KELUH LAGI 1MALAYSIA

1Malaysia, 1Liter, 1Kilo


Dipetik seluruh isinya (dari utusan online)
Ditelan pahit rasanya (bagi semua rakyat masing2 agama/bangsa lain2)

ARKIB : 07/07/2010
Elaun pelantikan dan tamat perkhidmatan speaker RM10,000

07/07/2010 7:49pm

KUALA LUMPUR 7 Julai – Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat kini layak menerima pemberian pelantikan yang sama jumlahnya dengan pemberian tamat perkhidmatan sebanyak RM10,000 berkuat kuasa 1 Mei lepas.

Manakala Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara pula layak menerima RM7,500 bagi elaun yang sama.

Pemberian pelantikan dan pemberian tamat perkhidmatan itu merupakan elaun baru yang terkandung dalam Kertas Statut 49 dan 50 Tahun 2010 bagi elaun dan keistimewaan speaker dan timbalannya yang diedar kepada Ahli-Ahli Parlimen pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Selain itu, Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat layak menuntut bayaran perpindahan rumah sebanyak RM5,000 jika berpindah ke rumah yang dibeli melalui Skim Pinjaman Perumahan atau berpindah ke rumah kerajaan atau rumah yang sewanya dibayar oleh kerajaan atau sebaliknya.

Elaun baru yang lain bagi yang dipertua dan timbalan yang dipertua ialah mereka layak dibekal dengan personal data assistant (PDA) bernilai tidak lebih RM3,500 seunit setiap tiga tahun.

Mereka serta isteri atau suami layak diberi kemudahan tambang kapal terbang kelas satu dan kelas ekonomi untuk tiga anak yang masih dalam tanggungan mereka.

Elaun-elaun yang dinaikkan pula ialah Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat menerima kenaikan elaun keraian daripada RM7,000 kepada RM9,860 sebulan.

Mereka turut menerima kenaikan elaun pembantu rumah dari RM2,000 kepada RM2,500 sebulan atau dibekalkan dengan empat orang pembantu rumah, termasuk seorang tukang kebun, manakala timbalan yang dipertua pula menerima kenaikan daripada RM1,000 kepada RM1,500 sebulan.

Kenaikan lain membabitkan elaun pakaian panas daripada RM2,000 sekali dalam tempoh tiga tahun kepada RM6,000 untuk speaker dan daripada RM1,500 kepada RM3,000 bagi timbalan speaker.

Mereka turut menerima kenaikan elaun pakaian rasmi daripada RM1,000 sekali dalam tempoh tiga tahun kepada RM1,500. – Bernama


rakyat didulukan - untuk berebut2 yang ciput2
rakyat didulukan - untuk dipotong dari ditolong

LAWAN TETAP LAWAN! UNTUK MENGHAPUSKAN PENIPUAN & PENCABULAN. UNTUK KEBAIKAN & KEADILAN SEMUA.
 
Ketawalah anda sebelum BN sendawa dengan subsidi anda. www.klakka-la.blogspot

catatan: jangan lupa jenguk satu lagi blog saya,
klickdefella (klakka-la)
dan 'klick' jawapan2 anda untuk kuiz, undian atau bancian tersedia
(di masa hadapan anda mungkin bertuah memenangi sesuatu hadiah)
___________________________________________________________

Orange Slice


And The Orange Got Squeezed


What Did It Take To Transport The Orange Out At The Finals?

Answer:

Iklan Sisipan: Katakan Tak! Pada Katak! (Side Advert: Say No! To Frogs). klakka-la.blogspot
4 Yellow Vans (namely Van Der Wiel, Van Bronckhorst, Van Bommel, and Van Persie), and undeniably that 1 eventual Red Card that left their defense gaping open, which led to Iniesta being not once, but twice, left unmarked at far right in that one particular sweeping Spanish attacking move - the first time, a lob attempt by Torres to pass the ball to him was cut out by a defender, but whose weak header fell to Xavi's feet, only for Xavi to complete the second attempt to get the ball to Iniesta who has, all that time, practically standing still on the same spot, just awaiting for the ball to arrive to his feet.

Yup, a dirty Final, started by the Orange, mind you, and which also cost them dearly in the very end.

Bye South Africa. Hope the pressing urge to legalize football/sports betting in this country is ended completely too. Hope there'll be less controversies come Brazil 2014.


**********************************************************

LAWAN TETAP LAWAN! UNTUK MENGHAPUSKAN PENIPUAN & PENCABULAN. UNTUK KEBAIKAN & KEADILAN SEMUA.

