Pages

SPRM 1Malaysia (1Malaysia's MACC)


Tahun Lembu (Year of The Cow)


Duit, duit! (Cash cow). klakka-la.blogspot

___________________________________________________________

1Malaysia? BUKANNN!!! (1Malaysia? NOOO!!!)


Bola 1Malaysia - Bhg 4
(1Malaysia's Football - Part 4)

Bolasepak: Malaysia 1, bukan 1Malaysia! (football: Malaysia 1, not 1Malaysia!). klakka-la.blogspot

1Malaysia, 1Malaysia...
Adakah benar2 berubah...
1Malaysia, 1Malaysia.......
Adakah benar2 maju termasuk dalam jiwa dan pemikiran kita.......


1Malaysia, 1Malaysia...
Are there really changes...
1Malaysia, 1Malaysia.......
Are there really advancements including in thinking and in our souls.......

UCAP2AN


SELAMAT TAHUN BARU 1431H


SELAMAT MELANGKAH KE TAHUN BARU 1431H
buat semua pembaca yang beragama Islam.

Semoga tahun baru ini kita rakyat Malaysia yang ikhlas inginkan kebaikan, kesejahteraan dan kesenangan untuk keseluruhan rakyat pada semua peringkat akan sama2 bangkit dengan cergas tangkas & cerdas dan seterusnya mengecap kejayaan dengan selamat dalam menegakkan kebenaran & keadilan serta melempar jauh segala penipuan, kemungkaran & kezaliman.

Semoga Allah sentiasa melindungi kita & berterusan mengurniakan rahmatNya untuk kita masing2 sepanjang masa sepanjang tahun baru ini.

InsyaAllah



Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan:
1. tahniah kepada pasukan bolasepak negara bawah-23tahun yang menang pingat emas - harap kekal malah bertambah maju, jangan tenggelam-timbul
2. tahniah kepada roslinda samsu yang bukan setakat menang emas tetapi juga memecahkan rekod yang dicatat beliau sendiri - ini baru betul tabik!
3. tahniah kepada daniel bego yang menggondol pingat terbanyak bagi seseorang peserta - 5 emas dari sejumlah 6 yang dia menang; juga tabik!
4. tahniah kepada siow yi ting, leong mun yee, bryan lomas, dll lagi yg menang emas untuk negara terutamanya dari pasukan renang, terjun dan olahraga yang paling banyak menyumbangkan emas - moga bertambah maju dalam acara masing2 hingga ke taraf antarabangsa juga
5. tahniah juga buat lain2 peserta negara yang menyumbang pingat perak atau gangsa - moga bertambah maju lalu mencapai tahap emas pula bukan sahaja di peringkat serantau, malah ke peringkat antarabangsa
6. tahniah bagi peserta2 lain yang telah bertungkus-lumus memberikan yang terbaik untuk negara walaupun tidak berjaya mendapat sebarang pingat - teruskan semangat juang, belajar dari kesilapan dan semoga semakin maju


___________________________________________________________

1Malaysia? TAK NAK! (1Malaysia? NO WAY!)


Bola 1Malaysia - Bhg 3
(1Malaysia's Football - Part 3)

Bolasepak: 3Malaysia! klakka-la.blogspot

1Malaysia, 1Malaysia...
Adakah akan benar2 berubah...
1Malaysia, 1Malaysia.......
Adakah akan benar2 maju termasuk dalam jiwa dan pemikiran kita.......


1Malaysia, 1Malaysia...
Are there really gonna be changes...
1Malaysia, 1Malaysia.......
Are there really gonna be advancements including in thinking and in our souls.......


Nota Tapak Kaki
Pada masa kartun ini disiarkan:
pasukan bolasepak 1Malaysia yang sama (yang kejap kecundang kejap menang bila berlawan dengan pasukan yang dianggap setakat jari kelinking dalam arena bolasepak antarabangsa mahupun serantau) sedang berpeluh2 pada jam dan saat ini, bergumpal atas padang menentang sebuah negara yang tiada kekayaan kewangan yang boleh dibanggakan.

