bidaan tertinggi dari kalangan kakijudi
2)siapakah yang sepatutnya menetapkan harga minuman keras itu?
a-orang2 bukit kerana mereka peneroka asal bukit;
b-penjaja nasilemak kerana itu saja peluang untuk turutserta dalam perniagaan;
c-para kakijudi kerana mereka yang akan membelinya;
d-menteri judi dan gengster


Kelakar 1Malaysia: Tuhan Yang Tetapkan Harga Telor Dan Arak? (Funny 1Malaysia: God The One Fixing Prices Of Eggs And Liquor?) www.klakka-la.blogspot



My Foot Note:
We Don't Want Pirates!
We Want Clean Leaders!

We Don't Want Bullshits!
We Want Clean Leaders!



Catatan tapakkakiku:
Kami Tak Nak Lanun!
Kami Mahu Pemimpin Bersih!

Kami Tak Nak Kena Kencing!
Kami Mahu Pemimpin Bersih!


BINATANG PELIHARAAN SAYA 5

Nostalgia Lagu Retro: Senyumlah Kuala Lumpur
(Retro Song Nostalgia: Smile, Oh Kuala Lumpur)

Penyanyi Asal (Original Singer): Alleycats
Lagu Asal (Original Song): M. Nasir
Lirik Asal (Original Lyric): S. Amin Shahab

Kuala Lumpur (Kuala Lumpur)
Senyuman mu di pagi ini (Your smile, on this morning)
Sungguh bererti (Means so much)
Kerna cinta bersemi lagi (Because love blooms again)
Setelah kemarau panjang (After a long drought)

Di lebuhraya di papan tanda (At the highway, on the signboard)
Tergambar wajah Moo (I see the face of Moo)
Dengan kalimah: Condo untuk kita (With the line: Condo for us)
Semoga kekal selamanya (Hopefully this lasts forever)

*******

Kelakar Peribahasa 1Malaysia: Lembu Punya Susu, Kondo Dapat Nama? (Funny 1Malaysia Idiom: Cows Own Milk, Condos Get Name?) www.klakka-la.blogspot

*******
Untuk peminat Mahathir (yang mudah lupa), serta projek PPSMI buahfikir kepalahotak bergeliga ular-kuat-belit beliau, lalu tidak paham loghat Negoghi 9, berikut ialah terjemahan bahasa skema untuk skrip si-Pakcik:

Bingkai 1: Ya, barulah sekarang ada masa dapat melawat, ini baru pertama kali pakcik menjejak kaki di Kuala Lumpur! Mak ai! Sesudah sampai di sini, tibatiba pakcik terasa sangat lapar pula, rasa teringin hendak memakan daging salai masak lemak cili api!

Bingkai 2: Eh, tiada masa hendak rindurindu pada isteri pakcik itu! Cuma, pakcik tengok di Kuala Lumpur ini, kirikanan ada sahaja kondo, berderet! Itulah yang buatkan pakcik teringat lembulembu pakcik! Rindu pada Si-Aiman, seekor lembu pakcik yang sedang elok umurnya untuk korban, kalau disalai buat masak lemak pedas, fuh, sedap! Sudahlah, mari laju sedikit, cepatlah pakcik sampai ke rumah anak!

*******

For fans of Mahathir (who easily forgets), and the PPSMI project thought up by his cunningly witty brain, thereby not being able to comprehend Bahasa Malaysia, let alone the Negeri 9 dialect, here is the translation:

Frame 1:

1Day in 1KL...
Cabbie: Uncle, are you going to your kid's place, here in KL?
Uncle: Yes, only now I have time to visit; this is the first time I set foot in Kuala Lumpur! Wow! Now that I'm here, I suddenly feel extremely hungry, I feel like having smoked beef cooked in hot, spicy coconut milk gravy!

Frame 2:
Cabbie: What, didn't you manage to eat first at home earlier? Or, is it that Uncle is already missing your wife back in the village?
Uncle: Ah, I don't have time to miss my wife! It's just that, I see Kuala Lumpur is lined with rows of condos! They remind me of my cows! I miss Aiman, a calf which is already just nice for slaughter; if he is smoked and cooked in hot, spicy coconut milk gravy, fooh, simply delicious! Enough, drive faster, so I can reach my kid's place quickly!

