Tanya Sama Hati, Apa Pasal Goncang...


Tanya Sama Katak, Apa Pasal Jambatan Goncang...



oh bangau oh bangau
siapa bina jambantan ini
macammana aku nak tau
pergi soalsiasat katak puru

[dah, bye-bye, good luck,
aku terbang balik siberia dulu]
[ok sang bangau, bon voyage]

oh katak oh katak
siapa bina jambantan ini
macammana aku nak tau
aku dah lompat pergi dulu

oh katak oh katak
kenapa kau lompat pergi
macammana aku tak lompat
kat sana aku banyak dapat

oh katak oh katak
kenapa kau boleh dapat
macammana aku tak boleh
projek jambantan banyak cuma pilih

oh katak oh katak
kenapa banyak jambantan
macammana takde banyak
ramai kroni semua mintak

oh katak oh katak
kenapa jadi kroni ramai
macammana tak jadi kroni
semua mau jadi b.a.b.

oh katak oh katak
kenapa mau jadi b.a.b.
macammana pula tak mau
dapat title businessman alaf baru

oh katak oh katak
kenapa title pun mau
macammana taknak title
berpuloh2 kes pun boleh settle

oh katak oh katak
kenapa boleh berpuluh kes
macammana kes tak berpuloh:
buat parlimen bocor,
buat bumbung gugor,

buat atap melayang,
buat jalan berlobang,

buat highway retak,
buat tembok koyak,

buat kolam merekah,
buat masjid pecah,

buat stadium roboh,
buat jambantan runtoh!




kahkahkahkah!
kahkahkahtak!
kahkahkatak!
katakboleh!
kata tak boleh!
1malaysia kata tak boleh!

klakka-la!
___________________________________________________________

AWEK2 'GADIS LITAR' SEMUA SEKSI !!!


Dipetik dari "mStar" oleh blogger TukarTiub, dalam terbitan beliau "BACA YANG INI PULAK" 2:41am 23-10-2009:
"PULAU PINANG: Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang Farizan Darus berkata,
tidak berlaku penyelewengan dalam urusan penyelenggaraan tayar kenderaan
milik kerajaan negeri itu mahupun dalam pembelian minyak seperti yang dinyatakan
dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008.
.......
Menurutnya, antara alasan untuk membuat penggantian tayar kurang 40,000 km
adalah keadaan bunga tayar yang haus atau tayar pecah, tayar haus sebelah,
tayar tidak mencengkam, tayar keras dan tayar berbunyi bising apabila
kenderaan bergerak.
......."

 EKSKLUSIF!    Dalam satu perkembangan berkaitan, seorang penyiasat persendirian (nama dirahsiakan), telah "turun padang" dan meninjau secara dekat isu yang menggemparkan 1Malaysia sepanjang minggu ini. Baca akuan bersumpah dari beliau:

Saya (Nama: ***** No. K/P: *****) seorang penyiasat persendirian. Dengan kebolehan menyiasat, saya berjaya menjejaki beberapa individu yang dipercayai boleh memberi maklumat berguna dalam isu ini. Dengan kebolehan mengintip pula, saya berjaya mendekati mereka tanpa mereka sedar yang gerak-geri dan pertuturan mereka sedang diawasi.

Ada 3 individu. Setiap mereka memegang jawatan sokongan dalam kerajaan dan sebenarnya adalah supir kepada pegawai kerajaan. Ketika diekori, mereka sedang leka bersembang di sebuah kopitiam, sementara menunggu mekanik menukar tayar kereta-kereta Proton Perdana hakmilik kerajaan yang di bawah tanggungjawab mereka. Jawapan kepada kemusykilan isu ini terdapat dalam perbualan mereka yang saya rakamkan:

Supir 1: Rajoo, kenapa tayar kau dah takde bunga?

Supir 2: Itu hari sudah Deepavali, ramai minachi datang raya juga. Jadi itu tayar sudah gatal mahu "tackle" sama itu minachi, dia sudah kasi itu bunga hadiah pada itu semua minachi juga, satu bunga pun tarak tinggal!

Supir 1: Ooo.. begitu... Ah Chong, apa pasal tayar kau pulak ada bunyi?

Supir 3: Ai yah kawan, lu takda nampak ka? Sini tempat banyak amoi cantek2 punya. Sikalang itu tayar sudah banyak syiok lor, jadi dia maw tackle mah. Dia sudah siul2 bikin bunyi2 maw kasi tarik sama itu amoi syiok jugak sama dia lor...

Supir 2: Ayoyo Ah Chong... itu macam kalu, kita punya tayar dua2 pun sama2 gatal; dua2 pun mau tackle amoi juga! Tapi Ali, you punya tayar pulak apa macam boley keras?

Supir 1: Aisey! Lagi mau tanya ka? Tayar aku pun sama gak gatal tengok awek terus keras la!


!#%*!$##*@
kahkahkahkahkah!
1Malaysia tak habis2 kena pau!
klakka-la!

