Mari Belajar Melakar Kartun
Ah hah! Kali ini saya nak berkongsi satu rahsia perihal kartun yang saya hasilkan di atas. Suatu pengakuan ikhlas heh heh, tapi bukanlah sesuatu yg panasss, cuma ia sesuatu yang sepatutnya dielak bila berkartun.
Kartun di atas bersandarkan isu perundangan negara, lebih spesifiknya ia adalah jenaka yang berkisar tentang keputusan hakim mahkamah dalam negara untuk kes tertentu. Sebenarnya ia merujuk 2 kes berlainan yang melibatkan 2, atau 2 set, hakim2 berlainan, dalam mahkamah berlainan.
Jadi apakah 'kesilapan' yang sepatutnya tidak dilakukan dalam kartun ini?
Lihat karikatur si-hakim. Ada 3 bingkai dan setiapnya dimuatkan dengan karikatur yang sama, sedangkan keseluruhan kartun ini melibatkan 2 orang atau 2 set hakim yang berbeza. Tapi itu bukanlah kesilapan dimaksudkan. Satu karikatur yang sama diulang2 untuk ketiga2 bingkai boleh diguna dalam karya ini kerana satu karikatur itu menggambarkan keseluruhan hakim atau sistem kehakiman sebagai satu subjek.
Adakah kesilapannya pada tukul si-hakim, yang 'hilang' dalam 2 bingkai pertama tetapi tiba2 muncul dalam bingkai akhir?
Bukan juga. Tukul itu hanya di bingkai akhir sebagai penguat, yakni untuk menambah 'feel' atau sentimen yang hendak disampaikan dalam bingkai itu bila digabung bersama latar merah terang, untuk menggambarkan tegangnya suasana ketika persoalan dijawab oleh si-hakim. Berbeza dengan bingkai pertama di mana cuma latar merah terang diguna menunjukkan suasana hanyalah sederhana tegang, dan di bingkai kedua latar merahjambu menggambarkan suasana yang santai atau langsung tidak tegang.
Sebenarnya kesilapan ialah pada wajah karikatur si-hakim. Kerana wajah yang dilakar bukan mewakili mana2 hakim sebenar, samada hakim dalam kes pertama atau hakim dalam kes kedua, malah mana2 individu yang pernah memegang jawatan hakim mahupun majistret dalam negara ini!
Sebaliknya jika diamati rajah sebelah, karikatur si-hakim (atas) sebenarnya adalah satu ubahsuai dari karikatur si-ustaz (bawah) dalam karya terdahulu (di sini: TANYALAH USTAZ) Sebenar2nya, tidak ada gambar mana hakim2 dari kedua2 kes itu dapat diperolehi ketika penghasilan kartun ini, haha.
Bagaimanapun, kesilapan tidak meletakkan karikatur satu individu yang memang seorang berjawatan hakim ini bukanlah suatu kesalahan yang besar dalam karya ini. Ini kerana kartun ini merupakan satu lanjutan dalam siri yang juga melibatkan kartun si-ustaz, dan tajuk kartun ini juga diubah sedikit, yakni merupakan satu mainan perkataan (play of words), dari tajuk kartun pertama (kartun si-ustaz tajuknya "Tanyalah Ustaz", sedangkan kartun ini bertajuk "Tanyalah Ustaz, eh Hakim"), oleh itu masih selari jika karikatur si-ustaz juga diibah sedikit dan diguna pula sebagai karikatur si-hakim. :-) Jadi jangan nak saman pulak okey? Sekian pelajaran (pengakuan) kali ini, hehe, terimakasih. *Catatan: Nak baca TANYALAH USTAZ sila skrol ke bawah... |
My Foot Note: X Leaders Who Are Unfit!
X Leaders Who Bullshit!
Make Digital Honest Not Fabricated Tale!
X Old Newspaper X Old Scale!
ABU! | Catatan tapakkakiku: Kami Tak Nak Pemimpin Gatal! Kami Tak Nak Pemimpin Kuat Kencing! Ini Zaman Digital!
X Nak Suratkhabar Lama X Nak Dacing!
ABU! |
1 comment:
ABU......SALUTE
@solehnet
Post a Comment