Pages

Showing posts with label X lynas. Show all posts
Showing posts with label X lynas. Show all posts

DON'T HAVE A COW = TAKDE LEMBU?

TAK PERLU SUSAHPAYAH???
Untuk ABU, Kita PERLU Sentiasa Berjagajaga Bertungkuslumus
DON'T HAVE A COW???
For ABU, We NEED To Be Continuously Vigorously Vigilant!!!



Jadiii... siapa boleh bagitau apa situasi sekarang... sebabnya, 13hb April dah pun berlalu, jadi ada sesiapa yang merekodkan perkembangan baru???

Untuk menyegarkan semula ingatan kita, inilah yang agendadaily.com laporkan pada 12hb Mac: 

Pada jam 2.09 petang Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Jalil tiba di komplek mahkamah dengan diiringi beberapa orang.
Beliau tidak kelihatan berada di bangunan Parlimen semasa Yang Dipertuan Agong merasmikan sidang Parlimen penggal ini pagi Isnin.
Suami beliau yang juga Pengerusi NFC, Dr Mohamed Salleh Ismail tiba  lebih awal dan dibawa ke Mahkamah Sesyen Jenayah 1.
Prosiding mahkamah itu yang dikendali oleh Hakim SM Komathy Suppiah bermula jam 2.27 petang.Di situ hakim telah membacakan pertuduhan terhadap Dr Mohamed Salleh atas dua kes pecah amanah dan dua kes melanggar akta syarikat melibatkan wang melebihi RM49 juta.
Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa sebagai pengarah syarikat NFC melakukan pecah amanah menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium 'One Menerung' di Parcel  BI-1 dan B1-2, Blok B di atas geran nombor 65152, lot no.56454 di Mukim Kuala Lumpur.
Kesalahan tersebut dilakukan antara 1 dan 4 Dis 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Jalan Burhanuddin Helmi Taman Tun Dr Ismail.
Bagi pertuduhan kedua, di alamat dan bank sama, antara 6 Mei dan 16 Nov 2009, beliau didakwa melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd bagi kegunaan syarikat tersebut di mana beliau dan salah seorang anaknya adalah pemilik syarikat berkenaan.
Untuk kedua-dua kesalahan ini beliau didakwa mengikut Seksyen 409 dan jika disabitkan boleh dipenjara sekurang-kurangnya dua tahun hingga 20 tahun dan sebat serta boleh didenda.
Sementara itu, bagi pertuduhan pertama dan kedua mengikut Akta Syarikat, Dr Mohamad Salleh selaku pengarah NFC didakwa tanpa kebenaran mesyuarat agung telah menggunakan harta syarikat untuk membiayai sebahagian daripada pembelian dua unit kondominium tersebut.
Bagi kedua-dua kesalahan ini, beliau didakwa mengikut Seksyen 132(2)(a) Akta Syarikat 1965, jika disabitkan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda RM30,000
Dr Mohamed Salleh mengaku tidak bersalah keatas empat dakwaan itu dan mohon dibicarakan.


Peguam Badrul Munir Bukhari yang mewakili Dr Mohamad Salleh meminta anak guamnya diikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin dan sedia menyerahkan pasport kepada mahkamah sebagai syarat tambahan.
Badrul juga memberitahu mahkamah bahawa peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah akan bertindak sebagai peguam utama dan kini berada di luar negeri.
"Anak guam saya telah memberi kerjasama penuh kepada polis dan pihak pendakwaan sepanjang penyiasatan sejak timbulnya kes ini dan kini berada di mahkamah untuk membersihkan namanya," kata Badrul.
Timbalan Pendakwa Raya Dzulkifli Ahmad tidak membantah jaminan tersebut dan berkata beliau menyerahkan perkara tersebut kepada budi bicara mahkamah.
Hakim Komathy berkata mahkamah telah mengambil kira keseriusan kes dan jumlah wang yang terlibat serta mahkamah tidak mahu dituduh memilih kasih dalam menetapkan jaminan.
"Kes-kes seperti ini sebelum ini telah ditetapkan jaminan yang tinggi walaupun di dalam kes ini (pihak pendakwaan) tidak membantah jaminan seperti mana dicadangkan oleh pihak pembelaan," katanya.
Beliau bagaimanapun kemudian menetapkan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin, serta dokumen perjalanan Dr Mohamad Salleh diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan sebutan semula kes berkenaan pada 13 April depan.
Anak sulung tertuduh, Wan Shahinur Izmir, 32, telah membayar jaminan tersebut.
Badrul dibantu oleh Ahmad Redza Abdullah, sementara Dzulkifli dibantu oleh Timblan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud.



