TAK PERLU SUSAHPAYAH???
Untuk ABU, Kita PERLU Sentiasa Berjagajaga Bertungkuslumus
DON'T HAVE A COW???
For ABU, We NEED To Be Continuously Vigorously Vigilant!!!
|
something kelakar.
for me.
and for you.
about them.
|
| Penyanyi Asal (Original Singer): Alleycats Lagu Asal (Original Song): M. Nasir Lirik Asal (Original Lyric): S. Amin Shahab Kuala Lumpur (Kuala Lumpur) Senyuman mu di pagi ini (Your smile, on this morning) Sungguh bererti (Means so much) Kerna cinta bersemi lagi (Because love blooms again) Setelah kemarau panjang (After a long drought) Di lebuhraya di papan tanda (At the highway, on the signboard) Tergambar wajah Moo (I see the face of Moo) Dengan kalimah: Condo untuk kita (With the line: Condo for us) Semoga kekal selamanya (Hopefully this lasts forever) ******* Bingkai 1: Ya, barulah sekarang ada masa dapat melawat, ini baru pertama kali pakcik menjejak kaki di Kuala Lumpur! Mak ai! Sesudah sampai di sini, tibatiba pakcik terasa sangat lapar pula, rasa teringin hendak memakan daging salai masak lemak cili api! Bingkai 2: Eh, tiada masa hendak rindurindu pada isteri pakcik itu! Cuma, pakcik tengok di Kuala Lumpur ini, kirikanan ada sahaja kondo, berderet! Itulah yang buatkan pakcik teringat lembulembu pakcik! Rindu pada Si-Aiman, seekor lembu pakcik yang sedang elok umurnya untuk korban, kalau disalai buat masak lemak pedas, fuh, sedap! Sudahlah, mari laju sedikit, cepatlah pakcik sampai ke rumah anak! ******* For fans of Mahathir (who easily forgets), and the PPSMI project thought up by his cunningly witty brain, thereby not being able to comprehend Bahasa Malaysia, let alone the Negeri 9 dialect, here is the translation: Frame 1: 1Day in 1KL... Cabbie: Uncle, are you going to your kid's place, here in KL? Uncle: Yes, only now I have time to visit; this is the first time I set foot in Kuala Lumpur! Wow! Now that I'm here, I suddenly feel extremely hungry, I feel like having smoked beef cooked in hot, spicy coconut milk gravy! Frame 2: Cabbie: What, didn't you manage to eat first at home earlier? Or, is it that Uncle is already missing your wife back in the village? Uncle: Ah, I don't have time to miss my wife! It's just that, I see Kuala Lumpur is lined with rows of condos! They remind me of my cows! I miss Aiman, a calf which is already just nice for slaughter; if he is smoked and cooked in hot, spicy coconut milk gravy, fooh, simply delicious! Enough, drive faster, so I can reach my kid's place quickly! ******************************************************************** Sama2 kita rai dan bantu menyemarak kebangkitan perjuangan gerakan ABU. Dapatkan T-Shirt Siri ABU penghasilan penulis sekarang: Let us together celebrate and support the uprising of the ABU movement. Get the ABU Series T-Shirt designed by the writer now: HARGA: RM35 sehelai PRICE: RM35 (USD12) per piece (please read Notes below) Catatan: Sila buat pembelian dan bayaran di bawah ini supaya kami dapat proses permintaan anda. Penghantaran dalam Malaysia sudah termasuk yuran pos dan Paypal. Untuk penghantaran luar Malaysia, sila e-mel butiran anda termasuk lokasi penghantaran (peringatan: pihak pos tidak membuat hantaran ke peti pos) untuk menentukan dahulu tambahan harga pos, ke alamat berikut: klakka.lablog@yahoo.com Notes: Please make your selection and payment below, so we can proceed to process your order. Delivery within Malaysia has already included the fees for postage and Paypal. For deliveries outside of Malaysia, please e-mail your particulars including location (reminder: postal service does not deliver to postal boxes) to determine beforehand the extra amount required for postage, to the following address: klakka.lablog@yahoo.com
|
