Pages

Showing posts with label i know what u did last summer. Show all posts
Showing posts with label i know what u did last summer. Show all posts

TANYALAH USTAZ 2

Tanyalah Ustaz UMNO
Mari Belajar Dan Memahami Bahasa Inggeris


What is that?
=
What's that?
=
Wazzat?
=
Apa tu?
=
Apo bondo eh tu jang???

Kelakar 1Malaysia: Martabatkan Bahasa Malaysia Dengan Mencedok Bahasa Arab Pula? (Funny 1Malaysia: Elevate Bahasa Malaysia By Incorporating Arabic?) www.klakka-la.blogspot



My Foot Note:
We Don't Want Pirates!
We Want Clean Leaders!

We Don't Want Bullshits!
We Want Clean Leaders!



Catatan tapakkakiku:
Kami Tak Nak Lanun!
Kami Mahu Pemimpin Bersih!

Kami Tak Nak Kena Kencing!
Kami Mahu Pemimpin Bersih!


TANYALAH USTAZ, EH HAKIM

Tanyalah Ustaz eh, Hakim


Sesi Soaljawab Dengan Hakim Malaysia (Question And Answer Session With Malaysian Judiciary) www.klakka-la.blogspot

Mari Belajar Melakar Kartun

Ah hah! Kali ini saya nak berkongsi satu rahsia perihal kartun yang saya hasilkan di atas. Suatu pengakuan ikhlas heh heh, tapi bukanlah sesuatu yg panasss, cuma ia sesuatu yang sepatutnya dielak bila berkartun.

Kartun di atas bersandarkan isu perundangan negara, lebih spesifiknya ia adalah jenaka yang berkisar tentang keputusan hakim mahkamah dalam negara untuk kes tertentu. Sebenarnya ia merujuk 2 kes berlainan yang melibatkan 2, atau 2 set, hakim2 berlainan, dalam mahkamah berlainan.

Jadi apakah 'kesilapan' yang sepatutnya tidak dilakukan dalam kartun ini?
Lihat karikatur si-hakim. Ada 3 bingkai dan setiapnya dimuatkan dengan karikatur yang sama, sedangkan keseluruhan kartun ini melibatkan 2 orang atau 2 set hakim yang berbeza. Tapi itu bukanlah kesilapan dimaksudkan. Satu karikatur yang sama diulang2 untuk ketiga2 bingkai boleh diguna dalam karya ini kerana satu karikatur itu menggambarkan keseluruhan hakim atau sistem kehakiman sebagai satu subjek.

Adakah kesilapannya pada tukul si-hakim, yang 'hilang' dalam 2 bingkai pertama tetapi tiba2 muncul dalam bingkai akhir?
Bukan juga. Tukul itu hanya di bingkai akhir sebagai penguat, yakni untuk menambah 'feel' atau sentimen yang hendak disampaikan dalam bingkai itu bila digabung bersama latar merah terang, untuk menggambarkan tegangnya suasana ketika persoalan dijawab oleh si-hakim. Berbeza dengan bingkai pertama di mana cuma latar merah terang diguna menunjukkan suasana hanyalah sederhana tegang, dan di bingkai kedua latar merahjambu menggambarkan suasana yang santai atau langsung tidak tegang.

Sebenarnya kesilapan ialah pada wajah karikatur si-hakim. Kerana wajah yang dilakar bukan mewakili mana2 hakim sebenar, samada hakim dalam kes pertama atau hakim dalam kes kedua, malah mana2 individu yang pernah memegang jawatan hakim mahupun majistret dalam negara ini!

Hakim dan Ustaz (Judge and Religious Teacher) www.klakka-la.blogspot
Sebaliknya jika diamati rajah sebelah, karikatur si-hakim (atas) sebenarnya adalah satu ubahsuai dari karikatur si-ustaz (bawah) dalam karya terdahulu (di sini: TANYALAH USTAZSebenar2nya, tidak ada gambar mana hakim2 dari kedua2 kes itu dapat diperolehi ketika penghasilan kartun ini, haha.

Bagaimanapun, kesilapan tidak meletakkan karikatur satu individu yang memang seorang berjawatan hakim ini bukanlah suatu kesalahan yang besar dalam karya ini.

Ini kerana kartun ini merupakan satu lanjutan dalam siri yang juga melibatkan kartun si-ustaz, dan tajuk kartun ini juga diubah sedikit, yakni merupakan satu mainan perkataan (play of words), dari tajuk kartun pertama (kartun si-ustaz tajuknya "Tanyalah Ustaz", sedangkan kartun ini bertajuk "Tanyalah Ustaz, eh Hakim"), oleh itu masih selari jika karikatur si-ustaz juga diibah sedikit dan diguna pula sebagai karikatur si-hakim.
:-) Jadi jangan nak saman pulak okey?

Sekian pelajaran (pengakuan) kali ini, hehe, terimakasih.

*Catatan: Nak baca TANYALAH USTAZ sila skrol ke bawah...


My Foot Note:

X Leaders Who Are Unfit!
X Leaders Who Bullshit!
Make Digital Honest Not Fabricated Tale!
X Old Newspaper X Old Scale!

ABU!
X Nak Pemimpin Kaki Kencing! (X Leaders Who Bullshit!) ABU! www.klakka-la.blogspot


Catatan tapakkakiku:

Kami Tak Nak Pemimpin Gatal!
Kami Tak Nak Pemimpin Kuat Kencing!
Ini Zaman Digital!
X Nak Suratkhabar Lama X Nak Dacing!

ABU!
X Nak Barang Lama X Nak Dacing! (X Old Stuff X Old Scale!) ABU! www.klakka-la.blogspot

TANYALAH USTAZ

Tanyalah Ustaz UMNO
(Edisi Khas - raikan kebebasan sempena Ulangtahun Merdeka 55)


Damaikanlah jiwa ini
Dalam kesangsian ku terus kembara
Aku hanya manusia
Pasti ada yang dapat ku perlakukan
Sebelum ku pergi...oh oh oh ho ho ho oh...

Tiada apa yang ku pinta
Dalam dunia yang banyak meminta
Aku hanya manusia
Sekadar kebebasan sangat berharga
Maka itu aku
Terpesona x3
Pada keindahan warna pelangi

Rupa tanpa wajah
Bermain di mata
Berjalan tanpa ikut haluan
Wajah pura-pura
Bertopengkan wira
Menari tanpa ikut irama

Rupa Tanpa Wajah - Kembara






My Foot Note:
We Don't Want Pirates!
We Want Clean Leaders!

We Don't Want Bullshits!
We Want Clean Leaders!



Catatan tapakkakiku:
Kami Tak Nak Lanun!
Kami Mahu Pemimpin Bersih!

Kami Tak Nak Kena Kencing!
Kami Mahu Pemimpin Bersih!


MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI: Simpulan Bahasa (LET'S LEARN AND UNDERSTAND: Malay Idioms)

Misteri Kapalselam Takboleh Menyelam - Mungkin Salahfaham Terjemahan Bila Buat Pesanan
Mystery of The Submarine That Can't Submerge - Maybe A Misunderstanding In Translation When Placing Order



petikan daripada asiasentinel.com seperti laporan John Berthelsen, Isnin 30hb April 2012:

Ia cuma suatu tanda pada pintu pejabat di Hong Kong?

Untuk sebuah syarikat yang dikatakan menerima sekurang2nya 36juta euro (144juta ringgit) daripada satu anak syarikat kepada firma pertahanan Perancis DCN, Terasasi (HK) Ltd rupa2nya penuh misteri. Ia salah satu dari 142 nama yang tersenarai pada tingkat 19 sebuah pencakar langit di 3 Jalan Lockhart dalam daerah Wan Chai di Hong Kong.

Penyewa utama di tingkat 19 itu ialah Union Alpha, cabang di Hong Kong bagi sebuah firma perakaunan yang memberikan "khidmat profesional untuk memenuhi kehendak harian perniagaan para pelanggan di Hong Kong, Cina dan antarabangsa," termasuk khidmat audit dan jaminan, rundingan pengurusan, perakaunan dan lain-lain, seperti apa yang tertera pada laman sesawangnya.


Tidak ada sebarang petunjuk tentang apakah perniagaan Terasasi. Ia cuma disenaraikan dalam Pendaftaran Syarikat Hong Kong sebagai sebuah "syarikat tempatan". Bila ditanya tentang jenis urusan Terasasi, seorang pegawai kanan Union Alpha, Monique K.L. Chan, hanya berkata "Kami tidak boleh membincangkan hal2 sulit para pelanggan kami." Dia menujukan Asia Sentinel pada seorang ketua, yang dikatakannya sedang bermesyuarat. Ketuanya itu tidak menjawap permintaan untuk suatu panggilan telefon.

Bagaimanapun, Terasasi terletak di tengah2 tuduhan yang sekurang2nya 36juta euro telah disalurkan menerusi akaunnya kepada Perdana Menteri Najib Abdul Razak sebagai komisen atas jualan 2 buah kapalselam Scorpene yang dibeli dari firma pertahanan Perancis Thales International, atau dikenali juga sebagai Thint Asia.

2 orang pengarah syarikat Terasasi HK, yang pada mulanya ditubuhkan di Malaysia, tersenarai dalam Pendaftaran Syarikat Hong Kong sebagai Abdul Razak Baginda, dulunya seorang sahabat rapat Najib, dan Abdul Malim Baginda, bapa Abdul Razak. Tiada sebarang maklumat, contohnya, bank2 mana yang berurusan dengan Terasasi, tetapi bank2 ini mungkin mula menumpukan perhatian.

Ini adalah kerana akta pengubahan wang Hong Kong meletakkan kesalahan pada bank, peguam atau juruakaun jika mengendalikan harta yang mereka tahu atau mereka syaki merupakan hasil urusan jenayah berat. Pesalah boleh dipenjarakan sehingga 14tahun. Rekod mesti disimpan untuk mana2 urusan yang melebihi HK$8ribu, atau anggaran kasarnya USD1ribu (3ribu ringgit).


extracted from asiasentinel.com as reported by John Berthelsen, Monday 30th April 2012:

Is it just a sign on a Hong Kong door?

For a company that allegedly received at least €36 million from an offshoot of the French defense company DCN, Terasasi (Hong Kong) Ltd is a mysterious company indeed. It is one of at least 142 names listed on the directory on the 19th floor of a skyscraper at 3 Lockhart Road in Hong Kong’s Wan Chai district.


The 19th floor’s main tenant is a company called Union Alpha, the Hong Kong arm of an accounting firm that provides “professional services to meet clients’ daily business needs, both in Hong Kong, Greater China and globally,” including auditing and assurance services, management consulting, accountancy and other services, according to the firm’s website.



There is no indication of what Terasasi’s business is. It is only listed in the Hong Kong Companies Registry as a “local company.” Asked about the nature of Terasasi’s operations, Monique K.L. Chan, a senior officer at Union Alpha, told Asia Sentinel that “We cannot discuss confidential matters of our clients.” She referred Asia Sentinel to her boss, whom she said was in a meeting. He did not immediately answer a request for a phone call.



Terasasi, however, is at the center of allegations that at least some of the €36 million was funneled through its accounts to Malaysian Prime Minister Najib Tun Razak as a commission on the sale of two Scorpene submarines purchased from the French defense company Thales International, also known as Thint Asia.

The two directors of Terasasi Hong Kong, which was first incorporated in Malaysia, are listed in the Hong Kong Companies Registry as Abdul Razak Baginda, formerly one of Najib’s closest friends, and Razak Baginda’s father, Abdul Malim Baginda. There is no indication, for instance, who Terasasi’s bankers might be, but they might be beginning to take notice.


That is because Hong Kong’s money-laundering law makes it an offense for bankers, lawyers or accountants to deal with property they know or have reasonable grounds to believe represents the proceeds serious crimes. Offenders are subject to a maximum of 14 years in prison. Records must be kept on any transaction over HK$8,000, the rough equivalent of US$1,000.


UPDATED!!!

A report leaks the conversation that took place on the day asia sentinel went to find out more about terasasi, at the office's main lobby...