Sooo... who can tell me what's going on here... I mean, April 13th had passed, so anybody keeping any update???

To refresh our memories, here is what nst.com.my reported back on March 13th:

NATIONAL Feedlot Corporation (NFCorp) executive chairman Dr Mohamad Salleh Ismail pleaded not guilty after he was charged with 4 counts of criminal breach of trust (CBT) and misappropriation of almost RM50 million at the Sessions Court yesterday.
With his wife, Women, Family and Community Development Minister Shahrizat Abdul Jalil, and eldest son, Wan Shahinur Izmir, looking on from the public gallery, Salleh claimed trial to all 4 charges.
The 63-year-old was accused of banking in RM40 million into the account of his company, National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC), at a CIMB Islamic Bank Bhd branch in Taman Tun Dr Ismail here between May 6 and Nov 16, 2009.
Salleh also claimed trial to another two counts of CBT and misappropriation of RM9,758,140 belonging to NFCorp by purchasing two One Menerung Condominium units purportedly for NMLC.
He is alleged to have committed the offence at the same bank branch between Dec 1 and Dec 4, 2009.
Salleh is facing a maximum 20 years in jail, whipping and fine, if convicted.
Deputy public prosecutor Dzulkifli Ahmad applied for the cases to be tried jointly. Judge S.M. Komathy Suppiah allowed it.
Counsel Badrulmunir Bukhari urged the court to grant bail of RM50,000 for each charge in light of his client’s cooperation during investigation. He also reminded the court that the assets of his client’s company had been frozen since investigations began.
“There is no risk my client will abscond,” Badrulmunir said.
Gesturing towards the public gallery, he reminded the court that his client’s case had received significant media coverage.
“He has voluntarily presented himself in court to clear his name.”
He said Wan Shahinur Izmir was willing to act as bailor for his father.
When the judge asked how old the son was, Wan Shahinur Izmir stood up in the public gallery and said he was 32.
Komathy then set bail at RM500,000 for all charges and ordered Salleh surrender his travel documents before fixing April 13 for mention.
The accused posted bail in the afternoon.
Dzulkifli was assisted by DPPs Awang Armadajaya Awang Mahmud and Azimul Azami, while Salleh was also represented by Ahmad Reza Abdullah, Wan Azmir Wan Majid and Y. Seelan.
Shahrizat, who was clad in a white baju kurung, turned up at the Jalan Duta court complex just after 2pm in a heavily tinted Proton Perdana with four police patrol cars.  
She was accompanied by two employees and a police cordon was thrown around her as she walked into the complex.
The minister, who announced she would be resigning from her cabinet position on Sunday, did not flash her signature smile at photographers but headed straight for Sessions Court 1.  
Shahrizat said on Sunday that she would step down from her ministerial position once her three-year term as a senator ends on April 8.
However, she will remain as Wanita Barisan Nasional and Wanita Umno chief.
In the courtroom yesterday, Wan Shahinur Izmir greeted his mother before they sat at the public gallery.
Wan Shahinur Izmir,  his brother, Izran, and sister, Wan Izzanah Fatimah, are directors of NFCorp.





Kelakar 1Malaysia: Bart Simpson Pun Suka Lembu? (Funny 1Malaysia: Bart Simpson Says Don't Have A Cow, Man!) www.klakka-la.blogspot


My Foot Note:
We Don't Want Dirty!
We Want Clean Elections!

We Want Green!
X Nuke!
X Lynas!


Serius 1Malaysia: ABU Kata Kami Tak Nak Kotor! Kami Mahu Bersih 3.0! (Serious 1Malaysia: ABU Says We Don't Want Dirty! We Want Bersih 3.0!) www.klakka-la.blogspot


Catatan tapakkakiku:
Kami Tak Nak Kotor!
Kami Mahu Pilihanraya Bersih!

Kami Nak Hijau!
X Nak Nuklear!
X Lynas!

Serius 1Malaysia: ABU Kata Kami Tak Nak Nuklear! X Nuklear X Lynas! (Serious 1Malaysia: ABU Says We Don't Want Nuclear! X Nuke X Lynas!) www.klakka-la.blogspot


MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI (LET'S LEARN AND UNDERSTAND)

MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI:
Kerajaan 1Malaysia - Dulu, Kini dan Selamanya
LET'S LEARN AND UNDERSTAND:
The 1Malaysia Government - Then, Now and Forever


Kelakar Perumpamaan 1Malaysia: Hancur Umpama Altantuya Diikat Bom (Funny 1Malaysia Simile: Shattered Like Altantuya Tied To A Bomb) www.klakka-la.blogspot


A picture is worth a thousand words...

