Ucapan selamat untuk semua rakyat Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang berjiwa baik dan cinta keamanan yang cuba menolak pemimpin kotor Semoga kita semua merdeka dari runsing yg membeban dari beban yg menyukar dari sukar yang menewas dari tewas yg mengecewa dari kecewa yg merunsing Semoga mendapat pertolongan keberkatan dan kejayaan to view T-shirt of above and others too by klakka-la, click here: T-Shirts |
Showing posts with label rakyat didulukan. Show all posts
Showing posts with label rakyat didulukan. Show all posts
SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN MERDEKA 55
Posted by
average joe
on Friday, August 31, 2012
Labels:
advisor,
bendera,
BERSIH,
freedom,
hail advisor,
hail thee advisor,
independence,
keadilan,
klakka-la,
kuning,
merdeka,
rakyat didulukan,
reformasi,
ucapan,
yellow
0
comments
INI GAYA ORANG SEDANG NAK PERANG KE?
Posted by
average joe
on Wednesday, September 28, 2011
Labels:
1Malaysia,
BERSIH,
cartoon,
eclipse,
funny,
gerhana,
keadilan,
kelakar,
kuning,
mat kampau,
mentari,
pak polisi,
perang,
poll,
rakyat didulukan,
spr,
stand up and,
sun,
war,
yellow
0
comments
Do These Faces Look Like Trouble-Makers Marching To War???
>>
___________________________________________________________
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan keras pihak berkuasa ke atas penyokong gerakan BERSIH 2.0, termasuk menahan pemimpin-pemimpin politik Pakatan Rakyat, hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno. “Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan dari Mekah. Nik Aziz berkata sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengetuai kerajaan dan juga merupakan presiden Umno. “Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?” soalnya. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyoal sedangkan “Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan?” “Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300,000 orang dibalas dengan gari dan semburan gas? “Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk 'melalak sampai pagi'?” sindir beliau lagi.
Jenazah Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia sewaktu menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 semalam, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lembah Keramat di Taman Seri Keramat Tengah, Kuala Lumpur jam 12.55 tengah hari ini. Semalam dilaporkan Baharudin, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC, terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan. Beliau kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan meninggal dunia kemudiannya. Kira-kira 500 hadir, termasuk pemimpin kanan Pakatan Rakyat dan penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengiringi jenazah ke tanah perkuburan itu. Kumpulan tersebut berjalan dari Surau Al-Muqarrabin - tempat jenazah Baharudin disembahyangkan - sejauh kira-kira tiga kilometer dengan mengiringi van jenazah yang membawa jenazahnya. Turut menyertai kumpulan tersebut beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO antaranya Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, ADUN Hulu Kelang Shaari Sungib dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin. Sambil mengiringi, mereka membaca tahlil dan bertakbir sepanjang jalan tanpa henti. Sepanjang perjalanan menuju ke tanah perkuburan itu, kumpulan tersebut berselisih dengan tiga kereta peronda polis secara berasingan menyebabkan mereka bertakbir kepada polis. Sebelum itu, ramai pemimpin Pakatan, BERSIH mengunjungi Baharudin di surau berdekatan rumahnya di rumahnya di No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Keramat di ibu negara seawal jam 9 pagi. Ramai pemimpin kanan Pakatan yang hadir menziarahi Baharudin antaranya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, Azmin Ali (timbalan presiden PKR), dua naib presiden PAS Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar serta pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga. Sewaktu jenazah dimandikan dan dikafankan, mereka memenuhi Surau Al-Muqarrabin mengadakan majlis bacaan tahlil untuk arwah. Majlis tersebut dipimpin ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrol Amin Baharon di surau yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah Baharudin. Kelihatan rata-rata pemimpin yang ditemui sedih dan ada di kalangan mereka sebak dengan kematian Baharudin. Yang paling jelas, Ambiga dan Nurul Izzah yang tidak mampu menahan air mata sewaktu memeluk isteri Baharudin, Rusni Melan yang merupakan ketua Wanita PKR Cabang Setiawangsa. "(Kejadian ini) tidak sepatutnya berlaku... Dia (Baharudin) adalah seorang hero," katanya ringkas. Ambiga tidak mampu berkata-kata apa-apa dan menangis kerana tidak dapat menyembunyikan kesedihannya. "BERSIH berasa kecewa kerana keadaan ini (kematian) berlaku. Ini menunjukkan polis tidak menghormati rakyat. "Rakyat ada hak untuk berada di sana," kata ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah dalam keadaan sebak dan tidak mampu meneruskan kata-katanya. *************************** ******************************************************************** CIFU? U.S.! Washed Clean 20088 - 9 x Ask. And you'll get it. Also Coming Soon: |
catatan: kenapa sebahagian besar kandungan ialah ulangan dari sebelumnya, yang diterbitkan pada 11 Julai 2011? Sebagai peringatan dan sebagai penekanan kepada peri pentingnya isu ini! |
INI GAYA MUKA2 KAKI GADUH KE?
Posted by
average joe
on Friday, September 23, 2011
Labels:
1Malaysia,
BERSIH,
cartoon,
eclipse,
funny,
gerhana,
keadilan,
kelakar,
kuning,
mat kampau,
mentari,
pak polisi,
perang,
poll,
rakyat didulukan,
spr,
stand up and,
sun,
war,
yellow
1 comments
Do These Faces Look Like Trouble-Makers Marching To War???
