Tahun Chong Bhg 2
Manusia, sepertimana juga segala kejadian & milik Tuhan yang lain - haiwan, tumbuhan, kuman, air, haba, bulan, debu, ilmu, harta dsbnya - bersifat baharu. Maksudnya berubah-ubah. Kejap ada, kejap takde. Macam biskut. Kejap di atas, kejap di bawah. Macam tayar. Satu masa terang, satu masa gelap. Macam hari. Sebentar sedikit, tiba2 banyak. Macam ombak laut. Mula2 menang, kemudian kalah. Macam pilihanraya. Setiap kejadian Allah berbeza dengan Pembuat segala kejadian2 ini. Allah Maha Berkuasa. Allah Maha Kekal. Hamba Tuhan amat lemah. Hamba Tuhan berubah2. Kelemahan ini bukan pula satu tiket dan bukan alasan yang boleh digunapakai manusia untuk mati semangat, untuk berhenti mencuba, untuk tidak berusaha lebih keras dan berfikir lebih panjang. Kerana Allah telah menganugerahkan kita otak, akal dan anggota tubuh badan, serta makanan2 khas untuk otak (lihat iklan susu yang mengandungi DHA dan pelbagai lagi nama dalam bentuk huruf2 kependekan), makanan2 khas untuk akal (pengetahuan), dan makanan2 khas untuk tubuh badan kita (semua arif pasal vitamin, protin, karbohidrat dan serat serta makanan seimbang). Allah juga telah menganugerahkan Bumi serta pelbagai kejadian yang ada di atas dan di dalam Bumi, kepada manusia - dengan amanah menjadi penghulu di Bumi ini. Maka dengan anugerah otak, akal, anggota badan serta anugerah Bumi ini, secara automatik manusia WAJIB BERUSAHA YAKNI MEMIKUL AMANAH MENJAGA BUMI, SECARA BERTERUSAN. Tanpa henti, walaupun tidak dapat melihat apa2 hasil. Tanpa lelah, walaupun gagal mencapai hajat tujuan. Tanpa putus asa, walaupun belum nampak sebarang perubahan. Sehinggalah Allah mengambil semula anugerah hayat yang dipinjamkan sekejap pada mulanya. Ketika itu barulah tamat tempoh kontrek antara kita dengan Pembuat Yang Maha Esa. Saat itu barulah selesai amanah kehidupan yang wajib kita pikul selaku hambaNya. LAWAN TETAP LAWAN! UNTUK MENGHAPUSKAN PENIPUAN & PENCABULAN. UNTUK KEBAIKAN & KEADILAN SEMUA. |
___________________________________________________________
No comments:
Post a Comment