Persoalannya: Adakah keputusan petang ini menjadi kebanggaan rakyat negara setelah berpuluh tahun kontang? Atau adakah keputusannya menggambarkan berkuburnya 1Malaysia?


Footnote:
At the time this cartoon is posted:
the same 1Malaysia's football team (who at times had lost, while at other times had won, when playing against teams considered minnows in the international or even regional football scenes), is sweating at this very hour and second, battling it out on field against a nation that has no financial wealth to boast about.



The question is: Is the result this evening going to make the nation proud after being eluded for years? Or is the result going to reflect the eventual demise of 1Malaysia?


1Malaysia? YA! (1Malaysia? YES!)


Bola 1Malaysia - Bhg 2
(1Malaysia's Football - Part 2)


Bolasepak: 1Malaysia kalah lagi! (Football: 1Malaysia lost again!)klakka-la.blogspot

1Malaysia, 1Malaysia...
Bilalah nak berubah...
1Malaysia, 1Malaysia.......
Bilalah nak maju.......


1Malaysia, 1Malaysia...
When are you gonna change...
1Malaysia, 1Malaysia.......
When are you gonna advance forward.......


Nota Tapak Kaki
Pada masa kartun ini disiarkan:
pasukan bolasepak 1Malaysia yang sama (yang mulanya kecundang kepada pasukan pulau kecil yang hanya lebih dikenali dengan industri percutian dan langsung tidak dikenali dalam apa2 acara sukan, tetapi yang kemudiannya telah menebus maruah dengan begitu bergaya apabila membelasah 11-0 sebuah lagi pasukan negara kecil lain, hanya untuk tewas pula berikutnya di kaki pasukan negara yang masih jauh lebih miskin yang tiada memiliki kenyataan2 bergaya seperti “our economic fundamentals are strong" - seperti dilakarkan dalam kartun di atas), telah sekali lagi dengan penuh bergaya, tanpa 2 orang "tonggak utama" - penjaga gol utama dan penyerang utama - menumbangkan 4-0 sebuah lagi pasukan dari negara kecil. Wah! Tahniah!


Footnote:
By the time this cartoon is posted:
the same 1Malaysia's football team (who at first went down unceremoniously to a team from a tiny island more known with its tourism industry and nothing at all regarding any sports, but who had subsequently regained its integrity with style by whacking 11-0 a team from another tiny nation, but only to lose again in the next game at the feet of the team from a country which is still way much poorer who do not possess stylish statements such as “our economic fundamentals are strong” - as sketched in the above cartton), had once again, full of style, without 2 of their main backbones - the first-choice goalkeeper and the main striker - brought down 4-0 another team from a small nation. Wow! Congratulations!


1Malaysia? TAK! (1Malaysia? NO!)


Bola 1Malaysia (1Malaysia's Football)


1Malaysia? No, 1Maldives! klakka-la.blogspot

1Malaysia, 1Malaysia...
Bilalah nak berubah...
1Malaysia, 1Malaysia.......
Bilalah nak maju.......


1Malaysia, 1Malaysia...
When are you gonna change...
1Malaysia, 1Malaysia.......
When are you gonna advance forward.......


Nota Tapak Kaki
Pada masa kartun ini disiarkan:
1. Pasukan bolasepak 1Malaysia yang sama, yang kecundang kepada pasukan pulau kecil itu (yang sebelum 'kejadian' ini hanya saya kenali dengan industri percutian dan langsung tidak dikenali dalam apa2 acara sukan), telah 'dengan bangga dan bergaya' membelasah 11-0 sebuah pasukan negara kecil lain
2. Pasukan bolasepak 1Malaysia yang sama juga, kemudiannya kecundang sekali lagi, kali ini kepada pasukan sebuah negara yang walaupun masih jauh lebih miskin dan tidak boleh dengan bangga dan bergaya memberi kenyataan seperti “our economic fundamentals are strong”, tetapi nyata masih jauh lebih handal dalam arena bolasepak serantau semenjak bertahun2 sebelum ini
3. Pasukan wanita 1Malaysia pula mendapat malu di atas padang, bukan kerana setiap pemainnya terlondeh seluar atau terbarai kencing depan penonton ketika terkinja2 dan terlompat2, tetapi setelah dibelasah 8-0 pula oleh lawan mereka. Tidaklah saya tahu apa yang mereka fikirkan – orang lain turun padang main bolasepak, mereka main “footsie”! Pondan!