___________________________________________________________
catatan: kenapa sebahagian besar kandungan ialah ulangan dari sebelumnya, yang diterbitkan pada 11 Julai 2011? Sebagai peringatan dan sebagai penekanan kepada peri pentingnya isu ini! |
1MALAYSIA: RAKYAT DIDULUKAN... SEKALI LAGI...
Posted by
average joe
on Monday, July 11, 2011
Labels:
1Malaysia,
BERSIH,
cartoon,
eclipse,
funny,
gerhana,
istana 800M,
keadilan,
klakka-la,
kuning,
mat kampau,
mentari,
pak polisi,
poll,
quiz,
rakyat didulukan,
spr,
stand up and,
sun,
yellow
0
comments
SapuMALAYSIA: RAKYAT DIDULUKAN UNTUK DISAPU NYAWA
>>
___________________________________________________________
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata tindakan keras pihak berkuasa ke atas penyokong gerakan BERSIH 2.0, termasuk menahan pemimpin-pemimpin politik Pakatan Rakyat, hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno. “Saya tegas untuk menyatakan bahawa tindakan yang dilakukan ini hanya akan menambah kebencian rakyat terhadap Umno,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan dari Mekah. Nik Aziz berkata sekalipun yang bertindak ialah polis, tetapi semua pihak mengetahui bahawa alat kawalan jauhnya dipegang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengetuai kerajaan dan juga merupakan presiden Umno. “Padahal, apa masalahnya dengan berhimpun?” soalnya. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyoal sedangkan “Presiden Umno baru saja mengumpulkan sejuta belia beberapa minggu yang lalu tanpa ada sedikitpun halangan?” “Sejuta belia yang dikhabarkan hadir dengan penuh layanan mesra oleh pihak berkuasa tiba-tiba hari ini hanya untuk mengumpulkan 300,000 orang dibalas dengan gari dan semburan gas? “Bukankah orang yang sama juga pernah menjanjikan bahawa himpunan akan dibenarkan jika dibuat dalam stadium bahkan diberikan keizinan untuk 'melalak sampai pagi'?” sindir beliau lagi.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyuarakan kekecewannya terhadap tindakan polis ke atas rakyat yang menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur, yang didakwanya bertukar menjadi huru-hara selepas campurtangan pasukan itu. Lim, yang juga setiausaha agung DAP, berkata nampaknya rakyat tidak boleh berhimpun secara aman tanpa terdedah kepada tindakan keras pihak polis. Bagaimanapun, dakwa beliau, keadaannya berbeza, jika ada penunjuk perasaan berarak membantah kerajaan Pakatan Rakyat atau pemimpinnya. Beliau memberi contoh demonstrasi di Pulau Pinang baru-baru ini oleh kumpulan pro-Umno dan kumpulan hak Melayu seperti PERKASA dan Suara Anak Anak Malaysia, di mana wartawan didakwa turut diserang. "Tiada tindakan yang diambil oleh pihak polis dalam kejadian ini. Tidak ada tindakan, walaupun penunjuk perasaan cuba merampas jambatan Pulau Pinang dan menghalang lalulintas," katanya kepada pemberita di Komtar hari ini.
Jenazah Allahyarham Baharudin Ahmad yang meninggal dunia sewaktu menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 semalam, selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Lembah Keramat di Taman Seri Keramat Tengah, Kuala Lumpur jam 12.55 tengah hari ini. Semalam dilaporkan Baharudin, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC, terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan. Beliau kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan disahkan meninggal dunia kemudiannya. Kira-kira 500 hadir, termasuk pemimpin kanan Pakatan Rakyat dan penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengiringi jenazah ke tanah perkuburan itu. Kumpulan tersebut berjalan dari Surau Al-Muqarrabin - tempat jenazah Baharudin disembahyangkan - sejauh kira-kira tiga kilometer dengan mengiringi van jenazah yang membawa jenazahnya. Turut menyertai kumpulan tersebut beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO antaranya Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, ADUN Hulu Kelang Shaari Sungib dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin. Sambil mengiringi, mereka membaca tahlil dan bertakbir sepanjang jalan tanpa henti. Sepanjang perjalanan menuju ke tanah perkuburan itu, kumpulan tersebut berselisih dengan tiga kereta peronda polis secara berasingan menyebabkan mereka bertakbir kepada polis. Sebelum itu, ramai pemimpin Pakatan, BERSIH mengunjungi Baharudin di surau berdekatan rumahnya di rumahnya di No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Keramat di ibu negara seawal jam 9 pagi. Ramai pemimpin kanan Pakatan yang hadir menziarahi Baharudin antaranya ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, Azmin Ali (timbalan presiden PKR), dua naib presiden PAS Datuk Husam Musa, Datuk Mahfuz Omar serta pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga. Sewaktu jenazah dimandikan dan dikafankan, mereka memenuhi Surau Al-Muqarrabin mengadakan majlis bacaan tahlil untuk arwah. Majlis tersebut dipimpin ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrol Amin Baharon di surau yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah Baharudin. Kelihatan rata-rata pemimpin yang ditemui sedih dan ada di kalangan mereka sebak dengan kematian Baharudin. Yang paling jelas, Ambiga dan Nurul Izzah yang tidak mampu menahan air mata sewaktu memeluk isteri Baharudin, Rusni Melan yang merupakan ketua Wanita PKR Cabang Setiawangsa. "(Kejadian ini) tidak sepatutnya berlaku... Dia (Baharudin) adalah seorang hero," katanya ringkas. Ambiga tidak mampu berkata-kata apa-apa dan menangis kerana tidak dapat menyembunyikan kesedihannya. "BERSIH berasa kecewa kerana keadaan ini (kematian) berlaku. Ini menunjukkan polis tidak menghormati rakyat. "Rakyat ada hak untuk berada di sana," kata ahli jawatankuasa pemandu BERSIH, Maria Chin Abdullah dalam keadaan sebak dan tidak mampu meneruskan kata-katanya. *************************** CIFU? U.S.! Washed Clean 2008 8 - 9 x Ask. And you'll get it. |
| note: don't forget to visit my other blog, klickdefella (klakka-la) and 'klick' your answers to the quizzes, polls or censuses prepared (in the future you may get lucky and win some consolation prize) |
1MALAYSIA: RAKYAT DIDULUKAN... LAGI...