| Projek Ujian DayaIngat Rakyat, PUDAR (People's Memory Test Project) Mahathir bentangkan 1Hukum hasil kajian saintifik beliau (dalam bahasa inggeris) selama 22tahun memegang kuasa negara: Melayu mudah lupa Mahathir announced 1Law resulting from his scientific studies (in English language) while 22years in power: Malays easily forget Siapa ingat: Berapakah elaun keraian untuk Menteri? Berapa pula jenis kesemua elaun2 yang layak untuk Menteri? Bilakah yang terkini kenaikan nilai elaun2 Yang Dipertua Dewan? Bilakah yang terkini penurunan subsidi barangan keperluan rakyat? Berapakah jumlah terkumpul belanja penyelenggaraan rumah rasmi haji Najib? Berapa kali haji Najib sudah mengucapkan kalimah "rakyat didulukan" depan orangramai semenjak dia mula mencanang konsep "1malaysia"? Berapa jumlah harga keseluruhan membuat, mencetak, menyiar dan memasang segala kainrentang, papantanda dan segala apa sahaja iklan2 lain yang mengandungi logo "1malaysia" dan kalimah "rakyat didulukan" sehingga hari ini? Who remembers: How much is the entertainment allowance for a Minister? How many different types of allowances are there for a Minister? When was the latest increase in allowances for the Speaker of Dewan? When was the latest decrease in subsidies of essential goods for the people? How much is the cumulative total spending for maintenance of Najib's official home? How many times have Najib uttered the phrase "people first" in front of the public ever since he began trumpeting the "1malaysia" concept? How much is the total cost of producing, printing, airing and installing all banners, billboards, and all sorts of advertisements that contain the "1malaysia" logo and the phrase "people first" up till today? rajin2lah mengulangkaji jawapan2 berkaitan, yang mudah diperolehi dari En. Google. Anda juga dijemput membaca kembali paparan2 saya terdahulu: If what Mahathir said is true and you have forgotten, take initiatives to revisit related answers, which you easily get from Mr. Google. You are also invited to read again my earlier postings: 1MALAYSIA: RAKYAT DIDULUKAN... KOS HIDUP DI NEGARA INI ADALAH RENDAH KELUH LAGI 1MALAYSIA Selamat berkerutdahi! Happy frowning! ******************************************************************** |
| Syllogism 402 (Advance Syllogism Studies) Lembu = Binatang Peliharaan Binatang Peliharaan = Your Pet Your Pet Project = Projek Kesayangan Your Pet -> Special Treatment therefore Projek Kesayangan -> Layanan Istimewa VIP -> Layanan Istimewa oleh itu VIP = Pet Project = Your Pet = Binatang Peliharaan = ..... ******************************************************************** |
Kerajaan membelanjakan sebanyak RM17 juta bagi membiayai lawatan rasmi perdana menteri dan isteri antara tahun 2008 dan pertengahan 2011. Jawapan bertulis kepada ahli parlimen Batu, Tian Chua turut menyatakan bahawa RM8 juta telah dibelanjakan untuk lawatan rasmi timbalan perdana menteri dan isteri dalam tempoh yang sama. Dalam jawapannya, Najib dan Rosmah membelanjakan RM1,739,332.85 pada tahun 2008, RM4,811,837.48 (2009), RM5,140,307.99 (2010) dan RM5,427,172.26 untuk tempoh sehingga Jun 2011. ***************************
*************************** Kerajaan Persekutuan pimpinan BN telah “memperdayakan” rakyat apabila Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) menyatakan bahawa kerajaan menanggung bil subsidi berjumlah RM74 bilion pada 2010, kata seorang pakar ekonomi hari ini. Bercakpa pada dialog belanjawan Selangor 2012 di Subang Jaya, profesor pelawat Universiti Nottingham, Subramaniam Pillay berkata 54 peratus daripada bil itu adalah untuk pendidikan dan kesihatan yang sebenarnya adalah tanggungjawab kerajaan. Jika dua barangan itu dikeluarkan, bil subsidi hanya berjumlah RM31.1 bilion dan daripada jumlah berkenaan, subsidi makanan yang secara langsung sampai kepada rakyat hanya bernilai RM3 bilion atau lebih kurang 2 peratus daripada bajet kerajaan persekutuan. Katanya, sebahagian