Pages

DON'T HAVE A COW = TAKDE LEMBU?

TAK PERLU SUSAHPAYAH???
Untuk ABU, Kita PERLU Sentiasa Berjagajaga Bertungkuslumus
DON'T HAVE A COW???
For ABU, We NEED To Be Continuously Vigorously Vigilant!!!



Jadiii... siapa boleh bagitau apa situasi sekarang... sebabnya, 13hb April dah pun berlalu, jadi ada sesiapa yang merekodkan perkembangan baru???

Untuk menyegarkan semula ingatan kita, inilah yang agendadaily.com laporkan pada 12hb Mac: 

Pada jam 2.09 petang Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat Shahrizat Jalil tiba di komplek mahkamah dengan diiringi beberapa orang.
Beliau tidak kelihatan berada di bangunan Parlimen semasa Yang Dipertuan Agong merasmikan sidang Parlimen penggal ini pagi Isnin.
Suami beliau yang juga Pengerusi NFC, Dr Mohamed Salleh Ismail tiba  lebih awal dan dibawa ke Mahkamah Sesyen Jenayah 1.
Prosiding mahkamah itu yang dikendali oleh Hakim SM Komathy Suppiah bermula jam 2.27 petang.Di situ hakim telah membacakan pertuduhan terhadap Dr Mohamed Salleh atas dua kes pecah amanah dan dua kes melanggar akta syarikat melibatkan wang melebihi RM49 juta.
Bagi pertuduhan pertama, beliau didakwa sebagai pengarah syarikat NFC melakukan pecah amanah menyalahgunakan wang RM9,758,140 melalui empat keping cek untuk membiayai sebahagian pembelian dua unit kondominium 'One Menerung' di Parcel  BI-1 dan B1-2, Blok B di atas geran nombor 65152, lot no.56454 di Mukim Kuala Lumpur.
Kesalahan tersebut dilakukan antara 1 dan 4 Dis 2009 di CIMB Islamic Bank Bhd, Jalan Burhanuddin Helmi Taman Tun Dr Ismail.
Bagi pertuduhan kedua, di alamat dan bank sama, antara 6 Mei dan 16 Nov 2009, beliau didakwa melakukan kesalahan sama dengan memindahkan wang RM40 juta melalui satu cek ke dalam akaun syarikat National Meat & Livestock Corporation Sdn Bhd bagi kegunaan syarikat tersebut di mana beliau dan salah seorang anaknya adalah pemilik syarikat berkenaan.
Untuk kedua-dua kesalahan ini beliau didakwa mengikut Seksyen 409 dan jika disabitkan boleh dipenjara sekurang-kurangnya dua tahun hingga 20 tahun dan sebat serta boleh didenda.
Sementara itu, bagi pertuduhan pertama dan kedua mengikut Akta Syarikat, Dr Mohamad Salleh selaku pengarah NFC didakwa tanpa kebenaran mesyuarat agung telah menggunakan harta syarikat untuk membiayai sebahagian daripada pembelian dua unit kondominium tersebut.
Bagi kedua-dua kesalahan ini, beliau didakwa mengikut Seksyen 132(2)(a) Akta Syarikat 1965, jika disabitkan boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda RM30,000
Dr Mohamed Salleh mengaku tidak bersalah keatas empat dakwaan itu dan mohon dibicarakan.


Peguam Badrul Munir Bukhari yang mewakili Dr Mohamad Salleh meminta anak guamnya diikat jamin sebanyak RM100,000 dengan seorang penjamin dan sedia menyerahkan pasport kepada mahkamah sebagai syarat tambahan.
Badrul juga memberitahu mahkamah bahawa peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah akan bertindak sebagai peguam utama dan kini berada di luar negeri.
"Anak guam saya telah memberi kerjasama penuh kepada polis dan pihak pendakwaan sepanjang penyiasatan sejak timbulnya kes ini dan kini berada di mahkamah untuk membersihkan namanya," kata Badrul.
Timbalan Pendakwa Raya Dzulkifli Ahmad tidak membantah jaminan tersebut dan berkata beliau menyerahkan perkara tersebut kepada budi bicara mahkamah.
Hakim Komathy berkata mahkamah telah mengambil kira keseriusan kes dan jumlah wang yang terlibat serta mahkamah tidak mahu dituduh memilih kasih dalam menetapkan jaminan.
"Kes-kes seperti ini sebelum ini telah ditetapkan jaminan yang tinggi walaupun di dalam kes ini (pihak pendakwaan) tidak membantah jaminan seperti mana dicadangkan oleh pihak pembelaan," katanya.
Beliau bagaimanapun kemudian menetapkan jaminan RM500,000 dengan seorang penjamin, serta dokumen perjalanan Dr Mohamad Salleh diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan sebutan semula kes berkenaan pada 13 April depan.
Anak sulung tertuduh, Wan Shahinur Izmir, 32, telah membayar jaminan tersebut.
Badrul dibantu oleh Ahmad Redza Abdullah, sementara Dzulkifli dibantu oleh Timblan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud.