But often times a picture requires a thousand accompanying words in order for it to be clearly understood by an uninitiated few, or by many who have been so deeply entrenched in endless misdirections by people with resources, influence and agenda, that they have simply become unaware of the real truths.


1Malaysia, 1Malaysia...

Unfortunate for you because the chiefs who supposedly lead and steer this country of ours... generally are... oh Lord, if we belittle them, they'd jump... but heck, this ventricle has long suffered burning pains, holding back anger and frustration; therefore, i'm not gonna apologize for all the insults in here... of the stupid, arrogant lots!

Eh, angry? Don't want to believe it? Want proof?

Huh! The photos above are the proofs! These photos (thanks to manjongmari.blogspot) silently portray a thousand meanings which reflect the traits of the UBN Government all along the decades that they have been made (oh Lord have mercy!) leaders (gosh, when will the jinx end?!)

Well, now let's learn and understand what these boring photos reflect:

1.People 'at the top' (no wonder the public has been stepped on all the time!) are usually surrounded by a few who try to give spontaneous advice (correct or not, sincere or not, only God knows)

2.People 'at the top' (ugh, nauseating!) on the other hand, usually reject the advice, spontaneously too, whether because they feel the advisors are not of the same level and not that good, or they feel that they themselves are already great thus not requiring any pointers (hence, arrogantly stupid!)

Note: But often too, the arrogant fools are actually only snobbish, not dumb, but instead are very conniving, pretending to sweep aside the offered opinions, only later to quietly use the same - and claiming that the ideas are their own brainchild!


3.The arrogant fools, due to their arrogance, or sometimes because of being not too smart, often start or continue with a policy or project drummed up as correct, great or problem-free, without an exhaustive investigation beforehand, thereafter committing blunders which are only discovered midway, thereby forced to make a u-turn, at which point though, lots have already been wasted on time, effort and expenses!

Note: More saddening, embarassing and hurting the left and right atria is when the stupid snobs do not even realize their own mistakes, henceforth happily displaying their dumb work for all to see as a proud achievement!


4.The snob leaders too will not be void from surrounded by a group of people none other than: the a**-kissing bootlickers!


Suatu gambar bernilai seribu perkataan...

Tapi seringkali suatu gambar perlu diiringi seribu perkataan supaya ianya jelas kepada segolongan kecil yang kurang pengalaman, atau segolongan besar yang telah terperangkap terlalu dalam dengan pengeliruan bertali-arus buatan pihak yang mepunyai sumber, pengaruh dan agenda, hinggakan mereka semata2 sudah tidak kenal yang manakah kebenaran hakiki.

1Malaysia, 1Malaysia...

Malang nasibmu ialah kerana chiep yang kunun2 meneraju mengemudi negaraku ini... rata2nya golongan... adoi la, kalau kita kutuk mengata, melompat... tapi gasaklah, ulu ventrikel dah lama sakitpedih memendam marah dan kecewa, maka tidaklah aku akan mintakmaap atas segala kutukan di sini... golongan bodohsombong!

Aik, marah? Tak percaya? Nak bukti?

Hah! Gambar di atas lah buktinya! Gambar ni (terimakasih kepada manjongmari. blogspot) dengan diam memaparkan seribu makna yang mencerminkan ciri2 Kerajaan UBN selama berdekad dijadikan (Masya Allah!) ketua (adoi, bila la suwey nak lari nih?!)


Baiklah, mari belajar dan memahami apa maksud gambar2 bosan ni:

1.Orang 'atas' (patutlah orangramai asek kena pijak2 je!) selalunya dikelilingi beberapa orang yang cuba memberi nasihat spontan (betul ke tidak, ikhlas atau tidak, wallahu'alam)

2.Orang 'atas' (ish, meluatnya!) pula selalunya menolak pandangan itu, juga dengan spontan, samada kerana mereka rasakan pemberi nasihat bukanlah setara dan bagus mana pun, atau mereka rasakan diri mereka sendiri sudah cukup hebat lantaran tidak memerlukan sebarang tunjukajar (itu sebab digelar bodohsombong!)