besar subsidi RM23.7 bilion untuk bahan api dan tenaga yang dibayar pada 2010 disalurkan kepada subsidi gas yang kemudiannya diberikan kepada pengeluar tenaga bebas. "Bagi infrastruktur, semua subsidi disalurkan kepada (konsensi lebuhraya) bukan kerana mereka memerlukannya tetapi kerana mereka menandatangani perjanjian (dengan kerajaan) yang bodoh. Ini bukan subsidi untuk rakyat,” katanya. ***************************
*************************** Kerajaan diminta menjelaskan kos tinggi penyelenggaraan kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya ketika rakyat diseru berjimat ekoran pengurangan subsidi barangan keperluan. "Apabila mendidik orang ramai supaya berjimat, ia sepatutnya bermula dengan pemimpin,” kata Siti Maria Mahmud kepada wartawan di lobi parlimen hari ini. Siti Maria mengulas jawapan bertulis di Dewan Rakyat berhubung soalan yang diajukan oleh ahli parlimen Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusof, yang juga ketua Dewan Muslimat PAS yang ingin tahu penyelenggaran kediaman rasmi perdana menteri dan timbalannya. Mengikut jawapan bertulis, RM48 juta dibelanjakan antara tahun 2006 hingga 2010 bagi penyelenggaran kediaman kedua-dua pemimpin negara itu. "Begitu tinggi perbelanjaannya sedangkan kediaman itu tidak digunakan sepenuh masa,” kata Siti Zailah, yang hadir bersama. Menurut jawapan itu, hampir RM33 juta dibelanjakan untuk menyewa kediaman lain semasa tempoh itu. Sewa dibayar kepada Perbadanan Putrajaya. RM3.5 juta lagi dibelanjakan untuk kerja baik pulih, RM10.2 juta bagi bil elektrik dan RM1.9 juta untuk bil air. "Kami tidak tahu sebesar mana keluarga perdana menteri dan timbalannya sehingga hari ini,” kata ketua pemuda DAP Anthony Loke, yang turut hadir pada sidang media itu. Menurut beliau jika jumlah itu dibahagikan sepanjang lima tahun dan dikira mengikut bulan, kerajaan membelanjakan RM160,000 untuk bil elektrik dan RM33,000 untuk bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi. "Ini cukup untuk bayar bil elektrik saya untuk selama 100 tahun dan air pula cukup untuk 6,000 orang,” katanya. ***************************
*************************** Kementerian Pelancungan sekali lagi 'panas' apabila ahli-ahli parlimen hari ini membidas tindakan kerajaan yang membelanjakan RM1.8 juta bagi membina dan menyelanggara laman Facebooknya. Anthony Loke (DAP-Rasah) berkata sebegitu banyak wang dihabiskan sebegitu sahaja untuk laman sosial yang boleh dibuat secara percuma. “Semakan terakhir saya mendapati ada hanya 20,308 peminat di laman Facebook kementerian. Secara bandingan laman Facebook 'Visit Penang', yang mana kerajaan negeri Pulau Pinang tidak membelanjakan satu sen pun tetapi mendapat 100,000 peminat. Kenapa belanja RM1.8 juta?” soalnya semasa sesi soalan. Loke berkata adalah sukar untuk mempercayai kononnya tidak ada sesiapun di kementerian itu yang mempunyai pengetahuan untuk mengemas-kinikan akaun Facebook sehingga kerajaan terpaksa memberikan kontrak kepada pihak ketiga. Katanya, kerajaan dengan mudah boleh mendapatkan nasihat daripada pelbagai pihak termasuk BN dan juga ahli parlimen Pakatan yang sebahagian besar mereka pengguna rangkaian laman sosial yang aktif. “Tak perlu tanya ahli sebelah sini (pembangkang). Terdapat ramai di kalangan penyokong kerajaan seperti Kota Belud dan Rembau... mereka boleh dibawa sebagai perunding,” katanya merujuk kepada ahli parlimen Umno Abdul Rahman Dahlan dan Khairy Jamaluddin, yang kedua-dua mereka kerap menggunakan Twitter. Timbalan Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit berkata kontrak RM1.8 juta itu ditenderkan kepada syarikat, Impact Creations Sdn Bhd, untuk selama tiga tahun iaitu bermula 2011 hingga 2013. Khairy, dalam soalan tambahannya bersetuju dengan Loke bahawa peruntukan RM1.8 juta itu adalah satu pembaziran dan berkata kurangnya minat laman Facebook kementerian itu tidak mencerminkan jumlah besar yang dibelanjakan. ***************************
*************************** CIFU? U.S.! Washed Clean 2008 8 - 9 x Ask. And you'll get it. |
| note: don't forget to visit my other blog, klickdefella (klakka-la) and 'klick' your answers to the quizzes, polls or censuses prepared (in the future you may get lucky and win some consolation prize) |