___________________________________________________________

Kesah Ong-Ong


Hikayat 2 Ong-Ong (Bahagian Akhir)


baca Bahagian Pertama di sini:
Kesah Ong-Ong - Hikayat 2 Ong-Ong (Bahagian 1), July 7, 2010

************************

Bab 3 - Bangunan Persatuan Warga Tak Cukup

Dalam pada tu, angin putingbeliung pun reda semula, lalu Si-katak zah-Ong-rain pun hampir jatuh tersembam ke tanah, tapi kerana dia seekor katak, maka dapatlah dia melompat sebelum tersembam. Dia terus melompat2 lagi dalam hujan yang masih lebat, masih gembira tak keruan, hinggalah dia sampai ke bangunan persatuan warga tak cukup (pwtc) yang tinggi tersergam cuma sepelaung dari kolam kumbahan...

Si-Katak zah-Ong-rain melompat2 ke sana ke mari dalam kesukaan hingga sampai ke bangunan persatuan warga tak cukup (The Frog zah-Ong-rain leaping here and there in ecstasy until he reaches the pwtc building). klakka-la.blogspot

zah-Ong-rain mengabaikan sahaja satu persoalan yang muncul dalam kepala hotaknya sendiri, gerangan apakah yang sebenarnya tidak cukup bagi warga  persatuan ini, sebaliknya terus melompat masuk dalam bangunan pwtc sebab dia pun dah lama sangat bermandi hujan, hinggakan badannya pun dah mula terasa sejuk dan kembang. Darahnya, tak perlulah nak cakap lagi, memang dah sekian lamanya sejuk sejak azali. Tapi, suka hatinya belum reda, dan ligat lompatnya belum kurang, Si-katak zah-Ong-rain terus lompat melompat, hatta tanpa disedarinya dia dah pusing2keliling keseluruhan dalam bangunan pwtc, dah panjat turunnaik 2-3 escalator, tanpa sedikit keletihan pun, dan tiba2 dah sampai ke suatu dewan!

Dewan itu agak penuh. Malah zah-Ong-rain perasan terdapat kehadiran ramai jurugambar dan wartawan dari 3-4 syarikat akhbar dan dari stesen radio dan stesen tv. Si-katak zah-Ong-rain bertambah2 lebar senyumnya. Memang Ong besar hari ni! Ong besar, Ong, Ong! sorak hati zah-Ong-rain...

Sebenarnya dalam dewan ketika itu persidangan sudah ke penghujung. Tak berapa lama lagi akan diadakan sesi bergambar kenangan pula. Sebelum ini, persidangan agak hingar kecoh dan panas waima di dalam dewan berpuluh pendinginhawa kuasa besar tiada henti bekerja keras dan di luar dewan hujan lebat juga mencurah2 tiada henti. Banyak punca kekalutan dan kehangatan itu.

Ada yang mengherdik mendakwa sekumpulan melayu kaki perkosa. Ada lain menempik menuduh sekumpulan cina pendatang-jadi-pelacur. Ada pula lagi menjerit menuding sekumpulan india pendatang-jadi-pengemis.

Ada bertegang uratleher, terjelir lidah, bersembur airliur, sambil menghunus keris beberapa lok yang panjang setiap loknya adalah 10 kali lidah sendiri.
Ada menangis berlinang2an kerana dah lama dah nak berhenti buat kerja.
Ada menangis teresak2 kerana tak nak oranglain berhenti buat kerja dia.
Ada menangis merah2mata kerana baru nak lawan ketua dah kena berhenti.
Ada yang baru jadi ketua baru nak tunjuk kuasa dah kena berhenti.
Ada yang baru jadi timbalan ketua nak tunjuk kuasa dah kena buang.
Ada yang lama jadi ketua nak tunjuk kuasa, dah hirukpikuk orang membenci.
Tapi ada juga yang tak puashati dengan ketua lama lagi tua yang lebih2 tunjuk kuasa, lalu sekitar 5ribu dari mereka bersama2 melepaskan gas beracun serentak secara senyap2 sambil bertafakur sebagai tanda protes!

gambar arkib: chip mengarahkan 40penyamun pergi salon rambut (archived pic: The Chief orders the 40thieves to go to hair salons). klakka-la.blogspot
Sekadar gambar hiasan, diambil daripada arkib penulisan saya terdahulu iaitu:
 Walau apa pun jerittempik, walau apa pun pertengkaran, tetapi persidangan telah diberi satu amaran dari awal2 lagi: Senyap, jangan sebut sedikit pun apa2 jua secara langsung mahupun secara sinis, atau tanya apa2 soalan yang menjurus pasal seri muka datuk tua kerepot separuh botak dan beruban yang mempengerusikan persidangan, yakni Tok Ketua Sidang, yang pipinya merah laksana ulas2bibirnya sendiri bila2 sahaja dirinya digosipkan dengan wirawati selebriti Tun Tuya! Biarlah wirawati Tun Tuya yang telahpun banyak purnama beredar, pergi dengan aman tanpa masih ada hingarbingar. Letakkan ia dalam kelas perkara remeh yang tidak boleh dibuang masa melayannnya, perkara remeh yang tidak boleh disoal apatah lagi dijawab. INGAT: JANGAN BANGKIT, JANGAN LAYAN, JANGAN TANYA, JANGAN JAWAB! Ini arahan keras dulu, kini dan selamanya. Banyak lagi isu lain yang perlu diselesaikan demi bangsa, agama dan negara!