asia sentinel: miss, excuse me miss, what exactly is the nature of business conducted by this firm?
terasasi staff: hah? apa orangputeh ni cakap kat aku nih??? aku bukannya belajar ppsmi... eh, apa dia tanya tu? (berpaling pada seorang staf lain yang baru melangkah masuk dari luar)
*huh? what is this white man saying??? i didnt study (in) ppsmi (the learning of sciences and maths in english language)... eh, what is he asking? (turning to another staff who just walked through the front door)
staff no.2: ala, dia tanya kau, kompeni ni buat bisnes apa... (sambil beredar terus masuk pejabat di dalam)
*ah, he asks you, what business is this company doing... (immediately walking away to the office inside)
terasasi staff: ooh... bisnes... kompeni ni...
*ooh... business... this company...
asia sentinel: ah, yes. what business does the company engage in, please?
terasasi staff: ok, ok, i know that... ok, aaah... bisnes.... aaaah... camne nak cakap  ek....
*ok, ok, i know that... ok, aaah... business.... aaaah... how am i gonna say it eh...
asia sentinel: excuse me, what's that? i dont understand the words you just said... dont sound mandarin, i dont think...
terasasi staff: aah... alamak... yes... i mean no, not  mandarin... aa... bisnes... aa... up... aah... bisnes up...
*aah... oh shucks... yes... i mean no, not  mandarin... aah... business... aa... up... aah... business up...
asia sentinel: up? up, as in above, up? (pointing index finger up)
terasasi staff: yes yes! (nodding vigorously) up, above... aaah... air...!
asia sentinel: up air?
terasasi staff: yes, up air! (nodding and grinning wide)
asia sentinel: ooooh, you mean aircraft business? this firm deals with aeroplanes, because aeroplanes, they go up in the air, yes?
terasasi staff: no no no! (look of dismay) not aeroplane! up air, up air! (voice becoming frantic) you know... air... aaah... not air...
asia sentinel: whaaat??! now it's not air anymore?? then what is it??? (voice becoming impatient)
terasasi staff: aah... wind! business up wind! (grinning with relief)
asia sentinel: wind?? as in, today it's very windy, the wind blows strongly, that kind of wind?
terasasi staff: yes yes! (look of joy)
asia sentinel: so, the firm produces alternative power using wind?
terasasi staff: no! (look of dismay again)
asia sentinel: then, the firm manufactures windmills? (rotating entire arm in a frantic effort to imitate windmill blades)
terasasi staff: no!
asia sentinel: the firm provides aerodynamic testing in wind tunnels?
terasasi staff: no no no! (look of dismay)
asia sentinel: still not right? oh god! so what is it then??!
terasasi staff: business, up... wind!
asia sentinel: up-wind??? that is such a mysterious term, i cant tell what mysterious business your company ventures in; gosh, i dont get you at all! you keep saying wind, and all i'm getting is gas... i better leave now before i break wind in front of you! (leaves hurriedly in disappointment)
terasasi staff: ceh! orang puteh pengotor! (wajah meloya)
*yuck! unhygienic white man! (look of disgust)
staff no.2: kenapa kau ni? (melangkah masuk lobi semula)
*what's with you? (steps into the lobby again)
terasasi staff: tu, orang puteh tu, tanya aku banyak2, lepas tu nak kentut depan aku pulak!
*that white man, he asked me lots of questions, then he wanted to break wind in front of me!
staff no.2: heh! apa yang dia tanya? apa kau jawab?
*heh! what did he ask? what did you answer?
terasasi staff: kan tadi dia tanya, apa bisnes kompeni ni... aku pun jawab la, up wind, aku kata... tapi dia tak paham2... dia cakap misteri la, apa la... dia bengang sampai nak terkeluar kentut!
*that question he asked earlier, what business does the company do... so i answered, up wind, i said... but he still didnt understand...he said it's a mystery bla bla bla... and he got upset until he felt like farting!
staff no.2: up wind?? apa tu??
*up wind?? what's that??
terasasi staff: laaa... (wajah terkejut) kau pun tak paham ke??? simple english je tu, aku ni pun paham! kan kompeni ni buat bisnes up wind, bisnes atas angin!
*oh no... (look of disbelief) you dont understand either??? it's simple english, even i understand it! dont you remember, this company does the up wind business (brokering business)
staff no.2: hahah! patutlah orang puteh tu nak terkeluar kentut nak fahamkan apa kau cakap, kau pergi terjemah literal sebijik2, atas angin bukan up wind la, broker la! haha! klakka-la kau ni!
*hahah! no wonder the white man developed gas problem to the point of farting in trying to chew over your words, you did a literal translation; it's not up wind, it's brokering! haha! you're funny!



My Foot Note:
We Don't Want Pirate Leaders!
We Want Clean Leaders!

We Don't Want Bullshitting Leaders!
We Want Clean Leaders!



Catatan tapakkakiku:
Kami Tak Nak Pemimpin Lanun!
Kami Mahu Pemimpin Bersih!

Kami Tak Nak Pemimpin Kencing!
Kami Mahu Pemimpin Bersih!





Sama2 kita rai dan bantu menyemarak kebangkitan perjuangan gerakan ABU. Dapatkan T-Shirt Siri ABU penghasilan penulis, sekarang:
Let us together celebrate and support the uprising of the ABU movement. Get the ABU Series T-Shirt designed by the writer, now:


T-shirt Siri ABU: Jatuhkan mereka! (ABU Series T-shirt: Bowl 'em over!) www.klakka-la.blogspot


T-shirt Siri ABU: Jatuhkan mereka! Gambaran hadapan & belakang (ABU Series T-shirt: Bowl 'em over! Front & back illustration) www.klakka-la.blogspot


HARGA: RM35 sehelai
PRICE: RM35 (USD12) per piece (please read Notes below)

Catatan:
Sila buat pembelian dan bayaran di bawah ini supaya kami dapat proses permintaan anda.
Penghantaran dalam Malaysia sudah termasuk yuran pos dan Paypal.
Untuk penghantaran luar Malaysia, sila e-mel butiran anda termasuk lokasi penghantaran (peringatan: pihak pos tidak membuat hantaran ke peti pos) untuk menentukan dahulu tambahan harga pos, ke alamat berikut:

klakka.lablog@yahoo.com
Notes:
Please make your selection and payment below, so we can proceed to process your order.
Delivery within Malaysia has already included the fees for postage and Paypal.
For deliveries outside of Malaysia, please e-mail your particulars including location (reminder: postal service does not deliver to postal boxes) to determine beforehand the extra amount required for postage, to the following address:

klakka.lablog@yahoo.com






CHOOSE YOUR ORDER FROM 1 OF THESE SIZES:

Jika membeli lebih dari 1 saiz, pilih satu saiz dahulu untuk dimasukkan
ke dalam troli, tetapkan bilangan yang diinginkan untuk saiz itu,
kemudian klik pada "Continue Shopping"
dan tokok lagi saiz lain yang diingini ke dalam troli anda.
To order for more than 1 size, please choose one size to add to
your shopping cart first, enter the quantity you require for that size,
then click on "Continue Shopping"
and add the next size you require to the cart.

********************************************************************

Side Ad: CIFU. Ask. And you'll get it. Coming soon. www.klakka-la.blogspot
Coming Soon:

CIFU?
U.S.!
Washed Clean
2008
8 - 9 x
Ask. And you'll get it.


