Belum terlambat untuk mengucapkan pada semua pembaca muslim: Selamat Merai Memeriah dan Memuliakan Aidilfitri sepanjang Syawal Maaf kerana tahun ini jelas lebih kerap tidak dapat muncul - kali ini beban peribadi pula agak tidak berperasaan kesian pada tuan badan! Akibatnya juga, tahun inilah kali pertama balik kampung hanya pada awal pagi hari raya itu sendiri - ah, ada pula hikmahnya: lebuh2 dan jalan2 raya kesemuanya lengang! Brek untuk perlahan hanya perlu bila setiapkali melalui kawasan2 surau/masjid sahaja. Selamat sampai betul2 tepat masa untuk bersembahyang sunat aidilfitri bersama2 dengan ahli keluarga dan para jemaah di kampung. Alhamdulillah. Apapun, maaf jika terkasar bahasa dan gaya - tetapi sekali lagi ditekankan, maaf ini samasekali tidak pada pihak2 yang memang sesuatu kekasaran itu ditujukan pada mereka yang rata2 dikategorikan sebagai terlalu melampau dan terlalu lama melampau! Tetapi maaf jika seloroh tersasar - silalah ambil yang baik sahaja sebagai panduan dan yang buruk pula ingatlah sebagai kelemahan yang mesti bersungguh2 dan ikhlas dielak daripada diulangi...
CIFU? U.S.! Washed Clean 2008 8 - 9 x Ask. And you'll get it. |
note: don't forget to visit my other blog, klickdefella (klakka-la) and 'klick' your answers to the quizzes, polls or censuses prepared (in the future you may get lucky and win some consolation prize) |
___________________________________________________________
No comments:
Post a Comment