Posted by
average joe
on Friday, July 8, 2011
Labels:
1Malaysia,
book of records,
cartoon,
eclipse,
funny,
gerhana,
istana 800M,
kartun,
keadilan,
klakka-la,
kuning,
mat kampau,
pak polisi,
poll,
quiz,
rakyat didulukan,
sprm,
stand up and,
yellow
0
comments
SapuMALAYSIA: RAKYAT DIDULUKAN UNTUK DISAPU DARI JALANRAYA
>>
___________________________________________________________
BERSIH 2.0 kecewa dengan keputusan oleh pihak berkuasa untuk mengharamkan 91 individu, termasuk pemimpin-pemimpin BERSIH 2.0, masyarakat sivil dan pemimpin parti-parti politik, dari yang hadir di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011. Ini adalah merupakan suatu penafian yang tidak munasabah terhadap kebebasan mereka bergerak. Pihak bedrkuasa telah terlupa bahawa Kuala Lumpur ialah ibu kota kami. Malaysia yang tedrcinta ini , milik semua rakyat, dan bukan milik Najib dan Rosmah. Tidak ada sebab untuk melarang sesiapa daripada memasuki bandar. Kami telah menyatakan masa dan sekali lagi bahawa jika BERSIH 2.0 berkenaan, niat kami adalah untuk melaksanakan hak perlembagaan kita untuk berhimpun secara aman dan panggilan untuk pilihanraya yang bersih dan adil. ... BERSIH 2.0 is disappointed with the decision by the authorities to ban 91 individuals, including leaders of BERSIH 2.0, civil society and political parties, from being physically present in certain parts of Kuala Lumpur on 9 July 2011. This constitutes an unwarranted denial of their freedom of movement. The powers that be seem to have forgotten that our capital city, like the rest of our beloved country, belongs to all the rakyat, and not to the government. There is no reason whatsoever to ban anyone from entering the city. We have stated time and again that where BERSIH 2.0 is concerned, our only intent is to exercise our constitutional right to gather peacefully and call for clean and fair elections. ...
PEKARA YANG PERLU DIBAWA DAN DISEDIAKAN ... 6-Bendera Malaysia atau negeri masing-masing. 7-Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula. 8-Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata. 9-Ubat gigi untuk sapu di bawah mata untuk mengurangkan kesan-kesan gas pemedih mata. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata. 10-Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau. 11-Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri. 12-Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata. ... PEKARA YANG TIDAK DIBENARKAN ... 6- Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi. 7- Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan. 8- Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen. 9- Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun. 10- Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain. 11- Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya. 12- Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan. ... SEMASA BERHIMPUN DAN BERARAK ... Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati di jalanraya. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama. ... APA YANG PERLU DIBUAT JIKA KUMPULAN ANTI-BERSIH BUAT PROVOKASI Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut commander Unit Amal. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan. Jangan hampiri mereka. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu. APA YANG PERLU DIBUAR JIKA POLIS BUAT PROVOKASI DAN SERBUAN Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon. Duduk jika pimpinan arahkan. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri. Ambil gambar mereka jika sempat. Buat laporan Polis jika anda dikasari.