Lalu persidangan makin tamat. Jerittempik kian perlahan. Bukanlah tiada lagi masalah, tiada lagi tuduhan, tiada lagi perbalahan, tetapi cumalah kerana kebanyakannya dah kehilangan suara, tiada apa lagi yang keluar kecuali bunyi dengusan.

Ketika di penghujung ini lah ahli2 persidangan berbincang samada mereka perlu menghantar ejen lembu ke london untuk menentukan harga sesuai jika ingin membeli seekor kambinghitam baka istimewa. Diberitakan kambinghitam ini hanya boleh dijumpai di sekitar negara india dan thailand, walaupun ada juga yang cuba di seludup masuk ke kotaraya singa sebelum ini. Adapun khabar menyatakan kambinghitam ini banyak kelebihan kerana mempunyai beberapa ilmu kepandaian dan akan diperagakan di kota london setelah diterbangkan khas. Ejen lembu diakui telah lama dan banyak berpengalaman mengkaji dan meneliti lembu2 yang digunakan untuk tujuan korban, lalu dirasakan sesuai jika dihantar ke kota london bagi mengkaji berapa harga belian yang patut untuk kambinghitam istimewa itu, apakah pula akan dilakukan berikutnya jika kambinghitam dapat dibeli, samada ingin dikekalkan sebagai 'bapa baka' ataupun terus saja disembelih jadikan korban.

Dalam pada ahli2 persidangan tengah berbincang samada hendak menghantar ejen lembu ke kota london ini lah, tiba2 saja melompat masuk seekor katak kodok besar dan tua, tak lain tak bukan itulah Si-katak zah-Ong-rain dengan senyumnya selebar kuali memasak dodol menjelang hariraya.

************************

Bab Akhir - Bodek Jadi Bidik

zah-Ong-rain melompat2 naik escalator sebentar tadi, kemudian melintas melepasi sebilangan pemuda2 yang setiapnya samada berjubah, berserban, berkopiah, atau bersongkok, ada 3-4 orang kelihatan mengisi sesuatu borang, yang lain kesemuanya tercegat berdiri dalam beberapa kelompok kecil sambil berbisik2, sepanjang2 laluan koridor dari escalator hinggalah ke lobi luar dewan. zah-Ong-rain agak gerun melihat mereka, maklumlah dia seekor sahaja, berbanding mereka yang ramai. Dia ada terdengar kerani menyebut 100 orang, wartawan menyebut 40 orang, dan sekumpulan pemuda lain menyebut sebenarnya 36 orang saja yang tinggal, setelah beberapa ramai lagi dah cabut lari. Apa pun, bilangan mereka tetap berpuluh2, berbanding dia yang cuma seekor. Itu menggerunkannya.

Si-katak zah-Ong-rain pun bergegas melompat2 tanpa menoleh kirikanan, terus masuk dewan, mengharapkan perlindungan di dalam. Sebaik masuk dalam dewan, zah-Ong-rain perasan di sebelah tepi berhampiran dinding ada 2 perkara utama yang paling menarik:
1. ramai wartawan dan jurugambar - bolehlah dia 'enter frame' maka dapat menayangkan muka yang dirasakan cukup kacak itu dalam akhbar, majalah dan tv - FREE!
2. banyak bungkusan styrofoam - ini mesti nasicampur atau nasilemak atau nasigoreng, atau paling kurang pun meehoon goreng, maka dapatlah dia menikmati makanan - juga FREE!

Lalu Si-katak zah-Ong-rain pun terjerit2 sendiri dalam hatinya: Sesungguhnya hari ini adalah hari paling Ong bagi diriku! Terbang: free! Makan minum: free! Pergi sana lompat sini: free! Masuk dewan duduk hotel: free! Kalau aku bawak anakbini aku terbang sama2 tadi: pun free! Kalau aku bawak anakbini aku makanminum sini: pun free! Ah, kalau semua free, semua belanja aku, belanja anakbini aku, semua ditanggung, tak perlulah aku risau2 pasal diskaun atau subsidi! Apa aku kesah kalau subsidi nak kena potong ke, subsidi nak kena tarik berperingkat2 ke! Yang penting, aku sendiri tak perlu keluar duit belanja! Ah, semua free! Ah, aku memang lucky! Memang, memang lucky hari ini! Aku memang Ong besar hari ni! Ong besar, Ong, Ong!