Footnote:
By the time this cartoon is posted:
1. The same 1Malaysia's football team who went down unceremoniously to a team from the tiny island (which, before this 'incident', is only known to me with its tourism industry and nothing at all regarding any sports), had, with 'pride and style', whacked 11-0 a team from another tiny nation

2. The same 1Malaysia's football team too, had then gone down again, this time to a team from a country who, although still way much poorer and cannot proudly and with style give out a statement such as “our economic fundamentals are strong”, is obviously still way much stronger in the regional football arena for several years now

3. The women's 1Malaysia team, on the other hand, got embarrassed on field, not because each of its players had her trousers pulled down or peed in their trousers in front of spectators while running and jumping about, but after they themselves got whacked 8-0 by the opponent. I really don't know what were they thinking – others get on the field to play football, they played “footsie”! Sissy!


MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI: (LET'S LEARN AND UNDERSTAND:)




MARI BELAJAR DAN MEMAHAMI:
BAHASA MELAYU

Para bijakpandai selalu berpesan, cara terbaik yakni paling berkesan untuk menguasai sesuatu bahasa asal sesebuah bangsa ialah dengan duduk hidup bersama-sama di dalam kelompok bangsa tersebut dan mempelajari bahasa mereka menerusi pemerhatian, pendengaran dan latihan bertutur. Jika duduk mati, atau tidur mati, itu bukanlah peluang terbaik untuk belajar apa-apa yang bergerak atau bersuara di atas mukabumi ini. Bila hidup bersama, dapatlah mengetahui kepelbagaian dalam perbendaharaan kata bahasa mereka; dapat juga mendengar cara setiap perkataan disebut – bagaimana panjang pendek sebutannya, di mana penekanannya, bagaimana huruf dibunyikan atau dimatikan, bagaimana dua perkataan yang sama ejaan tapi lain pula sebutannya untuk memberi makna berbeza, dan sebagainya; dan dapat meneliti bagaimana dan bila perkataan2 yang berbagai itu digunakan untuk membentuk sesuatu ayat harian yang jelas difahami maksudnya dengan mudah dan spontan.

Berbekalkan pesanan cerdikpandai ini, mari kita mengintai sebuah rumah suatu keluarga Melayu untuk mendalami bahasa mereka (bukan sesekali mengintai untuk tujuan jahat atau nakal!)...

Melawat Rumah Keluarga Melayu

Tempat: Di sebuah kampung di Kuala Selangor

Sasaran: Sebuah rumah di dalam kampung itu yang didiami oleh satu keluarga Melayu terdiri daripada si-Ayah, Emak, dan seorang anak perempuan berusia lingkungan 5-6 tahun.

Pemerhatian:


Anak perempuan sedang terdiri depan televisyen di rung tamu, menonton rancangan kartun.

Si-Ayah berjalan masuk ke ruang tamu dari arah dapur.

Ayah: Eh Milah, sudah2lah tengok kartun tu... ayah nak tengok siaran langsung persidangan UMNO...

Si-Ayah mengambil alat kawalan lalu mengubah siaran ke rangkaian RTM, sambil mengambil tempat di sofa rotan...

******************************
Siaran televisyen:

Politikus 1: Kita mesti melakukan transformasi dengan pemuh komitmen dan dedikasi supaya perjuangan ke arah visi dan misi kita mencerminkan sikap berintegriti tanpa polarisasi, supaya dapat memartabatkan bangsa supaya terus relevan dalam era globalisasi!