Also Coming Soon:
1Malaysia Keliru: Dijajah ke tak? Merdeka ke tak? (1Malaysia Confused: Colonised or not? Freed or not?) www.klakka-la.blogspot

MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI ABU (LET'S LEARN AND UNDERSTAND ABU)

MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI
Kenapa ABU (Asalkan Bukan UMNO-BN) - Prakata
LET'S LEARN AND UNDERSTAND
Why ABU (Anything But UMNO-BN) - Prewords



Ada orang walaupun tidak suka gelarannya, tetapi demi sumber kewangan harian sendiri malah untuk ahli keluarga maka terpaksa juga bekerja sebagai supir kepada tuanbesar. Itu masih okey, terpaksa berlenguhkaki dalam kesesakan bandaraya memandu bos ke sanasini kerapkali hingga tengahmalam dan selalu juga di hujungminggu yang sepatutnya diluang bersama keluarga, tetapi dapat juga merasa memandu kereta mewahmenjalar berkemilau. Ada yang lain terpaksa ke sanasini kerapkali secara jarakjauh tidakkira di hujungminggu atu semalaman, dengan menggengam kuat stering lori yang selalu rosak brek dan kadang2 pecah tayar di tengah2 lebuhraya yang bahangnya membakar setiap inci kulit di badan. Ada sebilangan yang amatsuka mendapat wang lebih lalu membuat kerjasampingan di hujungminggu atau sebelah malam setelah tamat waktu pejabat dengan menyewa daripada pemilik permit dan menjadi drebar teksi hingga larutmalam.Ada sebahagian yang bersifat usahawan lantas tatkala oranglain berkira2 hendak membeli kereta begitu begini, mereka pula diam2 mengumpul duit lalu membeli bas yang diusahakan sebagai bas sekolah atau bas kilang.

Tetapi cuma ada 1pasangan yang diketahui umum di 1Malaysia ini yang mana si-suami tak semena2 suka pula digelar pemandu bas, sedangkan si-isteri bersifat diam2 mengumpul duit menabung dari kecil lalu berbelanja sakan membeli ituini apabila sudah besar gedempol!

(eh, atau adakah ianya terbalik - si-suami yang suka menabung kemudian berbelanja boros sedangkan si-isteri pula yang suka menjadi drebar bas???)

1Malaysia, 1Malaysia...

Ah, apapun, taklama selepas ini kita akan mulakan siri pembelajaran baru:
Kenapa ABU?
Sila tunggukan...


Although disliking the label, but for the sake of daily source of income for themselves and even for family members, there are people who would still have to work as drivers to the big bosses. That is still okay, undergoing leg cramps in the city traffic jams driving the boss here and there, oft into late at nights and many times too at weekends which are supposed to be spent with the family, but at least they get to drive gleaming luxury cars. There are others who have to drive around here and there, often over long distances be it weekends or overnights, having to tightly grip the steering wheels of lorries that are prone to burst tyres and frequent faulty brakes in the middle of the highway with heat that burns every inch of the skin on their backs. Then there are people who simply love to earn extra money and commit to second jobs during weekends or at nights after normal office hours are over, by leasing from the permit holders and becoming taxi divers beyond midnights. There are also the entreprenurial lots who, whilst many people are doing the maths to buy this car or that, they in turn have silently been saving money and then buying buses which they operate as school or factory buses.

But there is only 1couple widely known here in 1Malaysia whereby the husband, without apparent reason, likes to be labelled a bus driver, whereas the wife has been silently saving money in piggy banks since small, only to splurge-spend on this and that when she grows big and fat!

(eh, or is it the other way round - the husband is the one who likes saving and then splurging, whilst the wife is the one who likes to be the bus driver???)

1Malaysia, 1Malaysia...

Ah, whatever it is, soon after this, we will begin on a new learning series:
Why ABU?
Please hold on...


Kelakar 1Malaysia: Pemandu Langgar Lembu Lebih Baik Dari Pemandu Jadi Lembu? (Funny 1Malaysia: The Driver Runs Over A Cow Is Better Than The Driver Becomes A Cow?) www.klakka-la.blogspot


My Foot Note:
We Don't Want Dirty!
We Want Bersih 3.0!

We Want Green!
X Nuke!
X Lynas!

Serius 1Malaysia: ABU Kata Kami Tak Nak Kotor! Kami Mahu Bersih 3.0! (Serious 1Malaysia: ABU Says We Don't Want Dirty! We Want Bersih 3.0!) www.klakka-la.blogspot


Catatan tapakkakiku:
Kami Tak Nak Kotor!
Kami Mahu Bersih 3.0!

Kami Nak Hijau!
X Nak Nuklear!
X Lynas!

Serius 1Malaysia: ABU Kata Kami Tak Nak Nuklear! X Nuklear X Lynas! (Serious 1Malaysia: ABU Says We Don't Want Nuclear! X Nuke X Lynas!) www.klakka-la.blogspot


MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI (LET'S LEARN AND UNDERSTAND)

MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI:
Kerajaan 1Malaysia - Dulu, Kini dan Selamanya
LET'S LEARN AND UNDERSTAND:
The 1Malaysia Government - Then, Now and Forever


Kelakar Perumpamaan 1Malaysia: Hancur Umpama Altantuya Diikat Bom (Funny 1Malaysia Simile: Shattered Like Altantuya Tied To A Bomb) www.klakka-la.blogspot


A picture is worth a thousand words...

But often times a picture requires a thousand accompanying words in order for it to be clearly understood by an uninitiated few, or by many who have been so deeply entrenched in endless misdirections by people with resources, influence and agenda, that they have simply become unaware of the real truths.


1Malaysia, 1Malaysia...

Unfortunate for you because the chiefs who supposedly lead and steer this country of ours... generally are... oh Lord, if we belittle them, they'd jump... but heck, this ventricle has long suffered burning pains, holding back anger and frustration; therefore, i'm not gonna apologize for all the insults in here... of the stupid, arrogant lots!

Eh, angry? Don't want to believe it? Want proof?

Huh! The photos above are the proofs! These photos (thanks to manjongmari.blogspot) silently portray a thousand meanings which reflect the traits of the UBN Government all along the decades that they have been made (oh Lord have mercy!) leaders (gosh, when will the jinx end?!)

Well, now let's learn and understand what these boring photos reflect:

1.People 'at the top' (no wonder the public has been stepped on all the time!) are usually surrounded by a few who try to give spontaneous advice (correct or not, sincere or not, only God knows)

2.People 'at the top' (ugh, nauseating!) on the other hand, usually reject the advice, spontaneously too, whether because they feel the advisors are not of the same level and not that good, or they feel that they themselves are already great thus not requiring any pointers (hence, arrogantly stupid!)

Note: But often too, the arrogant fools are actually only snobbish, not dumb, but instead are very conniving, pretending to sweep aside the offered opinions, only later to quietly use the same - and claiming that the ideas are their own brainchild!


3.The arrogant fools, due to their arrogance, or sometimes because of being not too smart, often start or continue with a policy or project drummed up as correct, great or problem-free, without an exhaustive investigation beforehand, thereafter committing blunders which are only discovered midway, thereby forced to make a u-turn, at which point though, lots have already been wasted on time, effort and expenses!

Note: More saddening, embarassing and hurting the left and right atria is when the stupid snobs do not even realize their own mistakes, henceforth happily displaying their dumb work for all to see as a proud achievement!


4.The snob leaders too will not be void from surrounded by a group of people none other than: the a**-kissing bootlickers!


Suatu gambar bernilai seribu perkataan...

