Pages

UCAP2AN


SELAMAT TAHUN BARU 1431H


SELAMAT MELANGKAH KE TAHUN BARU 1431H
buat semua pembaca yang beragama Islam.

Semoga tahun baru ini kita rakyat Malaysia yang ikhlas inginkan kebaikan, kesejahteraan dan kesenangan untuk keseluruhan rakyat pada semua peringkat akan sama2 bangkit dengan cergas tangkas & cerdas dan seterusnya mengecap kejayaan dengan selamat dalam menegakkan kebenaran & keadilan serta melempar jauh segala penipuan, kemungkaran & kezaliman.

Semoga Allah sentiasa melindungi kita & berterusan mengurniakan rahmatNya untuk kita masing2 sepanjang masa sepanjang tahun baru ini.

InsyaAllah



Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan:
1. tahniah kepada pasukan bolasepak negara bawah-23tahun yang menang pingat emas - harap kekal malah bertambah maju, jangan tenggelam-timbul
2. tahniah kepada roslinda samsu yang bukan setakat menang emas tetapi juga memecahkan rekod yang dicatat beliau sendiri - ini baru betul tabik!
3. tahniah kepada daniel bego yang menggondol pingat terbanyak bagi seseorang peserta - 5 emas dari sejumlah 6 yang dia menang; juga tabik!
4. tahniah kepada siow yi ting, leong mun yee, bryan lomas, dll lagi yg menang emas untuk negara terutamanya dari pasukan renang, terjun dan olahraga yang paling banyak menyumbangkan emas - moga bertambah maju dalam acara masing2 hingga ke taraf antarabangsa juga
5. tahniah juga buat lain2 peserta negara yang menyumbang pingat perak atau gangsa - moga bertambah maju lalu mencapai tahap emas pula bukan sahaja di peringkat serantau, malah ke peringkat antarabangsa
6. tahniah bagi peserta2 lain yang telah bertungkus-lumus memberikan yang terbaik untuk negara walaupun tidak berjaya mendapat sebarang pingat - teruskan semangat juang, belajar dari kesilapan dan semoga semakin maju


___________________________________________________________

No comments:

Post a Comment