SPRM 1Malaysia (1Malaysia's MACC)


Tahun Lembu (Year of The Cow)


Duit, duit! (Cash cow). klakka-la.blogspot

___________________________________________________________

1Malaysia? BUKANNN!!! (1Malaysia? NOOO!!!)


Bola 1Malaysia - Bhg 4
(1Malaysia's Football - Part 4)

Bolasepak: Malaysia 1, bukan 1Malaysia! (football: Malaysia 1, not 1Malaysia!). klakka-la.blogspot

1Malaysia, 1Malaysia...
Adakah benar2 berubah...
1Malaysia, 1Malaysia.......
Adakah benar2 maju termasuk dalam jiwa dan pemikiran kita.......


1Malaysia, 1Malaysia...
Are there really changes...
1Malaysia, 1Malaysia.......
Are there really advancements including in thinking and in our souls.......

UCAP2AN


SELAMAT TAHUN BARU 1431H


SELAMAT MELANGKAH KE TAHUN BARU 1431H
buat semua pembaca yang beragama Islam.

Semoga tahun baru ini kita rakyat Malaysia yang ikhlas inginkan kebaikan, kesejahteraan dan kesenangan untuk keseluruhan rakyat pada semua peringkat akan sama2 bangkit dengan cergas tangkas & cerdas dan seterusnya mengecap kejayaan dengan selamat dalam menegakkan kebenaran & keadilan serta melempar jauh segala penipuan, kemungkaran & kezaliman.

Semoga Allah sentiasa melindungi kita & berterusan mengurniakan rahmatNya untuk kita masing2 sepanjang masa sepanjang tahun baru ini.

InsyaAllah



Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan:
1. tahniah kepada pasukan bolasepak negara bawah-23tahun yang menang pingat emas - harap kekal malah bertambah maju, jangan tenggelam-timbul
2. tahniah kepada roslinda samsu yang bukan setakat menang emas tetapi juga memecahkan rekod yang dicatat beliau sendiri - ini baru betul tabik!
3. tahniah kepada daniel bego yang menggondol pingat terbanyak bagi seseorang peserta - 5 emas dari sejumlah 6 yang dia menang; juga tabik!
4. tahniah kepada siow yi ting, leong mun yee, bryan lomas, dll lagi yg menang emas untuk negara terutamanya dari pasukan renang, terjun dan olahraga yang paling banyak menyumbangkan emas - moga bertambah maju dalam acara masing2 hingga ke taraf antarabangsa juga
5. tahniah juga buat lain2 peserta negara yang menyumbang pingat perak atau gangsa - moga bertambah maju lalu mencapai tahap emas pula bukan sahaja di peringkat serantau, malah ke peringkat antarabangsa
6. tahniah bagi peserta2 lain yang telah bertungkus-lumus memberikan yang terbaik untuk negara walaupun tidak berjaya mendapat sebarang pingat - teruskan semangat juang, belajar dari kesilapan dan semoga semakin maju


___________________________________________________________

1Malaysia? TAK NAK! (1Malaysia? NO WAY!)


Bola 1Malaysia - Bhg 3
(1Malaysia's Football - Part 3)

Bolasepak: 3Malaysia! klakka-la.blogspot

1Malaysia, 1Malaysia...
Adakah akan benar2 berubah...
1Malaysia, 1Malaysia.......
Adakah akan benar2 maju termasuk dalam jiwa dan pemikiran kita.......


1Malaysia, 1Malaysia...
Are there really gonna be changes...
1Malaysia, 1Malaysia.......
Are there really gonna be advancements including in thinking and in our souls.......


Nota Tapak Kaki
Pada masa kartun ini disiarkan:
pasukan bolasepak 1Malaysia yang sama (yang kejap kecundang kejap menang bila berlawan dengan pasukan yang dianggap setakat jari kelinking dalam arena bolasepak antarabangsa mahupun serantau) sedang berpeluh2 pada jam dan saat ini, bergumpal atas padang menentang sebuah negara yang tiada kekayaan kewangan yang boleh dibanggakan.

Persoalannya: Adakah keputusan petang ini menjadi kebanggaan rakyat negara setelah berpuluh tahun kontang? Atau adakah keputusannya menggambarkan berkuburnya 1Malaysia?


Footnote:
At the time this cartoon is posted:
the same 1Malaysia's football team (who at times had lost, while at other times had won, when playing against teams considered minnows in the international or even regional football scenes), is sweating at this very hour and second, battling it out on field against a nation that has no financial wealth to boast about.



The question is: Is the result this evening going to make the nation proud after being eluded for years? Or is the result going to reflect the eventual demise of 1Malaysia?


1Malaysia? YA! (1Malaysia? YES!)


Bola 1Malaysia - Bhg 2
(1Malaysia's Football - Part 2)


Bolasepak: 1Malaysia kalah lagi! (Football: 1Malaysia lost again!)klakka-la.blogspot

1Malaysia, 1Malaysia...
Bilalah nak berubah...
1Malaysia, 1Malaysia.......
Bilalah nak maju.......


1Malaysia, 1Malaysia...
When are you gonna change...
1Malaysia, 1Malaysia.......
When are you gonna advance forward.......


Nota Tapak Kaki
Pada masa kartun ini disiarkan:
pasukan bolasepak 1Malaysia yang sama (yang mulanya kecundang kepada pasukan pulau kecil yang hanya lebih dikenali dengan industri percutian dan langsung tidak dikenali dalam apa2 acara sukan, tetapi yang kemudiannya telah menebus maruah dengan begitu bergaya apabila membelasah 11-0 sebuah lagi pasukan negara kecil lain, hanya untuk tewas pula berikutnya di kaki pasukan negara yang masih jauh lebih miskin yang tiada memiliki kenyataan2 bergaya seperti “our economic fundamentals are strong" - seperti dilakarkan dalam kartun di atas), telah sekali lagi dengan penuh bergaya, tanpa 2 orang "tonggak utama" - penjaga gol utama dan penyerang utama - menumbangkan 4-0 sebuah lagi pasukan dari negara kecil. Wah! Tahniah!


Footnote:
By the time this cartoon is posted:
the same 1Malaysia's football team (who at first went down unceremoniously to a team from a tiny island more known with its tourism industry and nothing at all regarding any sports, but who had subsequently regained its integrity with style by whacking 11-0 a team from another tiny nation, but only to lose again in the next game at the feet of the team from a country which is still way much poorer who do not possess stylish statements such as “our economic fundamentals are strong” - as sketched in the above cartton), had once again, full of style, without 2 of their main backbones - the first-choice goalkeeper and the main striker - brought down 4-0 another team from a small nation. Wow! Congratulations!


1Malaysia? TAK! (1Malaysia? NO!)


Bola 1Malaysia (1Malaysia's Football)


1Malaysia? No, 1Maldives! klakka-la.blogspot

1Malaysia, 1Malaysia...
Bilalah nak berubah...
1Malaysia, 1Malaysia.......
Bilalah nak maju.......


1Malaysia, 1Malaysia...
When are you gonna change...
1Malaysia, 1Malaysia.......
When are you gonna advance forward.......


Nota Tapak Kaki
Pada masa kartun ini disiarkan:
1. Pasukan bolasepak 1Malaysia yang sama, yang kecundang kepada pasukan pulau kecil itu (yang sebelum 'kejadian' ini hanya saya kenali dengan industri percutian dan langsung tidak dikenali dalam apa2 acara sukan), telah 'dengan bangga dan bergaya' membelasah 11-0 sebuah pasukan negara kecil lain
2. Pasukan bolasepak 1Malaysia yang sama juga, kemudiannya kecundang sekali lagi, kali ini kepada pasukan sebuah negara yang walaupun masih jauh lebih miskin dan tidak boleh dengan bangga dan bergaya memberi kenyataan seperti “our economic fundamentals are strong”, tetapi nyata masih jauh lebih handal dalam arena bolasepak serantau semenjak bertahun2 sebelum ini
3. Pasukan wanita 1Malaysia pula mendapat malu di atas padang, bukan kerana setiap pemainnya terlondeh seluar atau terbarai kencing depan penonton ketika terkinja2 dan terlompat2, tetapi setelah dibelasah 8-0 pula oleh lawan mereka. Tidaklah saya tahu apa yang mereka fikirkan – orang lain turun padang main bolasepak, mereka main “footsie”! Pondan!