___________________________________________________________

Oh Datokku! Klakka-la Sangat2! Cucu Tumpang Lalu Ye?!


O Grandfather O Mine! Sooo Funny! Permission To Pass Through?!

must good-good, okay.
although mi no spik inglis
but i lesson matematik and sains in inglis, you know!
so dont jealous-jealous ah?!
and no joke-joke, cannot klakka-la,
please, serious little!

[sila klik gambar untuk rajah yang lebih besar - please click on image for larger display]
Simpulan Bahasa Terkini: Jeles Tak Ber-address. klakka-la.blogspot

___________________________________________________________

Pengenalan (Intro)


pengenalan: kelahiran bintang baru hehehe...
(intro: the birth of a fresh new star hehehe...)



kelahiran bintang baru hehehe...


apa ni? apa maksud "klakka-la"???


"klakka-la" bukanlah perkataan dari bahasa fiji.

bukan juga bunyi berdecak yang terbit dari mulut xixo setiap kali dia berkata apa2 saja
(ingat lagi jejaka tampan segak dan bertenaga tetapi sayangnya agak lawak dari suku kaum afrika yang sentiasa memahat senyum manis dan sentiasa penuh berketrampilan dengan hanya bercawat sehelai, dalam aksi penuh menggeletek, "the gods must be crazy"?)

saya inginkan laman blog ini menjadi pasangan untuk lebih melengkapkan laman web saya yang menggunakan nama sama.

mulanya saya ingin nama yang singkat dan mudah, "klakka" (mewakili "kelakar") - malangnya nama domain "klakka.com" sudahpun didaftarkan kepada seseorang di amerika :-(

"klakka-la" sebenarnya ialah ejaan yang saya sendiri ketengahkan untuk mewakili frasa spontan yang biasa kita ucapkan: "kelakarlah!"

jadi, apalah yang akan ditampilkan dalam blog ini?

suatu yang utama, saya akan cuba membuatnya kelakar.

sebahagian kesah kelakar ini adalah dalam bentuk penulisan.

sebahagian besar adalah berbentuk kartun - minat sebenar yang hanya kini saya lebih beriya mencubanya.


ada penulisan dan kartun berkaitan sukan, terutamanya bolasepak - iaitu salah satu sukan paling saya gemari (sedangkan "footsie" yang berbunyi lembik 'ala-ala auww!' itu langsung saya paling benci!)

terbanyak mungkin berkaitan politik, lebih2 lagi perihal politik tempatan dalam malaysia - kerana hanya ahli2 politik tempatan sahaja yang sangat bermurah hati kebelakangan ini menyajikan gelagat2 lucu membolehkan kita semua ketawa (atau tersengeh sinis); ada kalanya ketawa dalam penghargaan, di masa lain tergelak dalam keanehan, yang pasti selalunya terbahak2 melihatkan pelbagai telatah dalam percubaan mereka berhadapan rakyat kebanyakan yang amnya lurus bendul dan mudah diperdaya (itu hanya sangkaan mereka!) - dan ya, buat masa ini para jenakawan yang dimaksudkan rata2nya dari kelompok parti2 politik pemerintah.

jadi dari sekarang, saya harap akan sering berkarya dan mengemaskininya,
di klakka-la.blogspot.com

dan tentu sekali saya harapkan para pembaca juga sering terasa cukup digeletek sehingga benar2 berteriak:
klakka-la!

salam :-)

the birth of a fresh new star hehehe...

what is this, u may ask; what IS this "klakka-la"???

"klakka-la" is not a fijian word.


nor is it the clucking sound coming out from the mouth of xixo everytime he says anything
(remember that handsome macho but pitifully funny african tribesman - always smiling, always full of energy, but also always clad only in a piece of loincloth - in the hilarious 1980 movie "the gods must be crazy"?)



i want this blog to complement my actual website of the same first name.


i wanted a shorter, easier "klakka" (kelakar, funny) - but darn, "klakka.com" is already registered by somebody with an address in the usa :-(


klakka-la" is actually my own spelling version of the ubiquitous malay phrase, "kelakarlah", which means "that's funny!

so what is this blog gonna be about?


for one, i'll seriously try to keep it kelakar.

some of these kelakar stuff would be in the form of write-up postings

most would probably be in the form of cartoon sketches - my actual pastime interest, which only now i'm trying to engage in more seriously.

some of these write-ups and cartoons would be about sports, especially soccer - one of my favorite sports ("footsie", whatever that sissy new game is, definitely does NOT make the cut!)

most would probably be about politics, especially local politics in malaysia - because only local politicians are currently very generous in providing humor the rest of us may laugh (or snicker) about; sometimes laughing in appreciation, other times laughing in amazement, but most of the time plainly laughing them off at the weird antics they try to pull off with the innocently gullible public (they think!) - oh yeah, currently these jokers are mostly from the ruling political parties.






so, i hope to get creative and update regularly from now on,
on klakka-la.blogspot.com


and i certainly hope readers of all my postings would regularly be amused enough to genuinely exclaim:
klakka-la!

peace :-)