Tapi seringkali suatu gambar perlu diiringi seribu perkataan supaya ianya jelas kepada segolongan kecil yang kurang pengalaman, atau segolongan besar yang telah terperangkap terlalu dalam dengan pengeliruan bertali-arus buatan pihak yang mepunyai sumber, pengaruh dan agenda, hinggakan mereka semata2 sudah tidak kenal yang manakah kebenaran hakiki.

1Malaysia, 1Malaysia...

Malang nasibmu ialah kerana chiep yang kunun2 meneraju mengemudi negaraku ini... rata2nya golongan... adoi la, kalau kita kutuk mengata, melompat... tapi gasaklah, ulu ventrikel dah lama sakitpedih memendam marah dan kecewa, maka tidaklah aku akan mintakmaap atas segala kutukan di sini... golongan bodohsombong!

Aik, marah? Tak percaya? Nak bukti?

Hah! Gambar di atas lah buktinya! Gambar ni (terimakasih kepada manjongmari. blogspot) dengan diam memaparkan seribu makna yang mencerminkan ciri2 Kerajaan UBN selama berdekad dijadikan (Masya Allah!) ketua (adoi, bila la suwey nak lari nih?!)


Baiklah, mari belajar dan memahami apa maksud gambar2 bosan ni:

1.Orang 'atas' (patutlah orangramai asek kena pijak2 je!) selalunya dikelilingi beberapa orang yang cuba memberi nasihat spontan (betul ke tidak, ikhlas atau tidak, wallahu'alam)

2.Orang 'atas' (ish, meluatnya!) pula selalunya menolak pandangan itu, juga dengan spontan, samada kerana mereka rasakan pemberi nasihat bukanlah setara dan bagus mana pun, atau mereka rasakan diri mereka sendiri sudah cukup hebat lantaran tidak memerlukan sebarang tunjukajar (itu sebab digelar bodohsombong!)

Catatan: Tapi selalu juga si-bodohsombong ni sebenarnya cuma sombong, tidak bodoh, sebaliknya sangat licik, pura2 mengenepikan nasihat yang diajukan, tetapi selepas itu dalam diam menggunakannya - dan mengaku itu adalah hasil buahfikiran kepalahotaknya sendiri!

3.Si-bodohsombong, akibat kesombongannya, atau kadang2 akibat kurang pandai, kerap memula atau meneruskan sesuatu polisi atau projek yang diwar2kan sebagai betul, bagus atau tiada masalah, tanpa kajiselidik yang cukup mendalam terlebih dahulu, lalu melakukan kesilapan yang hanya disedari setelah separuhjalan, lalu terpaksa berpatah arah sedangkan ketika itu telahpun banyak masa, tenaga dan belanja disia2kan

Catatan: Lebih menyedih, mengaib dan menyakitkan atrium kirikanan ialah apabila si-bodohsombong tak sedar pun kesilapannya sendiri, lalu dengan girang menunjukkan hasilkerja bodohnya untuk tontonan orangramai sebagai satu kejayaan membanggakan!

4.Si-bodohsombong juga tak akan sepi dari dikelilingi segolongan yang taklain takbukan ialah: kaki ampu!


Kelakar 3B 1Malaysia: Si-Bodohsombong, Si-Bisupenakut dan Si-Bodekkuat (Funny 1Malaysia 3B's: The Buffoon, The Balless Mute and The Bootlicker) www.klakka-la.blogspot


Note: Furthermore, there is another group who hover around like flies. They have a hobby of chasing after cheap publicity


5.Lastly, there is always a group of intelligents and people highly experienced in their respective fields, but, woeful is an understatement, these people belong to the no-balls species, infected with a syndrome rendering them mute; although they are aware of, or at least suspicious of, a wrongdoing, yet for them the 'people at the top' are untouchables, instead this group only has the guts to direct their lessons, lectures and preaches towards the wrongs and weaknesses of people perceived as being 'below' where they themselves stand, like youths in the cities, or village folks whenever they go back to their hometowns!

This is the true picture of the country's leadership then, now and hopefully not going to be forever, as insinuatively portrayed above. Funny. Sad. Boiling.

My Foot Note:
Imagine if the Indons or the Banglas imported to build football stadium, bridges, walls of a new parliament costing 800M, walls of the new national palace costing 800M, or walls of factory buildings for lynas, and these contract workers, just like the UBN leader above, happily and proudly go lay the bricks in similar manner, what will happen??!
Guaranteed, within only several months the wall would start to crack and may collapse thereafter! (eh, haven't there been stadium, bridges, roads, parliament and various other walls/structures in 1malaysia all along the UBN administration which have indeed cracked/ collapsed??? Go figure!)

Catatan: Tambahan lagi, ada pula segolongan yang menghurung bagai lalat iaitu kaki 'enter frame' yang hobinya mengejar publisiti murahan

5.Terakhir, sentiasa ada golongan bijakpandai dan berpengalaman dalam bidang masing2, tetapi malang seribu  kali malang, golongan ini spesis tiada telur yang telah dihinggapi penyakit bisu; walaupun mereka sedar atau sekurang2nya syak ada kesalahan, namun baginya 'orang atas' itu tidakboleh disentuh, sebaliknya golongan ini hanya berani menujukan kelas, syarahan dan tarbiyah mereka terhadap kesalahan atau kelemahan golongan yang dianggap 'bawah' dari mereka sendiri, contohnya anak2muda di bandar, atau orang2 kampung ketika mereka balik berhariraya!

Inilah gambaran sebenar pimpinan negara dulu, kini dan harap2 tidak akan selamanya, yang tersirat dalam gambar di atas. Kelakar. Sedih. Menyirap

Catatan tapakkakiku:
Bayangkan jika Mat Indon atau Bangla yang diimpot membina stadium bolasepak, jambatan, tembok parlimen baru berharga 800juta, tembok istana negara baru bernilai 800juta, atau tembok bangunan kilang lynas, lalu pekerja kontrek ini, seperti pemimpin UBN di atas, dengan gembira dan bangga pergi ikat batu sedemikian gaya, apakah akan jadi??!
Jamin, beberapa bulan sahaja maka tembok pun akan mula retak dan seterusnya boleh runtuh! (eh, bukan ke stadium, jambatan, jalan, parlimen dan berbagai lagi tembok/struktur dalam 1malaysia sepanjang pentadbiran UBN nih memang dah ada yang retak/ runtuh??? Lu pikirlah sendiri!)



MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI: (LET'S LEARN AND UNDERSTAND:)

MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI:
Bahasa 1Malaysia - Simpulan Bahasa (Terbaru):
Pelan Transformasi Kerajaan


LET'S LEARN AND UNDERSTAND:
The 1Malaysia Language - Idioms (Latest):
Government Transformation Plan


alamak! Tayangan semula atas permintaan ramai (baca: penulis buat silap haha)
oops! Re-posted due to high demand (read: writer's blooper haha)



1Malaysia, 1Malaysia...