Footnote:
By the time this cartoon is posted:
1. The same 1Malaysia's football team who went down unceremoniously to a team from the tiny island (which, before this 'incident', is only known to me with its tourism industry and nothing at all regarding any sports), had, with 'pride and style', whacked 11-0 a team from another tiny nation

2. The same 1Malaysia's football team too, had then gone down again, this time to a team from a country who, although still way much poorer and cannot proudly and with style give out a statement such as “our economic fundamentals are strong”, is obviously still way much stronger in the regional football arena for several years now

3. The women's 1Malaysia team, on the other hand, got embarrassed on field, not because each of its players had her trousers pulled down or peed in their trousers in front of spectators while running and jumping about, but after they themselves got whacked 8-0 by the opponent. I really don't know what were they thinking – others get on the field to play football, they played “footsie”! Sissy!


MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI: (LET'S LEARN AND UNDERSTAND:)




MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI:
BAHASA MELAYU

Para bijakpandai selalu berpesan, cara terbaik yakni paling berkesan untuk menguasai sesuatu bahasa asal sesebuah bangsa ialah dengan duduk hidup bersama-sama di dalam kelompok bangsa tersebut dan mempelajari bahasa mereka menerusi pemerhatian, pendengaran dan latihan bertutur. Jika duduk mati, atau tidur mati, itu bukanlah peluang terbaik untuk belajar apa-apa yang bergerak atau bersuara di atas mukabumi ini. Bila hidup bersama, dapatlah mengetahui kepelbagaian dalam perbendaharaan kata bahasa mereka; dapat juga mendengar cara setiap perkataan disebut – bagaimana panjang pendek sebutannya, di mana penekanannya, bagaimana huruf dibunyikan atau dimatikan, bagaimana dua perkataan yang sama ejaan tapi lain pula sebutannya untuk memberi makna berbeza, dan sebagainya; dan dapat meneliti bagaimana dan bila perkataan2 yang berbagai itu digunakan untuk membentuk sesuatu ayat harian yang jelas difahami maksudnya dengan mudah dan spontan.

Berbekalkan pesanan cerdikpandai ini, mari kita mengintai sebuah rumah suatu keluarga Melayu untuk mendalami bahasa mereka (bukan sesekali mengintai untuk tujuan jahat atau nakal!)...

Melawat Rumah Keluarga Melayu

Tempat: Di sebuah kampung di Kuala Selangor

Sasaran: Sebuah rumah di dalam kampung itu yang didiami oleh satu keluarga Melayu terdiri daripada si-Ayah, Emak, dan seorang anak perempuan berusia lingkungan 5-6 tahun.

Pemerhatian:


Anak perempuan sedang terdiri depan televisyen di rung tamu, menonton rancangan kartun.

Si-Ayah berjalan masuk ke ruang tamu dari arah dapur.

Ayah: Eh Milah, sudah2lah tengok kartun tu... ayah nak tengok siaran langsung persidangan UMNO...

Si-Ayah mengambil alat kawalan lalu mengubah siaran ke rangkaian RTM, sambil mengambil tempat di sofa rotan...

******************************
Siaran televisyen:

Politikus 1: Kita mesti melakukan transformasi dengan pemuh komitmen dan dedikasi supaya perjuangan ke arah visi dan misi kita mencerminkan sikap berintegriti tanpa polarisasi, supaya dapat memartabatkan bangsa supaya terus relevan dalam era globalisasi!

Pengerusi: Terimakasih perwakilan untuk suatu teks ucapan yang cukup dalam... (tepukan gemuruh) Baik... Baik... Bertenang... Baik... Seterusnya dipersilakan pula perwakilan seterusnya untuk menyampaikan teks ucapan beliau pula, dipersilakan...

Politikus 2: Kita mesti mensupremokan pemimpin2 parti, sebab realitinya inilah sahaja kondisi untuk kita merealisasikan visi pucuk pimpinan yang memang tradisi ialah hendak merapatkan barisan dan memperkasakan jatidiri parti, dalam menghadapi serangan pembangkang yang kian bersifat ektrimi, ektrima... kian bersifat... eks... seterima... bersifat... apa nama ni... 'aaa... bersifat... eks-sete-rima...


Pengerusi: Sendiri tulis, sendiri tak boleh baca ke? (deraian ketawa) Extremism... ekstremisme ke?

Politikus 2: Ha 'ah, itulah dia... 'aaa... dalam menghadapi serangan pembangkang yang kian bersifat... eks-seteri-mima...

Pengerusi: Eks-tre-mis-me! (deraian ketawa bertambah kuat)

Politikus 2: Iyelah, Tuan Pengerusi, itulah... 'aaa... dalam menghadapi serangan pembangkang yang kian bersifat... eks-seteri-mima...

Pengerusi: Iyelah, eks-tre-mis-me ke, ex-isteri-mima ke, sex-isteri-mimi ke, apa2lah... (deraian ketawa menggegar dewan) teruskan saje lah ucapan... teruskan... (ketawa berderai lagi)

Politikus 2: Terimakasih, Tuan Pengerusi... 'aaa... dari mula baliklah, Tuan... (deraian ketawa) dah hilang feel dia tadi... (ketawa berderai lagi) 'aaa... Kita mesti mensupremokan pemimpin2 parti, sebab realitinya inilah sahaja kondisi untuk kita merealisasikan visi pucuk pimpinan yang memang tradisi ialah hendak merapatkan barisan dan memperkasakan jatidiri parti, dalam menghadapi serangan pembangkang yang kian bersifat... eks-seteri-mima... dalam dayasaing mereka sehingga sanggup menggunakan i... dea-lisme... ko... munis-me... se... bagai... mo-ti-vasi mereka dalam... me... mani-pu-lasi minda rakyat! Ye, sekian, terimakasih! (ketawa kuat berderai lagi)



******************************

Si-Emak berjalan masuk ke ruang tamu dari dapur...

Emak: Apa yang abang tengok; seronok sangat ni? Saya tak faham sepatah apa pun yang diaorang dok terpekik2 tu?

Ayah: Abang saja je tengok... lucu gelagat diaorang ni...

Milah: Diaorang tu siapa, ayah?

Ayah: Diaorang semua ni politikus...


Milah: Patutlah... mak tak faham... Milah lagi tak faham... rupa2nya diaorang cakap guna bahasa tikus, ye ayah?!



Catatan: Tugasan mengintai ditamatkan serta-merta di sini kerana didapati tidak menepati tujuan asal, iaitu mempelajari dan memahami bahasa orang2 Melayu, bukannya bahasa para Tikus!




LET'S LEARN AND UNDERSTAND:
THE MALAY LANGUAGE

Learned men often remind us, the best and most effective way to hold a strong command on the native language of any race is by living together within the community of that race, and learn their language through observing, listening, and practising orally. Dying, or sleeping like a log, does not give the best opportunity to learn about anything that moves or makes sound on the face of the earth. By living together, we would be able to discover the richness of the vocabulary of their language; we would also be able to hear the right way of how each word is pronounced – how long or how short is the pronunciation, where is the stress placed, how a letter sounds or is muted, how two words spelled exactly the same but are pronounced differently would convey different meanings, et cetera; and we would be able to analyze how and when the varied words are utilised to form any daily sentence which is clearly understood in its contextual meaning with spontaneous ease.



Armed with this piece of advice by the learned people, let us now take a peek into the home of a Malay family, to understand their language deeper (not peeking for immoral or naughty reasons!)...

Visiting the House of a Malay Family

Venue: In a village in Kuala Selangor


Target: A house within the village which is inhabited by a Malay family consisting of the father, mother, and a daughter aged around 5-6 years.
 
 
 
Observation:


The daughter is standing in front of the television inside the living room, watching cartoon.

The father walks into the living room from the direction of the kitchen.

Father: Eh Milah, enough cartoons, okay... dad wants to watch the live telecast of the UMNO's assembly...

The father takes the remote controller and changes to the RTM channel, while taking his place on the rattan sofa...