Tetapi sebaik saja zah-Ong-rain menoleh semula ke depan dan menghalakan pandangannya ke tengah2 dewan di mana ahli2 persidangan berkumpul, dia juga mula perasan 1 lagi perkara menarik: Ahli2 persidangan yang tadinya rancak membincangkan untuk mendapat keputusan muktamad samada akan menghantar ejen lembu ke kota london demi mengkaji kambinghitam istimewa, kini semua terhenti terlopong melihat kemunculan zah-Ong-rain.

Apa lagi, sekunyung2 itu juga Si-katak zah-Ong-rain terasa betapa hebat dirinya, seolah kemunculannya memang dinanti2, dan sebaik dia muncul, maka semua kena berhenti bercakap dan berhenti dari meneruskan apa2 kerja yang sedang dialakukan, sebagai tanda hormat! Ah, hari ini akulah superstar! Bintang besar, Ong besar, Ong, Ong! Hati zah-Ong-rain melonjak2.

Dengan rasa bangga dan kagum pada dirinya sendiri, Si-katak zah-Ong-rain pun merasakan dia harus mengeluarkan sedikit kenyataan, memberi ucapan, kerana nampaknya persidangan begitu ternanti2 dia membuka mulut.

Maka zah-Ong-rain pun lantas melompat dalam kegembiraannya yang amat sangat itu, lalu dengan sekali lompat yang penuh bersemangat sahaja maka zah-Ong-rain telahpun tercongok atas pentas ucapan dengan basahkuyup tapi penuh bangga! Dia hanya mengambil masa 2-3saat sahaja untuk menoleh keliling dewan bagi melihat2 semua kehadiran yang tercengang melopong. Tanpa membuang masa, zah-Ong-rain lantas melekapkan mulutnya ke corong mikrofon, seraya berkata dengan penuh semangat, bangga dan lantang:
ONG! ONG! ONG!
Terjemahannya: Yang dihormati semua yang dihormati, yang berhormat, yang kehormat, yang terhormat, yang berseri, yang menyeri, yang tak sengaja seri, yang seri masa tambahan tapi frust menonggeng kalah penalti macam ghana, tuan2 dan puan2, encik2 dan cik2, datok2 dan nenek2. Semua yang di dewan, dengarlah syor terhebat tak lain tak bukan datang dari saya! Saya katakan, hantar segerombolan ejen2 lembu ke kotaraya london dan pergilah siasat serapi2nya siapa tuan gembala kepada si-kambinghitam selama ini! Bila kita tahu siapa tuan gembalanya: kita akan tahu siapa ibu susunya lalu kita tahu apa jenama, jenis, gred dan jumlah susu minuman yang selama ini membentuk tulangtemulangnya lalu kita tahu kualitinya dan bagaimana tegapnya si-kambinghitam ini; kita juga akan tahu di mana ladangkandang si-kambinghitam lalu kita tahu padangragutnya lalu kita tahu apa jenama, jenis, gred dan jumlah rumput makanan yang selama ini membentuk daging2ototnya lalu kita tahu kualitinya dan bagaimana gagahnya si-kambinghitam ini. Arakian, kita lantas tahu keputusan samada kita perlu terus pelihara dia sebagai 'bapa baka', atau kita sembelih sahaja si-kambinghitam jadikan korban hariraya akan datang!
Si-katak zah-Ong-rain meluap2 semangat bangganya lantaran bercakap lantang terusmenerus tanpa tersekat2 sedikit pun suaranya sehingga selesai segala apa buahfikirannya. Kemudian dia melompat sekali, tegak ke atas, ala2 gaya victory leap michael schumacher di podium sebaik memenangi lumba di litar sepang yang berharga berbillion ringgit dibina sebagai tempat khas untuk 22 orang berlumba2 sekali sahaja setiap tahun, selalunya dalam hujan, jauh berbeza daripada satu padangrumput biasa berharga ribuan ringgit sahaja yang boleh diguna oleh 22 orang berkejar2 dengan sebijik bola berulang2kali sepanjang tahun, walaupun dalam hujan. zah-Ong-rain tidak teringat pun pasal michael schumacher dan kehebatannya berlumba dalam hujan, atau pasal world cup south africa 2010, dia cuma sangat gembira dan puas setelah dapat menyuarakan isihatinya kepada semua ahli2 sidang terutama kepada Tok Ketua Sidang!
 
Tetapi semua ahli persidangan masih tercengang melopong lagi.
 
Si-katak zah-Ong-rain mula tertanya2 hatta begitu pula rupa tindakbalas mereka masing2 mendengar syor hebat darinya?
 
