Hikayat 2 Ong-Ong (Bahagian 1)
Permulaan Cerita Bermulalah ceritera hikayat ini akan seekor haiwan kejadian Tuhan daripada spesis katak. Si-katak ini bernama zah-Ong-rain. Suatu masa yang agak panjang dahulu Si-katak zah-Ong-rain bermukim di bawah tempurung kelapa hotak dia yang amat disukainya... Maka nak panjangkan ceritera, maka pada suatu hari tak semena-mena, maka sekali hangin punye kuat pun menyerbu alam katak2 dengan hujan 10x ganda lebih lebat dari hujan yang membanjiri KL petang tadi sampai puting... eh sampai putingbeliung... lalu tak disangka2 melayang lah tempurung kelapa hotak Si-katak zah-Ong-rain yang dah berlumut tu, terbang, terbang, terbang... PAP! tersangkut melekat la pulak atas kepala hotak soul-no-deen, seekor lagi dari spesis katak. ************************ Bab 1 - Kopiah Free Si-katak soul-no-deen pun sekunyung2 terkejut jantunghatinya akibat tiba2 saja kepala gondolnya kena hempap! Adoi, sakit! Jeritnya dalam hati. Dalam kekalutan sekelipmata itu akal kepala hotak dia terus terfikir, kot2 inilah apa yang dia pernah terdengar masa zaman dia sendiri duduk bawah tempurung kelapa hotak pada suatu masa dulu, ada suara2 dari luar tempurungnya yang menyebut pasal seekor anak badak (atau anak gajah ke, dia kurang ingat), yang suara2 tu panggil sebagai Bikmama. Dia pernah terdengar suara2 di luar tu berbisik2 bercerita betapa dahsyat bengis rakus huduh dan gemokbulat anakbadak atau anakgajah ni yang suka menghempap sesiapa yang dia tak suka, lalu sertamerta soul-no-deen pun kaget dan takut teramat sangat lalu tercongok je terduduk tepi kolam kumbahan tu dah pucatlesu kaku tak bergerak2, sementara tempurung kelapa hotak zah-Ong-rain (yang disangkakannya adalah Bikmama menghempap dia tu) terus terpekup atas kepalanya dalam hujan maha lebat tu. Arakian lamanya Si-katak soul-no-deen tercongok tak bergerak2 tu, maka tempurung kelapa hotak asalnya milik Si-katak zah-Ong-rain tu yang tadinya hitam hijau berlumut berlendir, lalu bersih dibasuh airhujan yang mencurah2 tanpa henti sekian lama, lalu bertukar sifatnya jadi putih. Pada masa sama, Si-katak soul-no-deen pun membuka sebelah mata dan memberanikan diri menjeling ke atas kepala hotak dia sendiri. Alangkah terkejut lagi tergembiranya Si-katak soul-no-deen bila dilihatnya yang tertangkup 'menghempap' kepala hotak dia bukannya anakbadak atau anakgajah, atau anakmalang sesiapa yang ditinggalkan ibumuda belasan tahun yang baru terberanak luarnikah, sebaliknya sudah hampir sejam tertangkup di kepala hotaknya itu hanyalah sebijik kopiah putih! Arakian maha giranggembiranya hati Si-katak soul-no-deen terasakan dia baru menang loteri sebab tidak dihempap Si-garang Bikmama yang amat digeruni 1semesta! Malah sukarianya berganda tahap baru menang judi bola halal, sebab kini tak semena2 dia sudah dapat pula sebuah kopiah putih - FREE! Lalu Si-katak soul-no-deen pun seraya menjerit2 kesukaan menghebohkan ke seluruh kolam kumbahan itu tentang nasib baik yang menimpa badannya. Ini hujan permintaan aku! Ini hujan panggilan aku! Ini hujan untuk aku! Ini hujan rahmat! Ini hujan Ong! Ini Ong! Ong, Ong! Jeritnya berulang2 sambil melompat2 heboh serata kolam kumbahan, tangannya tak lekang dari kopiah baru kebanggaannya. Dia terfikir juga nak melompat menuju ke taman menghijau tempat kediaman dia suatu ketika dulu, tapi puas dia cuba mengingatkan, kepala hotak dia tetap tidak dapat ingat jalan pulang, walaupun dulu dia lah salah satunya mandur paling kanan di taman indah itu dan sebagai mandur kanan dia selalu merasa terpanggil untuk berjalan ke sana ke mari sekeliling taman malah kawasan2 bersebelahan taman, untuk membuat demonstrasi bagaimana sepatutnya sesuatu pekerjaan dijalankan supaya memberi pulangan yang baik seperti yang diharapkan. Sambil terusmenerus melompat2 itu, soul-no-deen pun membuat keputusan: Persetankan