Sooo... who can tell me what's going on here... I mean, April 13th had passed, so anybody keeping any update???

To refresh our memories, here is what nst.com.my reported back on March 13th:

NATIONAL Feedlot Corporation (NFCorp) executive chairman Dr Mohamad Salleh Ismail pleaded not guilty after he was charged with 4 counts of criminal breach of trust (CBT) and misappropriation of almost RM50 million at the Sessions Court yesterday.
With his wife, Women, Family and Community Development Minister Shahrizat Abdul Jalil, and eldest son, Wan Shahinur Izmir, looking on from the public gallery, Salleh claimed trial to all 4 charges.
The 63-year-old was accused of banking in RM40 million into the account of his company, National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd (NMLC), at a CIMB Islamic Bank Bhd branch in Taman Tun Dr Ismail here between May 6 and Nov 16, 2009.
Salleh also claimed trial to another two counts of CBT and misappropriation of RM9,758,140 belonging to NFCorp by purchasing two One Menerung Condominium units purportedly for NMLC.
He is alleged to have committed the offence at the same bank branch between Dec 1 and Dec 4, 2009.
Salleh is facing a maximum 20 years in jail, whipping and fine, if convicted.
Deputy public prosecutor Dzulkifli Ahmad applied for the cases to be tried jointly. Judge S.M. Komathy Suppiah allowed it.
Counsel Badrulmunir Bukhari urged the court to grant bail of RM50,000 for each charge in light of his client’s cooperation during investigation. He also reminded the court that the assets of his client’s company had been frozen since investigations began.
“There is no risk my client will abscond,” Badrulmunir said.
Gesturing towards the public gallery, he reminded the court that his client’s case had received significant media coverage.
“He has voluntarily presented himself in court to clear his name.”
He said Wan Shahinur Izmir was willing to act as bailor for his father.
When the judge asked how old the son was, Wan Shahinur Izmir stood up in the public gallery and said he was 32.
Komathy then set bail at RM500,000 for all charges and ordered Salleh surrender his travel documents before fixing April 13 for mention.
The accused posted bail in the afternoon.
Dzulkifli was assisted by DPPs Awang Armadajaya Awang Mahmud and Azimul Azami, while Salleh was also represented by Ahmad Reza Abdullah, Wan Azmir Wan Majid and Y. Seelan.
Shahrizat, who was clad in a white baju kurung, turned up at the Jalan Duta court complex just after 2pm in a heavily tinted Proton Perdana with four police patrol cars.  
She was accompanied by two employees and a police cordon was thrown around her as she walked into the complex.
The minister, who announced she would be resigning from her cabinet position on Sunday, did not flash her signature smile at photographers but headed straight for Sessions Court 1.  
Shahrizat said on Sunday that she would step down from her ministerial position once her three-year term as a senator ends on April 8.
However, she will remain as Wanita Barisan Nasional and Wanita Umno chief.
In the courtroom yesterday, Wan Shahinur Izmir greeted his mother before they sat at the public gallery.
Wan Shahinur Izmir,  his brother, Izran, and sister, Wan Izzanah Fatimah, are directors of NFCorp.





Kelakar 1Malaysia: Bart Simpson Pun Suka Lembu? (Funny 1Malaysia: Bart Simpson Says Don't Have A Cow, Man!) www.klakka-la.blogspot


My Foot Note:
We Don't Want Dirty!
We Want Clean Elections!

We Want Green!
X Nuke!
X Lynas!


Serius 1Malaysia: ABU Kata Kami Tak Nak Kotor! Kami Mahu Bersih 3.0! (Serious 1Malaysia: ABU Says We Don't Want Dirty! We Want Bersih 3.0!) www.klakka-la.blogspot


Catatan tapakkakiku:
Kami Tak Nak Kotor!
Kami Mahu Pilihanraya Bersih!

Kami Nak Hijau!
X Nak Nuklear!
X Lynas!

Serius 1Malaysia: ABU Kata Kami Tak Nak Nuklear! X Nuklear X Lynas! (Serious 1Malaysia: ABU Says We Don't Want Nuclear! X Nuke X Lynas!) www.klakka-la.blogspot


No comments:

Post a Comment