PPSMI is about the learning of SCIENCES and MATHEMATICS using the English Language in primary as well as secondary schools...

the objective of PPSMI is so that children will graduate from schools with a high COMMAND OF THE ENGLISH LANGUAGE; henceforth CAN COMPETE GLOBALLY IN THEIR RESPECTIVE CAREER...

PPSMI is thought of, brainstormed, sowed, planted, executed, cared for, and defended by 1Malaysia's POLITICAL LEADERS...

if one learns SCIENCES, then SCIENTIFIC names and terms will be learned...

if one learns MATHEMATICS, then MATHEMATICAL terms will be learned...

therefore, the schoolkids may learn of SCIENTIFIC and MATHEMATICAL names and terms which are taught in ENGLISH (and no longer recognize those same terms in Bahasa Malaysia)...



for example, they may know words like test tube (no longer 'tabung uji'), ultra violet (no longer 'lampau ungu'), density (no longer 'ketumpatan'), dan differentiation (no longer 'pengkerbedaan')...



furthermore, they may also know names and terms like biology (no longer 'biologi'), physics (no longer 'fizik'), mathematics (no longer 'matematik'), photosynthesis (no longer 'fotosintesis'), hydrocloric acid (no longer 'asid hidroklorik'), trajectory (no longer 'trajektori'), calculus(no longer 'kalkulus'), negative (no longer 'negatif'), graph (no longer 'graf'), statistics (no longer 'statistik'), and hundreds maybe thousands more SCIENTIFIC and MATHEMATICAL names and terms in ENGLISH which they may learn, know and understand; hence, they achieve a high level of COMMAND OF THE ENGLISH LANGUAGE; thereby, ABLE TO COMPETE GLOBALLY IN THEIR RESPECTIVE CAREER!!!




oh, but what if some of these kids (or more than half of them) get out from their schooling years and decide to choose a career OUTSIDE OF THE SCIENCES LINE (and mathematics line as well, since generally mathematics is closely affiliated with sciences) - for examples, jobs as politicians, singers or artists (when we talk about politicians, quite often we link them to artists too), painters, writers, journalists, and lawyers???




1Malaysia, 1Malaysia...

PPSMI adalah pembelajaran SAINS dan MATEMATIK menggunakan Bahasa Inggeris di sekolah2 rendah mahupun menengah...

tujuan PPSMI ialah supaya murid2 mengakhiri persekolahan dengan PENGUASAAN BAHASA INGGERIS yang tinggi lalu dapat BERSAING SECARA GLOBAL DALAM KERJAYA MASING2...

PPSMI dicetus, difikirmasak, dibenih, ditanam, dilaksana, dijaga dan dipertahan oleh PEMIMPIN2 POLITIK 1Malaysia...

kalau belajar SAINS, maka nama2 dan perkataan SAINTIFIK bakal dipelajari...

kalau belajar MATEMATIK, perkataan2 MATEMATIK dipelajari...

maka murid2 tersebut mungkin kenal nama2 dan perkataan SAINTIFIK dan MATEMATIK yang diajar dalam Bahasa Inggeris (bukan lagi mengenali perkataan2 sama dalam Bahasa Malaysia)...



contohnya, mereka mungkin kenal perkataan2 seperti test tube (bukan lagi 'tabung uji'), ultra violet (bukan lagi 'lampau ungu'), density (bukan lagi 'ketumpatan'), dan differentiation (bukan lagi 'pengkerbedaan')...



tambahan lagi, mereka juga mungkin mengenali nama2 dan perkataan seperti biology (bukan lagi 'biologi'), physics (bukan lagi 'fizik'), mathematics (bukan lagi 'matematik'), photosynthesis (bukan lagi 'fotosintesis'), hydrocloric acid (bukan lagi 'asid hidroklorik'), trajectory (bukan lagi 'trajektori'), calculus(bukan lagi 'kalkulus'), negative (bukan lagi 'negatif'), graph (bukan lagi 'graf'), statistics (bukan lagi 'statistik'), dan ratusan mungkin ribuan lagi pelbagai nama dan perkataan SAINTIFIK dan MATEMATIK dalam Bahasa Inggeris yang mungkin mereka pelajari, kenali dan fahami, lantaran mereka mencapai tahap PENGUASAAN BAHASA INGGERIS yang tinggi lalu dapat BERSAING SECARA GLOBAL DALAM KERJAYA MASING2!!!



oh, tapi bagaimana kalau sebahagian daripada murid2 tersebut (atau lebih dari setengah dari kalangan mereka) keluar dari alam persekolahan lalu memilih KERJAYA DI LUAR BIDANG SAINS (dan bidang matematik juga, kerana amnya matematik berkait rapat dengan bidang sains) - contohnya kerjaya sebagai politikus, penyanyi atau artis (bila menyebut tentang ahli politik, kerap juga kita kaitkan dengan golongan artis), pelukis, penulis, wartawan dan peguam???






SATU BABAK DI TAHUN 2021 (A SCENE IN YEAR 2021)

Bersembang Panjang Dengan Seorang Datuk Berumur 78 Tahun
A Long Chat With A 78 Years Old Grandpa



Seorang datuk berusia 78 tahun dan seorang cucu beliau baru selesai menyaksikan siaran langsung pertandingan membabitkan pasukan Malaysia dalam sukan antarabangsa, di kaca televisyen di ruangtamu rumahnya. Cucu lelaki yang sebelum itu diam terpaku sebelah beliau atas kerusi sofa akibat khusyuk menonton aksi perlawanan, berpaling mengadap si datuk lalu mula mengajukan soalan...

