Pages

1MALAYSIA: RAKYAT DIDULUKAN...

SapuMALAYSIA: RAKYAT DIDULUKAN UNTUK BERJIMAT


Kerajaan membelanjakan sebanyak RM17 juta bagi membiayai lawatan rasmi perdana menteri dan isteri antara tahun 2008 dan pertengahan 2011.

Jawapan bertulis kepada ahli parlimen Batu, Tian Chua turut menyatakan bahawa RM8 juta telah dibelanjakan untuk lawatan rasmi timbalan perdana menteri dan isteri dalam tempoh yang sama.

Dalam jawapannya, Najib dan Rosmah membelanjakan RM1,739,332.85 pada tahun 2008, RM4,811,837.48 (2009), RM5,140,307.99 (2010) dan RM5,427,172.26 untuk tempoh sehingga Jun 2011.

***************************


KUALA LUMPUR 31 Dis. – Orang ramai kini menyambut tahun baru dengan penuh waspada berikutan laporan mengenai kesuraman ekonomi pada tahun 2009.

Para pemimpin menasihatkan supaya mereka berjimat cermat bagi menghadapi krisis ekonomi global...

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam yang juga Setiausaha Agung MIC, dalam perutusannya menggesa pekerja Malaysia supaya ‘berjimat cermat’ bagi menghadapi krisis ekonomi global.

***************************

Kerajaan Persekutuan pimpinan BN telah “memperdayakan” rakyat apabila Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) menyatakan bahawa kerajaan menanggung bil subsidi berjumlah RM74 bilion pada 2010, kata seorang pakar ekonomi hari ini.

Bercakpa pada dialog belanjawan Selangor 2012 di Subang Jaya, profesor pelawat Universiti Nottingham, Subramaniam Pillay berkata 54 peratus daripada bil itu adalah untuk pendidikan dan kesihatan yang sebenarnya adalah tanggungjawab kerajaan.

Jika dua barangan itu dikeluarkan, bil subsidi hanya berjumlah RM31.1 bilion dan daripada jumlah berkenaan, subsidi makanan yang secara langsung sampai kepada rakyat hanya bernilai RM3 bilion atau lebih kurang 2 peratus daripada bajet kerajaan persekutuan.

Katanya, sebahagian besar subsidi RM23.7 bilion untuk bahan api dan tenaga yang dibayar pada 2010 disalurkan kepada subsidi gas yang kemudiannya diberikan kepada pengeluar tenaga bebas.

"Bagi infrastruktur, semua subsidi disalurkan kepada (konsensi lebuhraya) bukan kerana mereka memerlukannya tetapi kerana mereka menandatangani perjanjian (dengan kerajaan) yang bodoh. Ini bukan subsidi untuk rakyat,” katanya.

***************************


KUANTAN 20 April — Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menyeru rakyat supaya berjimat cermat dan berhemat dalam perbelanjaan harian serta berbelanja mengikut kemampuan ketika harga barangan naik mendadak ekoran kesan kemelesetan ekonomi global masa kini.

“Harga barangan yang mendadak naik dan pendapatan rakyat yang mengecil mendatangkan beban kepada rakyat, justeru beta menyeru semua rakyat supaya berjimat cermat,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pahang ke-12 di Wisma Sri Pahang...

***************************

Kerajaan diminta menjelaskan kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat ekoran pengurangan subsidi barangan keperluan.

"Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya.

Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu.

"Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa,” kata Siti Zailah, yang hadir bersama.

Menurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya.

RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air.

"Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” kata ketua pemuda DAP Anthony Loke, yang turut hadir pada sidang media itu.

Menurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi.

"Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya.

***************************


KUALA LUMPUR 31 Dis. - Pelbagai pihak mahukan rakyat mengamalkan sikap berjimat-cermat dalam kehidupan seharian di samping memberikan sokongan kepada program pemulihan ekonomi negara seperti yang dirancangkan oleh kerajaan.

Jawatankuasa Bertindak NGO Mempertahankan Kedaulatan Ekonomi Negara (Tindakan), menyarankan agar tahun 1998 diisytiharkan sebagai ''Tahun Belanja Berhemat''.

Jurucakapnya Saifuddin Abdullah berkata ia bertujuan meningkatkan kefahaman rakyat terhadap masalah ekonomi negara yang diramalkan akan berterusan sepanjang tahun hadapan.

Tindakan akan melancarkan beberapa kempen pada tahun depan seperti ''Simpan Duit Raya-Angpow'', dan ''Belanja Berhemat, Kita Selamat'' bagi menanam sikap berjimat-cermat di kalangan rakyat, katanya dalam perutusan tahun baru.

''Tindakan juga akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan dalam menjayakan program Briged Taninya serta dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam kempen membeli barangan buatan Malaysia,'' katanya.

Aktivis masyarakat Datuk Lee Lam Thye pula berkata rakyat hendaklah menunjukkan semangat patriotik dengan membeli barangan tempatan dan mengelakkan pembelian barangan yang tidak penting.