30saat yang panjang berlalu, lalu akhirnya kedengaran terketar2 suatu suara lemah tiada cukup maya dari bahagian tengah kumpulan ahli sidang:
Hey katak! Tuan gembala yang kamu suruh selidik itu baru sahaja memberi arahan di awal persidangan ini tadi - Jangan bangkitkan apa2 soalan yang menjurus balik kepada kisah wirawati Tun Tuya yang telah lama berlalu meninggalkan kita semua! Tak dengar ke atau kamu pekak badak, katak?!
 
Ahhhh....! Satu keluhan perlahan daripada semua ahli2 sidang bergema seluruh dewan.
 
Satu suara lain pula menyahut: Ya! Soalan kamu tu tak lain tak bukan perihal kesah silam Tok Ketua Sidang dengan wirawati! Kamu nak mati katak ke?!
 
Ohhhh!!!! Keluhan dalam dewan bergema setakuk lebih kuat.
 
Si-katak zah-Ong-rain terpinga2. Apa pula kenamengena si-kambinghitam dengan Tok Ketua Sidang dengan wirawati Tun Tuya dengan apa yang saya sarankan? Soalnya perlahan, kebingungan.
 
Satu lagi suara pantas menjerit: Wirawati ialah ibususu kambinghitam!
 
Senyapsunyi seluruh dewan hingga jelas kedengaran bunyi setiap titik2 hujan memukul atap bumbung bangunan persatuan warga tak cukup.
 
Seperti kilat yang menyabung di luar, sepantas itulah juga sertamerta airmuka Si-katak zah-Ong-rain yang tadi penuh semangat bangga hingga terlompat2 ingin membodek Tok Ketua Sidang dan rakan2nya dengan satu syor paling bijak pada fikirannya untuk membantu memuktamadkan permasalahan masadepan si-kambinghitam, terus bertukar merahpadam malu, kecewa dan kecutperut semuanya bercampur serentak. Ternyata dia ketinggalan bas malah keretapi lantaran tidak tahumenahu cerita keseluruhan, mungkin akibat lama dia tidak membaca akhbar atau menonton televisyen dari aliran perdana yang sudah pasti memuatkan pelbagai rencana dan dokumentari lengkap berkenaan isu ini sebagai berita utama mereka yang sentiasa hebat2 berkenaan Tok Ketua Sidang. Baru kini dia sedar sesungguhnya si-kambinghitam, wirawati Tun Tuya dan Tok Ketua Sidang rupa2nya ada ikatan trilogi yang sensitif lagi rahsia dan tidak sekali2 boleh diungkit dan digembargembur. Wirawati selebriti Tun Tuya ialah ibususu kambinghitam, maknanya wirawati juga telah dipupuk dan dibela baik selama ini oleh tuan gembala si-kambinghitam, yakni Tok Ketua Sidang - kedua2 kambinghitam DAN wirawati adalah empunya Tok Ketua Sidang ! Habis, habis! Aku baru saja membongkar rahsia Tok Ketua di depan ribuan telinga! Hajat hati ikhlas nak membodek Tok Ketua Sidang, rupa2nya aku baru membidik Tok Ketua! Macam friendly fire tentera amereka! Congak kepala hotak zah-Ong-rain laju. Kepala lututnya mula dirasakan bergoyang dan lembiklonglai serupa dengan perasaannya bila mendengar lagu2 melayu jiwang tangkaplentok kunun2nya dari genre 'rock' bermain di stesen2 radio.
 
Masa itu jugalah kelihatan pada pandangan matanya yang sudah mula kabur berpinar2 itu, susukbadan Tok Ketua Sidang bangun dari tengah2 ahli sidang, seraya memandang tepat lagi tajam selama beberapa saat yang sangat panjang kepada 3 anggota persidangan yang baru bersuara tadi, sebelum mengalih pandangan lebih tajam menikam pula kepada zah-Ong-rain di atas pentas. Tok Ketua mengangkat tangan kanan lalu mencapai sesuatu dalam sakunya.
 
Si-katak zah-Ong-rain terus rebah.

Sekadar gambar hiasan, diambil darip arkib terdahulu iaitu:
gambar arkib: Tok Ketua Sidang mengesat butir2 air yang terdapat atas mukanya sambil memberi jawapan: belum muktamad (The Conference Chief wipes off beads of liquid on his face whilst answering: not conclusive). klakka-la.blogspot
 Tok Ketua Sidang mengeluarkan sehelai kain saputangan lantas berulangkali mengesat butir2 air yang banyak terbentuk pada mukanya tanpa diketahui samada peluh muka (face sweat) atau air liur, seraya matanya memandang jauh, sangat jauh, tidak tahu mana berhenti arahtuju pandangannya. Beberapa minit berlalu, kemudian dengan diperhatikan setiap pasang mata ahli2 sidang dalam dewan yang masih tersenyapsunyi terpegun, Tok Ketua Sidang mula melangkah perlahan2 lalu keluar dari pintu dewan keluar dari pintu bangunan persatuan warga tak cukup, lantas memasuki malam yang hitampekat tanpa bulanbintang, malam yang dicurah hujanlebat tanpa henti. Tok Ketua Sidang lantas hilang tanpa berkata sepatah apa, lalu seakan serupa seperti wirawati Tun Tuya sebelumnya, Tok Ketua Sidang kekal hilang ke hari ini tanpa dilihat lagi.