Cucu: Atok, Atok... Atok pernah wakil Malaysia tak?
Atok: Ho ho! Atok memang wakil Malaysia dulu!
Cucu: Dulu? Bila tu?
Atok: Dulu... Masa Atok muda-muda sikit dulu...
Cucu: Iye ke? Bila tu Atok?
Atok: Masa tu belum Alaf Baru lagi...
Cucu: Atok Cina ye, masa tu Atok baru masuk Melayu ye?
Atok: Hish! Bukan lah! "Alaf", bukan "mualaf"! Alaf baru tu maknanya masuk tahun 2000; jadi masa tu masih lagi tahun 1990an, belum masuk 2000 lagi...
Cucu: Oooh... Lamanya tu... Tua betul lah Atok ni!
Atok: Heh! Diamlah, nak dengar cerita Atok ke tak ni?!
Cucu: Okey, Atok sambung je lah cerita Atok... janganlah marah...
Atok: Takkk... Atok tak marah... Geram je, kamu ni banyak sangat soal...
Cucu: Ala... Atok cepatlah sambung, slow sangat la...
Atok: Heh! Sabarlah, kamu yang kacau... Atok memang nak cerita lah ni!
Cucu: Haa, cepatlah cerita... Atok wakil Malaysia main apa?
Atok: Bukan "main"; Atok wakil Malaysia dalam sukan...
Cucu: Iye la, Atok ni... Atok wakil main sukan apa??!
Atok: Atok wakil sukan tinju...
Cucu: Tinju...? Boxing??!!
Atok: Iye la, tinju, boxing...
Cucu: Wow! Betul ke, Atok??
Atok: Ehhh... Memang lah betul! Dulu memang Atok handal bertinju!
Cucu: Handal ke? Ada menang ke?
Atok: Mesti lah menang!
Cucu: Iye la? Habis tu, apa perlawanan Atok yang paling best?
Atok: Haaa... Ada satu ni... yang paling best...
Cucu: Mana satu? Atok menang ke kalah? Lawan Atok ke yang menang?
Atok: Hish, tunggulah nak cerita ni! Memang Atok lah menang!
Cucu: Ye ke? Macam mana Atok boleh menang?
Atok: Masa mula perlawanan tu, kami dua2 dalam gelanggang. Atok cepat2 jalan maju ke depan. Lawan Atok tu masih berdiri tercegat kat penjuru dia. Atok dah sampai betul2 depan dia. Atok cepat2 hayun tangan kanan Atok dengan laju... sangat2 laju, macam kilat menyambar! Lawan Atok tu tak sempat pun nampak apa2. Penumbuk kanan Atok padu tepat ke kepala dia! Kena betul2 tang mata! Dia terus K.O., rebah pengsan...
Cucu: Wahhh... Satu penumbuk je, dia dah pengsan!!!
Atok: Ha 'ah... Dia pengsan, mata dia bengkak berdarah...
Cucu: Arghhh! Ganasnya! Tapi Atok menang! Terrornya! Hebatlah Atok!
Atok: Memang la...

Ketika itu seorang bapa saudara si cucu berjalan masuk ke ruangtamu. Beliau sebenarnya sudah agak lama terdengar perbualan rancak si cucu dengan si datuk...

Pakcik: Hah! Kamu janganlah percaya sangat kelentong Atok Rahim kamu tu! Mana pulak menang; Atok Rahim kalah masa tu!
Cucu: Agak dah! Tapi macammana Pakcik boleh cakap macam tu???


A 78-year old grandfather and his grandson have just finished watching a live telecast of a tournament involving Malaysia's team in a world-level sports meet, on television in his living room.
The grandson, whom before this has been silently glued beside him on the sofa, intensely focused on the match's actions, now turns towards his grandfather and starts firing questions...

Kid: Granpa, Granpa... Have you ever represented Malaysia?
Granpa: Ho ho! Granpa has indeed represented Malaysia before this!
Kid: Before this? When was that?
Granpa: Sometime back... When I was a bit younger...
Kid: Really? When was that, Granpa?
Granpa: It was before the new millenium...
Kid: The new what? Milli... pede...? Millionaire...?
Granpa: Heh, no! "Millenium"... The new millenium begins from the year 2000; therefore at that time it was still in the 90's, it was not year 2000 yet...
Kid: Oooh... That was wayyy back... You are really old, Granpa!
Granpa: Heh! Listen up, do you want to hear Granpa's story or not?!
Kid: Okay Granpa, just go ahead with your story... you don't have to get angry...
Granpa: Nooo... I'm not angry... Just annoyed, you ask too much!
Kid: Aw, come on Granpa, you're too slow...
Granpa: Heh! Patience, you're the one interrupting! Now let me continue!
Kid: Huh! Get on with it... What did you play, representing Malaysia?
Granpa: Not "play"; I represented Malaysia in sports...
Kid: I know that, sheesh! What sports did you play in??!
Granpa: I represented Malaysia in the sports of boxing...
Kid: "Boxing", boxing???
Granpa: Yes! "Boxing", boxing...
Kid: Wow! Is that really true??
Granpa: Ehhh... Of course it's true! Back then I was great in boxing!
Kid: Great? Really? Won any match?
Granpa: Of course I won!
Kid: Are you sure? So, which was your best match ever?
Granpa: Hmmm... There was this one... the best...
Kid: Which one? You won or lost? Your opponent won, right?
Granpa: Heh, just wait for me to tell the story! I won, of course!
Kid: Oh, yeah? How did you win?
Granpa: At the start of the match, we were both in the ring. Granpa swiftly walked up towards the opponent. He was still fixed unmoved at his own corner. Granpa was already right in his face. I quickly took a fast swing with my right fist... really really fast, as fast as a lightning bolt! My opponent didn't even have the chance to see what hit him! My right fist hit him in the head solidly! Punched him right in the eye! He instantly went down, K.O., passed out...
Kid: Wow! One hit, and he passed out!!!
Granpa: Yup... He passed out, his eye was swelling and bleeding...
Kid: Ugh! Violent! But you won! Terrific! Awesome, Granpa!
Granpa: Of course, I am...

At that time an uncle of the grandson walks in into the living room. He has actually been hearing the lively conversation between the two for quite some time...

Uncle: Huh! You do not want to trust too much of those spins from Granpa Rahim! He didn't win; Granpa Rahim lost that one!
Kid: I thought so too! But Uncle, how can you say that???


Pada pendapat anda, mengapa "Pakcik" selamba berkata bahwa orang yang digelarnya "Atok Rahim" telah mengelentong budak bergelar "Cucu" dalam perbualan di atas?

A. Atok Rahim sebenarnya bukanlah turun atau masuk mana2 gelanggang sukan untuk bertanding dalam acara yang ditonton orangramai;
sebaliknya cuma masuk ke dalam satu kamar yang tertutup dari pandangan orangramai

B. Atok Rahim sebenarnya bukanlah individu yang pernah mewakili negara mahupun rakyat Malaysia dalam apa2 bidang sukan;
sebaliknya cuma seorang pegawai perkhidmatan awam dalam satu ejensi kerajaan Malaysia sebelum akhirnya membuat keputusan berhenti

C. Atok Rahim sebenarnya bukanlah hebat sangat mampu menghayun tangan dengan sangat laju bagai kilat dan melepaskan penumbuk yang tidak sempat dilihat apatah lagi ditepis atau dielak oleh lawan beliau;
sebaliknya lawan beliau memang tidak nampak apa2 pun yang berlaku ketika itu akibat mata yang tertutup berikat kain saputangan berwarna merah hati, lantaran mata kirinya lebam akibat langsung tidak bersedia mempertahankan diri daripada"pukul curi" tersebut