******************************
Television broadcst:

Politician 1: ... bla bla bla... transformation... bla bla bla... commitment... dedication... bla bla bla... vision... mission... bla bla bla... integrity... bla bla bla... polarisation... bla bla bla... relevant... bla bla bla... globalisation era!


Chairman: Thank you delegate for a speech that is so deep... (thunderous applause) Okay... Okay... Calm down... Okay... Next please welcome the next delegate to present his speech, please proceed...



Politician 2: bla bla bla... “supremo-fy”... bla bla bla... reality... bla bla bla... condition... bla bla bla... realisation... vision... bla bla bla... tradition... bla bla bla... bla bla bla... bla bla bla... “ ektrimi, ektrima”... bla bla bla... “ex... seterima”... bla bla bla... “ex-sete-rima”...






Chairman: You wrote that yourself, you yourself cannot read it? (laughter) “Extremism”, you mean?

Politician 2: ... bla bla bla... bla bla bla... bla bla bla... “ex-seteri-mima”...



Chairman: “Ex-tre-mism”! (laughter gets louder)

Politician 2: ... bla bla bla... bla bla bla... bla bla bla... “ex-seteri-mima”...



Chairman: Okay, “ex-tre-mism”, “ex-wife-mima”, “sex-wife-mimi”, whatever... (resounding laughter shakes the hall) just continue with your speech... go on... (more laughter)

Politician 2: ... bla bla bla... from the beginning again, sir... (laughter) the feel was lost already just now... (more laughter)... bla bla bla... “supremo-fy”... bla bla bla... reality... bla bla bla... condition... bla bla bla... realisation... vision... bla bla bla... tradition... bla bla bla... bla bla bla... bla bla bla... “ex-seteri-mima”... bla bla bla... “i... dea-lism”... “com... munism”... bla bla bla... “mo-ti-vation”... bla bla bla... “mani-pu-lation”... mind...! Yes, that's all, thank you! (loud laughter again)


Note: Basically only words of English origin (but adapted as Malay words) are displayed in this translation, while the rest, mainly native Malay words are omitted from display.
 

******************************

The mother enters the living room from the kitchen...

Mother: What are you watching, honey; you seem so excited? I cannot understand a word of what those guys were screaming about?

Father: I am merely watching... these guys with their funny antics...

Milah: Who are they, daddy?

Father: These guys are all (poly-rats)...

Milah: No wonder... mommy doesn't understand... let alone Milah... apparently they are talking using rat language, right daddy?!



Note: The task of peeking is immediately ended here because it is found not fulfilling the original objective, which is to learn and understand the language of the Malay people, not the language of rats!
 


___________________________________________________________

Oh Datokku! Klakka-la Sangat2! Cucu Tumpang Tanya Ye?!


Datokku... Yang Klakka-la... Cucu Tumpang Tanya...


O Grandfather O Mine! Sooooo Funny! Can Ask Question?

must good-good, okay.
although mi no spik inglis
but i lesson matematik and sains in inglis, you know!
so dont lie-lie ah?!
and no joke-joke, cannot klakka-la,
please, serious little!


Big Bang: sebutan loghat Terengganu untuk Big Ben. (Big Bang: The Terengganu dialect for saying Big Ben). klakka-la.blogspot


___________________________________________________________

MINTA MAAF ZAHIR&BATIN


SELAMAT HARIRAYA AIDIL-ADHA 1430H


SELAMAT HARIRAYA AIDIL-ADHA
buat semua pembaca yang beragama Islam.

Bagi semua yang memandu tak kiralah pandu kereta ke, bot mewah ke, kapalterbang ke, bas ke, jengkaut ke, 18-wheeler ke, atau apa2 jua, silalah memandu dengan sopan, tertib & bijaksana, bukannya dengan melulu, menyombong, atau hentam keromo sahaja.

Semoga semua girang meraikan cuti ini dan selepas itu kembali cergas tangkas & cerdas semula dalam bidang masing2 dengan selamat - dan dengan lebih keinsafan supaya bersama2 berlaku benar & adil, serta bersama2 juga menolak penipuan, kemungkaran & kezaliman.

Semoga Allah sentiasa melindungi kita & berterusan mengurniakan rahmatNya untuk kita masing2.

Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Walillahil-Hamd...!

___________________________________________________________

MALAYSIAN DRIVERS


The Seat Belts Are For...
(Talipinggang Keledar Adalah Untuk...)



Seat belts for police only (Talipinggang keledar cuma untuk polis).  klakka-la.blogspot

Drebar: Wah! Ada accident-lah kat depan! Eh, baik aku pakai talipinggang keledar!
Rakan: Hu hu, bila nampak orang lain accident barulah ingat pasal keselamatan sendiri dan cepat2 pakai talipinggang keledar supaya sendiri tak mati?

Drebar: Tak, kau salahlah. Bila nampak orang lain accident kita ingat pasal polis trafik, lah. Polis merata kat tempat accident tu, mestilah kita pakai talipinggang keledar supaya sendiri tak kena saman!
Rakan: Ai-ya... kena saman lagi penting berbanding keselamatan!

* * * * * * *

Malaysians, Malaysians... (Orang2 Malaysia, Orang2 Malaysia...)
When Are We Gonna Wake Up? When...? (Bilalah Kita Nak Sedar, Bila...?)
1Malaysia, 1Malaysia...
klakka-la...! (it's funny...!)

___________________________________________________________

HOW TO LIE 101 (BAGAIMANA MENGELENTONG 101)


HOW TO LIE 101
(BAGAIMANA MENGELENTONG 101)



HOW TO LIE 101
– Part 3 (Final)



Ajip: Okay. So you found this box of cheques belonging to the prince. And you're supposed to return it to him. How do you do that?

Imah: I hand the box over to the driver, the pilot, whatever, of the yacht...
Ajip: The manager
Imah: Manager? Well, yeah, I hand it to the manager of the yacht, telling him it is some very important stuff belonging to the Saudi prince, telling him to return it to the prince once he returns to dock, and telling to him to take really good care of the box in the meantime
Ajip: Okay, but you do not tell the manager that the box contains money or cheques
Imah: Right
Ajip: And you actually reiterate to the manager to take extremely good care of the box, and to not do anything else to it except to personally and immediately return it to the prince once the yacht gets back to land
Imah: Right, that'd be stressing to our audience that indeed I am being very concern and very honest to get the cheques returned to the prince

Ajip: Right. But, I seem to have forgotten, why are we spending autumn vacation on a luxury yacht with a Saudi prince, in the first place?
Imah: Because we are also VIP's, and we receive an exclusive invitation to spend a luxury cruise in the Mediterranean aboard the yacht
Ajip: The yacht belongs to the prince too?
Imah: No. If it does, the manager works for him. Then I don't have to be overly concerned that the manager would not hand back the box to his boss
Ajip: Logical. So who invites us and the rich prince to a luxury cruise on the yacht?

Imah: Another prince. Another obscenely rich prince. A Kuwaiti prince
Ajip: Excellent! Kuwait is oil-rich too!

Imah: The Kuwaiti prince is actually a good friend of our son
Ajip: Son?
Imah: Yes, not daughter. Don't give out any suggestion that this is about boyfriend-girlfriend thing. There'd be other issues cropping up that we may struggle to answer!
Ajip: And he is a good friend of a Kuwaiti prince? Who are we again?