************************

catatan peringatan semula:
Manusia, sepertimana juga segala kejadian & milik Tuhan yang lain - haiwan, tumbuhan, kuman, air, haba, bulan, debu, ilmu, harta dsbnya - bersifat baharu. Maksudnya berubah-ubah.
Kejap ada, kejap takde. Macam biskut.
Kejap di atas, kejap di bawah. Macam tayar.
Satu masa terang, satu masa gelap. Macam hari.
Sebentar sedikit, tiba2 banyak. Macam ombak laut.
Mula2 menang, kemudian kalah. Macam pilihanraya.

catatan tambahan:
1. Orang PPSMI kata: The only thing constant is change.
2. Zunar kata: How can I be neutral, even my pen has a stand?
3. Saya kata: Only those who truly understand, would make a true stand.

LAWAN TETAP LAWAN! UNTUK MENGHAPUSKAN PENIPUAN & PENCABULAN. UNTUK KEBAIKAN & KEADILAN SEMUA.


___________________________________________________________

Kesah Ong-Ong

Hikayat 2 Ong-Ong (Bahagian 1)


Permulaan Cerita

Bermulalah ceritera hikayat ini akan seekor haiwan kejadian Tuhan daripada spesis katak. Si-katak ini bernama zah-Ong-rain. Suatu masa yang agak panjang dahulu Si-katak zah-Ong-rain bermukim di bawah tempurung kelapa hotak dia yang amat disukainya...

Maka nak panjangkan ceritera, maka pada suatu hari tak semena-mena, maka sekali hangin punye kuat pun menyerbu alam katak2 dengan hujan 10x ganda lebih lebat dari hujan yang membanjiri KL petang tadi sampai puting... eh sampai putingbeliung... lalu tak disangka2 melayang lah tempurung kelapa hotak Si-katak zah-Ong-rain yang dah berlumut tu, terbang, terbang, terbang... PAP! tersangkut melekat la pulak atas kepala hotak soul-no-deen, seekor lagi dari spesis katak.

************************

Bab 1 - Kopiah Free

Si-katak soul-no-deen pun sekunyung2 terkejut jantunghatinya akibat tiba2 saja kepala gondolnya kena hempap! Adoi, sakit! Jeritnya dalam hati. Dalam kekalutan sekelipmata itu akal kepala hotak dia terus terfikir, kot2 inilah apa yang dia pernah terdengar masa zaman dia sendiri duduk bawah tempurung kelapa hotak pada suatu masa dulu, ada suara2 dari luar tempurungnya yang menyebut pasal seekor anak badak (atau anak gajah ke, dia kurang ingat), yang suara2 tu panggil sebagai Bikmama. Dia pernah terdengar suara2 di luar tu berbisik2 bercerita betapa dahsyat bengis rakus huduh dan gemokbulat anakbadak atau anakgajah ni yang suka menghempap sesiapa yang dia tak suka, lalu sertamerta soul-no-deen pun kaget dan takut teramat sangat lalu tercongok je terduduk tepi kolam kumbahan tu dah pucatlesu kaku tak bergerak2, sementara tempurung kelapa hotak zah-Ong-rain (yang disangkakannya adalah Bikmama menghempap dia tu) terus terpekup atas kepalanya dalam hujan maha lebat tu.

Si-Katak soul-no-deen tergamam kaku kecutperut menyangka dia dihempap anakbadak garang bergelar Bikmama! (The Frog soul-no-deen sits still in shock thinking that he has just been squashed underneath an always-angry baby hippo called Bikmama!). klakka-la.blogspot
Arakian lamanya Si-katak soul-no-deen tercongok tak bergerak2 tu, maka tempurung kelapa hotak asalnya milik Si-katak zah-Ong-rain tu yang tadinya hitam hijau berlumut berlendir, lalu bersih dibasuh airhujan yang mencurah2 tanpa henti sekian lama, lalu bertukar sifatnya jadi putih.

