Tanya Sama Hati, Apa Pasal Goncang...


Tanya Sama Katak, Apa Pasal Jambatan Goncang...



oh bangau oh bangau
siapa bina jambantan ini
macammana aku nak tau
pergi soalsiasat katak puru

[dah, bye-bye, good luck,
aku terbang balik siberia dulu]
[ok sang bangau, bon voyage]

oh katak oh katak
siapa bina jambantan ini
macammana aku nak tau
aku dah lompat pergi dulu

oh katak oh katak
kenapa kau lompat pergi
macammana aku tak lompat
kat sana aku banyak dapat

oh katak oh katak
kenapa kau boleh dapat
macammana aku tak boleh
projek jambantan banyak cuma pilih

oh katak oh katak
kenapa banyak jambantan
macammana takde banyak
ramai kroni semua mintak

oh katak oh katak
kenapa jadi kroni ramai
macammana tak jadi kroni
semua mau jadi b.a.b.

oh katak oh katak
kenapa mau jadi b.a.b.
macammana pula tak mau
dapat title businessman alaf baru

oh katak oh katak
kenapa title pun mau
macammana taknak title
berpuloh2 kes pun boleh settle

oh katak oh katak
kenapa boleh berpuluh kes
macammana kes tak berpuloh:
buat parlimen bocor,
buat bumbung gugor,

buat atap melayang,
buat jalan berlobang,

buat highway retak,
buat tembok koyak,

buat kolam merekah,
buat masjid pecah,

buat stadium roboh,
buat jambantan runtoh!




kahkahkahkah!
kahkahkahtak!
kahkahkatak!
katakboleh!
kata tak boleh!
1malaysia kata tak boleh!

klakka-la!
___________________________________________________________

No comments:

Post a Comment