tamanhijau itu, di sini banyak lalat berbagai spesis makanan eksotik kegemaranku, ada lalathalus, ada lalatbesar, ada lalathitam, ada lalathijau, ada lalatlangau, ada lalat tik-tik, ada lalat tsetse, semuanya lazat juicy, aku lebih gembira di kolam kumbahan ini! Lantas Si-katak soul-no-deen terus melompat2 gembira ke sana ke mari sekitar kolam kumbahan dalam hujanlebat dengan senyum melebar nampak gigi gusi dan lidahnya, sambil memegang megah 'kopiah' barunya berwarna putih itu, dan melompat lagi, dan lagi, sehinggalah ke hari ini... ************************ Bab 2 - Terbang Free Ohh... berbalik cerita pasal zah-Ong-rain tadi... dulu, seperti kebanyakan spesis katak, dia juga duduk bawah tempurung. Bila tiba2 ditakdirkan angin putingbeliung terbangkan tempurungnya, fenomena itu mengakibatkan 2 perkara terus terjadi secara langsung - pertama, tempurung itu kini dah jadi: kopiah putih soul-no-deen, dan kedua, zah-Ong-rain dah jadi: BEBAS! zah-Ong-rain yang kini telah bebas dari terkurung terperonyok terkebil2 bawah tempurung kelapa hotak sekian lama pun girang teramat sangat samalah tahap dengan kegirangan soul-no-deen, lalu dia pun sama jugak macam soul-no-deen (sebab sama spesis) terlompat2 seraya tersengih selebar kolam kumbahan tempat kegemaran melepak terkini dan selamanya bagi soul-no-deen. Bebas! zah-Ong-rain melompat2 tanpa henti. Bebas! zah-Ong-rain melompat2 sekuat hati. Bebas! zah-Ong-rain melompat2 teramat tinggi. Lompat punya lompat, tak semena2 pula angin putingbeliung yang keras dan kencang sekali lagi membadai lalu tiba2 zah-Ong-rain mendapati tubuhnya yang kodok itu sudah kekal terawang2 di udara! Mulanya zah-Ong-rain terkejut bukan kepalang, lompatnya naik tiada turun2. Ini kejadian amat ganjil. Diterbangkan putingbeliung adalah pengalaman baru baginya! Tetapi setelah beberapa ketika, bila terasa badan kodoknya bebas terapung2 di udara, zah-Ong-rain mula merasa nikmat pula. BEBAS! Fikir kepala hotaknya semula, seraya mulutnya mula bersiul girang (walaupun sebenarnya 'siulan' itu cumalah pada fikiran dia sahaja, kerana setiapkali zah-Ong-rain membuka mulut, cuma satu bunyi sahaja yang keluar: "Ong!" atau terjemahannya dalam bahasa katakputih: "Croak!") zah-Ong-rain terfikir lagi: Nikmat juga terbang bersama puting ni. Tak pernah aku rasa nikmat begini. Malah, aku terbang ini FREE! Sesungguhnya aku lebih hebat dari adikberadik oliver dan wilbur! Aku tak perlu keluar duit banyak2 melabur dalam projek untuk buat pesawat terbang. Aku tak perlu susahpayah fikir2 kaedah2 atau kena ada pengalaman bagaimana nak terbang. Aku tak perlu susahpayah nak fikir2 nak cipta enjin pratt dan whitney. Aku terbang tak perlu pun ada 2 enjin jet yang satu masa mungkin hilang pula ataupun dicuri orang sewenang2! Ah, kalau begini, mungkin aku dapat terbang free hingga ke washington di amerika! FREE! Ah, nikmatnya! Ah, bebasnya! Ah, nasibbaiknya! Ah, Ongnya! Memang Ong, Ong! Jerit hati dan kepala hotak zah-Ong-rain lagi sambil senyumnya semakin melebar. ************************ akan bersambung... (sila tunggu Bahagian Akhir akan datang) catatan peringatan semula: Manusia, sepertimana juga segala kejadian & milik Tuhan yang lain - haiwan, tumbuhan, kuman, air, haba, bulan, debu, ilmu, harta dsbnya - bersifat baharu. Maksudnya berubah-ubah. Kejap ada, kejap takde. Macam biskut. Kejap di atas, kejap di bawah. Macam tayar. Satu masa terang, satu masa gelap. Macam hari. Sebentar sedikit, tiba2 banyak. Macam ombak laut. Mula2 menang, kemudian kalah. Macam pilihanraya. catatan tambahan: 1. Orang PPSMI kata: The only thing constant is change. 2. Zunar kata: How can I be neutral, even my pen has a stand? 3. Saya kata: Only those who truly understand, would make a true stand. LAWAN TETAP LAWAN! UNTUK MENGHAPUSKAN PENIPUAN & PENCABULAN. UNTUK KEBAIKAN & KEADILAN SEMUA. |
No comments:
Post a Comment