APA YANG WAJIB DILAKUKAN JIKA DITAHAN SMS HOTLINE Jika anda ditahan, hantar SMS (sahaja) ke 013-2102002 dengan butiran seperti Nama penuh, IC no., tempat ditangkap, masa ditangkap dan ke balai polis mana anda dibawa. Apabila SMS Hotline diterima, peguam dari Pusat Bantuan Guaman (Legal Aid Centre, LAC) akan diberitahu mengenai tangkapan anda. Peguam akan dihantar ke balai polis yang akan ditahan. Peguam dari Pusat Bantuan Guaman akan dihantar ke balai yang anda ditahan. Tempoh masa dari masa anda ditahan sehingga anda dapat berjumpa peguam mungkin akan makan masa yang lama jadi tolong bersabar. Jika ditangkap, beritahu kepada pihak polis bahawa “saya nak jumpa Pusat Bantuan Guan.: APABILA DISOAL OLEH POLIS PengenaIan Anda Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja. Seandainya ditanya soalan-soaian lain: Anda boleh bertanya, “Adakah saya ditahan? “ Bilakah anda ditahan Anda ditahan apabila anggota polis itu • menjawab “ya” pada soalan di atas • beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa anda ke balai polis Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan. Bilakah anda tidak boleh ditahan Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112). *************************** CIFU? U.S.! Washed Clean 2008 8 - 9 x Ask. And you'll get it. |
| note: don't forget to visit my other blog, klickdefella (klakka-la) and 'klick' your answers to the quizzes, polls or censuses prepared (in the future you may get lucky and win some consolation prize) |
KELUH LAGI 1MALAYSIA
Posted by
average joe
on Monday, July 26, 2010
1Malaysia, 1Liter, 1Kilo
>>
___________________________________________________________
Dipetik seluruh isinya (dari utusan online) Ditelan pahit rasanya (bagi semua rakyat masing2 agama/bangsa lain2) ARKIB : 07/07/2010 Elaun pelantikan dan tamat perkhidmatan speaker RM10,000 07/07/2010 7:49pm KUALA LUMPUR 7 Julai – Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat kini layak menerima pemberian pelantikan yang sama jumlahnya dengan pemberian tamat perkhidmatan sebanyak RM10,000 berkuat kuasa 1 Mei lepas. Manakala Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara pula layak menerima RM7,500 bagi elaun yang sama. Pemberian pelantikan dan pemberian tamat perkhidmatan itu merupakan elaun baru yang terkandung dalam Kertas Statut 49 dan 50 Tahun 2010 bagi elaun dan keistimewaan speaker dan timbalannya yang diedar kepada Ahli-Ahli Parlimen pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini. Selain itu, Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat layak menuntut bayaran perpindahan rumah sebanyak RM5,000 jika berpindah ke rumah yang dibeli melalui Skim Pinjaman Perumahan atau berpindah ke rumah kerajaan atau rumah yang sewanya dibayar oleh kerajaan atau sebaliknya. Elaun baru yang lain bagi yang dipertua dan timbalan yang dipertua ialah mereka layak dibekal dengan personal data assistant (PDA) bernilai tidak lebih RM3,500 seunit setiap tiga tahun. Mereka serta isteri atau suami layak diberi kemudahan tambang kapal terbang kelas satu dan kelas ekonomi untuk tiga anak yang masih dalam tanggungan mereka. Elaun-elaun yang dinaikkan pula ialah Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat menerima kenaikan elaun keraian daripada RM7,000 kepada RM9,860 sebulan. Mereka turut menerima kenaikan elaun pembantu rumah dari RM2,000 kepada RM2,500 sebulan atau dibekalkan dengan empat orang pembantu rumah, termasuk seorang tukang kebun, manakala timbalan yang dipertua pula menerima kenaikan daripada RM1,000 kepada RM1,500 sebulan. Kenaikan lain membabitkan elaun pakaian panas daripada RM2,000 sekali dalam tempoh tiga tahun kepada RM6,000 untuk speaker dan daripada RM1,500 kepada RM3,000 bagi timbalan speaker. Mereka turut menerima kenaikan elaun pakaian rasmi daripada RM1,000 sekali dalam tempoh tiga tahun kepada RM1,500. – Bernama rakyat didulukan - untuk berebut2 yang ciput2 rakyat didulukan - untuk dipotong dari ditolong LAWAN TETAP LAWAN! UNTUK MENGHAPUSKAN PENIPUAN & PENCABULAN. UNTUK KEBAIKAN & KEADILAN SEMUA. |
| catatan: jangan lupa jenguk satu lagi blog saya, klickdefella (klakka-la) dan 'klick' jawapan2 anda untuk kuiz, undian atau bancian tersedia (di masa hadapan anda mungkin bertuah memenangi sesuatu hadiah) |
BAGAIMANA MENGELENTONG 201
Posted by
average joe
on Sunday, April 18, 2010
BAGAIMANA MENGELENTONG 201
– Kelas Hari Pertama