********************************************************************

Sama2 kita rai dan bantu menyemarak kebangkitan perjuangan gerakan ABU. Dapatkan T-Shirt Siri ABU penghasilan penulis sekarang:
Let us together celebrate and support the uprising of the ABU movement. Get the ABU Series T-Shirt designed by the writer now:


T-shirt Siri ABU: Jatuhkan mereka! (ABU Series T-shirt: Bowl 'em over!) www.klakka-la.blogspot


T-shirt Siri ABU: Jatuhkan mereka! Gambaran hadapan & belakang (ABU Series T-shirt: Bowl 'em over! Front & back illustration) www.klakka-la.blogspot


HARGA: RM35 sehelai
PRICE: RM35 (USD12) per piece (please read Notes below)

Catatan:
Sila buat pembelian dan bayaran di bawah ini supaya kami dapat proses permintaan anda.
Penghantaran dalam Malaysia sudah termasuk yuran pos dan Paypal.
Untuk penghantaran luar Malaysia, sila e-mel butiran anda termasuk lokasi penghantaran (peringatan: pihak pos tidak membuat hantaran ke peti pos) untuk menentukan dahulu tambahan harga pos, ke alamat berikut:

klakka.lablog@yahoo.com
Notes:
Please make your selection and payment below, so we can proceed to process your order.
Delivery within Malaysia has already included the fees for postage and Paypal.
For deliveries outside of Malaysia, please e-mail your particulars including location (reminder: postal service does not deliver to postal boxes) to determine beforehand the extra amount required for postage, to the following address:

klakka.lablog@yahoo.com






CHOOSE YOUR ORDER FROM 1 OF THESE SIZES:

Jika membeli lebih dari 1 saiz, pilih satu saiz dahulu untuk dimasukkan
ke dalam troli, tetapkan bilangan yang diinginkan untuk saiz itu,
kemudian klik pada "Continue Shopping"
dan tokok lagi saiz lain yang diingini ke dalam troli anda.
To order for more than 1 size, please choose one size to add to
your shopping cart first, enter the quantity you require for that size,
then click on "Continue Shopping"
and add the next size you require to the cart.

********************************************************************

Side Ad: CIFU. Ask. And you'll get it. Coming soon. www.klakka-la.blogspot
Coming Soon:

CIFU?
U.S.!
Washed Clean
2008
8 - 9 x
Ask. And you'll get it.


Also Coming Soon:
1Malaysia Keliru: Dijajah ke tak? Merdeka ke tak? (1Malaysia Confused: Colonised or not? Freed or not?) www.klakka-la.blogspot

BINATANG PELIHARAAN SAYA 4

Projek Kesayangan Istimewa: (Special Pet Project:)

Projek Ujian DayaIngat Rakyat, PUDAR  (People's Memory Test Project)

Mahathir bentangkan 1Hukum hasil kajian saintifik beliau (dalam bahasa inggeris) selama 22tahun memegang kuasa negara: Melayu mudah lupa
Mahathir announced 1Law resulting from his scientific studies (in English language) while 22years in power: Malays easily forget

Siapa ingat:
Berapakah elaun keraian untuk Menteri?
Berapa pula jenis kesemua elaun2 yang layak untuk Menteri?
Bilakah yang terkini kenaikan nilai elaun2 Yang Dipertua Dewan?
Bilakah yang terkini penurunan subsidi barangan keperluan rakyat?
Berapakah jumlah terkumpul belanja penyelenggaraan rumah rasmi haji Najib?
Berapa kali haji Najib sudah mengucapkan kalimah "rakyat didulukan" depan orangramai semenjak dia mula mencanang konsep "1malaysia"?
Berapa jumlah harga keseluruhan membuat, mencetak, menyiar dan memasang segala kainrentang, papantanda dan segala apa sahaja iklan2 lain yang mengandungi logo "1malaysia" dan kalimah "rakyat didulukan" sehingga hari ini?

Who remembers:
How much is the entertainment allowance for a Minister?
How many different types of allowances are there for a Minister?
When was the latest increase in allowances for the Speaker of Dewan?
When was the latest decrease in subsidies of essential goods for the people?
How much is the cumulative total spending for maintenance of Najib's official home?
How many times have Najib uttered the phrase "people first" in front of the public ever since he began trumpeting the "1malaysia" concept?
How much is the total cost of producing, printing, airing and installing all banners, billboards, and all sorts of advertisements that contain the "1malaysia" logo and the phrase "people first" up till today?