Kuiz Pengurusan: 1. Jika Pengurus Besar atau Pengarah Urusan sesebuah syarikat swasta atau syarikat korporat mengumumkan tidak mahu membuat kerja atau jika dia mengarahkan para pekerja syarikat supaya berhenti melakukan kerja2 yang termasuk dalam skop tanggungjawab mereka, apakah akan berlaku? A. Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan merajuk lalu meletak jawatan bermula dengan ketua mereka sendiri B. Polis Raja Di 1Malaysia (PRDM) akan merajuk lalu menumpukan kepada 1 kerja sahaja iaitu menyerang/menembak rakyat Malaysia dan asing yang berkumpul/ berdemonstrasi/ berlayar atas nama kemanusiaan dan keadilan, kerana itulah nasihat dan tunjuk ajar jururunding dari Israel, sepertimana juga dilakukan oleh tentera Israel sendiri kepada rakyat Malaysia dan asing yang berlayar dalam kapal kemanusiaan C. Menteri polis akan merajuk (dan menangis depan khalayak umum sepertimana juga dilakukan oleh ketua pemuda persatuan cina 1Malaysia dan ramai lagi ketua parti2 politik barisan kebangsaan) lalu menghunus keris seraya menjelir lidah kontot D. Lembaga Pengarah syarikat akan serta merta menggantung/ memecat Pengurus Besar atau Pengarah Urusan tersebut serta menggantikannya dengan orang lain yang benar2 profesional, bijak, waras dan bertanggungjawab E. PDRM telah dan akan sentiasa mengekalkan sikap profesional, beretika dan bertanggungjawab serta hanya melaksanakan tugas yang tepat mengikut undang2 dan akta negara F. Tak tau. Saya hanya tumpukan perhatian kepada perniagaan/ kerja/ pelajaran sendiri. Saya tak ambil pot tentang hal2 lain di sekeliling Management Quiz: 1. If a General Manager or a Managing Director of a private company or a corporate firm announces that he/she does not want to do his/her work or if he/she instructs the company staff to stop carrying out work within their scope of duties, what will happen? A. The Royal Malaysian Police will sulk in a corner and resign, beginning with its own chief B. The Police is Royal in 1Malaysia will sulk in a corner and focus only on 1 job, that is to attack/ shoot Malaysian citizen and foreigners who assemble/ demonstrate/ sail in the name of humanity and justice, because that is the advice and lesson given by consultant from Israel, just like what was done by Israeli soldiers against Malaysian citizen and foreigners who was sailing aboard humanity ships C. Minister of police will sulk in a corner (and cry in front of the public, just like what was done by the youth chief of malaysian chinese association and many other leaders of national front's political parties) and whip out a kris while sticking out dumpy tongue D. The Board of Directors will immediately suspend/ terminate the General Manager/ Managing Director and replace him/her with someone else who is truly professional, wise, rational and responsible E. The Malaysian police has and will always remain professional, ethical and responsible, and only carries out duties accordingly in line with the country's laws and acts F. Don't know. I only focus on my own business/ job/ studies. I don't give a hoot about anything else around me catatan: untuk menjawap kuiz di atas, sila klick butang kanan tetikus pada alamat pautan di bawah dan klick pada 'Open in New Tab': klickdefella (klakka-la) note: to answer the above quiz, please right-klick your mouse on the link below and klick on 'Open in New Tab': klickdefella (klakka-la) |
|
|
|
|