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana bijak kaki2 tipu, kami berusaha 'mendapatkan kaedah/sumber' untuk mengintai kelas lanjutan yang khas mendidik pelajar2 tahun 2 bagaimana untuk menipu dengan lebih berkesan hingga amat sukar dikesan! Kami bermurah hati untuk berkongsi pengetahuan rahsia rasmi ini dengan para pembaca. Jom lihat...! (Catatan: Nama2 telah dipadam/ubah demi mengelak gangguan peribadi terhadap pemberi2 maklumat) EKSKLUSIF! BAGAIMANA MENGELENTONG 201 – Kelas Hari Pertama Prof: Selamat pagi. Kamu semua telah lulus kelas asas kelentong 101 yang cukup mencabar semester lepas. Tahniah dan selamat kembali ke kelas saya semester ini, kelas lanjutan, Bagaimana Mengelentong 201. Sesiapa yg belum mengambil kelas Bagaimana Mengelentong 101 atau belum lulus kelas itu, kamu telah silap kelas dan sila beredar sekarang dengan senyap. Saya ulang, ini adalah kursus Bagaimana Mengelentong 201 untuk pelajar tahun 2. Baiklah, jika semua sudah sedia, kita mulakan pelajaran baru untuk hari ini. Saya ingin mulakan dengan memberi kamu suatu tugasan pemanas badan, satu pengasah fikiran yang mungkin sudah tumpul akibat terlalu banyak berparti dan berdangdut semasa cuti semester lepas. Sebabnya mudah: seorang pengelentong yang benar2 meyakinkan mestilah sentiasa dalam keadaan berfikiran tajam, tangkas, kreatif dan sentiasa bersedia, walaupun sedang berpesta atau dalam keadaan mabuk; bukan lembab, tumpul dan terhegeh2. Untuk tujuan ini, tugasannya pun mudah dan ringkas: ingat lagi kertaskerja kamu buat semester lepas, di mana kamu menulis secara berpasangan untuk mereka satu cerita kreatif berkenaan suatu pengelentongan besar tahap mega yang terperinci dan menyeluruh? Ingat? Kelas: Ingat! Prof: Bagus. Sekarang saya mahu kamu dan pasangan yang sama, menokok lagi cerita itu supaya jalan ceritanya dipanjangkan sedikit lagi. Inilah latihan bagi kamu menjadi lebih kreatif, berfikiran tajam, tangkas dan sentiasa bersedia untuk mengelentong lagi dan lagi! Baiklah, kita mulakan dengan pasangan pengelentong terhebat dalam kelas asas semester lepas, Ajib dan Imah. Sambung jalan cerita kamu dahulu, masih ingat lagi? Imah: Dengan jelas! Prof: Bagus. Mulakan dengan sedikit ringkasan tentang jalan cerita dahulu... di mana kamu berdua memegang watak rekaan sebagai Perdana Menteri Malaysia dan isteri Perdana Menteri... Imah: 'Wanita Pertama Malaysia', bukan 'isteri Perdana Menteri'! Prof: Haha! Apa-apalah. Mulakan... Imah: Em, dalam cerita dulu kami dapat mengelentong 10 perkara sekaligus: 1. Mengelentong dalam kontrek kerajaan demi mendapatkan 'komisen' lumayan sejumlah 600 juta; 2. Mengelentong negara kononnya bercuti di Eropah sedangkan tujuan sebenar ialah menguruskan penerimaan 'komisen' tersebut; 3. Mengelentong untuk mendapatkan masa bagi 'percutian' itu sedangkan masa yang sama bertimbun tugas sebagai Perdana Menteri, semata2 supaya tidak terlepas habuan 'komisen' seperti yang dirunding; 4. Mengelentong untuk memberi gambaran bahwa kami adalah rapat dengan keluarga diraja Arab, yang dipandang tinggi oleh dunia Islam termasuk Malaysia; 5. Mengelentong untuk memberi gambaran bahwa kami diiktiraf dan disanjung sebagai orang jujur dan berhati mulia oleh keluarga diraja Arab itu; 6. Mengelentong untuk memberi gambaran bahwa kami malah diberi anugerah duit lumayan oleh keluarga diraja Arab atas 'kejujuran' kami, walaupun bukan begitu yang sebenarnya berlaku; 7. Mengelentong untuk memberi gambaran kepada rakyat umum, bahwa kami memang pemimpin berperwatakan mulia yang mendahulukan derma kebajikan dan bukan gelojoh mengaut hadiah peribadi semata2, walaupun sebenarnya jumlah 'derma' yang kami 'sedekahkan' cumalah sebahagian yang sangat kecil daripada jumlah 'komisen', tetapi mampu mendapatkan sanjungan dan sokongan amat besar dari rakyat; 8. Mengelentong dengan memberi gambaran kepada rakyat umum, bahwa kami prihatin tentang kebajikan rakyat lantaran segera memberi derma sedangkan 'derma' itu adalah habuan berbentuk projek amal yang mendahulukan penyokong2 setia kami sahaja, semata2 bertujuan menguatkan kedudukan kami sebagai pemimpin nombor 1 mereka tanpa digugat; 9. Mengelentong untuk memberi gambaran kepada rakyat umum, bahwa kami memang pemimpin berperwatakan mulia yang mendahulukan derma kebajikan, sedangkan 'derma' itu cumalah kaedah 'mengitar dan membersih' sebahagian duit komisen kami supaya kesemuanya kelihatan bersih, sah dan halal; 10. Mengelentong dengan cara melibatkan 'pengiktirafan' suruhanjaya pencegah rasuah sendiri, untuk memberi gambaran kepada rakyat bahwa kami memang pemimpin bersih dan tidak terlibat dalam sebarang rasuah atau menerima sebarang komisen Ajip: Dan perlu diingatkan, walau dengan segala2 yang disebut tadi, termasuk walau mengongsikannya untuk 'kebajikan', kami masih memiliki sebilangan besar duit 'komisen' itu yang masih belum terusik, dan tidak akan didedahkan oleh orang2 yang tahu dan tidak akan dibuktikan oleh orang2 yang syak, lantaran kesemuanya bebas kami belanjakan sesuka hati bagi gaya kehidupan mewah! Prof: Betul. Itulah cerita kamu dahulu. Sekarang cuba sambung. Sambung