Kelakar 1Malaysia: Bankrap Tahun 2019 Akibat 40 Penyamun? (1Malaysia Joke: Bankrupt In Year 2019 Due To 40 Thieves?) www.klakka-la.blogspot

Kalau betul bak kata Mahathir anda sudah lupa,
rajin2lah mengulangkaji jawapan2 berkaitan, yang mudah diperolehi dari En. Google.
Anda juga dijemput membaca kembali paparan2 saya terdahulu:
If what Mahathir said is true and you have forgotten,
take initiatives to revisit related answers, which you easily get from Mr. Google.
You are also invited to read again my earlier postings:

1MALAYSIA: RAKYAT DIDULUKAN...
KOS HIDUP DI NEGARA INI ADALAH RENDAH
KELUH LAGI 1MALAYSIA

Selamat berkerutdahi!
Happy frowning!

********************************************************************


Side Ad: CIFU. Ask. And you'll get it. Coming soon. www.klakka-la.blogspot
Coming Soon:

CIFU?
U.S.!
Washed Clean
2008
8 - 9 x
Ask. And you'll get it.


Also Coming Soon:
1Malaysia Keliru: Dijajah ke tak? Merdeka ke tak? (1Malaysia Confused: Colonised or not? Freed or not?) www.klakka-la.blogspot

BINATANG PELIHARAAN SAYA 3

Projek Kesayangan Istimewa: (Special Pet Project:)

Syllogism 402 (Advance Syllogism Studies)

Lembu = Binatang Peliharaan
Binatang Peliharaan = Your Pet
Your Pet Project = Projek Kesayangan

Your Pet -> Special Treatment
therefore
Projek Kesayangan -> Layanan Istimewa

VIP -> Layanan Istimewa
oleh itu
VIP = Pet Project = Your Pet = Binatang Peliharaan = .....


********************************************************************


Side Ad: CIFU. Ask. And you'll get it. Coming soon. www.klakka-la.blogspot
Coming Soon:

CIFU?
U.S.!
Washed Clean
2008
8 - 9 x
Ask. And you'll get it.


Also Coming Soon:
1Malaysia Keliru: Dijajah ke tak? Merdeka ke tak? (1Malaysia Confused: Colonised or not? Freed or not?) www.klakka-la.blogspot

BINATANG PELIHARAAN SAYA 2

Projek Kesayangan: (Pet Project:)


Binatang Peliharaan...
atau
Binatang Beliharaman...
atau
Baka Brahman bersulam blingbling bertatah berlian dari lombong Afrika Selatan?

Kelakar 1Malaysia: 
Kedai 1Malaysia, Lembu 1Kondo (1Malaysia Joke: 1Malaysia Shops, 1Condo Cows) www.klakka-la.blogspot


********************************************************************

Side Ad: CIFU. Ask. And you'll get it. Coming soon. www.klakka-la.blogspot
Coming Soon:

CIFU?
U.S.!
Washed Clean
2008
8 - 9 x
Ask. And you'll get it.


Also Coming Soon:
1Malaysia Keliru: Dijajah ke tak? Merdeka ke tak? (1Malaysia Confused: Colonised or not? Freed or not?) www.klakka-la.blogspot

BINATANG PELIHARAAN SAYA

Projek Kesayangan: (Pet Project:)


Binatang Peliharaan...
atau
Binatang Beliharaman...?

Kelakar 1Malaysia: Lebuhraya untuk Gajah, Kondo untuk Lembu? (1Malaysia Joke: Highway for Elephants, Condo for Cows?) www.klakka-la.blogspot


********************************************************************

Side Ad: CIFU. Ask. And you'll get it. Coming soon. www.klakka-la.blogspot
Coming Soon:

CIFU?
U.S.!
Washed Clean
2008
8 - 9 x
Ask. And you'll get it.


Also Coming Soon:
1Malaysia Keliru: Dijajah ke tak? Merdeka ke tak? (1Malaysia Confused: Colonised or not? Freed or not?) www.klakka-la.blogspot

1MALAYSIA: RAKYAT DIDULUKAN... SEKALI LAGI...

