catatan: Jangan lupa jenguk satu lagi blog saya, klickdefella (klakka-la) dan 'klick' jawapan2 anda untuk kuiz, undian atau bancian tersedia (di masa hadapan anda mungkin bertuah memenangi sesuatu hadiah) note: Don't forget to visit another blog of mine, klickdefella (klakka-la) and 'klick' your answers to the quizzes, polls or censuses prepared (in future you may even be lucky enough to win some prizes) |
Karangan: Apa Aktiviti Saya Semasa Cuti Sekolah Yang Lepas Semasa cuti sekolah yang lepas, saya ikut ayah dan ibu balik kampung. Kami dah lama tak jumpa Atok. Ayah drive dengan sangat laju walaupun banyak selekoh tajam, sampai ibu marah2 sebab pening dan sakit perut sampai ibu banyak kali sendawa. Ayah jawap, "Biar cepat asal selamat sampai rumah Atok dapat makan tengahari sampai 3-4 pinggan sebab nenek tengah masak lauk ikan patin masak lemak tempoyak untuk kita, siap dengan sayur pucuk ubi muda rebus dan sambal bacang." Ibu terliur lalu terdiam. Kami sampai rumah Atok awal, nenek belum siap masak lagi. Tapi ayah dah mengendeng di dapur, tak bergerak2 ke tempat lain, ayah dah tak sabar hendak makanlah tu. Ibu pun sentiasa di dapur, tolong nenek sikit-sikit, macam sediakan pinggan dan gelas atas meja makan, kadang2 tolong kacau lauk ikan yang terjerang, buat syarat. Memang selalu macam tu lah. Saya pergi bilik Atok. Atok tanya khabar. Saya pun borak panjang dengan Atok. Pasal subsidi buku sekolah saya. Pasal subsidi baja Atok. Itulah aktiviti saya semasa cuti sekolah. Selalu memang macam tu lah.
|
___________________________________________________________
No comments:
Post a Comment