sedikit sahaja, tak perlu panjang macam kertas dulu tu... Ajip: Em. Kami masih memiliki sebahagian besar duit komisen yang ratusan juta itu. Kami gunakannya berdikit2 untuk kehidupan mewah dan senang-lenang, tetapi 'berdikit' kami itu sebenarnya melibatkan angka juta juga! Kehidupan mewah kami ini bersesuaian dengan taraf kami sebagai vvip dalam negara... contohnya, kami berdua masing2 memiliki beberapa kereta besar dan mewah, termasuk sebuah pacuan empat roda Porsche Cayenne Turbo setiap seorang; malah adik, kakak, ayah, emak, abang ipar, mertua, besan, biras, semuanya kami berikan Porsche Cayenne setiap seorang; menantu juga kami berikan saham syarikat2 menjual kereta2 mewah sebegini; ada yang kami berikan AP secara langsung; ada yang kami syaratkan pada orang lain yang ingin AP kerajaan supaya melantik ahli keluarga dan saudara kami sebagai pengarah... Prof: Sebentar... contoh kamu sudah cukup banyak tu; tetapi, walaupun ia juga melibatkan kelentong sana kelentong sini, tetapi kelentong itu tidak relevan dengan kelentong sebenar jalan cerita asal, iaitu berkenaan rasuah 'komisen' yang kamu terima Imah: Tapi Prof, sebenarnya sebarang kelentong mengenai cara kami berbelanja mewah adalah berkaitan dengan cerita asal iaitu 'komisen' kami, kerana kelentong itu adalah cara kami mengitar dan membersih duit komisen yang banyak tersebut supaya kelihatan seolah2 duit sah dari perniagaan ahli keluarga dan sebagainya... Prof: Em... ya, kamu betul, maafkan saya. Memang itu rentetan secara langsung dari kelentong asal. Baiklah, teruskan cerita kamu... Imah: Pada masa sama, kami terpaksa berdepan dengan pilihanraya... Ajip: Em, pilihanraya? Mungkin satu pilihanraya kecil... Prof: Jangan 'mungkin-mungkin' atau teragak2! Imah: Ya, pilihanraya kecil, tetapi tetap penting bagi kami, kerana ia boleh memberi gambaran jelas tentang populariti kami dan penerimaan rakyat terhadap kepimpinan kami, samada segala pengelentongan kami sebutkan tadi berjaya memadamkan desas-desus yang mendakwa kami menerima rasuah berbentuk komisen kontrek Ajip: Ya. Pilihanraya kecil yang amat penting Imah: Seperti biasa, rakyat rata2nya mengukur prestasi pemimpin dan kerajaan berdasarkan keupayaan membangunkan pelbagai projek2 Ajip: Ya, itulah bezanya antara kerajaan yang memerintah dengan pembangkang yang hanya tahu membidas! Imah: Em, oleh itu, kami merangka 1 lagi bentuk pengelentongan untuk memenangi pilihanraya ini Ajip: Walaupun bukan kami sendiri yang bertanding sebagai calon... Imah: Memanglah bukan kita jadi calon, tapi kita adalah pemimpin parti yang bertanding! Ajip: Em... parti diutamakan... Imah: Parti diutamakan hanya bila ianya boleh memberi pulangan baik kepada kita! Ajip: Betul! Imah: Baiklah, kami bercadang menggunakan sebahagian sangat kecil lagi daripada baki 'komisen' yang masih banyak milik kami, untuk membuat satu projek... Ajip: Projek kebajikan untuk rakyat, untuk sekali lagi menunjukkan kami memang mendahulukan rakyat! Imah: Ya. Kami akan membelanjakan 1 juta! Ajip: Itu sudah cukup lumayan untuk satu pilihanraya kecil! Imah: Memang! Tapi 1 juta bagi kami umpama 1 ribu sahaja! bayangkan, 1 juta daripada 600 juta, tak sampai 0.2 peratus pun! Ajip: Betul betul betul! Imah: Baik. Semasa berkempen untuk pilihanraya kecil itu, kami umumkan akan membina satu pusat... untuk rakyat setempat... Ajip: Ya, kami umumkan akan membina satu pusat... yang boleh digunakan oleh penduduk tempatan... Imah: Bukan Ajip: Bukan? Imah: Kita kena kelentong penduduk tempatan yang akan mengundi itu secara halus, gunakan pendekatan psikologi... Ajip: Em... jadi... Imah: Jadi, saya yang buat pengumuman itu. kerana, jika perdana menteri yang umumkan, penduduk akan muak dan jijik kerana melihatnya hanya sebagai satu 'projek mi segera' atau janji manis untuk memancing undi sahaja, bukan suatu iltizam ikhlas! Ajip: Em... Imah: Saya yang umumkan. Jadi ianya mestilah suatu projek kelolaan dan kesayangan saya sebagai Wanita Pertama... Ajip: Projek kebajikan untuk wanita, pusat untuk wanita! Atau untuk para ibu! Ibu tunggal! Janda!? Andartu? Imah: Atau pusat untuk anak-anak kecil... Ajip: Atau pusat untuk bayi terbuang... bukan, untuk gadis2 muda yang melahirkan anak luar nikah... atau gadis2 muda mangsa rogol! Imah: Hish! Ke situ je pikirnya! (satu kelas termasuk profesor terbarai ketawa) Imah: Saya akan umumkan rancangan untuk pembinaan suatu pusat penjagaan, pengasuhan dan pendidikan untuk kanak-kanak... Ajip: Baiklah... Imah: Saya yang bersifat keibuan, ingat lagi?... memang merupakan penaung projek demikian untuk seluruh Malaysia... Ajip: Bagus! Imah: Jadi secara semulajadi saya yang buat pengumuman tersebut... bukan Perdana Menteri atau mana2 menteri lain! Ajip: Baiklah Imah: Saya sendiri buat