Beliau berkata sudah tiba masanya bagi rakyat menunjukkan semangat patriotik kerana ia sangat penting bagi memulihkan ekonomi negara.

''Amalan menabung dan berjimat harus dijadikan landasan hidup kita,'' katanya.

***************************

Kementerian Pelancungan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya.

Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma.

“Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?” soalnya semasa sesi soalan.

Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga.

Katanya, kerajaan dengan mudah boleh mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk BN dan juga ahli parlimen Pakatan yang sebahagian besar mereka pengguna rangkaian laman sosial yang aktif.

“Tak perlu tanya ahli sebelah sini (pembangkang). Terdapat ramai di kalangan penyokong kerajaan seperti Kota Belud dan Rembau... mereka boleh dibawa sebagai perunding,” katanya merujuk kepada ahli parlimen Umno Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin, yang kedua-dua mereka kerap menggunakan Twitter.

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013.

Khairy, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata kurangnya minat laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan.

***************************


RAKYAT sudah pasti berasa lega dengan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam bahawa kerajaan sedang mengkaji pelbagai opsyen untuk tidak menaikkan harga petrol RON95 dalam waktu terdekat.

Langkah itu dilakukan walaupun kerajaan terpaksa menanggung subsidi cukup tinggi berikutan harga minyak mentah dunia terus meningkat sehingga melepasi AS$108 (RM327) setong semalam.

Peningkatan itu ekoran kebimbangan berlaku pengurangan pengeluaran minyak akibat pergolakan politik di negara-negara yang menganggotai Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) di Asia Barat dan Afrika Utara.

Kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia itu jika berterusan akan menyebabkan tanggungan subsidi petrol dan diesel kerajaan mencecah RM14 bilion tahun ini berbanding RM6.3 bilion tahun lalu.

Sekiranya berlaku kenaikan harga petrol RON95, harga barangan lain sudah pasti akan turut naik berikutan peningkatan kos pengangkutan dan lain-lain perbelanjaan berkaitan.

Menurut Pensyarah Kanan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Tenaga Nasional (Uniten), Prof. Madya Dr. Rusinah Siron, rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan meskipun kerajaan memberi jaminan tidak akan sewenang-wenang menaikkan harganya.

''Kita bercakap soal globalisasi yang mana Malaysia juga tidak boleh mengelak daripada kesan negatif daripada kenaikan harga minyak di pasaran dunia.

''Kerana itu, orang ramai perlu rasional dalam menerima kenaikan harga minyak dunia ini serta kesannya kepada ekonomi negara," kata beliau.

Dalam pada itu, penganalisis ekonomi dan Pensyarah Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Haim Hilman Abdullah turut mengakui kenaikan harga petrol tidak dapat dielakkan berikutan trend peningkatan harga bahan api itu di pasaran dunia sejak akhir-akhir ini.

Katanya, rakyat harus bersedia berdepan dengan kemungkinan kenaikan itu walaupun kerajaan memberi jaminan tidak akan meningkatkan harga petrol dalam waktu terdekat.

''Kenaikan harga ini perlu dilihat dari sudut positif kerana ia sebenarnya memberi manfaat kepada industri dan seluruh rakyat negara ini,'' ujarnya.

Seperti yang diungkap oleh Haim Hilman, rakyat seharusnya bersikap positif dengan kenaikan harga petrol yang kemudiannya sudah tentu akan diikuti dengan peningkatan harga barangan.

Kenaikan harga berkenaan sudah pasti tidak akan memberikan kesan ketara sekiranya pengguna membuat persediaan secukupnya termasuk mengamalkan sikap berjimat cermat.

Tabiat gemar makan di kedai mungkin boleh ditukar dengan memasak sendiri dan membawa bekal ke pejabat. Rakyat juga boleh mengurangkan lagi penggunaan gula dalam makanan dan minuman seharian, sekali gus mengurangkan risiko dijangkiti penyakit yang memerlukan kos rawatan tinggi.

Penjimatan penggunaan elektrik juga boleh dibuat dengan memastikan lampu dan kipas dipadamkan apabila tiada orang di dalam bilik. Televisyen juga tidak boleh dibiarkan terpasang tanpa sesiapa menonton. Rakyat juga boleh berjimat cermat dengan menggunakan perkhidmatan awam.


***************************


1Malaysia: Rakyat Didulukan Untuk Berjimat Cermat Perut Pun Ikat Sedangkan Pemimpin Berbelanja Tak Hengat! (1Malaysia: Peoples First to be Thrifty And to be Penny-Wise Whilst The Leaders Go Wild with Extravagant Expenditures!) www.klakka-la.blogspot

********************************************************************

Side Ad: CIFU. Ask. And you'll get it. Coming soon. www.klakka-la.blogspot
Coming Soon:

CIFU?
U.S.!
Washed Clean
2008
8 - 9 x
Ask. And you'll get it.
note: don't forget to visit my other blog,
klickdefella (klakka-la)
and 'klick' your answers to the quizzes, polls or censuses prepared
(in the future you may get lucky and win some consolation prize)
___________________________________________________________

No comments:

Post a Comment