Warkah Untuk Datok Pesara Lombong Pasir Sebutir Datok Saya seorang penuntut yang ingin melanjutkan pelajaran ke Menara Gading Gajah Di Hutan. Sayang seribu kali sayang keluarga saya dari kalangan orang kebanyakan maka tidak mampu lagi bergolok bergadai bagi menampung pertambahan belanja untuk pelajaran saya pula kerana jumlah perbelanjaan sekeluarga terkini pun sudah selaras semenjak menteri memutuskan secara bersendirian untuk memotong subsidi rakyat dan menyelaraskan harga barang2 perlu. Walaupun menteri buat kenyataan cuma harga petrol dan gula saja yang selaras sedangkan harga barang lain seperti makanan dan minuman tidak akan selaras, kononnya diberi jaminan lebih 500,000 peniaga, tetapi jelas menteri itu tidak duduk di kawasan kami, yang hanya selang sehari kemudian saja sudah menyelaraskan harga, contohnya minuman sejuk di restoran telah diselaras sebanyak 30sen untuk segelas walaupun gula selaras 25sen untuk sekilo! Oleh yang demikian saya berhajat berjumpa memanda menteri perdana untuk bertanya nasihat seterusnya mendapatkan surat sokongan menteri perdana supaya saya mendapat biasiswa sepanjang masa saya di sebalik semak belukar tebal kelak. Saya amat memerlukan surat sokongan ini kerana baru2 ini juga menteri memutuskan, secara bersendiri juga, untuk mengurangkan bilangan biasiswa. Dengan adanya surat sokongan menteri perdana nanti, nescaya saya dapat biasiswa secara automatik. Tanpa surat sokongan menteri perdana, saya tidak akan dapat biasiswa. Tanpa biasiswa, saya sekeluarga akan makan pasir. Perjumpaan dengan memanda menteri perdana juga akan memberi kesempatan bagi saya berbincang suatu hal lain yang amat digemari menteri perdana (tapi saya tidak boleh beritahu apa dia di sini kerana tertakluk pada akta rahsia rasmi). Tapi sayang seribu kali kurang kasih sayang, saya diberitahu dengan agak mengejut bahawa menteri perdana pergi bercuti bersama suami, malah saya diberitahu pesawat mereka cuma berlepas (atau lebih tepat lagi bertolak kerana saya pasti pesawat mereka terpaksa ditolak beramai2 oleh para balaci, special branch dan kaki2 bodek akibat kehilangan 2 enjin jet pesawat menteri perdana) awal pagi tadi. Saya juga diberitahu pegawai khas menteri perdana bahawa pasangan menteri perdana itu pergi bercuti panjang, selama 2 minggu. Justeru itu, saya harap sementara menunggu kepulangan menteri perdana, dapatlah datok sebagai pesara penuh berpengalaman, memberi nasihat mana satu kursus yang lebih baik saya ikuti di dalam hutan kelak, seterusnya menjadi kerjaya pilihan terbaik buat saya, antara 2 ini: a) mengorek lombong pasir sebutir - satu bidang kepakaran datok yang saya minati; atau b) mengorek lobang pansai sendiri - satu bidang kepakaran saya yang saya minati Saya amatlah berbesar hati dan berbesar lobang pansai sekiranya datok sudi memberi nasihat dan pandangan bak kata pepatah: kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan; kecil kelamin awak, lobang pansai saya tadahkan Pengakhir kata, saya jual pantun khas untuk datok: Buah nangka luar pagar , jika salah tolong tunjukkan ; Saya budak baru belajar , ambil galah tolong jolokkan ;-) Terima kasih sayang saya (saya sedia jadi anak angkat atau adik angkat datok) Yang sebutir harapan, Seburit Shy Fool. |
catatan: jangan lupa jenguk satu lagi blog saya, klickdefella (klakka-la) dan 'klick' jawapan2 anda untuk kuiz, undian atau bancian tersedia (di masa hadapan anda mungkin bertuah memenangi sesuatu hadiah) |
No comments:
Post a Comment