pengumuman pembinaan pusat penjagaan, pengasuhan dan pendidikan kanak2 di kawasan itu berharga 1 juta... sebelum tempoh berkempen bermula Ajip: Sebelum? Bukankah itu bahan kempen yang elok semasa berkempen? Imah: Memanglah bahan kempen yang elok, tetapi kita kena gunakan pendekatan psikologi secara halus, ingat? Bila dibuat di luar tempoh berkempen, tidaklah ianya kelihatan sebagai janji kempen pilihanraya sahaja! Ajip: Em, betul betul betul! Imah: Betul. Saya umumkan sebelum kempen bermula, kerana memang selalunya suruhanjaya pilihanraya akan sengaja meletakkan satu ruang tempoh antara hari mereka umumkan pilihanraya akan diadakan, dengan hari dibenarkan kempen bermula... Ajip: Ya, betul... Imah: Jadi bila saya umumkan waktu itu, bukan Perdana Menteri, dan di luar tempoh kempen, tidaklah terang2 gelagat nak pancing undi semata2... Ajip: Tapi tetap melekat di hati dan kepala penduduk untuk menyokong dengan mengundi kita! Imah: Ya, lagipun, semasa waktu kempen yang sah kemudian, Perdana Menteri atau sesiapa ahlli politik yang berceramah kelak bolehlah ulang2 semula secara halus tentang projek 1 juta saya tu, sebagai contoh keprihatinan pemimpin terhadap rakyat! Ajip: Bagus! Imah: Tapi untuk memastikan penduduk tempatan mengundi parti kita, kita kena beritahu bahwa projek saya ini akan hanya dibina jika kita menang kerusi tersebut! Ajip: Eh, bukankah itu nampak macam janji kempen pilihanraya? Imah: Em... ya, tapi ingat, kita kena menang kerusi ini, untuk meneruskan kesinambungan kepada populariti kita sebagai benar2 pemimpin yang disokong rakyat! Ajip: Baiklah, tapi jika begitu kita kena beri alasan kepada penduduk... Imah: Betul. Em, kita katakan tempat nak buat pusat tu belum ada... Ajip: Ya! Tanah sebagai tapak pembinaan pusat itu belum dapat diperuntukkan... kerana kawasan itu buat masa ini adalah di bawah tadbir pembangkang! Imah: Betul! Pembangkang tidak memberikan kerjasama untuk mengenalpasti dan mewartakan tanah untuk tapak pusat itu! Ajip: Oleh itu, pentadbiran mestilah ditukar dari pembangkang kepada kerajaan, supaya masalah tapak boleh diselesaikan dulu! Imah: Betul, tapi hal tanah adalah urusan kerajaan negeri, bukan kerajaan tempatan Ajip: Em... Imah: Negeri itu memang dibawah tadbiran pembangkang... Ajip: Termasuk kawasan untuk pilihanraya kecil ini... Imah: Ha! Jadi lagi lah penting kita menang pilihanraya kecil ni, untuk menaikkan semula populariti dan semangat kita! Ajip: Betul! Dan untuk memenangi semula negeri itu sedikit demi sedikit Imah: Kita mesti menang jadi kita mesti pancing undi penduduk setempat sebanyak mungkin! Ajip: Kita kena tabur janji yang berkaitan dengan kebajikan penduduk setempat, kerana itulah yang lebih penting bagi mereka berbanding isu2 negara yang lebih besar! Imah: Tepat sekali! Jadi kita... saya... umumkan rancangan projek pembinaan pusat penjagaan, pengasuhan dan pendidikan kanak2 di kawasan itu, dengan syarat penduduk kawasan itu mengundi kita... calon kita... kerana dengan cara itu sahaja isu tanah tapak dapat diselesaikan Ajip: Maknanya, jika penduduk tempatan terus mengundi pembangkang, soal tanah tidak akan menemui jalan penyelesaian, jadi kita tidak akan membina pusat kanak2 di situ Imah: Ya Ajip: Baiklah. Itulah sahaja sambungan ringkas jalan cerita kami Imah: Sekian, terima kasih (tersenyum bangga) Prof: Bagus. Satu pengembangan jalan cerita yang cukup baik. Tapi saya ada soalan untuk kamu berdua. Jika parti kamu menang pilihanraya kecil kawasan itu, adakah kamu akan meneruskan projek pembinaan pusat kanak2 yang kamu umumkan? Imah: Ya. Saya akan tunjukkan yang saya bukan hanya menabur janji kosong untuk memancing undi. Lagi pun, seperti yang saya katakan, setakat 1 juta tiada masalah bagi kami, seperti yang saya katakan, ianya tak sampai 0.2 peratus dari 600 juta 'komisen' kami Prof: Baiklah. Semua sila ambil perhatian, itu merupakan suatu ciri yang dipanggil "satu kebenaran dalam satu`pengelentongan". Secara keseluruhan, ia merupakan satu pengelentongan besar, titiktolak permulaannya ialah penerimaan rasuah yang besar, kemudian diikuti dengan rentetan pengelentongan terperinci, satu demi satu, untuk menutup rasuah itu yang memerlukan lebih dari 1 penipuan kerana jumlahnya yang sangat besar dan ketara. Dalam kursus asas semester lepas kamu telah belajar bahwa untuk menjadi pengelentong yang bagus, kamu mesti ada sebilang kecil 'rakan kongsi' atau tali barut yang turut sama dalam skim kelentong itu - seluruh ahli kumpulan ini mesti tahu apa yang mereka kelentongkan dan apa objektif kelentong itu. Kamu juga belajar bahwa untuk tahu apa yang kamu kelentongkan, perincian adalah sangat penting. Perincian yang baik dan selaras akan menjayakan sesuatu kelentong. Kamu juga telah belajar bahwa adakalanya sesuatu