SapuMALAYSIA: RAKYAT DIDULUKAN UNTUK DISAPU NYAWA


Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan keras pihak berkuasa ke atas penyokong gerakan BERSIH 2.0, termasuk menahan pemimpin-pemimpin politik Pakatan Rakyat, hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno.

“Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan dari Mekah.

Nik Aziz berkata sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengetuai kerajaan dan juga merupakan presiden Umno.

“Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?” soalnya.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyoal sedangkan “Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan?”

“Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300,000 orang dibalas dengan gari dan semburan gas?

“Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk 'melalak sampai pagi'?” sindir beliau lagi.


There's a little black spot on the sun today
It's the same old thing as yesterday
There's a black hat caught in a high tree top
There's a flag-pole rag and the wind won't stop

I have stood here before inside the pouring rain
With the world turning circles running 'round my brain
I guess I'm always hoping that you'll end this reign
But it's my destiny to be the king of pain

There's a little black spot on the sun today
(That's my soul up there)
It's the same old thing as yesterday
(It's my soul up there)
There's a black hat caught in a high tree top
(It's my soul up there)
There's a flag-pole rag and the wind won't stop
(It's my soul up there)

I have stood here before inside the pouring rain
With the world turning circles running 'round my brain
I guess I'm always hoping that you'll end this reign
But it's my destiny to be the king of pain

There's a fossil that's trapped in a high cliff wall
(It's my soul up there)
There's a dead salmon frozen in a waterfall
(It's my soul up there)
There's a blue whale beached by a spring tide's ebb
(It's my soul up there)
There's a butterfly trapped in a spider's web
(It's my soul up there)

I have stood here before inside the pouring rain
With the world turning circles running 'round my brain
I guess I'm always hoping that you'll end this reign
But it's my destiny to be the king of pain

There's a king on a throne with his eyes torn out
There's a blind man looking for a shadow of doubt
There's a rich man sleeping on a golden bed
There's a skeleton choking on a crust of bread

King of pain

There's a red fox torn by a huntsman's pack
There's a black-winged gull with a broken back
There's a little black spot on the sun today
It's the same old thing as yesterday

I have stood here before inside the pouring rain
With the world turning circles running 'round my brain
I guess I'm always hoping that you'll end this reign
But it's my destiny to be the king of pain

- King of Pain, The Police -

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyuarakan kekecewannya terhadap tindakan polis ke atas rakyat yang menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur, yang didakwanya bertukar menjadi huru-hara selepas campurtangan pasukan itu.

Lim, yang juga setiausaha agung DAP, berkata nampaknya rakyat tidak boleh berhimpun secara aman tanpa terdedah kepada tindakan keras pihak polis.

Bagaimanapun, dakwa beliau, keadaannya berbeza, jika ada penunjuk perasaan berarak membantah kerajaan Pakatan Rakyat atau pemimpinnya.

Beliau memberi contoh demonstrasi di Pulau Pinang baru-baru ini oleh kumpulan pro-Umno dan kumpulan hak Melayu seperti PERKASA dan Suara Anak Anak Malaysia, di mana wartawan didakwa turut diserang.

"Tiada tindakan yang diambil oleh pihak polis dalam kejadian ini. Tidak ada tindakan, walaupun penunjuk perasaan cuba merampas jambatan Pulau Pinang dan menghalang lalulintas," katanya kepada pemberita di Komtar hari ini.


I don't want to spend the rest of my life
Looking at the barrel of an Armalite
I don't want to spend the rest of my days
Keeping out of trouble like the soldiers say

I don't want to spend my time in hell
Looking at the walls of a prison cell
I don't ever want to play the part
Of a statistic on a goverment chart

There has to be an invisible sun
It gives its heat to everyone
There has to be an invisible sun
That gives us hope when the whole day's done

It's dark all day, and it glows all night
Factory smoke and acetylene light
I face the day with my head caved in
Looking like something that the cat brought in

There has to be an invisible sun
It gives its heat to everyone
There has to be an invisible sun
That gives us hope when the whole day's done

And they're only going to change this place
By killing everybody in the human race
And they would kill me for a cigarette
But I don't even wanna die just yet

There has to be an invisible sun
It gives its heat to everyone
There has to be an invisible sun
It gives us hope when the whole day's done

- Invisible Sun, The Police -

Jenazah Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia sewaktu menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 semalam, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lembah Keramat di Taman Seri Keramat Tengah, Kuala Lumpur jam 12.55 tengah hari ini.