Imah: We are VIP's. VVIP's. We are the Prime Minister and the First Lady of Malaysia

Ajip: Cool! I am the Prime Minister of Malaysia and you are my wife! (grinning wide)
Imah: Yup. Once we get back to land, we return to Malaysia right away. Then the Saudi prince calls to thank me
Ajip: We are still feeling tired from the jet-lag but we take his phone call anyway. This would further stress to our audience that we are indeed nice people. Not bribery takers, he he.
Imah: No, he does not call on the same day
Ajip: No?
Imah: We do not know when the manager gets to see him. The manager is from Kuwait – he works for the Kuwaiti prince, remember? The manager needs to get to Saudi first to return the box. That'd probably take place a day later

Ajip: So the Saudi prince calls the next day. We may still be experiencing jet-lag, you know
Imah: Remember that the Saudi prince leaves in a hurry for some important matter? That means he is a very busy man. It may not be the next day. It could be several days after
Ajip: Okay, let's say 1 week later

Imah: Let's say 2 weeks later
Ajip: Okay. Two weeks later the Saudi prince calls to thank you

Imah: And to offer a huge reward for my honesty
Ajip: Right. The Saudi prince calls you to thank you and to reward you


Imah: The rich, young and handsome Saudi prince calls me to thank me and to offer a handsome reward for my honesty

Ajip: Right
Imah: Right. But here's where we throw in another twist to our story

Ajip: Um...
Imah: I am the First Lady of Malaysia, so I need to show that I care for the people of Malaysia

Ajip: Right
Imah: So I thank the prince back for his kind generosity, but I tell the prince that I'd rather have him give the reward to the people of Malaysia instead
Ajip: The people first...
Imah: Right. This, again, stresses my kindness, and shifts any attention away from the bribe or commission

Ajip: Excellent public relation exercise
Imah: For myself, yes. We also throw in another public relation exercise for you too, which is highly important, considering you are the Prime Minister
Ajip: How'd we do that?
Imah: By getting you involved in this “people first” thingy as well

Ajip: Um...
Imah: I'd say that once I receive the huge reward from the grateful Saudi prince, I sit down and discuss the whole thing with you first

Ajip: You consult me...

Imah: And you advise me to deal with the reward money quickly and efficiently by distributing it to deserving and needy groups


Ajip: Okay...
Imah: We both agree to distribute the money to a few charity organizations, like the AIDS Foundation, the Disabled Persons Association...
Ajip: The Association of Retired Armed Forces Personnel...
Imah: The Brownies...
Ajip: The Wives-of-MP's Club... don't forget that. They are strong supporters of the First Lady and the Prime Minister
Imah: True! Cronies must not be left out from monetary rewards, or they'd turn their backs on you
Ajip: Worse, they'd stab your back!

Imah: Yup...
Ajip: Well, okay then... I think we have got everything covered
Imah: Yup, I believe we have come up with a brilliant cover-up to the bribery money, which ultimately gets laundered as charities

Ajip: Charities which uplift our image as caring, kind Prime Minister and First Lady, in the eyes of our audience, the people

Imah: But not all of it! Remember that the bribe we get is 600 millions! We only launder a small portion to charities, just as a cover-up, an attention-shifter, and to cover the mouths of close circle of people who may know the real thing. The bulk of the money is still ours to keep and spend!

Ajip: Hear ye, hear ye! Brilliant! Oh, but wait! We have forgotten one very important thing!
Imah: And what would that be, Mr. Prime Minister?
Ajip: We forgot to show that we are really clean... we must include the Anti-Corruption Agency somewhere in our storyline... doing their noble official work for us of course – this way we can really jam the door shut from any busybody detective wannabes!
Imah: Now you're talking! Superb idea! Well, we can easily slot that in our story. We say that once we have discussed on what to do with the huge amount, we call in senior officers from the Anti-Corruption Commission, not Agency anymore, and let them know about the whole story and be witnesses when we hand out the portions to the charities. Easy!

Ajip: Ha ha, wonderful!
Prof: Excellent pack of lies! Well, honestly I am not sure how your audience is going to receive it , considering the general storyline you have chosen to create your speech upon, which to me personally, sounds a bit too ludicrous. But once you get past that storyline, I definitely can say that your build-ups, the detailed elements, the generalized issues, and the structuring of your lies within the big lie, they are all superb, and make an excellent pack of lies! After graduating college, I am very sure that the two of you can pair up and work the political ladder all the way up right to the very top!






this is all we are able to peek at...
Note: The above are only meant as a general knowledge to prepare ourselves from being too naive and gullible. Do not imitate the above acts at home. Or anywhere else. These dangerous acts are done by professional liars with years of training and experience. With no conscience towards the well-being of others. And with no awareness/fear towards the pledged threat of being roasted in Hell!


BAGAIMANA MENGELENTONG 101
– Bhg 3 (Akhir)


Ajip: Baiklah. Sekarang awak terjumpa kotak penuh berisi cek milik putera tu. Dan awak nak pulangkan. Macam mana awak nak buat?
Imah: Saya serahkan kotak tu pada pemandu bot mewah tu, jurupandu, jurumudi, apa2 lah...
Ajip: Pengurus
Imah: Pengurus? Yelah, saya serahkan pada pengurus bot mewah tu; saya cakap benda tu perkara penting milik putera Arab tu dan suruh dia pulangkan sebaik saja dia balik berlabuh, dan sementara tu suruh dia jaga kotak tu elok2
Ajip: Baik. Tapi awak jangan beritahu pengurus tu yang kotak tu ada duit atau cek
Imah: Betul
Ajip: Dan awak tekankan pada pengurus tu supaya betul2 menjaga kotak tu sepenuhnya dan jangan buat apa2 selain memulangkan sendiri kepada putera Arab tu dengan serta-merta sebaik saja bot mewah tu balik berlabuh
Imah: Ha 'ah, itu akan betul2 menunjukkan kepada pendengar yang saya memang prihatin dan ikhlas inginkan cek2 itu dikembalikan kepada putera Arab tu
Ajip: Betul. Tapi saya dah lupalah, macam mana kita boleh bercuti di musim luruh atas bot mewah dengan putera Arab tu?

Imah: Sebab kita pun orang2 penting, VIP, dan kita terima jemputan khas berlayar di Mediterranean atas bot mewah tu
Ajip: bot mewah tu pun milik putera Arab tu?
Imah: Tak. Kalau milik dia, pengurus tu pun pekerja dia. Jadi takdelah saya risau sangat pengurus tu tak pulangkan kotak milik majikan dia sendiri
Ajip: Masuk akal. Jadi siapalah yang jemput kita berlayar sekali dengan putera kaya tu atas bot mewah?
Imah: Satu lagi putera raja. Satu lagi putera raja yang kaya tahap mega. Putera raja Kuwait
Ajip: Cantik! Kuwait pun kaya gila dengan minyak jugak!
Imah: Sebenarnya putera raja Kuwait tu kawan baik anak kita
Ajip: Anak lelaki?
Imah: Iye, bukan anak perempuan. Jangan beri apa2 yang mencadangkan ini hal boyfriend-girlfriend. Nanti timbul macam2 isu lain yang susah kita nak jawab!
Ajip: Dan anak lelaki kita ni kawan baik dengan putera raja Kuwait? Kita ni siapa?
Imah: Kita kan orang2 penting. Sangat sangat penting, VVIP. Kita ni Perdana Menteri Malaysia dan Wanita Pertama
Ajip: Sempoi! Saya Perdana Menteri Malaysia, dan awak isteri saya! (tersengih lebar)
Imah: Ha 'ah. Sebaik kita berlabuh di darat, kita terus pulang ke Malaysia. Lepas tu, putera Arab tu telefon saya untuk ucap terimakasih
Ajip: Kita masih penat lepas penerbangan tapi kita tetap terima panggilan telefon dia. Ini tunjukkan pada pendengar yang kita ni memang orang baik2. Bukan orang ambik rasuah, he he
Imah: Tak. Dia tak telefon saya hari yang sama
Ajip: Tak?
Imah: Kita tak tahu pun bila pengurus tu dapat jumpa dia. Dahlah pengurus tu dari Kuwait – kan dia pekerja putera Kuwait tu, ingat? Pengurus tu terpaksa pergi ke Arab Saudi dulu barulah dapat pulangkan kotak tu. Mungkin esoknya
Ajip: Jadi putera Arab tu telefon esoknya. Kita mungkin masih kepenatan jugak
Imah: Ingat tak putera Arab tu terpaksa pergi serta-merta sebab hal penting? Jadi dia seorang yang sangat sibuk. Jadi tak semesti esoknya dia telefon. Mungkin beberapa hari lepas tu
Ajip: Baiklah, kita kata 1 minggu lepas tu
Imah: Kita kata 2 minggu lepas tu
Ajip: Yelah. Dua minggu kemudian putera Arab tu telefon nak cakap terimakasih pada awak
Imah: Dan nak hadiahkan saguhati sebab kejujuran saya
Ajip: Betul. Putera Arab tu telefon awak nak ucap terimakasih pada awak dan nak hadiahkan saguhati pada awak
Imah: Putera Arab yang kaya, muda dan kacak tu telefon saya nak ucap terimakasih pada saya dan nak hadiahkan saguhati yang banyak sangat sebab saya jujur
Ajip: Iye
Imah: Ha 'ah. Tapi kat sini kita tambah lagi satu lipat baring kat cerita kita ni
Ajip: Hm...
Imah: Saya Wanita Pertama Malaysia, jadi saya kena tunjukkan yang saya prihatin terhadap rakyat Malaysia
Ajip: Betul
Imah: Jadi saya ucap terimaksih balik pada putera Arab tu sebab murah hati, tapi saya beritahu dia yang saya lebih suka jika dia beri hadiah tu pada rakyat Malaysia
Ajip: Rakyat didulukan...
Imah: Betul. Ini sekali lagi menekankan kebaikan diri saya, dan melencongkan sebarang perhatian daripada rasuah atau komisen tu
Ajip: Langkah perhubungan awam yang sangat bijak
Imah: Untuk saya, iye. Tapi kita kena jugak tambah satu lagi ayat perhubungan awam untuk awak, yang juga sangat penting sebab awak ni Perdana Menteri Malaysia
Ajip: Macam mana nak buat?
Imah: Dengan membabitkan awak bersama untuk aspek “rakyat didulukan” ni...
Ajip: Hm...
Imah: Saya akan cakap sebaik saja saya terima saguhati yang banyak daripada putera Arab tu, saya duduk bincangkan kesemuanya dengan awak dulu
Ajip: Awak mendapatkan nasihat saya...
Imah: Dan awak nasihatkan saya supaya menguruskan duit tu dengan segera dan berkesan, supaya agihkan duit tu pada kumpulan yang berhak dan memerlukan
Ajip: Baiklah...
Imah: Kita sama2 setuju agihkan duit tu pada sebilangan pertubuhan amal, macam Yayasan AIDS, Persatuan Orang2 Cacat...