Pada masa sama, Si-katak soul-no-deen pun membuka sebelah mata dan memberanikan diri menjeling ke atas kepala hotak dia sendiri. Alangkah terkejut lagi tergembiranya Si-katak soul-no-deen bila dilihatnya yang tertangkup 'menghempap' kepala hotak dia bukannya anakbadak atau anakgajah, atau anakmalang sesiapa yang ditinggalkan ibumuda belasan tahun yang baru terberanak luarnikah, sebaliknya sudah hampir sejam tertangkup di kepala hotaknya itu hanyalah sebijik kopiah putih!

Arakian maha giranggembiranya hati Si-katak soul-no-deen terasakan dia baru menang loteri sebab tidak dihempap Si-garang Bikmama yang amat digeruni 1semesta! Malah sukarianya berganda tahap baru menang judi bola halal, sebab kini tak semena2 dia sudah dapat pula sebuah kopiah putih - FREE!

Si-Katak soul-no-deen gembira teramat sangat bila mendapati dia bukanlah dihempap anakbadak garang bergelar Bikmama! (The Frog soul-no-deen is extremely happy upon realising that he has not been squashed underneath an always-grumpy baby hippo called Bikmama!). klakka-la.blogspot
Lalu Si-katak soul-no-deen pun seraya menjerit2 kesukaan menghebohkan ke seluruh kolam kumbahan itu tentang nasib baik yang menimpa badannya. Ini hujan permintaan aku! Ini hujan panggilan aku! Ini hujan untuk aku! Ini hujan rahmat! Ini hujan Ong! Ini Ong! Ong, Ong! Jeritnya berulang2 sambil melompat2 heboh serata kolam kumbahan, tangannya tak lekang dari kopiah baru kebanggaannya. Dia terfikir juga nak melompat menuju ke taman menghijau tempat kediaman dia suatu ketika dulu, tapi puas dia cuba mengingatkan, kepala hotak dia tetap tidak dapat ingat jalan pulang, walaupun dulu dia lah salah satunya mandur paling kanan di taman indah itu dan sebagai mandur kanan dia selalu merasa terpanggil untuk berjalan ke sana ke mari sekeliling taman malah kawasan2 bersebelahan taman, untuk membuat demonstrasi bagaimana sepatutnya sesuatu pekerjaan dijalankan supaya memberi pulangan yang baik seperti yang diharapkan. Sambil terusmenerus melompat2 itu, soul-no-deen pun membuat keputusan: Persetankan tamanhijau itu, di sini banyak lalat berbagai spesis makanan eksotik kegemaranku, ada lalathalus, ada lalatbesar, ada lalathitam, ada lalathijau, ada lalatlangau, ada lalat tik-tik, ada lalat tsetse, semuanya lazat juicy, aku lebih gembira di kolam kumbahan ini! Lantas Si-katak soul-no-deen terus melompat2 gembira ke sana ke mari sekitar kolam kumbahan dalam hujanlebat dengan senyum melebar nampak gigi gusi dan lidahnya, sambil memegang megah 'kopiah' barunya berwarna putih itu, dan melompat lagi, dan lagi, sehinggalah ke hari ini...

Si-Katak soul-no-deen terlompat2 girang sekitar kolam kumbahan kerana kini dia sudah memiliki sebijik kopiah putih free! (The Frog soul-no-deen leaps in extreme joy around the sewage treatment pond because now he has got a white skullcap for free!). klakka-la.blogspot

************************

Bab 2 - Terbang Free

Ohh... berbalik cerita pasal zah-Ong-rain tadi... dulu, seperti kebanyakan spesis katak, dia juga duduk bawah tempurung. Bila tiba2 ditakdirkan angin putingbeliung terbangkan tempurungnya, fenomena itu mengakibatkan 2 perkara terus terjadi secara langsung - pertama, tempurung itu kini dah jadi: kopiah putih soul-no-deen, dan kedua, zah-Ong-rain dah jadi: BEBAS!

zah-Ong-rain yang kini telah bebas dari terkurung terperonyok terkebil2 bawah tempurung kelapa hotak sekian lama pun girang teramat sangat samalah tahap dengan kegirangan soul-no-deen, lalu dia pun sama jugak macam soul-no-deen (sebab sama spesis) terlompat2 seraya tersengih selebar kolam kumbahan tempat kegemaran melepak terkini dan selamanya bagi soul-no-deen.

Bebas! zah-Ong-rain melompat2 tanpa henti. Bebas! zah-Ong-rain melompat2 sekuat hati. Bebas! zah-Ong-rain melompat2 teramat tinggi.