perincian itu mestilah pula disenyapkan sahaja, untuk mengelak soalan2 lanjutan yang akhirnya mungkin menjurus ke arah pembongkaran kelentong asal itu. Baiklah, dalam kursus lanjutan semester ini, kamu kena perhatikan, bahwa mana2 dan bila2 sesuatu perincian perlu diketengahkan, kamu mesti bijak menentukan apakah bentuk perincian tersebut, samada: a) perincian itu merupakan satu lagi kelentong kecil atau kelentong lanjutan yang menyokong atau menguatkan kelentong asal; b) perincian itu sendiri merupakan satu kebenaran, yakni sesuatu yang memang benar2 berlaku, tetapi ia menyokong kelentong asal; atau c) perincian itu merupakan sesuatu yang tergantung, yang belum berlaku, dan sesuatu yang mungkin akan berlaku atau mungkin tidak. Bagi pilihan (c) ini, tukang kelentong kena berhati2 terutamanya jika perincian yang belum berlaku itu adalah di luar kawalannya. Dia mesti bijak memperjudikan keadaan ini. Sebaliknya, jika dia mempunyai pengaruh untuk menentukan samada perincian ini berlaku atau tidak mengikut kesesuaian matlamat pengelentongan asal, maka pilihan ini adalah yang terbaik dari ketiga2 bentuk perincian, kerana sesudah ia berlaku, dia boleh mendabik dada dan berkata: "Kan saya dah cakap, sekarang masih tak percaya?" Berbalik kepada cerita Ajib dan Imah tadi, perhatikan bahwa janji mereka untuk membina pusat itu jika menang pilihanraya sebenarnya merupakan perincian jenis (c), kerana ia tergantung, masih belum berlaku. Cuma di sini ada kelainan sedikit, iaitu ianya bersyarat. Jika menang, ia dibina. Jika kalah, ia tak dibina. Jika menang, mereka memang akan bina, lalu mereka boleh melaungkan kepada rakyat: "Kan saya dah cakap, sekarang masih tak percaya?" Perhatikan dalam keadaan ini, mereka beroleh dua kali kejayaan - yang pertama mereka berjaya dalam pilihanraya kecil itu, dan yang kedua ialah mereka berjaya menguatkan lagi kepercayaan rakyat bila sahaja mereka menunaikan janji membina pusat itu setelah diundi. Ini kejayaan berganda. Ini pilihan perincian yang terbaik berdasarkan syarat yang diberikan. Tetapi, mari kita lihat jika sebaliknya pula berlaku. Ingat bahwa kawasan itu kini, yakni sebelum pilihanraya, adalah kerusi milik pembangkang. Maknanya ada kemungkinan pengundi setempat masih setia mengundi pembangkang dan tidak memenangkan mereka. Jadi apakah kesan jika mereka kalah dalam pilihanraya kecil itu? Janji mereka ialah jika menang, mereka akan bina. Itulah syaratnya. Maknanya jika kalah, mereka tidak bina. Perhatikan baik2. Jika mereka kalah pilihanraya itu, bermakna rakyat tetap menolak kepimpinan mereka lalu kurang mengundi mereka. Rakyat masih tidak mempercayai kejujuran mereka, dan masih syak atas pembabitan mereka dalam rasuah komisen seperti desas-desus yang tersebar. Jadi mereka kalah pilihanraya. Bila selesai pilihanraya pula, seperti yang mereka sendiri syaratkan, mereka tidak membina pusat kanak2 yang sepatutnya sesuatu yang sangat diharap2kan penduduk. Apakah maksudnya? Sudah tentu perasaan rakyat semakin jijik terhadap mereka yang dianggap hanya gila kuasa! Jika mereka tidak diberikan kuasa memerintah oleh pengundi, maka pengundi dihukum dengan menidakkan projek rakyat. Maka rakyat akan semakin membenci dan menjauhkan diri dari mereka. Rakyat tidak akan menerima dan menghiraukan alasan mereka bahwa kesulitan mendapatkan tapak menjadi punca menghalang pembinaan. Rakyat sedar sebagai Perdana Menteri yang menerajui kerajaan pusat yang memegang kuasa besar dan memiliki sumber pelbagai, mustahil alasan itu tidak boleh ditangani - kegagalan itu hanya dicap sebagai kepimpinan yang tidak cekap! Di sini terjadi pula kekalahan berganda, kalah ketika pilihanraya dan kalah lagi selepas pilihanraya, yakni populariti semakin merudum. Ini bukanlah perincian terbaik, semata2 kerana syarat yang sama juga yang mereka sendiri tetapkan tadi! Ajip: Jadi, pengelentongan kami yang berbentuk perincian bersyarat ini sebenarnya satu dilema bagi kami, bagaikan 'ditelan mati emak, diludah mati bapak'. Apakah penyelesaian terbaik, Profesor? Prof: Penyelesaiannya... tunggu kelas akan datang. Sekian untuk kelas Bagaimana Mengelentong 201 hari ini. Kamu boleh bersurai sekarang catatan: a.bakal kita intai lagi kelas menarik ini jika berkesempatan... b.untuk rujukan, lihat pembelajaran terdahulu (klik butang kanan tetikus pada pautan di bawah, dan klik Open In New Tab): 1. How To Lie 101 (Bagaimana Mengelentong 101) 2. Bagaimana Mengelentong 101 – Bhg 2 3. Bagaimana Mengelentong 101 – Bhg 3 (Akhir) |
SPRM 1Malaysia (1Malaysia's MACC)
Posted by
average joe
on Thursday, December 24, 2009
Labels:
1Malaysia,
ahmad said,
amoi,
bank negara,
cow,
duit-duit,
gadis litar,
korban,
lembu,
macc,
rakyat didulukan,
saman,
soalsiasat,
sprm
0
comments