Ajip: Persatuan Bekas Perajurit...

Imah: Pandu Puteri...
Ajip: Kelab Isteri2 Wakil Parlimen... jangan lupa tu. Itulah penyokong kuat Perdana Menteri dan Wanita Pertama
Imah: Betul! Kroni tak boleh diabaikan dari saguhati duit, nanti dia orang abaikan kita
Ajip: Paling teruk, nanti dia orang tikam dari belakang!
Imah: Iye...
Ajip: Baiklah... Rasanya kita dah dapat semuanya
Imah: Ha 'ah, saya pun yakin kita dah buat satu cerita bijak yang boleh menutup isu duit rasuah tu, yang akhirnya dicuci dan dikitar dalam kerja amal
Ajip: Kerja2 amal yang mengangkat watak kita jadi Perdana Menteri dan Wanita Pertama Malaysia yang prihatin dan baik pada pandangan pendengar, iaitu rakyat
Imah: Tapi bukan semua! Ingat duit rasuah yang kita dapat 600 juta! Kita cuma cuci dan kitar sebahagian kecil je dalam kerja amal tu, cuma buat menutup isu je, buat mengalih pandangan, dan jugak untuk menutup mulut kalangan yang rapat yang mungkin tau hal sebenar. Sebilangan besar duit tu kita simpan dan belanja untuk diri sendiri, lah!
Ajip: Setuju, setuju! Bijak! Oh, tapi tunggu kejap! Kita terlupa satu yang sangat penting!
Imah: Apa pulak lagi, Tuan Perdana Menteri?
Ajip: Kita lupa tunjuk kita betul2 bersih... kita kena libatkan Badan Pncegah Rasuah kat mana2 dalam cerita kita... buat kerja murni secara rasmi untuk kita – barulah kita betul2 tutup rapat pintu dari mana2 penyiasat penyibuk yang cuba tunjuk bakat!
Imah: Barulah kamu nak tunjuk kepandaian! Bernas! Baik, mudah je nak selitkan dalam cerita kita. Kita kata sebaik kita bincang apa nak buat dengan duit yang banyak tu, kita terus panggil pegawai atasan Suruhanjaya Rasuah, bukan Badan lagi lah, dan beritahu pasal keseluruhan cerita, dan suruh saksikan bila kita agihkan duit2 pada badan2 kebajikan tu. Senang je!
Ajip: Ha ha, cantik!
Prof: Gagasan penipuan yang mantap! Sebenarnya, saya tak begitu pasti macam mana pendengar kamu akan menerimanya, berdasarkan cerita latarbelakang yang kamu pilih sebagai asas ucapan kamu, yang saya sendiri rasakan agak mengarut. Tapi jika ditolak ke tepi latarbelakang tu, saya memang katakan pengolahan kamu, intipati2 yang terperinci, beberapa isu yang disentuh secara am sahaja, dan cara penyusunan setiap pembohongan kamu dalam penipuan keseluruhan, kesemuanya adalah jitu dan menghasilkan satu gagasan pembohongan yang mantap! Selepas lulus dari kolej, saya yakin kamu berdua boleh berpasangan dan mendaki dalam bidang politik sampailah ke kemuncak tertinggi!

sekian sahaja yang sempat kita intai...
Nota: Yang dibentangkan di atas semata2 hanya sebagai pengetahuan am untuk menyediakan diri kita daripada menjadi lurus bendul dan mudah dikelentong. Jangan tiru gelagat di atas di rumah. Atau di mana2 saja. Perbuatan bahaya ini dibuat oleh kaki2 tipu profesional yang ada bertahun2 latihan dan pengalaman. Yang tiada berhatiperut terhadap kesejahteraan orang lain. Dan yang tiada keprihatinan/ketakutan terhadap amaran kena panggang dalam Neraka!








KINI (NOW)

Terfikir Pula... (Now A Thought Crosses The Mind...)



Dari Glokal Jadi 1Malaysia: Setelah liar merayau hingga Mongolia, sang isteri marah suruh balik diam2 di rumah (From Glocal to 1Malaysia: After wild excursions up to Mongolia, the wife reprimands and sentences to confinement back at home). klakka-la.blogspot

TV: We must practice 1Malaysia...!

Guy A: What, it's "1Malaysia" now?
New policy of looking inward within the entire nation only?
No more look-East policy,
no gazing towards the West,
no more loving glances at Mongolia?
Before, we were asked to be "glocal" and peek at foreign countries!

Guy B: This "1Malaysia" means people first, performance now.
This means people with low income are first to tighten their belts
when the price of flour or cooking oil skyrockets;
like yourself now, merely having plain tea,
last time you still managed coffee complete with toast.
Although he says our economic fundamentals are strong,
middle-income people are still the first to get suffocated
when the price of petrol appreciated
like myself, this is the same shirt as before.
Performances (read: personal achievements) for the rich people are required now, now, now.
So that they always have lots of cash
to dabble in shares, push up the market and give an impression that our Bourse is appealing.
Although he says our economy is still unstable,
performances for the leaders and their cronies and relatives
must still be now and always,
so that together they can take vacation to Disneyland or Paris

* * * * * * *

Retorika, Retorika... (Rhetorics, Rhetorics...)
Pemanis di Bibir, Pemanis di Bibir... (Sweet Nothings, Sweet Nothings...)
Slogan Lagi, Slogan Lagi... (Another Slogan, Another Slogan...)
50+ Tahun Dengan Bermacam Slogan... (50+ Years With All Kinds of Slogans...)
Kalau Disenaraikan Tentu Catat 1Lagi "Kejayaan" dan "Kebanggaan" Dalam Buku Rekod 1Malaysia: Negara Paling Banyak Slogan...
(If A List is Drawn, Surely 1More "Success Story" and "Pride" Will Be Entered Into the 1Malaysia Book of Records: Nation With The Most Slogans...)
klakka-la...! (it's funny...!)

___________________________________________________________

HOW TO LIE 101 (BAGAIMANA MENGELENTONG 101)


HOW TO LIE 101
(BAGAIMANA MENGELENTONG 101)



EXCLUSIVE!

HOW TO LIE 101
– Part 2



Imah: Firstly, our speech needs a general theme – what is the background story that the lie is going to be about
Ajip: True. How about a story about some money... a huge sum of money

Imah: Great idea. The money can be a huge sum of illegally-gained money, and the lie will serve as its cover-up
Ajip: Right! The illegal money is actually a huge bribe. 6-7 millions!
Imah: That's not huge! Let's make it really huge; let's put it as 600 millions!