Lompat punya lompat, tak semena2 pula angin putingbeliung yang keras dan kencang sekali lagi membadai lalu tiba2 zah-Ong-rain mendapati tubuhnya yang kodok itu sudah kekal terawang2 di udara! Mulanya zah-Ong-rain terkejut bukan kepalang, lompatnya naik tiada turun2. Ini kejadian amat ganjil. Diterbangkan putingbeliung adalah pengalaman baru baginya! Tetapi setelah beberapa ketika, bila terasa badan kodoknya bebas terapung2 di udara, zah-Ong-rain mula merasa nikmat pula. BEBAS! Fikir kepala hotaknya semula, seraya mulutnya mula bersiul girang (walaupun sebenarnya 'siulan' itu cumalah pada fikiran dia sahaja, kerana setiapkali zah-Ong-rain membuka mulut, cuma satu bunyi sahaja yang keluar: "Ong!" atau terjemahannya dalam bahasa katakputih: "Croak!")

zah-Ong-rain terfikir lagi: Nikmat juga terbang bersama puting ni. Tak pernah aku rasa nikmat begini. Malah, aku terbang ini FREE! Sesungguhnya aku lebih hebat dari adikberadik oliver dan wilbur! Aku tak perlu keluar duit banyak2 melabur dalam projek untuk buat pesawat terbang. Aku tak perlu susahpayah fikir2 kaedah2 atau kena ada pengalaman bagaimana nak terbang. Aku tak perlu susahpayah nak fikir2 nak cipta enjin pratt dan whitney. Aku terbang tak perlu pun ada 2 enjin jet yang satu masa mungkin hilang pula ataupun dicuri orang sewenang2! Ah, kalau begini, mungkin aku dapat terbang free hingga ke washington di amerika! FREE! Ah, nikmatnya! Ah, bebasnya! Ah, nasibbaiknya! Ah, Ongnya! Memang Ong, Ong! Jerit hati dan kepala hotak zah-Ong-rain lagi sambil senyumnya semakin melebar.

************************

akan bersambung... (sila tunggu Bahagian Akhir akan datang)


catatan peringatan semula:
Manusia, sepertimana juga segala kejadian & milik Tuhan yang lain - haiwan, tumbuhan, kuman, air, haba, bulan, debu, ilmu, harta dsbnya - bersifat baharu. Maksudnya berubah-ubah.
Kejap ada, kejap takde. Macam biskut.
Kejap di atas, kejap di bawah. Macam tayar.
Satu masa terang, satu masa gelap. Macam hari.
Sebentar sedikit, tiba2 banyak. Macam ombak laut.
Mula2 menang, kemudian kalah. Macam pilihanraya.

catatan tambahan:
1. Orang PPSMI kata: The only thing constant is change.
2. Zunar kata: How can I be neutral, even my pen has a stand?
3. Saya kata: Only those who truly understand, would make a true stand.

LAWAN TETAP LAWAN! UNTUK MENGHAPUSKAN PENIPUAN & PENCABULAN. UNTUK KEBAIKAN & KEADILAN SEMUA.

___________________________________________________________

AL-KESAH 1MALAYSIA (THE TALE OF 1MALAYSIA)

Kabinet 1Malaysia, Selepas Mesyuarat...
Cabinet of 1Malaysia, After Meeting...
 
catatan: Jangan lupa jenguk satu lagi blog saya,
klickdefella (klakka-la)
dan 'klick' jawapan2 anda untuk kuiz, undian atau bancian tersedia
(di masa hadapan anda mungkin bertuah memenangi sesuatu hadiah)
note: Don't forget to visit another blog of mine,
klickdefella (klakka-la)
and 'klick' your answers to the quizzes, polls or censuses prepared
(in future you may even be lucky enough to win some prizes)

Kuiz Penamaan:
Naming Quiz:

Jika gergasi2 Perancis, Itali, dan England telah lama muktamad tersingkir dari Bolasepak Piala Dunia 2010, apakah nama paling sesuai anda rasa patut dimuktamadkan untuk anak kucing Najib? (catatan: ianya adalah jenis Kucing Parsi)
If giants France, Italy, and England have all long been conclusively eliminated from the World Cup 2010, what do you think should Najib's kitten be conclusively named? (note: it is a Persian Cat)

1Malaysia sibuk fikirkan nama kucing Najib yang ambil masa lama nak muktamad - Alih dari fikirkan isu utama negara? (1Malaysia busy thinking of a name for Najib's pussycat which takes a long time to be concluded - Divert from thinking of the country's main issues?) www.klakka-la.blogspot


Catatan:
1. Untuk menjawap "Kuiz Penamaan" di atas, sila klick butang kanan tetikus pada alamat pautan di bawah dan klick pada 'Open in New Tab':
klickdefella (klakka-la)
2. Untuk melihat kartun lain berkaitan dengan yang di atas, sila klick pada pautan ini:
AL-KESAH-1MALAYSIA

Notes:
1. To answer "Naming Quiz" above, right klick your mouse on the link below then klick 'Open in New Tab':
klickdefella (klakka-la)
2. To view another cartoon related to the one above, please klick on this link:
AL-KESAH-1MALAYSIA


___________________________________________________________