Semalam dilaporkan Baharudin, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC, terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.

Beliau kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Kira-kira 500 hadir, termasuk pemimpin kanan Pakatan Rakyat dan penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengiringi jenazah ke tanah perkuburan itu.

Kumpulan tersebut berjalan dari Surau Al-Muqarrabin - tempat jenazah Baharudin disembahyangkan - sejauh kira-kira tiga kilometer dengan mengiringi van jenazah yang membawa jenazahnya.

Turut menyertai kumpulan tersebut beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO antaranya Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, ADUN Hulu Kelang Shaari Sungib dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin.

Sambil mengiringi, mereka membaca tahlil dan bertakbir sepanjang jalan tanpa henti.

Sepanjang perjalanan menuju ke tanah perkuburan itu, kumpulan tersebut berselisih dengan tiga kereta peronda polis secara berasingan menyebabkan mereka bertakbir kepada polis.

Sebelum itu, ramai pemimpin Pakatan, BERSIH mengunjungi Baharudin di surau berdekatan rumahnya di rumahnya di No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Keramat di ibu negara seawal jam 9 pagi.

Ramai pemimpin kanan Pakatan yang hadir menziarahi Baharudin antaranya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, Azmin Ali (timbalan presiden PKR), dua naib presiden PAS Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar serta pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga.

Sewaktu jenazah dimandikan dan dikafankan, mereka memenuhi Surau Al-Muqarrabin mengadakan majlis bacaan tahlil untuk arwah.

Majlis tersebut dipimpin ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrol Amin Baharon di surau yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah Baharudin.

Kelihatan rata-rata pemimpin yang ditemui sedih dan ada di kalangan mereka sebak dengan kematian Baharudin.

Yang paling jelas, Ambiga dan Nurul Izzah yang tidak mampu menahan air mata sewaktu memeluk isteri Baharudin, Rusni Melan yang merupakan ketua Wanita PKR Cabang Setiawangsa.

"(Kejadian ini) tidak sepatutnya berlaku... Dia (Baharudin) adalah seorang hero," katanya ringkas.

Ambiga tidak mampu berkata-kata apa-apa dan menangis kerana tidak dapat menyembunyikan kesedihannya.

"BERSIH berasa kecewa kerana keadaan ini (kematian) berlaku. Ini menunjukkan polis tidak menghormati rakyat.

"Rakyat ada hak untuk berada di sana," kata ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah dalam keadaan sebak dan tidak mampu meneruskan kata-katanya.


***************************



Mentari Kuning Menyorok Atas Langit Kuala Lumpur Sabtu 9hb Julai 2011 (The Yellow Sun Hides Above Kuala Lumpur Sky 9th July 2011) www.klakka-la.blogspot

********************************************************************

Side Ad: CIFU. Ask. And you'll get it. Coming soon. www.klakka-la.blogspot
Coming Soon:

CIFU?
U.S.!
Washed Clean
2008
8 - 9 x
Ask. And you'll get it.
note: don't forget to visit my other blog,
klickdefella (klakka-la)
and 'klick' your answers to the quizzes, polls or censuses prepared
(in the future you may get lucky and win some consolation prize)
___________________________________________________________

1MALAYSIA: RAKYAT DIDULUKAN... LAGI...

SapuMALAYSIA: RAKYAT DIDULUKAN UNTUK DISAPU DARI JALANRAYA


BERSIH 2.0 kecewa dengan keputusan oleh pihak berkuasa untuk mengharamkan 91 individu, termasuk pemimpin-pemimpin BERSIH 2.0, masyarakat sivil dan pemimpin parti-parti politik, dari yang hadir di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011.

Ini adalah merupakan suatu penafian yang tidak munasabah terhadap kebebasan mereka bergerak. Pihak bedrkuasa telah terlupa bahawa Kuala Lumpur ialah ibu kota kami. Malaysia yang tedrcinta ini , milik semua rakyat, dan bukan milik Najib dan Rosmah.