Pengerusi: Terimakasih perwakilan untuk suatu teks ucapan yang cukup dalam... (tepukan gemuruh) Baik... Baik... Bertenang... Baik... Seterusnya dipersilakan pula perwakilan seterusnya untuk menyampaikan teks ucapan beliau pula, dipersilakan...

Politikus 2: Kita mesti mensupremokan pemimpin2 parti, sebab realitinya inilah sahaja kondisi untuk kita merealisasikan visi pucuk pimpinan yang memang tradisi ialah hendak merapatkan barisan dan memperkasakan jatidiri parti, dalam menghadapi serangan pembangkang yang kian bersifat ektrimi, ektrima... kian bersifat... eks... seterima... bersifat... apa nama ni... 'aaa... bersifat... eks-sete-rima...


Pengerusi: Sendiri tulis, sendiri tak boleh baca ke? (deraian ketawa) Extremism... ekstremisme ke?

Politikus 2: Ha 'ah, itulah dia... 'aaa... dalam menghadapi serangan pembangkang yang kian bersifat... eks-seteri-mima...

Pengerusi: Eks-tre-mis-me! (deraian ketawa bertambah kuat)

Politikus 2: Iyelah, Tuan Pengerusi, itulah... 'aaa... dalam menghadapi serangan pembangkang yang kian bersifat... eks-seteri-mima...

Pengerusi: Iyelah, eks-tre-mis-me ke, ex-isteri-mima ke, sex-isteri-mimi ke, apa2lah... (deraian ketawa menggegar dewan) teruskan saje lah ucapan... teruskan... (ketawa berderai lagi)

Politikus 2: Terimakasih, Tuan Pengerusi... 'aaa... dari mula baliklah, Tuan... (deraian ketawa) dah hilang feel dia tadi... (ketawa berderai lagi) 'aaa... Kita mesti mensupremokan pemimpin2 parti, sebab realitinya inilah sahaja kondisi untuk kita merealisasikan visi pucuk pimpinan yang memang tradisi ialah hendak merapatkan barisan dan memperkasakan jatidiri parti, dalam menghadapi serangan pembangkang yang kian bersifat... eks-seteri-mima... dalam dayasaing mereka sehingga sanggup menggunakan i... dea-lisme... ko... munis-me... se... bagai... mo-ti-vasi mereka dalam... me... mani-pu-lasi minda rakyat! Ye, sekian, terimakasih! (ketawa kuat berderai lagi)



******************************

Si-Emak berjalan masuk ke ruang tamu dari dapur...

Emak: Apa yang abang tengok; seronok sangat ni? Saya tak faham sepatah apa pun yang diaorang dok terpekik2 tu?

Ayah: Abang saja je tengok... lucu gelagat diaorang ni...

Milah: Diaorang tu siapa, ayah?

Ayah: Diaorang semua ni politikus...


Milah: Patutlah... mak tak faham... Milah lagi tak faham... rupa2nya diaorang cakap guna bahasa tikus, ye ayah?!



Catatan: Tugasan mengintai ditamatkan serta-merta di sini kerana didapati tidak menepati tujuan asal, iaitu mempelajari dan memahami bahasa orang2 Melayu, bukannya bahasa para Tikus!




LET'S LEARN AND UNDERSTAND:
THE MALAY LANGUAGE

Learned men often remind us, the best and most effective way to hold a strong command on the native language of any race is by living together within the community of that race, and learn their language through observing, listening, and practising orally. Dying, or sleeping like a log, does not give the best opportunity to learn about anything that moves or makes sound on the face of the earth. By living together, we would be able to discover the richness of the vocabulary of their language; we would also be able to hear the right way of how each word is pronounced – how long or how short is the pronunciation, where is the stress placed, how a letter sounds or is muted, how two words spelled exactly the same but are pronounced differently would convey different meanings, et cetera; and we would be able to analyze how and when the varied words are utilised to form any daily sentence which is clearly understood in its contextual meaning with spontaneous ease.