Ajip: Wow! I'm getting very excited now!
Imah: Yeah. So the 600 million dollars received as a bribe is actually for some project or some contract or some sales. That would be the background theme. Next we need a cover-up story to explain why we possess that huge sum of money all of a sudden
Ajip: What if we lie to the audience and tell them that the money is our rightful, legal commission for facilitating the sales to actually take place?
Imah: That's too easy. The prof stressed on “creativity”, remember?
Ajip: Then, what do you suggest?

Imah: Put a twist. Do not even mention anything about the commission or the sales. We create a different story on how we suddenly have possession of the large sum of money. That'd be our first of many lies
Ajip: Um...
Imah: I got it! We say the money is a reward we get! A handsome reward for some good deed we have done. Yup, a good deed! That'd be like, our second lie

Ajip: Brilliant! Not only we do not admit that we take bribes, or we totally omit from saying anything about any commission, but we also announce to the world that we are good people who do good deeds! You are creative!
Imah: Let's add more creativity and make the story more exciting; we say the reward comes from a royal prince
Ajip: I agree! A rich prince!

Imah: A handsome, young, obscenely rich prince!
Ajip: Huh! A rich prince from oil-rich Saudi Arabia!

Imah: Right. But we need to be more creative with our story. Why would a rich Arab prince reward us with so much money?
Ajip: Um...
Imah: Because he loses his money – a huge sum of money – and I find it!

Ajip: Right! You find his lost money, a lot of it, and instead of running away with it, you return it! You've done a good deed indeed!


Imah: Right. But no! It's not lost money
Ajip: No? Why not?
Imah: No. It cannot be cash, because it needs to be a very huge sum in order for the reward to be huge as well. And for it to be a very huge sum of cash, it'll have to be in 2-3 trucks fully laden with his bags of cash! Even a blind man cannot lose trucks of bags containing his money?
Ajip: Um, yeah, that'd be too lame
Imah: He loses his huge sum of money alright, but in the form of cheques!
Ajip: Brilliant! A luxurious, branded leather briefcase full of cheques!
Imah: No, not a briefcase.
Ajip: No?
Imah: That'd easily attract too much attention. Other people could have spotted it first and find out about it
Ajip: Other people could have seen it first but not know what it really is?

Imah: Right; so they just ignore it. It's a box! An ordinary-looking box
Ajip: But you, being a nosy woman, just have to peek inside an ordinary-looking box?


Imah: No, idiot. My being a careful, motherly self prompts me to investigate what could be inside the box, which I have just found to be lying around unattended

Ajip: Um, okay... the box is left in the hotel room where we are to stay for the night! (grinning wide)
Imah: No! If a box is left inside a hotel room by a guest before us, the roomkeepers would have found it when they clean and make the room before the next guest checks in, idiot!
Ajip: Um, yeah...
Imah: The ordinary looking box full of cheques is left by the handsome rich prince from Saudi on a yacht he just spent his autumn vacation on...

Ajip: Excellent! No one else cares enough to suspect that an ordinary box can contain very precious things... and there are no cleaners around to have found it first...

Imah: There are cleaners if the yacht returns and docks. But in this case there aren't any cleaners because the yacht has not docked
Ajip: Er... if the yacht has not docked, how could the prince leave the yacht and get his precious box left behind?
Imah: He is an obscenely rich prince, idiot! He lifts off in one of the several private helicopters he owns, of course! We are there having the vacation with him on the yacht, well in the open ocean, but he has to leave urgently

Ajip: Yeah... cool... we spending autumn vacation with a rich Saudi prince on a luxurious yacht in the open Mediterranean sea south of France. You truly are creative!

Imah: Okay, just keep it as “south of France, in the Mediterranean.” Don't try to get too smart and start giving some coordinates or anything like that. It's not like we are good in geography or anything to do with the sea
Ajip: Yeah, just skim at the surface...

Imah: Right. Now, because the prince has to leave in a hurry, maybe for some highly important mega-giga project, which is why he cannot wait for the yacht to get to a port but has to get one of his helicopters fish him out from the open sea instead, that makes him forget about his ordinary looking box, and left it on board, only for me to accidentally stumble upon

Ajip: So far, so good!


....... to be cont'd.......
will the deceptions Imah and Ajip create continue to sound good?
wait for Part 3 of their class as the window closes to end our peek...


EKSKLUSIF!

BAGAIMANA MENGELENTONG 101
– Bhg 2


Imah: Mula2, ucapan kita perlukan tema am – apa cerita latarbelakang untuk penipuan kita

Ajip: Betul, betul. Apa kata, cerita pasal sedikit duit... sedikit duit yang banyak teramat sangat tahap cipan
Imah: Bernas! Duit yang teramat-amat banyak tu hasil dari sumber haram, dan penipuan kita nanti untuk menutup kisah sebenar
Ajip: Betul! Duit haram tu sebenarnya duit rasuah. 6-7 juta!
Imah: Itu tak cukup banyak! Kita buat betul2 banyak yang teramat sangat tahap cipan tahap gaban tahap semua2, lah; kita kata 600 juta!
Ajip: Wah! Bertambah menarik ni!

Imah: Ha 'ah. Jadi, duit 600 juta yang kita dapat dari rasuah tu, sebenarnya untuk satu projek, atau satu kontrek, atau satu jualbeli. Itulah tema latarbelakang cerita kita. Lepas tu, kita perlu ada cerita bagaimana kita boleh ada duit sebanyak tu dengan tiba2
Ajip: Apa kata kita kelentong je katakan duit tu memang hak kita yang sah sebagai komisen tolong uruskan biar jualbeli tu betul2 berlaku
Imah: Itu mudah sangat. Ingat tak, prof tekankan “seni” tadi
Ajip: Habis tu, apa yang awak cadangkan?
Imah: Buatlah lipat baring sikit. Jangan sebut apa2 pun pasal komisen atau jualbeli. Kita reka cerita lain kenapa tiba2 kita ada duit banyak tu. Itulah penipuan pertama kita, dari banyak yang lain lagi