D. Atok Rahim sebenarnya tidaklah menang menentang lawan beliau itu;
sebaliknya, walaupun sebenarnya dia berjaya melepaskan bukan satu tetapi sekurang2nya empat tumbukan tepat ke kepala lawannya, malah satu tamparan ke pipi juga, sehingga lawannya rebah berlumuran darah hinggakan terpercik ke baju melayu putih yang dipakai ketika diserang hendap dan dibiarkan pula pengsan setengah hari dan tanpa sebarang rawatan berpadanan sehinggalah 4 hari kemudian, tetapi Atok Rahim akhirnya kalah setelah mengaku juga melepaskan pukulan curi ke atas lawan yang tidak dibenarkan bersedia mempertahankan diri, dan terus kalah lagi apabila dengan berat hati meletak jawatannya dari kedudukan yang tinggi dalam perkhidmatan awam, malah jatuh kecundang apabila 20 tahun terdahulu Mahkamah Rayuan menghukum Atok Rahim dengan 2 bulan penjara dan denda RM2ribu

E. Kesemua di atas bolehlah dianggap betul belaka

F. Tiada satu pun di atas adalah betul

G. Saya tidak mahu menyebelahi mana2 pihak yang bertinju sebab saya tak minat tinju, atau sebab saya tidak berminat pasal Atok Rahim atau datuk siapa2 pun kecuali datuk saya sendiri


In your opinion, why was it that "Uncle" nonchalantly stated that the person he termed "Granpa Rahim" had lied to his grandson termed "Kid" in the conversation above?

A. Granpa Rahim actually did not step inside or go down to any boxing ring or sports arena to compete in a sports event watched by an audience;
instead, he only stepped inside a room which was shut from the view of other people

B. Granpa Rahim actually was not an individual who has ever represented
Malaysia nor its people, in any field of sports;
instead, he was only a public services officer in a Malaysian government agency before he finally made a decision to quit

C. Granpa Rahim actually was not so great, nor was he capable of swinging his fist so fast at lightning speed when throwing a punch which couldn't even be seen by an opponent, let alone be deflected or avoided;
instead, his opponent indeed could not see anything at all that had happened during the time because he was being blindfolded with a maroon-colored handkerchief; hence, he got a black left eye as a result of not being prepared at all to defend himself from the cheap shot

D. Granpa Rahim actually did not win fighting that one particular opponent;
instead, although he actually succeeded in throwing not just one but at least four punches direct on his opponent's head, in fact even one slap onto the cheek, making his opponent drop to the floor with a bloodied face, even with blood spattered on the white traditional Malay dress the opponent was wearing, and then left unconscious for half a day, and even without any proper medical treatment until 4 days later, but Granpa Rahim eventually lost it anyway after he did admit to taking cheap shots on his opponent who was not allowed any preparation for self-defense, and he lost again when heavy-heartedly had to quit his post from a high position in the public service, in fact he bottomed out when 20 years before, the Appeals Court punished Granpa Rahim with a 2-month jail sentence plus a fine of RM2thousand

E. All of the above could be accepted as true

F. Not one of the above is true

 G. I do not want to take side with any fighting party because I do not like boxing, or because I do not have interest with Granpa Rahim or any other grandpa other than my own grandfather

Anda boleh menghantar pandangan untuk persoalan ini menerusi ruang komen di atas (terletak selepas deretan label di bawah tajuk utama artikel). Sebelum itu, sila baca petikan berita di bawah. Anda mungkin juga berminat dengan satu sejarah penting dalam negara dan anda boleh membaca mengenainya di laman ini:
arkibperbicaraananwaribrahim.blogspot.com/2008/07/perbicaraan-kes-mata-lebam-anwar
You may send in your opinion on this question through the comment section above (located after the list of labels underneath the article's main title). Before that, please read the news extract below. You may also be interested with one important event in the history of the nation and you can read about it at this webpage:
arkibperbicaraananwaribrahim.blogspot.com/2008/07/perbicaraan-kes-mata-lebam-anwar


Jumaat, 21 Oktober 2011
(Harakah Daily) - Cabang UMNO Perkasa bakal mengadakan sidang tahunannya dan rakyat Malaysia akhirnya akan dapat melihat ahli2 Perkasa berkumpul dalam bilangan besar, sesuatu yang telah lama dinantikan berikutan dakwaan mereka mempunyai ramai pengikut.

Namun, bilangan besar bukanlah satu2nya tarikan yang dijanjikan Ibrahim Ali, ketuanya yang tidak boleh lagi diperbaiki itu.

Apa yang mungkin menenggelamkan kemasyhuran Ibrahim yang selalu dijadikan bahan jenaka, kongres Perkasa di KL nanti akan disertai tetamu kehormat, seseorang yang tidak boleh dilupakan ramai rakyat.

Kongres itu akan dirasmikan oleh bekas ketua polis negara Rahim Noor yang dijemput atas jasanya yang luas untuk negara, menurut Ibrahim di lobi Parlimen hari ini.
...


Friday, 21 October 2011
(Harakah Daily) - UMNO offshoot Perkasa will be having its annual assembly and Malaysians may finally be able to see its members gathering in large numbers, a sight many have been waiting for amid repeated yet-to-be-fulfilled claims of the group's wide following.

But the large crowd is not the only attraction promised by Perkasa's incorrigible chief Ibrahim Ali.

In what may possibly eclipse Ibrahim's much humoured fame, the Perkasa congress, which will be held in Kuala Lumpur, will have a guest of honour, one who many Malaysians have not completely forgotten.

“The AGM will be opened by former inspector-general of police Rahim Noor who we have invited in honour of his vast contributions for the nation,” Ibrahim declared at the Parliament lobby today.
...

I don't want to spend the rest of my life
Looking at the barrel of an Armalite
I don't want to spend the rest of my days
Keeping out of trouble like the soldiers say

I don't want to spend my time in hell
Looking at the walls of a prison cell
I don't ever want to play the part
Of a statistic on a goverment chart

There has to be an invisible sun
It gives its heat to everyone
There has to be an invisible sun
That gives us hope when the whole day's done

It's dark all day, and it glows all night
Factory smoke and acetylene light
I face the day with my head caved in
Looking like something that the cat brought in

There has to be an invisible sun
It gives its heat to everyone
There has to be an invisible sun
That gives us hope when the whole day's done

And they're only going to change this place
By killing everybody in the human race
And they would kill me for a cigarette
But I don't even wanna die just yet

There has to be an invisible sun
It gives its heat to everyone
There has to be an invisible sun
It gives us hope when the whole day's done

- Invisible Sun, The Police -

  Mentari Hitam atau Mata Lebam? (Black Sun or Black Eye?) www.klakka-la.blogspot

  


Side Ad: CIFU. Ask. And you'll get it. Coming soon. www.klakka-la.blogspot
Coming Soon:

CIFU?
U.S.!
Washed Clean
2008
8 - 9 x
Ask. And you'll get it.


Also Coming Soon:


___________________________________________________________