Tidak ada sebab untuk melarang sesiapa daripada memasuki bandar. Kami telah menyatakan masa dan sekali lagi bahawa jika BERSIH 2.0 berkenaan, niat kami adalah untuk melaksanakan hak perlembagaan kita untuk berhimpun secara aman dan panggilan untuk pilihanraya yang bersih dan adil.

...

BERSIH 2.0 is disappointed with the decision by the authorities to ban 91 individuals, including leaders of BERSIH 2.0, civil society and political parties, from being physically present in certain parts of Kuala Lumpur on 9 July 2011. This constitutes an unwarranted denial of their freedom of movement. The powers that be seem to have forgotten that our capital city, like the rest of our beloved country, belongs to all the rakyat, and not to the government.

There is no reason whatsoever to ban anyone from entering the city. We have stated time and again that where BERSIH 2.0 is concerned, our only intent is to exercise our constitutional right to gather peacefully and call for clean and fair elections.

...


Pihak berkuasa memperhebatkan tekanan ke atas kumpulan yang bercadang menyertai perhimpunan atau demonstrasi dengan mempamerkan layanan yang bakal menanti mereka jika menyertai perhimpunan 'haram' 9 Julai ini.

Antara yang paling menonjol semasa demonstrasi Ketenteraman Awam sempena Eksesais Bersatu Aman 2/2011 di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Kem Sungai Besi di Kuala Lumpur adalah sehelai kain rentang yang memberi amaran kepada orang ramai supaya bersurai jika tidak mahu ditembak.

“Bersurailah kamu kalau tidak kami tembak” - tertera di kain rentang itu yang turut memuatkan maksud yang sama dalam tulisan Jawi, Cina dan Tamil.

Latihan itu melibatkan kekuatan 120 anggota Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan 120 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) serta lintas hormat pesawat dari Pasukan Unit Tentera Darat (PUTD) dan Unit Udara PDRM.

...


PEKARA YANG PERLU DIBAWA DAN DISEDIAKAN


...

6-Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.

7-Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.

8-Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.

9-Ubat gigi untuk sapu di bawah mata untuk mengurangkan kesan-kesan gas pemedih mata.
Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.

10-Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

11-Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.

12-Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.

...

PEKARA YANG TIDAK DIBENARKAN

...

6- Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.

7- Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan.

8- Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.

9- Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.

10- Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.

11- Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.

12- Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

...

SEMASA BERHIMPUN DAN BERARAK

...

Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.

Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.

Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati di jalanraya.

Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.

...

APA YANG PERLU DIBUAT JIKA KUMPULAN ANTI-BERSIH BUAT PROVOKASI

Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut commander Unit Amal.

Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.

Jangan hampiri mereka.

Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

APA YANG PERLU DIBUAR JIKA POLIS BUAT PROVOKASI DAN SERBUAN

Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.

Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.

Duduk jika pimpinan arahkan.

Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning.

Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.

Ambil gambar mereka jika sempat.

Buat laporan Polis jika anda dikasari.


I don't want to spend the rest of my life
Looking at the barrel of an Armalite
I don't want to spend the rest of my days
Keeping out of trouble like the soldiers say
I don't want to spend my time in hell
Looking at the walls of a prison cell
I don't ever want to play the part
Of a statistic on a goverment chart

There has to be an invisible sun
It gives its heat to everyone
There has to be an invisible sun
That gives us hope when the whole day's done

It's dark all day, and it glows all night
Factory smoke and acetylene light
I face the day with my head caved in
Looking like something that the cat brought in

There has to be an invisible sun
It gives its heat to everyone
There has to be an invisible sun
That gives us hope when the whole day's done

And they're only going to change this place by
Killing everybody in the human race
And they would kill me for a cigarette
But I don't even wanna die just yet

There has to be an invisible sun
It gives its heat to everyone
There has to be an invisible sun
It gives us hope when the whole day's done

- Invisible Sun, The Police -


APA YANG WAJIB DILAKUKAN JIKA DITAHAN

SMS HOTLINE


Jika anda ditahan, hantar SMS (sahaja) ke 013-2102002 dengan butiran seperti Nama penuh, IC no., tempat ditangkap, masa ditangkap dan ke balai polis mana anda dibawa.