Ajip: Hm...
Imah: Ha, dapat! Kita cakap duit tu, kita dapat hadiah! Hadiah saguhati yang besar yang kita dapat sebab buat satu kebajikan. Ha 'ah, kebajikan! Itu jadi penipuan kedua kita
Ajip: Bijak, bijak! Bukan setakat kita tak mengaku terima rasuah, atau kita langsung tak cakap apa2 pasal duit komisen, tapi kita jugak buat pengumuman yang kita ni orang2 baik yang suka buat kebajikan! Awak ada seni, lah!
Imah: Kita tambah seni cerita kita biar lebih menarik lagi; kita kata saguhati tu kita dapat dari putera raja
Ajip: Setuju, setuju! Putera raja yang kaya!
Imah: Putera raja yang kacak, muda, dan kaya tahap gila!
Ajip: Hah! Putera yang kaya dari Arab Saudi yang kaya dengan minyak!
Imah: Bagus tu. Tapi kita kena lebih seni lagi ni. Kenapa pulak putera Arab yang kaya beri kita saguhati duit yang banyak?
Ajip: Hm...
Imah: Sebab dia kehilangan duit dia – duit yang sangat sangat banyak – dan saya yang jumpa!
Ajip: Betul tu! Awak terjumpa duit dia yang hilang, duit dia yang teramat sangat banyak, tapi awak tak ambik lari duit tu, sebaliknya awak pulangkan! Memanglah awak buat kebajikan tu!
Imah: Betul. Tapi bukan! Bukannya duit hilang
Ajip: Bukan? Kenapa pulak?
Imah: Bukan. Tak boleh duit tunai, sebab kalau saguhatinya banyak, duit yang hilang mesti berganda banyak jugak. Kalau duit tunai banyak sampai macam tu, dah kena 2-3 lori sarat bawak beg penuh dengan duit dia! Orang buta pun takkan hilang lori dia yang sarat dengan duit?
Ajip: Ha 'ah, tak masuk akal pulak
Imah: Dia memang kehilangan duit yang banyak sangat2, tapi dalam bentuk cek!
Ajip: Bijak! Beg kulit yang kelas ada jenama, yang penuh dengan cek!
Imah: Tak, bukan beg macam tu
Ajip: Tak?
Imah: Beg macam tu mudah tarik perhatian. Orang lain boleh nampak dulu dan tahu pasal isi dia
Ajip: Orang lain boleh jadi nampak dulu, tapi tak tahu pun apa yang sebenarnya?
Imah: Iye. Jadi dia orang abaikan je. Kotak! Kotak yang nampak biasa je
Ajip: Tapi, awak ni seorang perempuan yang penyibuk, jadi mestilah kena intai jugak apa yang ada dalam kotak yang nampak biasa je tu, kan?
Imah: Bukanlah, bodoh. Saya seorang wanita yang bersifat keibuan, yang prihatin, jadi dengan semulajadi je pergi siasat apa yang mungkin ada dalam kotak tu, yang diletak bersepah je
Ajip: Hm, ye lah... kotak tu tertinggal dalam bilik hotel yang kita sewa untuk malam tu! (tersengih lebar)
Imah: Tak! Kalau kotak tu tertinggal dalam bilik hotel oleh orang yang sewa bilik tu sebelum kita, pekerja hotel mestilah dah jumpa kotak tu masa berkemas sebelum tetamu lain masuk, bodoh!
Ajip: Hm, betul gak...
Imah: Kotak biasa yang penuh dengan cek tu, tertinggal oleh putera Arab yang kaya dan kacak tu, atas bot mewah yang dia naik untuk percutian di musim luruh...
Ajip: Hebat! Orang lain tak cukup prihatin nak terfikir dalam kotak biasa tu ada barang sangat berharga, dan di situ pun takde pekerja tukang kemas yang mungkin terjumpa kotak tu dulu...
Imah: Tukang kemas ada, kalau bot mewah tu pulang berlabuh. Tapi untuk keadaan ni, takde pekerja sebab bot tu belum berlabuh
Ajip: Eh... kalau bot mewah tu belum berlabuh, macam mana putera raja tu boleh turun dari bot dan tertinggal kotak mahal dia tu?
Imah: Ini kan putera raja yang teramat sangat kaya tahap mega, bodoh! Mestilah dia tinggalkan bot mewah tu naik salah satu dari berapa banyak helikopter peribadi dia ada! Kita pun sama bercuti atas bot mewah tu, jauh kat laut dalam, tapi dia terpaksa cepat-cepat pergi
Ajip: Wah... sempoi... kita bercuti di musim luruh dengan seorang putera raja Arab, atas bot mewah, jauh di tengah2 Laut Mediterranean di selatan Perancis. Sah awak memang seni!
Imah: Iye, tapi cuma hadkan “di selatan Perancis di Laut Mediterranean.” Jangan nak berlagak pandai sangat, pergi beri koordinat ke apa ke. Kita bukannya bagus sangat pasal geografi ke atau apa2 pasal laut
Ajip: Ha 'ah. Sentuh sepintas lalu je...
Imah: Betul. Sekarang ni, disebabkan putera raja tu kena tiba2 pergi, mungkin sebab projek mega-giga dia yang penting sangat, sebab tu lah dia tak boleh tunggu bot balik pelabuhan, sebaliknya suruh helikopter peribadi datang angkat dia pergi, itulah yang sampai terlupa pasal kotak dia yang nampak biasa je tu. Itu yang tertinggal atas bot; itu yang saya secara tak sengaja terjumpa
Ajip: Setakat ni semua cantik!


....... akan bersambung.......
adakah cerita putarbelit Ajip dan Imah akan terus jadi lebih cantik?
nantikan Bahagian 3 kelas mereka sebagai penutup lubang tempat kita mengintai...








MALAYSIAN JUDICIARY 101 (KEHAKIMAN 101)


MALAYSIAN JUDICIARY 101 (KEHAKIMAN MALAYSIA 101)


MALAYSIAN JUDICIARY 101

Prof: Good morning students! Welcome to Malaysian Judiciary 101. If this is not the course you registered for, please leave silently now...
For the rest of you, let us get straight to the basics.
Now, listen very carefully and get this implanted firmly in your head;
this is very very important.
In Malaysian Judiciary, only 2, i repeat, only 2 key phrases are the most important, which you would, more often than not, encounter throughout the entire lifetime of your career in the judiciary, and which you must always be well versed with at all material times.
And, listen carefully, you must quote these 2 phrases spontaneously
and quickly whenever and wherever the need calls for their disposal.
ONLY THESE TWO PHRASES COUNT.
None other matters.
Remember them now, these 2 key phrases are:
1. not relevant; and
2. correct, correct, correct!
now do all of you understand what i have just said?

Students: Yes, sir!

Prof: Well... let's see... if this gentleman sitting in front here (pointing to a student) decides to say some other phrases in this class, then he would be...?


Students: Not relevant!

Prof: Very good! Okay, so if then I deliver my judgment and kick his irrelevant behind out of my class, my sentencing would be...?



Students: Correct, correct, correct!

Prof: Very, very good indeed! I see all of you passing my class at the end of the semester with flying colours already, no worries!


(KEHAKIMAN MALAYSIA 101)

Prof: Selamat pagi semua! Selamat hadir ke Kelas Kehakiman Malaysia 101. Jika ini bukannya kelas yang kamu daftar, sila tinggalkan kelas dengan senyap sekarang...
Untuk yang lain2, mari kita terus pergi ke pelajaran asas.
Sekarang saya nak kamu dengar betul2 dan tanam kukuh2 dalam fikiran kamu; ini sangat2 mustahak.
Dalam Kehakiman Malaysia, cuma 2, saya ulang, cuma 2 katakunci yang paling mustahak, yang kamu akan sentiasa jumpa sepanjang jangkahayat kerjaya kamu dalam bidang kehakiman, dan yang kamu mesti sentiasa fasih setiap mana2 waktu.
Dan, dengar baik2, petik katakunci ini dengan spontan dan cepat, bila2 dan mana2 saja keperluan timbul untuk keduanya digunakan.
CUMA DUA KATAKUNCI INI SAHAJA YANG DIAMBILKIRA.
Yang lain2 tidak mustahak.
Ingatkan keduanya sekarang; katakunci ini adalah:
1. tak relevan; dan
2. correct, correct, correct!
kamu semua faham sekarang apa yang saya baru perkatakan?

Penuntut: Ya, prof!

Prof: Baik... mari kita lihat... jika pemuda di depan ini (menunjuk ke arah seorang pelajar) memilih untuk menyebut sesuatu perkataan yang lain dalam kelas ini, maka dia adalah...?

Penuntut: Tak relevan!

Prof: Bagus! Okey, jadi jika selepas itu saya menyampaikan penghakiman dan menendang punggungnya yang tak relevan itu keluar dari kelas saya, maka penghukuman saya adalah...?

Penuntut: Correct, correct, correct!

Prof: Memang bagus! Saya tengok semua kamu memang lulus kelas saya di akhir semester dengan cemerlang sekali, tiada sebarang kekhuatiran!



___________________________________________________________

DULU (BEFORE) ...


Mengenang Kembali... (Thinking Back...)



Glokal: Yang di Mongolia pun Bedal! (Glocal: Grab Even From Mongolia!) klakka-la.blogspot

Retorika, Retorika... (Rhetorics, Rhetorics...)
Pemanis di Bibir, Pemanis di Bibir... (Sweet Nothings, Sweet Nothings...)
Dulu, Kini dan Selamanya... (Before, Now, and Forever...)
50+ tahun dahhh...!!! (50+ years alreadyyy...!!!)


___________________________________________________________


HOW TO LIE 101 (BAGAIMANA MENGELENTONG 101)


HOW TO LIE 101
(BAGAIMANA MENGELENTONG 101)



Surely many of us have been intrigued by the sheer number of ordinary people who have fallen victims to all sorts of lies, day after day. We may wonder how could people on the street be so gullible and be taken in hook, line and sinker, not that many of these suckers are not educated? Well, the people who believe all the lies may be educated with college degrees and all, but take note that so are the liars! To know how good these liars are, we proudly invite our readers to have a peek at a class that specially teach the art of lying through one's teeth. Come, now.
(Note: Names have been omitted/altered to protect privacy of the individuals)








EXCLUSIVE!

