REKOD 1MALAYSIA: Jangan Risau Apa2 (1MALAYSIA RECORD: Have No Fear)


Raja Gigi kan ada (King Tooth is here)

catatan: paparan ini menandakan permulaan satu lagi blog saya,
klickdefella (klakka-la)
yang khas disediakan supaya pembaca dapat 'klick' jawapan2
pada kuiz, undian atau bancian dari semasa ke semasa
(oh, kadang2 anda mungkin bertuah memenangi sesuatu hadiah)
note: this posting marks the beginning of another blog of mine,
klickdefella (klakka-la)
specially provided to enable readers to 'klick' answers
to quizzes, polls or censuses, from time to time
(oh, once a while you may get lucky and win some prizes)



Kuiz matematik:

1. Jika 1 enjin jet seberat lebihkurang 3 ekor badak dewasa
dan 1 lelaki dewasa mampu memikul beban seberat 1.5 budak remaja,
berapa ramaikah diperlukan untuk mengganti 1 mentol biasa?

2. Jika 1 badak dewasa mampu mengangkat 3 budak remaja
dan 6 lelaki dewasa mampu mengandar 1 enjin jet,
berapa ramai bersalah dalam kehilangan 2 enjin jet?


Bagi yang gagal Bahasa Melayu/Malaysia, atau yang hanya faham
soalan matematik dalam BI akibat belajar kurikulum PPSMI,
sila baca terjemahan berikut:
For those who failed Bahasa Melayu/Malaysia, or only comprehend
maths questions in English due to learning using the PPSMI,
please read the following translation:


Maths quiz:

1. If 1 jet engine weighs about 3 adult rhinos
and 1 adult male can lift up to 1.5 teenage youths,
how many are needed to replace a regular bulb?

2. If 1 adult rhino can carry 3 teenage youths
and 6 adult males can haul away 1 jet engine,
how many are guilty in the loss of the 2 jet engines?




Raja Gigi boleh tarik jika jet 1Malaysia tiada enjin? (King Tooth can pull if 1Malaysia's jet has no engine? www.klakka-la.blogspot


catatan: untuk menjawap kuiz di atas, sila klick butang kanan tetikus
pada alamat pautan di bawah dan klick pada 'Open in New Tab':
klickdefella (klakka-la)
note: to answer the above quiz, please right-klick your mouse
on the link below and klick on 'Open in New Tab':
klickdefella (klakka-la)


___________________________________________________________

Kesah Ong-Ong


Tahun Chong: Awak Tolong Saya, Saya (Mungkin) Tolong Awak



Bicara bulu tangkis, mungkin loghat terengganu sebut badmintOng?
Bicara badminton, tersebutlah seorang datok Ong
Jejak kakinya ke gelanggang, bergemalah rebana dan gOng
Hebatnya tahap glokal, dialah harapan dari marudu hingga manjOng
Ditambah gelanggang sendiri, pastilah tahun ini 1malaysia Ong
Sayang, gaya persembahannya jauh dari apa yang diomOng
Kecundang mudah, kalau bolasepak umpama kalah lapan - kosOng!
Gelaran 'favourite', gelaran 'nombor 1', gelaran 'datok', semua masuk tOng
Karam walia mungkin terbalikkan gelarannya: ibarat rebah membawa sokOng

'Tidak apa', 'malaysia boleh' bangkit semula dengan seorang lagi Ong
Ong kedua dan pasangan juga handalnya bukanlah cerita bohOng
Bersemaraklah semula semangat berkobar2 para penyokOng
Namun nyata berdua ini juga lemah tidak cukup terdorOng

Nak tak nak, terpaksalah 1malaysia berharap pada lagi satu Ong
Hakikatnya semua akur, mengatakannya menang cumalah satu kelentOng
Tukang ajar sendiri buntu tak terfikir taktik apa yang boleh tolOng
Rasa pahit mula terasa pada airliur di setiap kerongkOng
Usianya agak lanjut, jelas kakinya terhoyOng2
Tanpa perlu lama, Ong ke-3 terus kOng

1malaysia bersama rosmah yang bangga berterusan melopOng

2 hari berlalu, najib bersama '1malaysia' kebanggaannya pula dilelOng...

catatan peringatan: Manusia, sepertimana juga segala kejadian & milik Tuhan yang lain - haiwan, tumbuhan, kuman, air, haba, bulan, debu, ilmu, harta dsbnya - bersifat baharu. Maksudnya berubah-ubah.
Kejap ada, kejap takde. Macam biskut.
Kejap di atas, kejap di bawah. Macam tayar.
Satu masa terang, satu masa gelap. Macam hari.
Sebentar sedikit, tiba2 banyak. Macam ombak laut.
Mula2 menang, kemudian kalah. Macam pilihanraya.

Jelas, bukan? Yakinlah! Dengan seyakin2nya.
Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah. Segala puji2an kembali pada Allah.

LAWAN TETAP LAWAN! UNTUK MENGHAPUSKAN PENIPUAN & PENCABULAN. UNTUK KEBAIKAN & KEADILAN SEMUA.



Rosmah kalah badminton pada China, Najib kalah pilihanraya pada China (Rosmah lost in badminton to the Chinese, Najib lost in election to the Chinese). klakka-la.blogspot



___________________________________________________________