Apabila SMS Hotline diterima, peguam dari Pusat Bantuan Guaman (Legal Aid Centre, LAC) akan diberitahu mengenai tangkapan anda. Peguam akan dihantar ke balai polis yang akan ditahan.

Peguam dari Pusat Bantuan Guaman akan dihantar ke balai yang anda ditahan. Tempoh masa dari masa anda ditahan sehingga anda dapat berjumpa peguam mungkin akan makan masa yang lama jadi tolong bersabar. Jika ditangkap, beritahu kepada pihak polis bahawa “saya nak jumpa Pusat Bantuan Guan.:

APABILA DISOAL OLEH POLIS

PengenaIan Anda
Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.
Seandainya ditanya soalan-soaian lain: Anda boleh bertanya, “Adakah saya ditahan? “

Bilakah anda ditahan

Anda ditahan apabila anggota polis itu
• menjawab “ya” pada soalan di atas

• beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa anda ke balai polis

Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan.

Bilakah anda tidak boleh ditahan

Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112).


***************************



Gerhana Mentari Kuning (Eclipse of the Yellow Sun) www.klakka-la.blogspot

********************************************************************

Side Ad: CIFU. Ask. And you'll get it. Coming soon. www.klakka-la.blogspot
Coming Soon:

CIFU?
U.S.!
Washed Clean
2008
8 - 9 x
Ask. And you'll get it.
note: don't forget to visit my other blog,
klickdefella (klakka-la)
and 'klick' your answers to the quizzes, polls or censuses prepared
(in the future you may get lucky and win some consolation prize)
___________________________________________________________

Oh Datokku! Klakka-la Sangat2! Cucu Tumpang Borak Ye?!

Karangan: Apa Aktiviti Saya Semasa Cuti Sekolah Yang Lepas

catatan: Jangan lupa jenguk satu lagi blog saya,
klickdefella (klakka-la)
dan 'klick' jawapan2 anda untuk kuiz, undian atau bancian tersedia
(di masa hadapan anda mungkin bertuah memenangi sesuatu hadiah)
note: Don't forget to visit another blog of mine,
klickdefella (klakka-la)
and 'klick' your answers to the quizzes, polls or censuses prepared
(in future you may even be lucky enough to win some prizes)

Karangan: Apa Aktiviti Saya Semasa Cuti Sekolah Yang Lepas

Semasa cuti sekolah yang lepas, saya ikut ayah dan ibu balik kampung. Kami dah lama tak jumpa Atok. Ayah drive dengan sangat laju walaupun banyak selekoh tajam, sampai ibu marah2 sebab pening dan sakit perut sampai ibu banyak kali sendawa. Ayah jawap, "Biar cepat asal selamat sampai rumah Atok dapat makan tengahari sampai 3-4 pinggan sebab nenek tengah masak lauk ikan patin masak lemak tempoyak untuk kita, siap dengan sayur pucuk ubi muda rebus dan sambal bacang." Ibu terliur lalu terdiam.

Kami sampai rumah Atok awal, nenek belum siap masak lagi. Tapi ayah dah mengendeng di dapur, tak bergerak2 ke tempat lain, ayah dah tak sabar hendak makanlah tu. Ibu pun sentiasa di dapur, tolong nenek sikit-sikit, macam sediakan pinggan dan gelas atas meja makan, kadang2 tolong kacau lauk ikan yang terjerang, buat syarat. Memang selalu macam tu lah.

Saya pergi bilik Atok. Atok tanya khabar. Saya pun borak panjang dengan Atok. Pasal subsidi buku sekolah saya. Pasal subsidi baja Atok.

Itulah aktiviti saya semasa cuti sekolah. Selalu memang macam tu lah.


Kalau menteri pakat hapus subsidi rakyat, jom rakyat ramai2 pakat semua jadi menteri, banyak dapat subsidi! (If the ministers decide to abolish people's subsidies, come on people, let's all decide to become ministers too, lots of subsidies there!) www.klakka-la.blogspot


lawat satu lagi blog saya - sila klick butang kanan tetikus pada alamat pautan di bawah dan klick pada 'Open in New Tab':
klickdefella (klakka-la)
visit another blog of mine - right click your mouse on the link below then click 'Open in New Tab':
klickdefella (klakka-la)

___________________________________________________________