Kesah Ong-Ong


Tahun Chong: Awak Tolong Saya, Saya (Mungkin) Tolong Awak



Bicara bulu tangkis, mungkin loghat terengganu sebut badmintOng?
Bicara badminton, tersebutlah seorang datok Ong
Jejak kakinya ke gelanggang, bergemalah rebana dan gOng
Hebatnya tahap glokal, dialah harapan dari marudu hingga manjOng
Ditambah gelanggang sendiri, pastilah tahun ini 1malaysia Ong
Sayang, gaya persembahannya jauh dari apa yang diomOng
Kecundang mudah, kalau bolasepak umpama kalah lapan - kosOng!
Gelaran 'favourite', gelaran 'nombor 1', gelaran 'datok', semua masuk tOng
Karam walia mungkin terbalikkan gelarannya: ibarat rebah membawa sokOng

'Tidak apa', 'malaysia boleh' bangkit semula dengan seorang lagi Ong
Ong kedua dan pasangan juga handalnya bukanlah cerita bohOng
Bersemaraklah semula semangat berkobar2 para penyokOng
Namun nyata berdua ini juga lemah tidak cukup terdorOng

Nak tak nak, terpaksalah 1malaysia berharap pada lagi satu Ong
Hakikatnya semua akur, mengatakannya menang cumalah satu kelentOng
Tukang ajar sendiri buntu tak terfikir taktik apa yang boleh tolOng
Rasa pahit mula terasa pada airliur di setiap kerongkOng
Usianya agak lanjut, jelas kakinya terhoyOng2
Tanpa perlu lama, Ong ke-3 terus kOng

1malaysia bersama rosmah yang bangga berterusan melopOng

2 hari berlalu, najib bersama '1malaysia' kebanggaannya pula dilelOng...

catatan peringatan: Manusia, sepertimana juga segala kejadian & milik Tuhan yang lain - haiwan, tumbuhan, kuman, air, haba, bulan, debu, ilmu, harta dsbnya - bersifat baharu. Maksudnya berubah-ubah.
Kejap ada, kejap takde. Macam biskut.
Kejap di atas, kejap di bawah. Macam tayar.
Satu masa terang, satu masa gelap. Macam hari.
Sebentar sedikit, tiba2 banyak. Macam ombak laut.
Mula2 menang, kemudian kalah. Macam pilihanraya.

Jelas, bukan? Yakinlah! Dengan seyakin2nya.
Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah. Segala puji2an kembali pada Allah.

LAWAN TETAP LAWAN! UNTUK MENGHAPUSKAN PENIPUAN & PENCABULAN. UNTUK KEBAIKAN & KEADILAN SEMUA.



Rosmah kalah badminton pada China, Najib kalah pilihanraya pada China (Rosmah lost in badminton to the Chinese, Najib lost in election to the Chinese). klakka-la.blogspot



___________________________________________________________

1 comment:

Nia Sarah said...

Imah :Habis tu,Imah nak buat apa bang...nyanyi salah,tak nyanyi pun salah?Imah nak merajuklah macam ni!!!*Sambil menghentak kaki*

Post a Comment