Catatan: Tapi selalu juga si-bodohsombong ni sebenarnya cuma sombong, tidak bodoh, sebaliknya sangat licik, pura2 mengenepikan nasihat yang diajukan, tetapi selepas itu dalam diam menggunakannya - dan mengaku itu adalah hasil buahfikiran kepalahotaknya sendiri!

3.Si-bodohsombong, akibat kesombongannya, atau kadang2 akibat kurang pandai, kerap memula atau meneruskan sesuatu polisi atau projek yang diwar2kan sebagai betul, bagus atau tiada masalah, tanpa kajiselidik yang cukup mendalam terlebih dahulu, lalu melakukan kesilapan yang hanya disedari setelah separuhjalan, lalu terpaksa berpatah arah sedangkan ketika itu telahpun banyak masa, tenaga dan belanja disia2kan

Catatan: Lebih menyedih, mengaib dan menyakitkan atrium kirikanan ialah apabila si-bodohsombong tak sedar pun kesilapannya sendiri, lalu dengan girang menunjukkan hasilkerja bodohnya untuk tontonan orangramai sebagai satu kejayaan membanggakan!

4.Si-bodohsombong juga tak akan sepi dari dikelilingi segolongan yang taklain takbukan ialah: kaki ampu!


Kelakar 3B 1Malaysia: Si-Bodohsombong, Si-Bisupenakut dan Si-Bodekkuat (Funny 1Malaysia 3B's: The Buffoon, The Balless Mute and The Bootlicker) www.klakka-la.blogspot


Note: Furthermore, there is another group who hover around like flies. They have a hobby of chasing after cheap publicity


5.Lastly, there is always a group of intelligents and people highly experienced in their respective fields, but, woeful is an understatement, these people belong to the no-balls species, infected with a syndrome rendering them mute; although they are aware of, or at least suspicious of, a wrongdoing, yet for them the 'people at the top' are untouchables, instead this group only has the guts to direct their lessons, lectures and preaches towards the wrongs and weaknesses of people perceived as being 'below' where they themselves stand, like youths in the cities, or village folks whenever they go back to their hometowns!

This is the true picture of the country's leadership then, now and hopefully not going to be forever, as insinuatively portrayed above. Funny. Sad. Boiling.

My Foot Note:
Imagine if the Indons or the Banglas imported to build football stadium, bridges, walls of a new parliament costing 800M, walls of the new national palace costing 800M, or walls of factory buildings for lynas, and these contract workers, just like the UBN leader above, happily and proudly go lay the bricks in similar manner, what will happen??!
Guaranteed, within only several months the wall would start to crack and may collapse thereafter! (eh, haven't there been stadium, bridges, roads, parliament and various other walls/structures in 1malaysia all along the UBN administration which have indeed cracked/ collapsed??? Go figure!)

Catatan: Tambahan lagi, ada pula segolongan yang menghurung bagai lalat iaitu kaki 'enter frame' yang hobinya mengejar publisiti murahan

5.Terakhir, sentiasa ada golongan bijakpandai dan berpengalaman dalam bidang masing2, tetapi malang seribu  kali malang, golongan ini spesis tiada telur yang telah dihinggapi penyakit bisu; walaupun mereka sedar atau sekurang2nya syak ada kesalahan, namun baginya 'orang atas' itu tidakboleh disentuh, sebaliknya golongan ini hanya berani menujukan kelas, syarahan dan tarbiyah mereka terhadap kesalahan atau kelemahan golongan yang dianggap 'bawah' dari mereka sendiri, contohnya anak2muda di bandar, atau orang2 kampung ketika mereka balik berhariraya!

Inilah gambaran sebenar pimpinan negara dulu, kini dan harap2 tidak akan selamanya, yang tersirat dalam gambar di atas. Kelakar. Sedih. Menyirap

Catatan tapakkakiku:
Bayangkan jika Mat Indon atau Bangla yang diimpot membina stadium bolasepak, jambatan, tembok parlimen baru berharga 800juta, tembok istana negara baru bernilai 800juta, atau tembok bangunan kilang lynas, lalu pekerja kontrek ini, seperti pemimpin UBN di atas, dengan gembira dan bangga pergi ikat batu sedemikian gaya, apakah akan jadi??!
Jamin, beberapa bulan sahaja maka tembok pun akan mula retak dan seterusnya boleh runtuh! (eh, bukan ke stadium, jambatan, jalan, parlimen dan berbagai lagi tembok/struktur dalam 1malaysia sepanjang pentadbiran UBN nih memang dah ada yang retak/ runtuh??? Lu pikirlah sendiri!)