Armed with this piece of advice by the learned people, let us now take a peek into the home of a Malay family, to understand their language deeper (not peeking for immoral or naughty reasons!)...

Visiting the House of a Malay Family

Venue: In a village in Kuala Selangor


Target: A house within the village which is inhabited by a Malay family consisting of the father, mother, and a daughter aged around 5-6 years.
 
 
 
Observation:


The daughter is standing in front of the television inside the living room, watching cartoon.

The father walks into the living room from the direction of the kitchen.

Father: Eh Milah, enough cartoons, okay... dad wants to watch the live telecast of the UMNO's assembly...

The father takes the remote controller and changes to the RTM channel, while taking his place on the rattan sofa...

******************************
Television broadcst:

Politician 1: ... bla bla bla... transformation... bla bla bla... commitment... dedication... bla bla bla... vision... mission... bla bla bla... integrity... bla bla bla... polarisation... bla bla bla... relevant... bla bla bla... globalisation era!


Chairman: Thank you delegate for a speech that is so deep... (thunderous applause) Okay... Okay... Calm down... Okay... Next please welcome the next delegate to present his speech, please proceed...



Politician 2: bla bla bla... “supremo-fy”... bla bla bla... reality... bla bla bla... condition... bla bla bla... realisation... vision... bla bla bla... tradition... bla bla bla... bla bla bla... bla bla bla... “ ektrimi, ektrima”... bla bla bla... “ex... seterima”... bla bla bla... “ex-sete-rima”...






Chairman: You wrote that yourself, you yourself cannot read it? (laughter) “Extremism”, you mean?

Politician 2: ... bla bla bla... bla bla bla... bla bla bla... “ex-seteri-mima”...



Chairman: “Ex-tre-mism”! (laughter gets louder)

Politician 2: ... bla bla bla... bla bla bla... bla bla bla... “ex-seteri-mima”...



Chairman: Okay, “ex-tre-mism”, “ex-wife-mima”, “sex-wife-mimi”, whatever... (resounding laughter shakes the hall) just continue with your speech... go on... (more laughter)

Politician 2: ... bla bla bla... from the beginning again, sir... (laughter) the feel was lost already just now... (more laughter)... bla bla bla... “supremo-fy”... bla bla bla... reality... bla bla bla... condition... bla bla bla... realisation... vision... bla bla bla... tradition... bla bla bla... bla bla bla... bla bla bla... “ex-seteri-mima”... bla bla bla... “i... dea-lism”... “com... munism”... bla bla bla... “mo-ti-vation”... bla bla bla... “mani-pu-lation”... mind...! Yes, that's all, thank you! (loud laughter again)


Note: Basically only words of English origin (but adapted as Malay words) are displayed in this translation, while the rest, mainly native Malay words are omitted from display.
 

******************************

The mother enters the living room from the kitchen...

Mother: What are you watching, honey; you seem so excited? I cannot understand a word of what those guys were screaming about?

Father: I am merely watching... these guys with their funny antics...

Milah: Who are they, daddy?

Father: These guys are all (poly-rats)...

Milah: No wonder... mommy doesn't understand... let alone Milah... apparently they are talking using rat language, right daddy?!



Note: The task of peeking is immediately ended here because it is found not fulfilling the original objective, which is to learn and understand the language of the Malay people, not the language of rats!
 


___________________________________________________________

Oh Datokku! Klakka-la Sangat2! Cucu Tumpang Tanya Ye?!


Datokku... Yang Klakka-la... Cucu Tumpang Tanya...


O Grandfather O Mine! Sooooo Funny! Can Ask Question?

must good-good, okay.
although mi no spik inglis
but i lesson matematik and sains in inglis, you know!
so dont lie-lie ah?!
and no joke-joke, cannot klakka-la,
please, serious little!


Big Bang: sebutan loghat Terengganu untuk Big Ben. (Big Bang: The Terengganu dialect for saying Big Ben). klakka-la.blogspot


___________________________________________________________