HOW TO LIE 101


Prof: Welcome to my class teaching the basics of “How To Lie”! To start our lesson, I want you to partner the student sitting next to you, so you will do this first assignment in pairs. Do you know why I ask you to do it in pairs?

Ajip: Because you want us to know our classmates better?
Prof: Not quite. One of the basics of lying convincingly is for you to tell one lie, and for another person to corroborate with you and tell the exact same lie. Two persons telling the same thing is much more believable, whether the story told is a lie or the truth. This is called reinforcement


Ajip: Then, why only in two's? Wouldn't 3 or more people telling the same thing be even more reinforcing, more believable, prof?

Prof: Good question. It may be more reinforcing, but you have to know that another basic of a solid lie is that everything that is told in the lie must be the same when told by each person. The problem is, more persons involved means more persons to deal with. And different persons have different qualities, different outlooks, different motives ultimately. A solid lie has several very detailed elements to make it fall in place nicely without any gap that can be penetrated arising from what is initially a slight suspicion. At the same time, a good lie intentionally omits some details, keeping those particulars either totally silent, or just skimmed at the surface, avoiding any invitation to probe those areas further. Now, one person may be able to remember every particular that is supposed to be presented to make up the entire lie. Another person may only be able to memorize 95% of the same details. That 5% mismatch could spell danger for your bluff to be exposed. Keeping it to only 2 people means you have greater control. You can find the right partner with the right qualities to corroborate with you. Too many persons in a corroboration can backfire; as they say, “too many cooks spoils the broth.” In a lie, this possibility is magnified many times over, because what you are going to say is something that is intangibly made up. It is not real facts of things that you really see, which are fortified further in our brain as visual memories. Once the other person say it slightly differently, and this gets discovered, and he gets pressed on this detail - which is one of the basic operating procedure in an interrogation - he may start to get confused himself and start to say out things even more differently, or he may simply crack and admit he has been lying! Do you understand now?











Ajip: Yes, prof. I shall pair with Miss Imah then (grinning wide)

Imah: Very well. I'll partner Ajip, prof

Prof: So everyone has a partner now, good. Now, I want each pair to work together to come up with a write-up of a speech, any speech, that will be, well, honestly speaking, full of lies

Ajip: Ha ha. Good pun, prof!
Prof: However, I want you to strategize carefully, to make your speech a structured pack of lies with the aim to deceive the majority, if not all, of your audience



Imah: That'll be a cinch, prof!
Prof: Excellent! Let's get started and see your conniving creativity then
Ajip: So, Imah, you sounded very confident; what do you propose we write?


....... to be cont'd.......
what deceit and lies will Imah and Ajip write about?
wait for Part 2 of this class coming soon...


Sudah tentu ramai antara kita rasa takjub mendengar betapa ramai orang2 kebanyakan yang ditipu dan tertipu dengan pelbagai ragam pembohongan dari hari ke hari. Kita tertanya2 bagaimanakah orang2 ini terlalu mudah mempercayai kata2 manis atau omong2 kosong, sedangkan ramai antaranya bukanlah tidak berpelajaran? Sebenarnya, walaupun yang tertipu itu dari kalangan berpengetahuan hingga ke tahap sarjana kolej dan sebagainya, tetapi mesti diingat, para penipu juga tidak kurang hebat! Untuk mengetahui bagaimana bijak kaki2 tipu ini, kami berbesar hati mengajak para pembaca mengintai sejenak sebuah kelas yang khas mendidik bagaimana untuk menipu dengan sangat berkesan hingga tidak boleh dikesan! Jom.
(Catatan: Nama2 telah dipadam/ubah demi mengelak gangguan peribadi terhadap individu2 terbabit)

EKSKLUSIF!

BAGAIMANA MENGELENTONG 101

Prof: Selamat menghadiri Kelas Asas “Bagaimana Mengelentong.” Sebagai memulakan pelajaran, saya mahu kamu berpasangan dengan pelajar yang duduk bersebelahan; oleh itu, tugasan pertama ini akan dilakukan secara berdua. Kamu tahu mengapa perlu berpasangan?
Ajip: Sebab prof mahu kami lebih mengenali rakan sekelas?
Prof: Tidak tepat. Satu dari asas menipu dengan meyakinkan ialah, kamu menipu tentang sesuatu, dan seorang lain bersekongkol dengan kamu dan menyatakan penipuan yang benar2 sama. Dua orang bercerita perkara yang sama adalah lebih mudah dipercayai, samada cerita itu bohong mahupun benar. Ini dikenali sebagai penambahkuatan
Ajip: Jika begitu, kenapa berdua saja? Bukankah 3 orang atau lebih bercerita perkara sama ia akan lebih bertambah kuat, lebih dipercayai, prof?
Prof: Soalan yang bagus. Itu mungkin lebih, tapi kamu juga perlu tahu, satu lagi asas penipuan yang jitu ialah, setiap sesuatu yang diceritakan dalam tipudaya itu mesti serupa dan sama bila diceritakan oleh setiap yang terlibat. Masalahnya, lebih ramai terlibat, lebih ramai pula yang perlu diuruskan. Sedangkan lain orang maka lain pula mutu, lain pemikiran, lain matlamat akhir. Satu penipuan yang jitu mesti ada beberapa intipati yang sangat terperinci supaya keseluruhan cerita itu bertaup rapat tanpa ada ruang2 jarang yang boleh ditembusi dengan apa yang awalnya cumalah sedikit keraguan. Walhal, penipuan yang kemas juga sengaja meninggalkan beberapa perincian, samada langsung tidak menyebut perkara terbabit, ataupun sekadar menyebutnya secara sepintas lalu sahaja, dan mengelak dari mengundang sebarang perbincangan lanjut berkaitan aspek tersebut. Orang pertama mungkin mampu mengingati setiap perincian yang perlu disembahkan untuk membentuk keseluruhan pembohongan itu. Seorang lain mungkin hanya dapat mengingati 95% perincian sama. Perbezaan 5% itu mungkin cukup untuk membongkar penipuan kamu. Menghadkan ahli komplot kepada 2 orang bermakna kamu lebih berupaya mengawal keadaan. Lebih mudah mencari pasangan sesuai dengan kualiti yang sepadan. Terlalu ramai yang bersekongkol mungkin membawa padah akibat terlalu banyak kerenah. Dalam penipuan, kemungkinan ini berlipat-ganda, kerana apa yang hendak diperkatakan cumalah suatu rekaan yang ghaib. Ia bukan fakta sebenar berkenaan sesuatu yang kamu lihat dengan sebenarnya, yang boleh diperkuatkan dalam otak kita sebagai ingatan penglihatan. Sebaik sahaja seorang lain bercakap sesuatu yang hanya sedikit berbeza, dan ianya disedari, seterusnya dia ditekan lebih lanjut berkaitan perincian ini – yang merupakan salahsatu kaedah asas dalam sebarang soal-siasat – dia sendiri akan mula keliru lalu semakin berkata2 yang lebih berbeza, ataupun dia gagal bertahan dan terus mengaku penipuannya! Kamu faham sekarang?
Ajip: Ya, prof. Kalau begitu, saya berpasang dengan Cik Imah, lah (tersengih lebar)
Imah: Baiklah. Saya akan berpasangan dengan Ajip, prof
Prof: Bagus, semua sudah ada pasangan masing2. Sekarang saya mahu setiap pasangan bekerjasama menghasilkan satu penulisan ucapan, sebarang ucapan, yang akan, secara jujur saya katakan, penuh dengan pembohongan
Ajip: Ha ha, klakka-la prof!
Prof: Tetapi, saya mahu kamu mengolah strategi dengan rapi untuk membentuk ucapan yang mengandungi pembohongan tersusun, dengan tujuan mengelentong kebanyakan pendengar kamu, jika bukan kesemua mereka
Imah: Itu senang saja, prof!
Prof: Bagus! Mulalah dan serlahkan bakat seni kelentong kamu

Ajip: Jadi, Imah, awak yakin sungguh; apa yang awak cadang kita tulis?


....... akan bersambung.......
apakah penipuan dan putarbelit bakal ditulis mereka?
sila nantikan Bahagian 2 kelas ini tidak lama lagi